You are on page 1of 40

981030-10-6078

Tajuk:

Mengkaji dan
menganalisis
campuran pemasaran
yang digunakan oleh
Syarikat D’Herbs
Healthy Holding
Sdn.Bhd

1
981030-10-6078

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Sekolah
Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor khususnya Puan Latifah Binti Jaffar dan Penolong
Kanan Tingkatan Enam, Encik Mohd Anuar bin Mohd Yusoff kerana telah memberi sokongan
dan kelulusan untuk saya melaksanakan kajian ini.

Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, saya ingin mendedikasikan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Masidah Binti Jamhari selaku guru Pengajian Perniagaan saya kerana
telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam usaha menyempurnakan kajian
ini.Demikian juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberi nasihat dan dorongan kepada saya sepanjang tempoh penghasilan kajian ini.

Sekalung budi kepada ibubapa tercinta, iaitu Encik Abd Razak Bin Sanusi dan Puan Sanisah
Binti Yaakup kerana telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada saya bagi
menjayakan kajian.

Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada sahabat-sahabat saya iaitu saudari Siti
Hajar Binti Mustakim dan Isma Ellzry Bin Amri diserta semua rakan lain atas kesudian
memberikan nasihat dan galakan dalam melaksanakan kajian ini.

Akhir kata, setulus ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung dalam menjawab kajian ini.

Sekian, terima kasih.

2
981030-10-6078

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenal past icampuran produk, yang dilaksanakan berdasarkan
menghuraikan jenis produk ,menjelaskan penetapan harga, mengenal pasti saluran pengedaran
danagihan, dan mengenal pasti jenis promosi yang digunakan oleh Syarikat D’Herbs Healthy
Marketing Sdn.Bhd. kajian ini menggunakan tiga kaedah kajian yang terdiri daripada buku
rujukan, internet, keratin akhbar dan majalah. Buku rujukan digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan definisi-definisi yang berkaitan produk,saluran pengedaran atau agihan dan
promosi yang dilakukan. Melalui internet pula, pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan latar
belakang syarikat yang terdiri daripada produk, saluran pengedarana atau agihan dan promosi
yang dilakukan oleh syarikat tersebut. Keratan akhbar pula, pengkaji mendapatkan maklumat
berkaitan pengiklanan yang dilaksanakan oleh syarikat bagi memperkenalkan produk syarikat
tersebut kepada pengguna manakala dalam majalah pengkaji memperolehi maklumat berkaitan
produk terbaru syarikat di samping maklumat berkaitan stokis-stokis yang ada bagi memasarkan
produk kepada pengguna. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang campuran pemasaran
yang digunakan oleh Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd yang terdiri daripada “4P” iaitu
Produk, Pengedaran atau Agihan, Penetapan harga dan Promosi. Produk ialah sesuatu yang
ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat
dimiliki, digunakan, serta mempunyai faedah psikologi dan faedah fizikal yang boleh
memuaskan kehendak pengguna.anatra jenis produk syarikat ini ialah Jus Gamolex Gold,coffee
arjuna maxx, ibu susu kambing d’herbs dan coklat ibnu sina. Pengedaran atau agihan pula
merujuk kepada komoditi atau perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna melalui proses
pemindahan untuk mengambil alih pemilikan barang-barang atau perkhidmatan itu di lokasi
dan masa yang dikehendaki.syarikat D’Herbs menggunakan saluran agihan yang pertama dan
kedua. Dari segi penetapan harga pula merupakan jumlah wang (ditambah beberapa produk
kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah kombinasi dari barang berserta
pelayanannya. D’Herbs menetapkan harga berdasarkan kos, nillai dan harga pesaing. Dan
akhir sekali ialah promosi yang bermaksud cara organisasi ataupun syarikat berkomunikasi
dengan penonton atau pelanggan mereka. Syarikat D’Herbs menggunakan jenis promosi seperti
publisiti, pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam dan jualan bersemuka untuk
memasarkan produknya.

3
981030-10-6078

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat


Penghargaan
Abstrak
Isi kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif kajian
3.0 Latar belakang kajian
4.0 Kaedah kajian
5.0 Hasil kajian
5.1 Produk
5.2 Pengedaran atau pengagiha
5.3 Penetapan harga
5.4 Promosi
6.0 Penutup
7.0 Senarai rujukan
8.0 Lampiran

4
981030-10-6078

1.0 PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman mengenai analisis campuran
pemasaran yang digunakan oleh Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd.

Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada September 2010 di mana
hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja. Di mana Syarikat ini
telah dipilih pengkaji untuk membuat kajian. Kini Syarikat D’Herbs telah mengorak langkah
baru iaitu beroperasi di lot kedai bawah tanah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan
urusan perniagaan, syarikat D’Herbs kini terletak di No 34, Jalan BRP ½ Company Registered
Home Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh Selangor.

Syarikat D’Herbs juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan
Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana
Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan
bertanggungjawab memasarkan Produk Megah Perawan Sdn.Bhd. Di seluruh Malaysia dan
setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di
seluruh Malaysia.

Syarikat D’herbs juga telah membuka sebuah Syarikat yang dinamakan Aliff Herbs
Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk perkilangan produk kesihatan dan
kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk
menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari
awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk dari segi kotak, dan reka bentuk produk
mengikut cita rasa dan kepuasan pelanggan. Syarikat ini menghasilkan produk berkaitan dengan
produk kesihatan dan produk kecantikan.

Produk tersebut menjadi permintaan ramai dari pelbagai golongan sama ada golongan
kanak-kanak, muda mahupun tua yang berjantina lelaki ataupun perempuan. Syarikat ini pada
mulanya berniaga secara kecil-kecilan dan kini mereka dikenali ramai dan mudah dibeli oleh
pengguna. Dengan ini, mereka telah menghasilkan lebih daripada 60 jenis produk. Antaranya
roduk kesihatan umum D’herbs, produk kesihatan lelaki D’Herbs, produk kesihatan wanita
D’Herbs, produk kosmetik & penjagaan diri D’Herbs, produk pelangsingan badan D’Herbs dan
produk IQ kanak-kanak (kelebaran produk).

5
981030-10-6078

Kini, produk yang dihasilkan oleh syarikat D’Herbs Healthy telah dikenali ramai dan
mendapat sambutan yang memberangsangkan. Mereka telah menguasai 60% daripada pasaran
Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa produk yang mereka keluarkan menjadi pilihan utama
rakyat Malaysia. Produk mereka boleh didapati di setiap kedai runcit di seluruh Malaysia dan
produk akan sentiasa diservis pada setiap minggu oleh pasukan pengedaran.

