1.
1 PENGENALAN
Industri makanan sejuk-beku(frozen foods) merupakan bidang yang semakin
berkembang di Malaysia. Produk makanan berasaskan sejuk-beku seperti daging atau
daging cincang atau kentang atau nugget mahupun burger ini semakin menjadi pilihan
warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga
berkhasiat. Tidak juga menjadi pilihan kepada orang-orang yang sibuk bekerja yang tiada
masa untuk memasak. Hal ini pantas menjadi kegemaran orang ramai pada masa kini.
2.1 LATAR BELAKANG USAHAWAN
Nama diberi Dato Haji Ramly Bin Mokni. Beliau berasal dari Tanjung Piandang,
Perak. Bapa beliau adalah seorang penuai padi dan ibunya seorang suri rumah. Beliau
mempunyai 16 orang adik-beradik daripada dua ibu berbeza. Ramly Mokni merupakan
tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang
keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan
bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi
terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan
keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan
perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan
daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan
jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar
raya di ibu kota pada awal 1970-an dimana kebanyakan makanan sejuk beku yang tiada
pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging dan sosej
yang dijamin halal untuk dimakan oleh umat islam di negara ini.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan
perniagaan secara manual dan kecil-kecilan, dan kini beliau Berjaya mengembangkan
perniagaan ke tahap komersil. Dato Haji Ramly adalah seorang yang bijak dalam merebut
peluang yang ada dan berpandangan jauh.
3.1 SEJARAH RAMLY BURGER
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang merupakan
makanan segera yang popular di Malaysia. Produk beliau amat mudah didapati walaupun di
gerai makanan tepi jalan. Setelah mula popular di Malaysia, Encik Ramly meluaskan
produknya ke Singapura dan menjadi popular di sana. Ramly Food Processing adalah
industri Bumipuera yang berasaskan daging lembu, ayam, makanan laut, nugget, frankfurter
dan drummet. Ia diasaskan pada tahun 1983 oleh Tuan Haji Ramly bin Mokni dan Puan
Hajja Shala Siah binti Abdul Manap.
Produk ini tercetus di negara kita, untuk memudahkan umat Islam mendapatkan
produk yang halal dan bermutu tinggi. Setakat ini syarikat ini telah mendirikan dua buah
kilang untuk pemprosesan yang terletak di kawasan Cheras dan Kuala Lumpur. Selain
daripada peluang pekerjaan bahagian makanan, syarikat ini turut membuka peluang
pekerjaan dari segi bahagian pengurusan, pengeluaran dan pemasaran produk. Ia turut
membuka peluang agar syarikat ini sentiasa maju bertaraf antarabangsa.
Setakat ini, lebih daripada 120 pemborong yang mengedarkan produk Ramly.
Pemborong tersebut bertujuan untuk memastikan pengedaran dan penghantaran produk
dijamin kualiti dan kesegarannya.
3.2 Jenis Dan Latar Belakang Perniagaan
Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 13 Julai 1984 dan
beroperasi di dua tempat iaitu Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan
Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi
memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan
hasilan laut seperti burger, nuget, sosej dan lain-lain. Syarikat ini merupakan syarikat
Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di
negara ini. Kini, syarikat ini telah berkembang kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding
Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran
Ramly Mokni Sdn Bhd, Ramly Supermart Sdn Bhd dan Ramly Mokni Bakeri Sdn Bhd. Lebih
daripada 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-
produk Ramly di mana kesemua pemborong berdaftar ini adalah dibawah pemasaran Ramly
Mokni Sdn Bhd.
3.2.1 Cara penyediaan dan produk-produk Ramly Burger
Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali
atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger.
Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa
digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger
dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili
ataupun sos barbeku.
