You are on page 1of 23

1.

0 LATAR BELAKANG SYARIKAT RAMLY MOKNI HOLDING BERHAD

Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. Telah didaftarkan penubuhannya pada 13
Julai 1984 dan telah beroperasi selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar
Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini mengeluarkan produk yang
berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti burger, nugget, sosej dan lain-
lain.

Pemilik syarikat ini iaitu Dato’ Haji Ramly bin Mokni berpengalaman lebih 30
tahun dalam bidang perniagaan ini. Beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan
ini ke tahap komersial di mana pada awalnya pengeluaran hanya dilakukan secara
manual dan kecil-kecilan. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank
Pembangunan pada tahun 1982, syarikat ini kini telah berkembang kepada syarikat
induk Ramly Mokni Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing
Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.

Pengiktirafan oleh Bank Pembangunan telah diberikan kepada syarikat ini


sebanyak tiga kali iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan
Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992) atas kecemerlangan
prestasi syarikat tersebut. Pada tahun 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
membuat pelaburan menjangkau 15 juta bagi pembesaran kilang di Taman
Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan
penggunaan teknologi yang lebih baik dapat meningkatkan hasil pengeluaran
sehingga 3 kali ganda.

Selaras konsep halal yang dititikberatkan, syarikat induk Ramly menubuhkan


Jabatan Halal & Hal Ehwal Islam yang diketuai kakitangan berkelulusan syariah
kearah memastikan proses pengeluaran mengikut manual standard Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sijil Pengesahan Halal setiap dua tahun.

Dengan slogan syarikat ‘Pastikan Ramly, Baru Beli’ membuktikan bahawa


Dato’ Haji Ramly amat memegang prinsip Halal, Bersih dan Bermutu bagi setiap
produk yang dikeluarkan.
2.1 TERANGKAN KOMPONEN PADUAN PRODUK SYARIKAT RAMLY
FOOD PROCESSING SDN. BHD.

Paduan produk terdiri daripada campuran produk iaitu semua barisan produk atau lini
produk yang ditawarkan untuk jualan oleh sesebuah syarikat. Antara komponen-
komponen paduan produk Syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd. adalah seperti
berikut:

i) Kelebaran Produk

Kelebaran produk ialah bilangan produk yang berbeza yang dibawa oleh
sesebuah syarikat. Berdasarkan Rajah 2.1, Ramly memasarkan 5 barisan produk
termasuklah makanan sejuk beku, roti, sos, pembungkus dan makanan segera.

ii) Kepanjangan Produk

Kepanjangan produk ialah jumlah item yang dibawa oleh syarikat di dalam
lingkungan barisan produknya. Berdasarkan Rajah 2.1, bagi produk makanan sejuk
beku, Ramly mempunyai 7 jenis makanan sejuk beku iaitu burger, frankfurter, koktel,
nugget, ayam, makanan laut dan daging kisar.

iii) Kedalaman Produk

Kedalaman produk ialah bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk di
dalam barisan. Berdasarkan Rajah 2.1, burger Ramly terdiri daripada 4 jenis iaitu
ayam, lembu, ikan dan udang. Frankfurter, koktel dan daging kisar pula terdiri
daripada jenis ayam dan lembu. Nugget Ramly mempunyai jenis ayam salutan
tempura, nugget ayam, nugget lembu dan nugget ikan.

Bagi makanan laut, Ramly mempunyai filet ikan tempura, koktel ikan
tempura, popcorn ikan bersalut, gegelang sotong bersalut dan bebola sotong. Ayam
Ramly pula mempunyai 6 jenis yang terdiri daripada getak ayam tempura, ayam
goreng bersalut, filet ayam bersalut, pati ayam, kepak ayam bersalut dan kebab ayam
berempah.
iv) Ketekalan Produk

Ketekalan produk merujuk kepada sejauh mana terdapat persamaan di antara


semua lini produk dari segi gelagat pengguna, saluran pengedaran, sasaran pasaran,
harga dan ciri-ciri lain.

Barisan produk Ramly mempunyai ketekalan yang tinggi kerana ia adalah


produk pengguna yang disalurkan kepada saluran agihan yang sama. Selain itu, cara
pemasaran bagi produk-produk Ramly juga sama. Namun, Ramly mempunyai
ketekalan yang rendah dari segi paduan produk kerana Ramly menjual produk yang
berbeza bagi setiap lini.
2.2 BINCANGKAN EMPAT PADUAN PEMASARAN YANG DIGUNAKAN
OLEH SYARIKAT RAMLY UNTUK TERUS BERSAING DALAM PASARAN

Paduan pemasaran ialah kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, penentuan


harga, promosi dan pengedaran bagi menentukan strategi pemasaran yang akan
digunakan oleh sesebuah organisasi.

i) Produk

Produk ialah apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian,
pemilikan atau penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pembeli.
Produk yang dihasilkan oleh syarikat Ramly iaitu makanan sejuk beku, makanan
segera, sos, roti dan pembungkus merupakan produk nyata di mana ia adalah produk
yang dapat dilihat, disentuh dan dirasa dengan fizikal.

Produk Ramly ialah produk pengguna kategori produk mudah beli. Produk
mudah beli pula terbahagi kepada 3 iaitu produk gerak hati, produk kecemasan dan
produk asasi. Produk Ramly merupakan produk gerak hati di mana ia merupakan
barangan yang dibeli tanpa perancangan awal. Belian bukan dibuat kerana terdesak
tetapi kerana pembeli tertarik dengan produk tersebut.

Produk Ramly boleh menarik minat pelanggan untuk membeli kerana produk
Ramly mempunyai cara pembungkusan yang menarik dan pelbagai. Produk Ramly ini
juga mudah untuk didapati sama ada di kedai-kedai runcit, pasaraya yang
berhampiran atau pembeli boleh singgah terus di kiosk Ramly.
ii) Penentuan Harga

Harga ialah satu sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan. Objektif
penentuan harga bagi syarikat Ramly ialah untuk memaksimumkan keuntungan.
Memaksimumkan keuntungan sememangnya akan menjadi objektif utama
kebanyakan syarikat termasuklah syarikat Ramly sendiri. Harga ditetapkan supaya
memperoleh jumlah hasil yang maksimum melebihi jumlah kos.

Memaksimumkan keuntungan semasa syarikat merupakan satu langkah jangka


pendek bagi syarikat Ramly mendapatkan balik pelaburan yang telah dikeluarkan.
Keuntungan semasa ini juga digunakan untuk menampung segala kos yang
ditanggung serta mendorong kepada perkembangan perniagaan Ramly ini.

Namun itu tidak bermakna syarikat Ramly meletakkan harga yang sangat
mahal kepada produknya kerana sesebuah syarikat tidak boleh meletakkan harga yang
lebih tinggi berbanding harga dalam tanggapan pengguna. Harga bagi produk yang
dikeluarkan oleh Ramly amatlah berpatutan dan mampu dibeli oleh kebanyakan
pengguna. Oleh itu, pengguna boleh memaksimumkan keperluan dan kepuasan
mereka.
iii) Promosi

Promosi atau dikenali sebagai komunikasi pemasaran ialah aktiviti-aktiviti


yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk
membelinya.

Pengiklanan merupakan salah satu alat paduan promosi yang digunakan oleh
syarikat Ramly. Pengiklanan adalah satu bentuk promosi yang dibayar oleh firma,
berbentuk komunikasi bukan personal (peribadi) untuk tujuan memaklumkan
penonton tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.

Bentuk pengiklanan yang dilakukan oleh syarikat Ramly ialah pengiklanan


produk. Syarikat Ramly menyampaikan maklumat tentang produk yang dijual seperti
jenis-jenis produk, ciri-ciri produk, harga produk dan lain-lain kepada pengguna serta
memujuk dan mengingatkan pengguna terutamanya pengguna yang beragama Islam
tentang kebaikan produk mereka yang diyakini 100% halal dan bermutu tinggi.

Media-media pengiklanan terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan media
elektronik. Syarikat Ramly telah menggunakan kedua-dua jenis media pengiklanan
ini. Bagi media cetak, syarikat Ramly telah melakukan peragaan luaran iaitu
pengiklanan yang menggunakan medium dalam bentuk papan iklan, poster, iklan-
iklan di bas dan teksi serta ‘skywriting’. Syarikat Ramly kebiasaannya mengiklankan
poster-poster di kawasan-kawasan strategik seperti kawasan yang sering dilalui oleh
ramai orang. Dengan cara ini, lebih ramai orang akan mengetahui produk jenama
Ramly.

Bagi media elektronik, syarikat Ramly telah menggunakan teknik pengiklanan


yang terbaru dan terkini iaitu internet yang membolehkan produk Ramly diiklankan
kepada pengguna di serata dunia dengan cepat tanpa melibatkan interaksi langsung
antara pemasar dengan pengguna. Syarikat Ramly telah mempunyai laman web rasmi
yang membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih lanjut produk yang dijual.
iv) Pengedaran

Pengedaran ialah satu proses memindahkan barangan dari pusat pengeluaran


kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Terdapat dua
kaedah pengedaran iaitu kaedah pengedaran fizikal dan kaedah pengedaran bukan
fizikal.

Bagi kaedah pengedaran fizikal, syarikat Ramly telah menggunakan


pengangkutan darat seperti kontena sejuk beku bagi memastikan pengedaran dan
penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya. Bagi kaedah pengedaran
bukan fizikal, internet menjadi pilihan syarikat Ramly. Melalui laman web rasmi
Ramly, pengguna boleh mengetahui produk-produk yang telah dikeluarkan oleh
syarikat Ramly tanpa perlu mengunjungi premis perniagaan. Kaedah ini bagi
memudahkan pengguna dan syarikat Ramly itu sendiri.

Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna


Rajah 2.2 : Saluran Pengedaran Pemborongan

Berdasarkan Rajah 2.2, bentuk saluran ini merupakan pengagihan produk oleh
pengeluar melalui pemborong. Pemborong akan membeli produk pengeluar dalam
kuantiti yang banyak seterusnya dijual kepada peruncit dan pengguna. 120 orang
pemborong telah berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk
Ramly. Pemborong yang berdaftar ini berada di bawah pemasaran Ramly Mokni Sdn.
Bhd. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak,Cheras.

Selain itu, sebuah anak syarikat Ramly iaitu Ramly Supermarket Sendirian
Berhad telah ditubuhkan dan beroperasi selama 24 jam bagi memastikan produk
mudah didapati di pasaran serta memastikan khidmat borong dan runcit di antara
Ramly dengan penjaja dan orang awam boleh dilaksanakan. Anak syarikat ini telah
ditubuhkan di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang).
2.3 HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN
PEMASARAN YANG BOLEH DILAKUKAN SYARIKAT INI UNTUK
MEMASTIKAN PRODUKNYA SENTIASA BERKUALITI

Penyelidikan pemasaran ialah satu proses pengumpulan, perekodan, penganalisisan


dan pelaporan data secara sistematik mengenai sesuatu isu syarikat yang berkaitan
dengan aktiviti pemasaran barangan, perkhidmatan, tempat, insan dan idea. Langkah-
langkah untuk melaksanakan penyelidikan pemasaran adalah seperti Rajah 2.3
berikut:

Mengenal Pasti Masalah dan Membentuk Objektif

Membina Kerangka Kajian

Mengumpul Data

Menganalisis Data

Menyedia Laporan

Rajah 2.3 : Langkah-langkah Penyelidikan Pemasaran

i) Mengenal Pasti Masalah Dan Membentuk Objektif

Berdasarkan Rajah 2.3, mengenal pasti masalah adalah proses mengenal pasti
masalah yang timbul supaya objektif kajian dapat dibentuk dengan baik. Syarikat
Ramly pernah mengalami masalah dari segi kekurangan tingkat jualan. Kekurangan
jualan merupakan masalah yang serius memandangkan ia boleh menyebabkan
syarikat mengalami kerugian. Oleh itu, syarikat Ramly menganggarkan mereka perlu
memperbaiki kesilapan dari segi promosi dan iklan.

Membentuk objektif pula mestilah berdasarkan kepada masalah yang


dihadapi. Justeru, syarikat Ramly perlu mengukur pengaruh promosi kepada tingkat
jualan.
ii) Membina Kerangka Kajian

Berdasarkan Rajah 2.3, membina kerangka kajian ialah perancangan tentang


bagaimana cara untuk mengumpul dan menganalisis data. Syarikat Ramly boleh
menetapkan pengguna sebagai sumber-sumber data. Pihak syarikat boleh memberi
borang soal selidik kepada pengguna bagi mengenal pasti penyelesaian yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan jualan. Dengan cara ini, syarikat boleh mengenal pasti
hubungan antara promosi dengan tingkat jualan.

iii) Mengumpul Data

Berdasarkan Rajah 2.3, mengumpul data ialah proses mendapatkan maklumat


atau data yang diperlukan bagi penyelesaian masalah. Syarikat Ramly memperoleh
data daripada sumber primer di mana data yang diperolehi melalui kajian-kajian yang
baru dijalankan. Syarikat Ramly mengumpul data mengenai pendapat serta cadangan
pengguna untuk meningkatkan jualan melalui borang soal selidik yang telah
diedarkan.

iv) Menganalisis Data

Berdasarkan Rajah 2.3, menganalisis data ialah proses menganalisis data


supaya ianya dapat digunakan sebagai maklumat dalam penyelesaian masalah atau
membuat keputusan. Setelah borang soal selidik dikumpulkan, pihak syarikat Ramly
perlu menganalisis data yang diperoleh. Pihak syarikat Ramly boleh menggunakan
kaedah skor min untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap promosi yang
sedia ada. Oleh itu, pihak syarikat dapat konklusikan bahawa kaedah promosi perlu
diperbaiki untuk meningkatkan jualan.
v) Menyedia Laporan

Berdasarkan Rajah 2.3, menyedia laporan bertulis merangkumi analisis kajian,


dapatan kajian dan cadangan-cadangan yang harus diambil oleh pihak organisasi bagi
menyelesaikan masalah. Melalui data yang diperoleh, syarikat Ramly mendapati jenis
promosi melalui media elektronik dan media cetak dapat meningkatkan jualan.
Seterusnya, laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak atasan untuk dilaksanakan
2.4 JELASKAN ISU-ISU YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT RAMLY DAN
BAGAIMANAKAH IANYA DAPAT DISELESAIKAN AGAR TIDAK
MENJEJASKAN PEMASARAN PRODUK-PRODUKNYA

Dalam perniagaan, cabaran dan masalah merupakan perkara yang wajib berlaku sama
ada masalah yang besar atau kecil. Cabaran mengajar pengusaha berfikiran secara
terbuka dan rasional dalam menyelesaikan masalah tersebut. Begitu juga dengan
syarikat Ramly yang berjaya menghadapi beberapa masalah dan isu seperti berikut:

i) Isu DNA Babi dalam Ramly Burger

Pada suatu ketika dahulu, isu DNA babi telah heboh diperkatakan oleh pihak
masyarakat. Hal ini kerana terdapat sebuah blog yang memaparkan salinan surat dari
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan dari Daerah Yan
telah menemui DNA babi hasil kajian satu sampel produk Ramly di sana.

Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly telah
menafikan sekeras-kerasnya perkara ini. Dalam surat terbuka bertarikh 1 Disember
2011, beliau mendakwa ia adalah sebuah fitnah untuk mensabotaj syarikat yang 100%
dimiliki oleh keluarga mereka yang beragama Islam dengan 1,000 kakitangan yang
semuanya terdiri daripada orang Islam. Beliau turut berkata, sebagai orang Islam,
mereka sangat menitikberatkan soal halal dan haram dan mempunyai jabatan dan
jawatankuasa halal untuk memastikan status halal produk yang dikeluarkan.

Kertas bungkusan yang milik Ramly telah dijumpai dan aduan polis telah
dibuat tentang perkara ini. Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan
Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan tiada DNA babi ditemui. Beliau
turut menasihati supaya apa sahaja maklumat atau pengumuman sepatutnya dirujuk
kepada pihak JAKIM.
ii) Dituduh Bertukar Tangan Dengan Syarikat Bukan Bumiputera

Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly
Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan
bumiputera. Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd. Siti Hayu Ramly
menyatakan bahawa pegangan syarikat itu tidak pernah dijual dan perniagaan yang
berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Dato’ Ramly bin Mokni.

Siti Hayu terpaksa berdepan dengan masalah ini dan menjelaskan perkara
berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi telah tersebar terutama di internet dan
media-media sosial.

Walau bagaimanapun, khabar angina tersebut tidak menjejaskan perniagaan


produk Ramly, sebaliknya terus meningkat. Malah, pada tahun yang lalu jumlah
permintaan adalah 30% lebih tinggi daripada jumlah pengeluaran.

Ini menunjukkan bahawa syarikat Ramly tidak pernah mengenal erti putus asa
dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. mereka berani untuk tampil ke
hadapan bagi menjelaskan kebenaran.
iii) Hanya Dianggap Sampah di Singapura

Burger Ramly merupakan makanan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia
tetapi berlawanan di negara jiran iaitu Singapura. Burger Ramly hanya dikenali
sebagai pembungkus makanan di Singapura. Hal ini kerana, kerajaan Singapura telah
mengharamkan ayam dan daging burger Ramly untuk jangka masa yang agak lama.

Namun jenama daging lain seperti Tasty, Sultan Burger dan Armiya masih ada
di Singapura. Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun
1979. Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana mana
seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia tetapi
hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong
yang dipasarkan di Singapura.

Walau bagaimanapun, kita boleh konklusikan syarikat Ramly tetap berusaha


memasarkan produk mereka ke Singapura walaupun produk yang dipasarkan bukan
produk utama mereka iaitu daging burger.
2.5 CADANGKAN INOVASI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH
SYARIKAT RAMLY DALAM ASPEK PROMOSI DAN PENGEDARAN
SESUAI DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN MEDIA SOSIAL PADA
HARI INI

i) Menjadi Penaja Sesebuah Acara

Menjadi salah satu penaja dalam sesuatu acara yang sedang dilaksanakan
adalah salah satu cara yang boleh dilakukan oleh syarikat Ramly untuk meningkatkan
promosi. Dengan menampilkan logo Ramly, maka jenama Ramly akan lebih dikenali
ramai. Syarikat Ramly boleh menaja sama ada dari segi kewangan atau menaja dari
segi makanan yang dikeluarkan iaitu burger Ramly.

Apabila burger Ramly diberi, semakin ramai yang akan sedar tentang
kewujudan Ramly dan mereka akan tahu bahawa burger yang dikeluarkan Ramly
mempunyai rasa yang sangat sedap dan mendorong mereka untuk membeli. Secara
tidak langsung, peningkatan jualan akan berlaku.

ii) Menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Rumah Ke Rumah

Kebanyakan masyarakat tidak boleh mendapatkan produk Ramly kerana


mereka tidak mempunyai masa dan berasa penat untuk mengunjungi mana-mana
kiosk atau cawangan Ramly setelah melakukan aktiviti seharian.

Justeru, jika syarikat Ramly boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran


rumah ke rumah, secara tidak langsung jualan akan meningkat. Pengedaran produk
akan menjadi semakin luas. Hal ini kerana, pengguna lebih gemar sesuatu yang
mudah dan cepat terutama kepada orang yang bekerjaya yang tidak mempunyai
banyak masa.
iii) Menyediakan Kemudahan Pandu Lalu

Kemudahan pandu lalu ini banyak dilakukan oleh beberapa perniagaan


terutama perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman. Hal ini bagi
memudahkan pelanggan untuk tidak perlu bersusah payah mencari tempat meletak
kereta dan makan di kiosk Ramly.

Pelanggan hanya perlu memesan makanan daripada dalam kereta dan dalam
beberapa minit pelanggan boleh membawa pulang makanan yang dipesan.
Masyarakat yang memerlukan kemudahan ini ialah masyarakat yang bekerjaya yang
terpaksa bertolak awal pagi dan tidak sempat untuk menikmati sarapan. Oleh itu, jika
Ramly dapat menyediakan kemudahan pandu lalu ini, setiap lapisan masyarakat sama
ada yang bekerjaya atau tidak semestinya akan tertarik untuk membeli produk Ramly.
Hasilnya, pengedaran produk Ramly akan semakin meluas.
3.0 PENUTUP

Dari berbagai topik dan isu yang telah dibincangkan dalam isi laporan di atas, dapat
disimpulkan bahawa menubuhkan sesebuah perniagaan bukanlah sesuatu perkara
yang mudah untuk dilakukan. Bagi Dato’ Ramly sendiri, beliau memulakan
perniagaan dengan berbekalkan modal yang kecil menghasilkan daging burger
sehinggalah beliau boleh mengeluarkan paduan produk yang pelbagai. Kita dapat
memenuhi keperluan dan kepuasan dengan hasil usaha yang telah dilakukan oleh
Dato’ Ramly.

Selain itu, dapat juga disimpulkan segala cabaran dan isu yang dihadapi dalam
perniagaan perlulah diselesaikan secara bijaksana dan rasional. Pengusaha tidak boleh
terlalu cepat melatah apabila menghadapi masalah yang besar. Sebagai seorang
usahawan mestilah mempunyai sifat cekap dan proaktif dalam membuat keputusan
seperti yang ditunjukkan oleh Dato’ Ramly.

Akhir kata, pelbagai pengalaman serta pengetahuan daripada kisah perniagaan


Dato’ Ramly iaitu Syarikat Ramly Mokni Holding Berhad yang boleh dijadikan
teladan kepada pengusaha-pengusaha lain di luar sana.
3.1 PROSPEK RAMLY MOKNI HOLDING BERHAD PADA MASA
HADAPAN

Antara prospek Ramly Mokni Holding Berhad pada masa hadapan ialah syarikat ini
dalam perancangan mengembangkan rangkaian cawangan menerusi jenama ‘Ramly
Halal Mart’ kepada 450 cawangan berbanding 37 ketika menjelang 2020.

Selain itu, hasil perniagaan burger Ramly dijangka akan melonjak kepada
RM2 billion berbanding RM1 billion pada masa ini sebaik sahaja kompleks
pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Kompleks ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan
dan pusat penyelidikan dan pembangunan. Kapasiti pengeluaran yang dipertingkatkan
itu kelak akan membolehkan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean.
4.0 SENARAI RUJUKAN

1. Wikipedia, 8 Mei 2016, http://ms.wikipedia.org/wiki/Burger_Ramly

2. Burger – Ramly, 2010, www.ramly.com.my

3. Zero to Hero – Ramly Burger, 27 Disember 2013,


ite-kidstech.blogspot.my/2013/12/zero-to-hero-ramly-burger.html?m=1

4. Pengasas Hanya Pemotong Daging, 19 Julai 2016, www.sinarharian.com.my

5. Dato Haji Ramly Mokni (Pengasas Ramly Burger), 30 September 2014,


sayapunyablog1.blogspot.my/2014/09/dato-haji-ramly-mokni-pengasas-
ramly.html?m=1
5.0 LAMPIRAN

Logo Jenama Ramly

Produk Makanan Segera Jenama Ramly


Iklan Produk Baru Ramly

Proses Pembungkusan Produk Ramly oleh Pekerja Kumpulan Ramly

You might also like