Kajian ini, menfokuskan kepada campuran pemasaran yang melibatkan 4P iaitu,


Produk, Pengagihan atau Pengedaran, Penetapan harga dan promosi.

6
981030-10-6078

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang
diamalkan oleh Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd:

1) Mengkaji dan menganalisis produk yang dikeluarkan oleh Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd.
2) Mengkaji dan menganalisis saluran agihan pengedaran atau pengagihan oleh Syarikat
D’Herbs Healthy Sdn.Bhd.
3) Mengkaji dan menganalisis kaedah penetapan harga oleh Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd.
4) Mengkaji dan menganalisis jenis promosi yang dijalankan oleh Syarikat D’Herbs
Healthy Sdn.Bhd.

7
981030-10-6078

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd dipilih sebagai fokus kajian ini, bagi mendapatkan maklumat
tentang elemen campuran pemasaran serta definisi ‘4P’ telah dikenalpasti. Syarikat D’Herbs
Healthy Sdn.Bhd terletak di No 34, Jalan BRP ½ Company Registered Home Bukit Rahman
Putra, 47000 Sungai Buloh Selangor.

Menurut Sabri (2002) campuran pemasaran (marketing mix) merujuk kepada unsur strategi
utama yang perlu direka bentuk dan diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran
nilai yang memaksimumkan kepuasan pengguna. Berdasarkan unsur-unsur di dalam campuran
pemasaran, pemasar boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi
permintaan terhadap produknya. Campuran pemasaran dibentuk oleh empat unsur iaitu produk,
pengedaran atau pengagihan, penetapan harga, dan promosi atau lebih dikenali dengan 4P.

3.1 Produk

Menurut Kotler & Amstrong (1996) Produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran
yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan, serta
mempunyai faedah psikologi dan faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna.
Produk terdiri daripada produk fizikal dan produk perkhidmatan. Produk juga terdapat klasifikasi
produk yang merangkumi produk pengguna dan produk perindustrian. Produk pengguna terdiri
daripada produk mudah beli, produk beli-belah, produk istimewa serta produk tidak dicari. Fokus
kajian pengkaji ialah mengkaji tentang klasifikasi produk, antribut produk termasuk
penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan khidmat sokongan, dan lini produk.

3.2 Pengedaran atau agihan

Menurut Philip Kotler (2011) pengedaran merujuk kepada komoditi atau perkhidmatan dari
pengeluar kepada pengguna melalui proses pemindahan untuk mengambil alih pemilikan barang-
barang atau perkhidmatan itu di lokasi dan masa yang dikehendaki. Di dalam, pengedaran
menjelaskan saluran agihan produk serta perantaraan dalam saluran agihan produk yang
merangkumi pemborong, ejen atau peruncit. Oleh itu, fokus bagi kajian ini ialah pengkaji ingin
mengkaji tentang kaedah saluran pengedaran yang digunakan dalam syarikatD’Herbs.

8
981030-10-6078

3.3 Penetapan harga

Menurut Suhaimi dan Seoprihanto (2010) penetapan harga ialah merupakan jumlah wang
(ditambah beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah
kombinasi dari barang berserta pelayanannya. Setelah produk yang diproduksi siap untuk
dipasarkan siap, maka perusahaan akan menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh ini
berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah
organisasi strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan
ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan. Oleh itu, fokus kajian ini ialah
mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi penetapan harga, penentuan harga secara umum
berasaskan kos dan nilai, serta strategi pelarasan harga seperti harga promosi, harga geografi, dan
harga pukal (harga pakej).

3.4 Promosi

Menurut Sabri Hj.Hussin (2005) promosi ialah cara organisasi ataupun syarikat berkomunikasi
dengan penonton atau pelanggan mereka. Promosi merupakan satu daripada 4P yang terdapat di
dalam campuran pemasaran sementara promosi juga mempunyai komponen-komponennya yang
tersendiri yang dipanggil campuran promosi. Maka, fokus kajian pengkaji ialah mengkaji tentang
cara syarikat menggunakan campuran pemasaran melalui pengiklanan, promosi jualan, publisiti,
perhubungan awan serta pemasaran bersemuka. Di dalam promosi juga terdapat konsep dan
tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC).

Kesimpulannya, saya memilih Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd untuk mengkaji dan
menganalisis produk yang dikeluarkan, mengenal pasti saluran agihan pengedaran dan
pengagihan, mengkaji dan menganalisis kaedah penetapan harga serta mengkaji dan
menganalisis jenis promosi yang di jalankan.

9
981030-10-6078

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat serta untuk


mendapatkan maklumat serta untuk melengkapkan kajian mengenai analisis campuran
pemasaran.Antara kaedah yang digunakan ialah rujukan, internet yang diperoleh daripada
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd.

4.1 Kaedah data primer


Pemerhatian
Pengkaji telah membuat beberapa pemerhatian terhadap produk yang dikaji. Antaranya
ialah pengkaji telah memerhatikan harga yang ditetapkan oleh Syarikat D’Herbs dengan
membandingkan harga produk D’Herbs dengan produk kesihatan dan kecantikan yang
lain untuk mengetahui harga produk mana yang lebih murah dan berpatutan.
4.2 Kaedah data sekunder
Internet
Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Laman
web rasmi Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd.http://www.dherbs.com menyumbangkan
maklumat untuk melengkapkan kajian ini. Laman web ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai promosi-promosi yang dijalankan di Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd.
Buku
Buku yang berjudul pengurusan Perniagaan Jilid 1 ditulis Sabri Hj.Hussin menjadi salah
satu rujukan untuk mendapatkan maklumat serta melengkapkan kajian ini. Contoh
maklumat yang diperolehi ialah definisi elemen campuran pemasaran iaitu produk,
pengedaran atau pengagihan, penetapan harga serta promosi.

10
981030-10-6078

Keratan akhbar
Pengkaji telah mencari beberapa sumber lain yang sahih melalui keratan akhbar online
iaitu Sinar Online sebagai rujukan tambahan yang bertarikh 10 Februari 2016. Keratan
akhbar tersebut membincangkan mengenai produk yang dikeluarkan oleh Syarikat
D’Herbs serta penambahbaikan yang dilakukan oleh Syarikat D’Herbs bagi menarik
perhatian pengguna baharu.

Majalah
Pengkaji juga telah menggunakan majalah “wanita” untuk mencari maklumat yang
berkaitan dengan Syarikat D’Herbs. Dalam majalah tersebut menerangkan tentang cara
penggunaan produk D’Herbs yang digunakan seperti produk kecantikan dan kesihatan.
Maklumat yang terdapat di dalam majalah tersebut telah membantu pengguna untuk
menggunakan produk D’Herbs Healthy dengan lebih berkesan.

11
981030-10-6078

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 JENIS PRODUK


Produk menurut Sabri Hj.Hussin (2005) merupakan barangan atau perkhidmatan
yang hendak dijual kepada pasaran sasar.Ianya mesti sesuai dengan keadaan atau
kehendak pasaran dan sedia terima dalam pasaran.Oleh itu, tugas pemasar ialah
menghasilkan produk yang mempunyai ciri fizikal yang menarik dan diterima pelanggan.
Selain daripada membeli ciri-ciri fizikal yang sedia ada, pengguna juga mencari kepuasan
dan manfaat kepada pengguna. Terdapat tiga tahap produk iaitu produk teras, produk
ketara dan produk sampingan. Produk bukan sahaja merujuk kepada sesuatu produk
fizikal seperti bola tetapi definisinya merangkumi produk perkhidmatan seperti
memotong rambut, aktiviti pelancongan dan sebagainya.

Antara jenis produk yang dikeluarkan oleh Syarikat D’herbs ialah

Kategori pertama
Produk kesihatan umum D’Herbs yang terdiri daripada Jus Gamolex Gold, Gel aloe
gamat plus D’herbs, Coklat pintar ibnu sina, Glow B White D’Herbs, Herbal detox
d’Herbs dan Ibu susu Kambing D’Herbs.
Kategori kedua
Produk kesihatan wanita D’Herbs seperti Set bersalin mak bidan D’Herbs, Primadona
Gold Premix coffee D’Herbs, gegetah cinta D’Herbs, Perawan herbal wash D’Herbs,
Collagen perawan gold, Pro montok D’herbs dan bengkung Mak bidan D’Herbs.
Katogeri ketiga
Produk kesihtan lelaki D’Herbs yang terdiri daripada Jus arjuna maxx, Cincin pacak
arjuna D’Herbs dan Coffee arjuna maxx.
Kategori keempat
Produk kosmetik & penjagaan diri D’Herbs seperti Maskara arab D’Herbs, Celak arab
D’Herbs, Diamond foundation D’Herbs, Gel aura 7 bunga, Lipstick collagen treatment
D’Herbs, Bedak adat aura pesona bintang D’Herbs, Krim kaki cantik, Shampoo berherba
super lebat D’Herbs, Toner madu propolis, Krim mutiara gold D’Herbs, Perfume syurga
Firdausy D’Herbs, Sabun rawatan lunas resdong D’Herbs dan Kapsul lunas R’sdung
D’Herbs.

12
981030-10-6078

Kategori kelima
Produk penjagaan badan D’herbs yang terdiri daripada Krim pelangsingan beherba,
Premium diet gold D’Herbs, Minyak kelapa dara asli D’herbs dan Mandian mak bidan
D’Herbs. (rujuk lampiran 1)

5.1.1 Klasifikasi Produk


Sikap pengguna dan gelagat beli adalah asas utama yang digunakan dalam
membuat klasifikasi produk. Dalam mengklasifikasikan produk, kita perlu
menyesuaikannya dengan kategori pengguna atau pasarannya serta tujuan pembelian dan
penggunaannya. Menurut Sabri Hj.Hussin, Terdapat dua jenis produk iaitu produk
pengguna dan produk perindustrian.
Produk pengguna atau produk konsumer ialah produk yang dibeli oleh individu
atau isi rumah untuk kegunaan peribadi atau keluarga manakala produk perindustrian
atau produk perniagaan ialah produk yang dibeli oleh pihak konsumer perniagaan untuk
tujuan digunakan dalam operasi perniagaan, pengeluaran barang lain atau untuk dijual
semula kepada pihak lain. Terdapat empat kategori utama bagi produk konsumer atau
lebih dikenali sebagai klasifikasi produk pengguna iaitu barangan mudah beli, barangan
beli-belah, dan barangan istimewa.

Klasifikasi produk Jenis produk


Barangan mudah beli  Jus Gamolex Gold D’herbs
 Minyak kelapa dara asli D’Herbs
 Losyen pencerah & berkolagen D’Herbs
 Gel aloe gamat plus D’Herbs
Barangan beli belah  Set bersalin mak bidan D’Herbs
 Bengkung Mak Bidan D’Herbs
 Mandian mak bidan D’Herbs
Barangan istemewa  Pewarna rambut super lebat D’Herbs
 Perfume syurga firdausy D’Herbs
 Lipstick collagen treatment D’Herbs
 Gel aura 7 bunga
 Diamond foundation D’Herbs
Jadual 1: klasifikasi produk

13
981030-10-6078

Berdasarkan jadual 1 pengkaji menjelaskan antara jenis klasifikasi produk yang


terdapat dalam Syarikat D’Herbs iaitu barangan mudah beli terdiri daripada Jus Gamolex
Gold D’herbs, Minyak kelapa dara asli D’Herbs, Losyen pencerah & berkolagen
D’Herbs dan Gel aloe gamat plus D’Herbs. Barangan beli belah pula ialah Set bersalin
mak bidan D’Herbs, Bengkung Mak Bidan D’Herbs dan Mandian mak bidan D’Herbs .
Manakala produk isteimewa pula ialah Pewarna rambut super lebat D’Herbs, Perfume
syurga firdausy D’Herbs, Lipstick collagen treatment D’Herbs, Gel aura 7 bunga dan
Diamond foundation D’Herbs.
Berdasarkan laman web rasmi Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd
http://www.dherbs.com perniagaan Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd mengeluarkan
produk yang boleh diklasifikasikan sebagai produk pengguna, Ini kerana produk tersebut
hanya terdapat di beberapa kedai atau kios yang terpilih sahaja. Antara barangan yang
dikeluarkan oleh Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd ialah seperti produk kesihatan
umum D’Herbs, produk kesihatan lelaki D’herbs, produk kesihatan wanita D’herbs,
produk kosmetik dan penjagaan diri D’Herbs, dan produk pelangsingan badan D’Herbs.
Selain itu, juga produk D’herbs telah digunakan oleh perniagaan lain seperti Salun
kecantikan, salun Penjagaan diri, dan dan beberapa kedai lain yang menggunakan produk
D’Herbs untuk kecantikan dan kesihatan.

5.1.2 Atribut Produk


Setelah produk teras dibentuk, Syarikat perniagaan perlu menyediakan ciri-ciri
sokongan yang berkaitan dengan produk seperti atribut produk, penjenamaan,
pembungkusan, pelabelan serta khidmat sokongan. Tujuan untuk mengadakan ciri-ciri
sokongan ini ialah untuk memudahkan pengguna mengenali, membayar, serta
menggunakan dan menyukai produk sesebuah Syarikat perniagaan tersebut.
Antribut produk ialah ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu produk
yang boleh membezakannya daripada produk yang lain. Atribut produk dapat dijadikan
sebagai daya tarikan untuk mempengaruhi konsumer tentang kegunaan dan kelebihan
yang dimiliki oleh sesuatu produk. Namun begitu, antribut produk di Syarikat D’Herbs
Healthy Sdn.Bhd mudah dan senang untuk dikenalpasti kerana setiap produk yang
dikeluarkan akan terpampar gambar pengasas produk D’Herbs.

14
981030-10-6078

5.1.2.1 Ciri-ciri produk


Ciri-ciri produk fizikal ialah produk yang ketara, boleh disimpan, boleh
dipisahkan antara penyelia dengan penerima dan pengeluaran produk serupa dan
seragam. Ciri-ciri yang terdapat pada produk keluaran Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd ialah produk fizikal yang ketara iaitu boleh dilihat, boleh disentuh, boleh dibaca
dan boleh dihidu. Produk syarikat ini mempunyai pembungkusan yang membolehkan ia
dipegang dan mempunyai warna yang menarik. Produk terdiri daripada produk kosmetik
dan produk kecantikan.

Jenis produk Bahan - bahan Reka bentuk


Jus Gamolex Gold Kranberi, tribulusterrestris, Di isi didalam botol kaca
roselle, kiwi, beri goji, aprikot,
za’faran,delima, habbatussauda,
gingseng
Coffee arjuna maxx Catuaba, guarana, tongkat ali, Di isikan dalam pek yang
habbatussauda, gingseng, maca, kecil.
krimmer, gula, kopi arabik.
Coklat pintar ibnu Serbuk koko, susu kambing, Di isi di dalam botol plastik
sinar kolostrum, gingko biloba,
isomalt, susu skim, multi vitamin
B&C
Jadual 2: ciri-ciri produk
Berdasarkan daripada jadual 2 di atas, antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada
produk D’Herbs adalah dari segi bahan herba yang digunakan dalam menghasilkan
produknya seperti Jus Gamolex Gold yng mengandungi bahan herba seperti Kranberi,
tribulusterrestris, roselle, kiwi, beri goji, aprikot, za’faran,delima, habbatussauda dan
gingseng. Jus ini juga mempunyai reka bentuk botol yang menarik seperti jus diisi di
dalam botol kaca yang mempunyai reka bentuk yang tersendiri. Sementara produk
D’Herbs yang lain juga diisi di dalam bekasnya yang belain saiz dan bentuk serta setiap
produk yang dihasilkan mempunyai bahan-bahan herba yang berlaianan dan mempunyai
khasiatnya yang tersendiri.

15
981030-10-6078

5.1.2.2 Kualiti produk

Kualiti ialah keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya dan berdaya saing
dalam pasaran sasaran. Bagi Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd mementingkan kualiti
kepada produk yang dikeluarkan dari segi ramuan atau bahan yang digunakan, serta
fizikal produk seperti cara pembungkusannya agar produknya tidak mudah rosak. Produk
D’Herbs juga telah mendapat sijil untuk pengiktirafan bagi Syarikat itu sendiri. (rujuk
lampiran 2).

5.1.2.3 Penjenamaan
Penjenamaan ialah satu nama, istilah, tanda, simbol, dan reka bentuk produk atau
kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar
dengan produk pesaing-pesaingnya di pasaran.Tujuan memberikan jenama kepada
sesuatu produk ialah untuk mengenali produk, menggalakkan belian berulang,
mempromosikan jenama serta mengekalkan kualiti output sesuatu produk secara
konsisten.
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd mendapati bahawa produk yang dikeuarkan
semuanya diletakkan nama syarikat itu sendiri iaitu “D’HERBS”. Setakat ini 90 Jenis
produk yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa
ke masa. Selain daripada itu, D’Herbs juga menggunakan “Slogan” untuk menarik lebih
ramai pelanggan iaitu “D’HERBS Terlajak Laris” dalam setiap pasaran yang dibuat.
Tidak terlepas juga syarikat ini telah menggunakan Logo syarikat itu sendiri dan lebih
menarik serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. (rujuk lampiran 3).

5.1.2.4 Pembungkusan
Pembungkusan pada amnya ialah aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas
atau pembungkusan untuk sesuatu produk. Pembungkusan mempunyai fungsi-fungsi
menyimpan dan melindungi produk, mempromosi, menambah kualiti serta meningkatkan
imej produk. Dalam konteks pemasaran, pembungkusan merupakan faktor yang penting
untuk pengguna membezakan produk serta untuk penjual mempengaruhi dan menarik
minat pembeli.

16
981030-10-6078

Menerusi internet http://www.dherbs.com.my, kita boleh mengetahui antara


kelainan yang turut terdapat di Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd ini adalah
mengeluarkan produk Fiber Fantasi di dalam botol 250 ml dan ada juga Fiber Fantasi
yang di pek kecil-kecil 100ml bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah
masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan
mereka. (rujuk lampiran 4)

5.1.2.5 Pelabelan
Pelabelan merupakan sebahagian ciri luaran pembungkusan. Label mengandungi
makumat bercetak yang memberi maklumat tentang produk seperti nama pengedar,
tempat pengeluaran, kandungannya dan cara menggunakannya. Melalui reka bentuk
grafik yang menarik, label juga dapat mempromosikan produk kepada pengguna.
Bagi Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd, mereka talah mewujudkan label yang
tersendiri untuk produk yang dikeluarkan untuk di pasarkan di setiap cawangan-
cawanagan yang terpilih. Di setiap produk juga terpapar gambar pengasas D’Herbs
dengan tujuan menjadi model bagi setiap produk yang dikeuarkan. Dengan adanya label
pada setiap produk yang dikeluarkan akan memberitahu secara terperinci tentang nama
produk, tempat pembuatan produk, kelebihan produk, tarikh luput produk, maklumat
pemakanan, bahan-bahan ramuan dan tanda halal dari jakim (Rujuk lampiran 5).

5.1.2.6 Lini Produk


Lini produk ialah sebarisan produk yang lebih kurang sama jenisnya atau yang
berkaitan antara satu sama lain yang dijual oleh sesebuah syarikat perniagaan. Setiap satu
lini produk mempunyai ciri-ciri, pengguna dan kegunaan yang sama. Terdapat dua jenis
lini produk iaitu kelebaran lini produk dan kedalaman lini produk.
Kelebaran lini produk merujuk kepada bilangan barisan/lini produk yang
ditawarkan kepada konsumer. Manakala kedalaman lini produk atau kepanjangan lini
produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu barisan / lini
produk. Campuran yang lebih dalam dapat menarik lebih banyak segmen pengguna dan
memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

17
981030-10-6078

KELEBARAN
KE PRODUK

Produk Produk Produk Produk kosmetik & Produk


kesihatan kesihatan kesihatan penjagaan diri penjagaan
umum wanita lelaki D’Herbs badan
D’Herbs D’Herbs D’Herbs D’Herbs
1.Gamolex 1.Set bersalin 1.Cincin 1.Sabun madu 1.Krim
Gold D’herbs. mak bidan pacak propolis glutathione + Pelangsingan
D’Herbs Arjuna collagen D’Herbs berherba
D’Herbs
2.Gel aloe 2.Primadona 2.Jus Arjuna 2.Losyen pencerah & 2. Premium
gamat plus gold premix Maxx berkolagen putih susu diet gold
D’Herb coffee D’Herbs d’herbs D’Herbs
K D’Herbs
3.Coklat 3.Gegetah 3.Coffee 3.Pewarna rambut 3.Minyak
E pintar ibnu cinta D’Herbs Arjuna super lebat D’Herbs kelapa dara
D P sinar D’Herbs Maxx asli D’Herbs
4.Glow 4.perawan 4.Kapsul lunas 4.Mandian
A R
BWhite herbal wash R’sdung D’herbs Mak bidan
L O D’Herbs D’Herbs D’Herbs
A D 5.Herbal 5.Collagen 5.Lunas bedak
detox perawan gold berherba D’Herbs
M U D’Herbs D’Herbs
A K 6.Ibu susu 6.pro montok 6.Sabun rawatan lunas
Kambing D’Herbs R’sdong D’herbs
N D’Herbs
7.Bengkung 7.Scrub Badan
mak bidan susu/coffee/strawberry
N
D’Herbs D’Herbs
8.Perfume Syurga
Firdausy D’herbs
9.Maskara Arab
D’herbs

18
981030-10-6078

KELEBARAN PRODUK

Produk Produk Produk Produk kosmetik Produk


kesihatan kesihatan kesihatan & penjagaan diri penjagaan
umum wanita lelaki D’Herbs badan
D’Herbs D’Herbs D’Herbs D’Herbs
10.Krim mutiara
gold D’Herbs
11.Shampoo
Berherba super
LebatD’Herbs
12.Super lebat
cream D’Herbs
K 13.Celak Arab
D’herbs
E 14.Mukjizat soap
D P herbal Body Scrub
D’herbs
A R
15.Toner madu
L O propolis
16.Lipstick
A D
collagen treatment
M U D’Herbs
A K 17.Diamond
foundation
N D’Herbs
18.Bedak adat aura
pesona bintang
D’herbs
19.Krim kaki
cantik
20.Gel aura 7
bunga

Jadual 3 : Lini produk Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd

19
981030-10-6078

Berdasarkan jadual 3 di atas, lini produk mempunyai kelebaran produk serta ke


dalam produk. Antara kelebaran produk yang ada di Syarikat D’Herbs ialah Produk
kesihatan umum D’Herbs, Produk kesihatan wanita D’Herbs, Produk kesihatan lelaki
D’Herbs, Produk kosmetik & penjagaan diri D’Herbs, dan Produk penjagaan badan
D’Herbs.
Manakala kedalaman produk pula ialah Gamolex Gold D’herbs, set bersalin mak
bidan D’Herbs, cincin pacak Arjuna D’Herbs, Sabun madu propolis glutathione +
collagen D’Herbs, Krim Pelangsingan berherba, Gel aloe gamat plus D’Herb, Primadona
gold premix coffee D’Herbs, Jus Arjuna Maxx D’Herbs, Losyen pencerah & berkolagen
putih susu D’herb, Premium diet gold D’Herbs, Coklat pintar ibnu sinar D’Herbs,
Gegetah cinta D’Herbs, Coffee Arjuna Maxx, Pewarna rambut super lebat D’Herbs,
Minyak kelapa dara asli D’Herbs ,Glow B White D’Herbs, perawan herbal wash
D’Herbs, Kapsul lunas R’sdung D’herbs, Mandian Mak bidan D’Herbs, Herbal detox
D’Herbs, Collagen perawan gold D’Herbs, Lunas bedak berherba D’Herbs, Ibu susu
Kambing D’Herbs, pro montok D’Herbs, Sabun rawatan lunas R’sdong D’herbs,
Bengkung mak bidan D’Herbs, Scrub Badan susu/coffee/ strawberry D’Herbs, Perfume
Syurga Firdausy D’herbs, dan Maskara Arab D’herbs.

Kesimpulannya, Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd boleh diklasifikasikan


sebagai produk pengguna .Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhdjuga mempunyai
penjenamaan, pembungkusan serta pelabelan mereka yang tersendiri untuk menarik dan
mempromosikan serta menarik minat pembeli. Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd juga
boleh dikelaskan kepada kelebaran dan kedalaman lini produk.

20
981030-10-6078

5.2 PENGEDARAN ATAU PENGAGIHAN


Pengedaran atau pengagihan menurut Zaidi Mat (2005) merupakan suatu proses
memindahkan barangan daripada pusat pengeluaran kepada konsumer dilokasi dan masa
yang dikehendaki oleh konsumer. Pengeluar akan mengedar atau mengagihkan produk
yang dihasilkan kepada pengguna akhir melalui saluran agihan.

Saluran agihan atau pengedaran adalah satu siri syarikat-syarikat yang saling bergantung
antara satu sama lain bagi memudahkan pemindahan hak sesuatu produk daripada
pengeluar kepada pembeli. Setiap satu saluran agihan melibatkan pengeluar dan pembeli
akhir. Apabila pengeluar menjual tanpa terus kepada pembeli, pengeluar dikatan
melakukan fungsi pemasaran tanpa bantuan orang tengah dan apabila orang tengah
digunakan untuk melakukan fungsi pemasaran maka pengeluar dan pengantara
dikategorikan sebagai ahli saluran agihan.

Saluran 1 pengeluar pengguna


Saluran 2 pengeluar peruncit pengguna
Saluran 3 pengeluar pemborong peruncit pengguna
Saluran 4 pengeluar ejen peruncit pengguna

RAJAH 1: Jenis saluran agihan

Pemborong ialah merujuk kepada aktiviti membeli barang secara pukal daripada
penggeluar dan mengagihkannya dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit. Peruncit
bergantung pada pemborong untuk memperoleh bekalan stok daripada pengeluar. Antara
fungsi pemborong ialah membeli secara pukal dan memecah pukal serta memastikan
bekalan berterusan dan mencukupi di pasaran.

21
981030-10-6078

Peruncit ialah perniagaan yang menjual pelbagai jenis barang kepada pengguna
akhir dalam kuantiti kecil mengikut keperluan pengguna tersebut. Peruncit mendapat
bekalan barang daripada pemborong atau pengeluar dan menjual semula kepada
pengguna mengikut kuantiti yang dikehendaki. Terdapat dua jenis perniagaan runcit
Berdasarkan rajah 1iaitu runcit kecil-kecilan dan runcit besar-besaran.

Ejen ialah orang tengah yang membantu dan menemukan pembeli dengan
pengeluar atau penjual dalam urus niaga. Ejen mungkin mengendalikan produk tetapi
tidak mempunyai hak keatasnya. Ejen dibayar komisen untuk perkhidmatan yang
diberikan. Ejen terbahagi kepada dua iaitu ejen pengeluar atau ejen penjual.

Peruncit pula merupakan perniagaan yang menjual pelbagai jenis barang kepada
pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna tersebut.
Peruncit ialah perniaga yang menjalankan perniagaan runcit. Peruncit mendapatkan
bekalan daripada pemborong atau pengeluar dan menjual semula kepada pengguna
mengikut kuantiti yang dikehendaki.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada internet Syarikat D’Herbs Healthy


Sdn.Bhd telah menggunakan saluran agihan seperti berikut :

SYARIKAT PENGGUNA
D’HERBS HEALTHY

Rajah 2
Menurut rajah di atas, Saluran ini merupakan pengedaran lansung atau lebih
dikenali sebagai saluran pengedaran yang paling mudah dan pendek. Syarikat D’Herbs
Healthy Sdn.Bhd menyalurkan produk mereka terus kepada pengguna. Ini kerana
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd menawarkan produk yang berkaitan dengan kesihatan
dan kosmetik yang disukai oleh para wanita dengan harga yang lebih murah dan
berpatutan.Pengguna yang terdiri daripada pelbagai kaum serta pelbagai lapisan
masyarakat boleh terus membeli barangan tersebut tanpa menggunakan orang tengah atau
pengantaraan.

22
981030-10-6078

SYARIKAT PERUNCIT PENGGUNA


D’HERBS HEALTHY

Rajah 3
Menurut rajah 3 di atas, Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd juga menggunakan
saluran pengagihan yang kedua dalam syarikatnya iaitu pengedaran secara peruncitan.
Pengeluar menjual produk kepada peruncit yang kemudiannya menjual kepada pengguna.
Dalam jenis saluran ini, peruncit mendapatkan produk daripada pengeluar dari
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd dan mengagihkan kepada pengguna akhir atau
pelanggan. Jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barangan
tahan lama.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd” ini diberikan kepada barangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Selain
daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga yang rendah, ini juga
secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta
meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka
untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
Terdapat lebih daripada 24 rangkaian atau cawangan yang menjual produk ini.
Cawangan utama yang terlibat dalam menjual produk D’herbs ialah Bandar Baru
Bangi,Selangor. Kini, orang ramai sudah boleh mendapatkan produk-produk D’HERBS
daripada rangkaian atau cawangan yang terpilih seperti kedai Sri Kassim Beauty &
Healthy Carer Sdn.Bhd kerana apabila menyedari prospek masa hadapan untuk penjualan
produk D’HERBS yang semkin diterima dan disukai oleh para pengguna di seluruh
negeri.

23
981030-10-6078

5.3 PENETAPAN HARGA


Menurut Basu Swastha (2005), harga adalah jumlah wang (ditambah beberapa
barang kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah kombinasi dari
barang berserta pelayarannya.

Faktor yang mempengaruhi penetapan harga


Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi harga iaitu faktor dalaman dan faktor
luaran.

Faktor dalaman
Faktor dalaman terdiri daripada objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran,
kos pengeluaran dan pertimbangan organisasi.

Faktor luaran
Faktor luaran terdiri daripada pasaran dan permintaan, persaingan, persekitaran
ekonomi, peranan kerajaan dan tanggungjawab sosial.
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd. telah menetapkan harga produknya dengan
merujuk kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Bagi faktor dalaman, faktor keutamaan
bagi penetapan harga yang Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd adalah faktor dari segi
pemasaran, seperti memaksimumkan keuntungan serta sentiasa memantau kualiti
produknya. Bagi faktor luaran pula, Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd. menetapkan
harga dengan merujuk kepada persaingan. Harga yang ditetapkan oleh Syarikat D’Herbs
Healthy Sdn.Bhd adalah merujuk dahulu harga pesaing dan menetapkan harga yang
hampir dengan harga pesaing.
Pendekatan penentuan harga secara umum
Selepas perusahaan menentukan tujuan dan objektif perniagaan, langkah yang
seterusnya ialah dengan menentukan harga secara umum. Pendekatan penentuan harga
secara umum ada 3 jenis iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan harga
berasaskan nilai, dan penentuan harga berasaskan pesaing.

24
981030-10-6078

Penentuan harga berasaskan kos meliputi kepada 3 pendekatan iaitu harga


tokokan kos, titik pulang modal, dan untung sasaran. Mengikut pendekatan harga tokokan
kos, harga ditentukan dengan menambahkan margin keuntungan terhadap kos
pengeluaran produk. Bagi pendekatan titik pulang modal dan untung sasaran, harga
ditentukan berdasarkan pada tingkat output pulang modal dan untung sasaran yang telah
ditetapkan dalam rajah pulang modal. Manakala pendekatan harga berasaskan nilai pula
ialah merujuk kepada harga yang ditentukan berdasarkan persepsi pengguna terhadap
nilai produk dan bukannya kos pengeluaran sesuatu barang atau produk yang dikeluarkan.
Selain itu, bagi pendekatan harga berasaskan pesaing,pula ialah harga ditentukan
berdasarkan harga yang ditawarkan oleh pesaing. Harga yang ditentukan seakan sama,
kurang atau lebih dari harga yang ditawarkan oleh pesaing bagi sesuatu produknya.
Bagi penetapan harga, Syarikat D’Herbs membezakan harga produk D’Herbs
dengan harga keluaran produk yang lain.

Nama Syarikat Syarikat D’Herbs Syarikat


syarikat QuPuteh Healthy D’Nars
Jenis produk  Jus Pamoga  Jus Gamolex Gold  Jus Lutox
Harga produk  RM 119  RM 69.90  RM 85.00
Jenis produk  Set solekan  D’Herbs seleksi  Set makeup
ringkas makeup
Harga produk  RM 56.60  RM 50.90  RM50.00
Jadual 4: harga produk

Berdasarkan daripada jadual 4, Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd telah


mengeluarkan produk Jus Gamolex Gold yang berharga RM 69.90 di pasaran. Terdapat
juga pesaing yang mengeluarkan produk yang sama tetapi menggunakan nama produk
yang serta harga yang berlainan seperti Syarikat Qu Putih mengeluarkan Jus Pamoga
yang berharga RM119 dan dari Syarikat D’Nars pula ialah Jus Lutox yang berharga RM
85.00. ini kerana, Syarikat D’Herbs menggunakan kaedah harga psikologi bagi menarik
lebih ramai pengguna dalam membeli barangan dari Syarikat ini .

25
981030-10-6078

5.4 PROMOSI
Produk yang baik dengan harga yang sempurna tidak mungkin boleh
menghasilkan pulangan yang lumayan sekiranya masyarakat tidak mengetahui
kewujudannya. Oleh itu, langkah yang perlu dibuat oleh pengeluar ialah dengan
mengadakan langkah promosi yang agresif atau yang bersesuaian bagi memenuhi
keperluan minimum, membuat masyarakat tahu akan kewujudan produk berkenaan,
produk ialah aktiviti-aktiviti yang memberitahu, menarik dan mempengaruhi pengguna
tentang kebaikan keluaran dan cuba memujuk pengguna sasaran untuk membeli.
Promosi juga dikenali sebagai komunikasi pemasaran. Promosi menjadi satu alat
bagi pengeluar dan peniaga untuk berkomunikasi dengan pengguna tentang barang yang
ditawarkan.
Tujuan perniaga menjalankan pelbagai aktiviti promosi ialah untuk
menyampaikan maklumat, mewujudkan pasaran baru, mengekalkan pasaran sedia ada,
meningkatkan dan meluaskan pasaran, memujuk, dan mempengaruhi pembeli,
memantapkan imej produk dan syarikat serta dapat mengatasi pesaing.
Manakala campuran promosi terdiri daripada empat elemen di mana sesebuah
organisasi berkomunikasi dengan audien iaitu melalui pengiklanan, jualan bersemuka,
promosi jualan, perhubungan awam, dan publisiti untuk mencapai objektif promosi.
Daripada hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa kaedah promosi yang
digunakan oleh Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd ialah pengiklanan, promosi jualan,
publisiti, perhubungan awam, dan jualan bersemuka.

5.4.1 Publisiti
Publisiti merupakan sesuatu aktiviti penyebaran maklumat tentang sesuatu produk
oleh pihak tertentu yang tidak mempunyai kepentingan dengan produk atau syarikat
pengeluar. Publisisti bertujuan untuk mewujudkan imej baik sesuatu jenama atau sebuah
syarikat perniagaan.
Dari hasil kajian pengkaji mendapati bahawa Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd telah
menggunakan kaedah publisiti dalam perniagaannya untuk meningkatkan imej syarikat
dan permintaan produknya. (rujuk lampiran 6)

26
981030-10-6078

5.4.2 Pengiklanan
Pengiklanan ialah komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar
atau penaja yang dikenalpasti untuk memperkenalkan (memberitahu), mempromosikan
(memujuk), dan meningkatkan (mengingatkan), jualan produk. Iklan ditujukan kepada
pengguna melalui media massa seperti majalah, surat khabar, papan iklan, televisyen,
internet, dan mel langsung.
Bagi Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd, pengkaji mendapati bahawa Syarikat ini
menggunakan kaedah pengiklanan dalam memasarkan produknya dengan menggunakan
media massa seperti televisyen, majalah, surat khabar, dan internet. (rujuk lampiran 7).

5.4.3 Promosi Jualan


Promosi jualan adalah sebarang aktiviti yang menawarkan insentif jangka pendek
untuk mendorong tindakan terus daripada consumer, syarikat-syarikat atau orang tengah
untuk membuat belian.
Antara jenis promosi pengguna akhir ialah kupon, sampel, premium, potongan
harga, rebat atau pulangan wang tunai, peraduan, dan tawaran istimewa.
Untuk promosi jualan , Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd telah menggunakan
pelbagai jenis promosi dalam syarikatnya. Antaranya ialah premium dan potongan harga.
(rujuk lampiran 8).

5.4.4 Perhubungan Awam


Perhubungan awam ialah komunikasi yang dibentuk untuk mengekalkan imej
yang baik sesebuah syarikat perniagaan, mengekalkan hubungan dengan pemegang
saham dan menerangkan matlamat tentang sesebuah syarikat perniagaan kepada orang
ramai.
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd, syarikat ini ada menjalankankan kaedah
perhubungan awam dengan menaja beberapa jenis drama di televisyen dan ada juga
menaja sebuah pasukan persatuan bola sepak Selangor warrior dan pasukan bola sepak
Kedah Daru Aman. Antara jenis drama dan rancangan yang ditaja ialah bertajuk “Drama
Ku Kirim Cinta”, “Drama Duda Terlajak Laris” “Rancangan Dai’ di tv3”. (rurjuk
lampiran 9 ).
27
981030-10-6078

5.4.5 Jualan Bersemuka


Jualan bersemuka ialah promosi yang melibatkan interaksi bersemuka antara
penjual dengan pembeli. Interaksi secara bersemuka selalunya merupakan cara terbaik
untuk memujuk seseorang pengguna untuk membeli sesuatu produk.
Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd menggunakan kaedah jualan bersemuka dalam memasarkan produknya. (rujuk
lampiran 10).

5.6 Komunikasi pemasaran Bersepadu (IMC)


Pengguna hari ini banyak menerima gambaran atau kenyataan yang kurang jelas
tentang sesuatu jenama produk atau tentang sesebuah syarikat perniagaan kerana
kegagalan syarikat perniagaan itu menggabungkan usaha-usaha aktiviti pemasarannya
secara bersepadu. Oleh itu, konsep komunikasi pemasaran bersepadu (IMC)
diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini.
Komunikasi pemasaran bersepadu (IMC) ialah proses perancangan yang mereka
bentuk program komunikasi pemasaran dengan menggabungkan aktiviti-aktiviti
pengiklanan, jualan bersemuka, promosi jualan, perhubungan awam, dan publisiti bagi
menyampaikan mesej yang konsisten (seragam) dari semasa ke semasa tentang produk
syarikat perniagaan kepada pengguna.

28
981030-10-6078

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 RUMUSAN DAN PENUTUP


Berdasarkan kajian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa Syarikat D,Herbs
menggunakan campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, penetapan harga,
promosi dan pengedaran bagi memasarkan produk mereka.
Pengkaji mendapati bahawa produk yang dikeluarkan oleh Syarikat D,herbs
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna terutamanya golongan wanita dan lelaki
yang sentiasa menggunakan produk tersebut dalam kecantikan kulit dan kesihatan badan.
Hal ini, kerana Syarikat menggeluarkan produk kosmetik dan kesihatan yang berbentuk
fizikal yang dihasilkan dengan mencampurkan pelbagai bahan yang terbaik di seluruh
dunia. Pengkaji juga melihat Syarikat D’Herbs mengeluarkan pelbagai jenis produk yang
membolehkan pengguna terutamanya mempunyai banyak pilihan untuk membuat
pembelian. Selain itu, penggunaan pembungkusan, bentuk dan warna yang digunakan
membantu dalam menarik minat pengguna untuk mendapatkan produk yang dijual oleh
Syarikat. Penggunaan logo D’Herbs juga mampu mempengaruhi pengguna untuk
mendapatkan produk tersebut, dengan ini, permintaan terhadap jenama D’herbs akan
meningkat.
Dari segi penetapan harga pula, mengenalpasti faktor penetapan harga meliputi
persaingan dan berdasarkan tanggapan pembeli. Bagi penentuan harga berdasarkan
persaingan, pengkaji mendapati bahawa Syarikat D’Herbs Healthy menetukan harga
yang lebih tinggi daripada pesaing iaitu syarikat Almas Beauty & Healthy kerana
mempunyai kelebihan dari aspek keselamatan dari segi kesihatan seperti Produk Jus
Perawan yang mempunyai bahan yang asli. Jus perawan tersebut adalah untuk merawat
masalah keputihan & haid yang tidak teratur, menaikkan tulang punggung dan payudara
wanita agar lebih anjal dan mengurangkan senggugut, penetapan harga bagi tanggapan
pembeli pengkaji mendapati bahawa pengguna di Malaysia beranggapan bahawa produk
kecantikan atau kesihatan mempunyai kualiti yang lebih baik dan bahan-bahan yang asli.
Hal ini, seterusnya menyebabkan produk Syarikat D’Herbs Healthy dibeli oleh pengguna
di Malaysia.

29
981030-10-6078

Dari segi promosi pula, pengkaji mendapati bahawa kaedah promosi yang
dilakukan oleh Syarikat D’Herbs Healthy telah Berjaya meraih 10 juta penonton dan
telah menaja program-program yang telah disiarkan dalam televisyen. Televisyen
merupakan media utama bagi syarikat D,Herbs untuk memasarkan produk mereka
menjadi produk yang terkenal. Selain itu, peraduan yang dilakukan oleh syarikat D’Herbs
telah menaraik minat untuk menyertai pertandingan dan secara tidak langsung pengguna
tersebut menggunakan prosukD,Herbs. Hal ini, kerana ingin mempengaruhi dan
mumujuk pengguna untuk membeli produk mereka. Seterusnya, pengkaji juga mendapati
syarikat D’Herbs menggunakan laman web rasmi mereka untuk mempromosikan produk
mereka kepada pengguna dan laman web itu juga syarikat D’Herbs akan memberitahu
perkembangan produk keluaran baru mereka kepada pengguna.
Manakala bagi pengedaran atau pengagihan pula, Syarikat D’Herbs Healthy
Sdn.Bhd menggunakan saluran pengedaran yang pertama dan saluran pengedaran yang
kedua. Bagi saluran yang pertama Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd menyalurkan
produk mereka terus kepada pengguna. Ini kerana Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd
menawarkan produk yang berkaitan dengan kesihatan dan kosmetik yang disukai oleh
para wanita dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Manakala bagi saluran
pengagihan yang kedua pula, pengedaran secara peruncitan. Pengeluar menjual produk
kepada peruncit yang kemudiannya menjual kepada pengguna.
Dalam jenis saluran ini, peruncit mendapatkan produk daripada pengeluar dari
Syarikat D’Herbs Healthy Sdn.Bhd dan mengagihkan kepada pengguna akhir atau
pelanggan. Jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barangan
tahan lama.

30
981030-10-6078

6.2 CADANGAN
Pengkaji berpandangan bahawa syarikat D’Herbs perlu mempelbagaikan lagi
produk yang dihasilkan supaya dapat menarik pengguna terutamanya wanita dan lelaki
untuk membeli produk D’Herbs dan pengguna akan mempunyai banyak pilihan dalam
membuat pembelian akhir dengan menggunakan jenama D’Herbs. Dengan ini, secara
tidak langsung dapat memuaskan hati pengguna terhadap produk yang dikeluarkan.
Dengan ini, pengguna tidak perlu lagi membeli produk kosmetik dengan jenama yang
lain. Oleh itu, syarikat D’Herbs Perlu memperbanyakkan lagi produk yang dihasilkan
supaya pengguna hanya menggunakan jenama D’herbs sahaja dan syarikat perlu
menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Hal ini, syarikat tidak langsung
dapat memaksimumkan keuntungan syarikat kerana produk tersebut mendapat
permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.
Selain itu, pengkaji berharap Syarikat D’Herbs dapat mengembangkan lagi
perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan meningkatkan pasaran mereka ke luar
negara dan menghasilkan produk yang lebih bermutu tinggi supaya pengguna di luar sana
lebih berminat untuk membeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat D’herbs menjadi
sebuah syarikat terkenal yang mengeluarkan produk yang berkualiti di persada dunia dan
menjadi kelompok yang terbaik dunia. Hal ini, secara tidak langsung dapat membantu
dalam menaikkan imej negara di persada dunia dan turut membantu dalam perkembangan
ekonomi Negara supaya lebih pesat.

31
981030-10-6078

7.0 RUJUKAN

i. Abu Bakar Abdul Hamid. Et. al., 2002. Prinsip Pemasaran Teori & Praktis. Malaysia:
McGraw- Hil.

ii. Kotler Philip, 2009. Principles of Marketing: A Global Perspective. Singapore: Prentice-
Hall.

iii. SabriHj. Hussin, 2010. Pengurusan Perniagaan, Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

iv. Nur AzimahZainuddin, “Awet Muda, Kulit Tidak Berminyak” dlm. Mingguan Wanita
1658, hlm. 123, 28 Ogos- 3 September 2015.

v. http://WWW.Dherbs.com.my diakses pada 07 julai 2017


vi. http://www.lazada.com.my/dherbs diakses pada 16 julai pada 2017
vii. http://www.produkdherbs.com diakses pada 16 julai 2017

32
981030-10-6078

8.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Produk – produk D’herbs

33
981030-10-6078

Lampiran 2: kualiti produk

Lampiran 3: Logo, Slogan dan Nama Syarikat

34
981030-10-6078

Lampiran 4: Pembungkusan produk

Lampiran 5: pelabelan

35
981030-10-6078

Lampiran 6: Publisiti

36
981030-10-6078

37
981030-10-6078

Lampiran 7: Pengiklanan

Lampiran 8: Promosi jualan

38
981030-10-6078

Lampiran 9: Perhubungan awam

39
981030-10-6078

Lampiran 10: Jualan bersemuka

40

You might also like