Antara produk-produk yang dikeluarkan Ramly Burger ialah Burger Ayam dan Burger
lembu, Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu, Koktel Ayam dan Koktel Lembu di samping
itu juga Nuget Ayam Goreng, Alaskan Pollock, Daging Kisar, Roti Burger dan Roti
Frankfurter
4.1 Cabaran dan kejayaan beliau
Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan
oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank
Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk
memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah
amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan
beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di
samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu
barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan
keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa
dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat
jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam
menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah
dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
Daripada pinjaman tersebut, terhasilnya syarikat induk Ramly Food Processing Sdn.
Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni
Bakery Sdn. Bhd. Syarikat beliau telah mendapat tiga kali pengiktirafan oleh Bank
Pembangunan atas keberkesanan projek beliau. Syarikat beliau mendapat pelbagai jenis
anugerah iaitu Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pelanggan Pembangunan dan Anugerah
Usahawan Jaya.
Sejak 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd melabur lebih daripada RM15 juta
untuk mengubahsuai kilang di Kuala Lumpur. Pengubahsuaian tersebut mendorong kepada
peningkatan penggunaan teknologi yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran dan
kualiti produk. Sejak dari pembukaan kilang tersebut, beliau menggunakan teknologi mesin
dan tenaga kerja yang sangat berkemahiran dan menyebabkan SME Bank meluluskan
pembiayaan kepada syarikat beliau untuk pembelian bahan mentah yang sesuai.
5.1 Rumusan
Berdasarkan kejayaan usahawan Haji Ramly bin Mokni, saya memperoleh pelbagai
ilmu dan sifat daripada beliau. Antaranya, sentiasa berfikiran inovatif dan memandang jauh
ke hadapan. Setiap perkara perlu dimulakan daripada bahagian terkecil atau bahagian
bawahan, disitu kita dapat mempelajari kelemahan dan kelebihan sesuatu organisasi atau
perniagaan. Segala idea yang bernas akan wujud yang akan membuat kita berfikiran jauh
bagi membangunkan sesuatu produk. Melalui pengalaman beliau, saya mengetahui bahawa
setiap produk perlukan perkembangan dan kemajuan.
Setiap kegagalan akan membuahkan hasil jika kita sentiasa berusaha untuk
menjayakannya. Walaupun idea beliau ditolak dan diperlekehkan, beliau berusaha sehingga
Berjaya. Daripada berkat kesabaran dan yakin pada diri sendiri, kita mampu menghasilkan
sesuatu dengan jayanya.
Dorongan daripada keluarga dan sahabat handai mampu meningkatkan keyakinan
diri dan disitu saya mengetahui pendapat orang lain amat penting dalam membangunkan
sesuatu organisasi dan perniagaan. Setiap personality beliau membantu dalam
meningkatkan motivasi diri saya.
Sehingga kini, beliau sentiasa mencari peluang dalam membangunkan Ramly Food
Processing Sdn. Bhd. Walaupun perniagaan beliau telah berkembang maju, beliau sentiasa
berusaha dan masih mencari idea untuk membangunkan produk beliau dari masa ke
semasa.
6.1 RUJUKAN
1. https://www.ramly.com.my/Ramly%20Web(Home%20C%20P%20BM.html [24 September
2017]
2. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
3. http://iksprofile.blogspot.my/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html [22 September
2017]
4. http://usahawan-ramlyburger.blogspot.my/ [19 September 2017]
5. Majalah Wanita. 22 September 2012. Ramly 30 tahun pertahankan empayar perniagaan.
6.http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/namanya-sinonim-dengan-burger-
1.142040 [ 22 September 2017]
ASAS PEMBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN
(MPU 32092)
TAJUK:
ENTERPRENEUR AND ME
(DATO HJ RAMLY MOKNI)
RAMLY BURGER
NAMA:
NUR AMIRAH AIDA BINTI MOHD KAMIL
NAMA PENSYARAH:
MADAM SURIATI BINTI OTHMAN
NO. MATRIK:
047361
KURSUS:
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDIN DENGAN
KAUNSELING)
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN