You are on page 1of 10

PENGENALAN KEPADA ORGANISASI

Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (PERODUA) telah ditubuhkan pada tahun 1993
sebagai pengeluar automobile nasional kedua di Malaysia selepas Proton iaitu pengeluar
pertama automobile nasional yang diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Muhammad. Ibu Pejabat bagi Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (Perodua) ini
terletak di Sungai Choh, Rawang. Perodua ini tidak mempunyai rekacipta tersendiri bagi
pengeluaran enjin, kotak transmisi (gear), Chasis dan sebagainya tetapi Perodua telah
bekerjasama dengan Syarikat Daihatsu bagi membekalkan komponen utama tersebut dan
memasang semula mengikut rekabentuk kenderaan yang dihasilkan oleh Perodua.
Perodua telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menghasilkan kereta kompak yang lebih murah
dan boleh diakses kepada rakyat Malaysia. Kedudukan seperti ini bagi memastikan ia
tidak mengalih bahagian pasaran daripada Proton. Sejak memulakan operasi pada tahun
1994, Perodua telah menjual kira-kira 800,000 kenderaan menjelang tahun 2004, satu
pencapaian yang luar biasa oleh pengeluar baru industri dalam masa 10 tahun. Pada
tahun 2001, Perodua telah memulakan penstrukturan semula untuk mengukuhkan
lagi kedudukannya dalam industri automotif dengan pembentukan Perodua Auto Corporation
Sdn. Bhd (PCSB) sebagai satu usahasama dengan dua syarikat dari Jepun
iaitu Daihatsu Motor Co Ltd dan Mitsui & Co Ltd. Operasi
pembuatan seluruh kumpulan Perodua diuruskan oleh PCSB. Kancil merupakan kereta
keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Dinamakan Kancil sempena
nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman
dahulu. Kancil mempunyai 3 model berbeza:
 Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31
hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
 Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37
hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
 Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api,
berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta
jalur pintu.
Perodua menggunakan orientasi pengeluaran pemasaran hibrid kerana sifat struktur
organisasi. Dalam penyusunan semula pada tahun 2001 kumpulan, Perodua benar-benar
dioptimumkan kemudahan pengeluaran di mana Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB)
memberi tumpuan semata-mata kepada pembuatan kenderaan bagi Perodua, Daihatsu dan
Toyota di seluruh rantau ini.

TAHAP PENGENALAN PRODUK


Pengurusan kitaran hayat produk (atau PLCM) merupakan strategi yang digunakan oleh
pihak pengurusan Perodua sebagai produk yang akan melalui kitaran hidup.Syarat-syarat di
mana sesuatu produk itu dijual (pengiklanan, ketepuan) perubahan dari semasa ke semasa dan
mesti diuruskan kerana ia bergerak melalui tahap penggantian. Kitaran hayat produk akan
melalui fasa yang pelbagai, melibatkan pelbagai disiplin profesional, dan memerlukan banyak
kemahiran, alat dan proses. Kitaran hayat produk (PLC) mempunyai kaitan dengan
kehidupan sesuatu produk di pasaran dengan berkenaan dengan perniagaan / kos perdagangan
dan langkah-langkah jualan. Oleh yang demikian, merujuk kepada Pasaran Campuran yang
dijalankan oleh pihak Perodua dalam usaha melancarkan Model Kancil turut melibatkan
kitaran hayat produk ini. Dalam Pelancaran produk baru, Perodua telah memperkenalkan
model Perodua Kancil. Perodua Kancil (dikenali sebagai Nippa di pasaran United Kingdom)
merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua
(PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994.. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan
5 tempat duduk. Pada tahap ini pertumbuhan jualan adalah sangat rendah disebab tidak ramai
pengguna yang sedar akan kewujudan keluaran baru. Oleh sebab yang demikian, Perodua
telah membangunkan dan memperkenalkan tahap kualiti dan penjenamaan produk tersebut
termasuk mendaftarkan sebagai hak cipta sebagai langkah keselamatan. Ini termasuklah
mempatentkan rekabentuk kenderaan, logo dan juga model produk tersebut. Dari segi harga
pula, pihak Perodua telah mensasarkan sesuatu pencapaian bagi memastikan kos
pembangunan dapat dikembalikan semula. Perodua sanggup meletakkan harga yang begitu
rendah bagi model Kancil ini berbanding dengan syarikat pengeluaran otomobil yang lain. Ini
bertujuan untuk menembusi pasaran luar mahupun dalam negara. Harga tersebut juga sesuai
dengan keupayaan enjin yang berkuasa kurang dari 1000 cc. Dalam usaha memperkenalkan
model kancil ini, pihak Perodua mensasarkan promosi kepada “innovator” dan juga “early
adopter”. Selain daripada itu, Perodua juga giat meningkatkan promosi dan pasaran melalui
kaedah komunikasi dengan mewujudkan kesedaran mengenai produk kepada pelanggan dan
juga memberi pendedahan mengenai potesi model tersebut kepada pengguna yang berminat.
Contoh iklan yang digunakan oleh Perodua adalah seperti “Kancil merupakan model paling
popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh
sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk
kira-kira 100 kilometer)”. Menurut seorang eksekutif kanan di Toyota menyatakan bahawa
pada tahun 1995 apabila ditanya mengenai Pengenalan model Perodua Kancil itu: "Ia adalah
amat baik dan sesuai dianggap satu model yang berharga rendah di suatu peringkat
kemasukan kerana ia akan membantu menukarkan ramai rakyat Malaysia daripada
menggunakan motosikal kepada memiliki sebuah kereta. Dalam jangka panjang, saiz pasaran
akan berkembang dan ini akan baik untuk orang lain kerana mereka jelas akan terus
menaikkan taraf kehidupan mereka. Apabila pihak Produa telah berjaya menjalankan
promosi, pengguna beransur untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai model tersebut.
Pihak Perodua telah mengagihkan dan menghantar produk ini mengikut permintaan untuk
model ini. Pada peringkat ini, pihak Perodua amat memerlukam sokongan promosi yang
sangat hebat bagi memperkenalkan produk baru yang telah dikeluarkan. Pertumbuhan jualan
yang dihasilkan oleh Perodua juga agak lembab dan tiada sebarang keuntungan yang wujud
atau di debitkan kepada Perodua serta perbelanjaan yang dikeluarkan sangatlah tinggi. Oleh
yang demikian, sehingga Disember 1995, PERODUA hanya berjaya menghasilkan model
Kancil ini sebanyak 50,000.unit sahaja.
TAHAP PERTUMBUHAN PRODUK
Menjelang tahun 1997, sebanyak 100,000 buah Kancil telah dipasarkan. Pada tahap ini
keluaran telah mencapai tahap keberkesanan disebabkan oleh ramai pengguna telah mulai
sedar akan kewujudan model Perodua Kancil ini dan mula menerima produk itu. Pada masa
yang sama juga boleh dikatakan bahawa jualan akan meningkat dengan cepat dan kos
perbelanjaaan telah mula turun disebabkan oleh kos promosi berkurangan.
Walaubagaimanapun, Perodua tidak boleh mengambil mudah dalam aktiviti promosi ini.
Walaupun kos promosi dapat dikurangkan, sewajarnya Perodua meneruskan program
kesedaran pengguna mengenai model Perodua Kancil ini. Selain daripada itu, kos untuk
melatih pekerja juga berkurang, dengan ini, kita boleh menyatakan bahawa jualan akan
meningkat dengan kadar yang cepat dan tempoh penerimaan produk oleh pasaran juga sangat
cepat. Oleh yang demikian, Perodua telah mendapatkan keuntungan yang banyak dan aliran
tunai dalam syarikatnya juga bertambah dan tidak mengalami negatif lagi. Pada masa ini
juga,pihak Perodua telah meluaskan lagi pasaran dan permintaan daripada pengedar juga
telah meningkat disebabkan pengguna telah diperkenalkan dengan keistimewaan model
Kancil tersebut. Dari segi harga pula, Perodua amat bijak dalam mengawal siling harga model
tersebut. Pada tahap pertumbuhan ini, pihak Perodua telah mengurangkan harga pasaran bagi
setiap unit kereta Kancil ini dengan tujuan meningkatkan permintaan dari pengedar. Dengan
tindakan bijak yang diambil ini, Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (Perodua) ini dapat
mengekang syarikat lain untuk mewujudkan persaingan dalam pengeluaran kenderaan. Oleh
yang demikian,Perodua selesa sebagai pengeluar kenderaan mini dan kompak utama negara.
Produk yang telah dihasil sentiasa dipastikan mencapai standard yang ditetapkan serta
Perodua juga telah mula menjalankan kajian demi menjaga dan menambahbaikan
perkhidmatan dan hasil pengeluaran yang bermutu. Pembeli Kancil baru, juga boleh
mengharapkan kualiti yang semakin tinggi dalam produk. Menurut Pengarah Urusan
Perodua, hanya dua tahun yang lalu, kadar QC adalah kira-kira 15 kecacatan satu kereta
('kecacatan' di sini bermakna walaupun tempat-tempat yang kecil di cat, di mana beberapa
pemandu purata mungkin tidak perasan). Disebabkan perkembangan yang bagus dari segi
pengeluaran dan pengedaran, Perodua telah meluaskan empayarnya dengan membuka satu
lagi cawangan kilang di Pahang dan juga Perak. Ini bagi menampung permintaan yang tinggi
terhadap model tersebut. Dan sehingga pada tahun 1999, Perodua telah berjaya menghasilkan
dan mengeluarkan Model Kancil ini sebanyak 250,000 buah.

TAHAP KEMATANGAN
Pada peringkat ini, Perodua memberikan fokus yang tinggi pada bahagian pasaran yang
semakin meningkat. Perodua cuba untuk meningkatkan jenama keutamaan seperti tumpuan
kepada ciri-ciri keselamatan, kelebihan dan faedah produk. Pada tahap ini pertumbuhan
keuntungan dan jualan model Kancil oleh pihak Perodua telah mencapai tahap maksimun.
Model Kancil ini telah mula mendapat saingan dari pengeluar lain seperti Proton, Mini
Cooper, Daihatsu yang rata-rata telah berjaya menghasilkan kereta bersaiz kecil dan juga
kompak. Ini menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan untuk memiliki kenderaan.
Perodua Kancil khususnya telah mengalami persaingan tinggi untuk memonopoli perniagaan.
Pertumbuhan jualan juga adalah rendah dan perlahan kerana Model Kancil tersebut telah
diterima oleh kebanyakan pembeli berpotensi. Oleh sebab itu, keuntungan pihak Perodua
mula statik dan menurun serta mungkin juga mengalami kerugian. Ini kerana syarikat hendak
berusaha untuk bersaing dengan syarikat lain yang berkobar-kobar untuk memasuki pasaran
itu sebab produk itu membawa keuntungan serta mempertahankan penjenamaan model
Kancil itu sendiri. Dalam memastikan produk model Kancil ini terus bertahan di dalam
pasaran, pihak Perodua telah menggunakan pelbagai strategi dari membuat pengubahsuaian
produk sehinggalah kepada pengubahsuaian elemen campuran pemasaran yang lain. Malah,
Perodua mengambil selangkah ke hadapan walaupun dalam reka bentuk kenderaan dan fasa
kejuruteraan dengan memastikan komponen dan enjin yang digunakan di dalam kenderaan
yang sama untuk memaksimumkan barisan pengeluaran tanpa perlu menukar perisian
pemasangan talian dengan kerap. Di antara contoh tindakan yang telah diambil oleh Perodua
adalah seperti telah menawarkan harga yang rendah berbanding dengan pesaing atau
pengeluar yang lain. Kebiasaannya pengurangan harga atau promosi mencecah pengurangan
sehingga 30% dari harga. Seperti yang telah diketahui oleh sekarang, harga baru Kancil 660
EX dan 850 EX RM200 lebih murah daripada model menggantikan. Untuk pengetahuan kita,
ini adalah kali pertama bahawa model yang ditawarkan tempatan telah dilancarkan pada
harga yang lebih rendah berbanding dengan model yang menggantikan. Itu yang cukup
berkesan dan ianya juga merupakan tanda-tanda yang jelas bahawa Perodua telah dapat
mengurangkan kos pengeluaran yang cukup ketara. Selain daripada pelbagai pakej menarik
juga diwujudkan seperti pinjaman tanpa penjamin, pembayaran tanpa deposit, tempoh
bayaran mencecah 15 tahun dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak Perodua juga masih
cuba untuk melebarkan dan meluaskan jaringan pengedaran produk model Kancil ini.
Perodua juga mengekang pesaing lain dari meletakkan harga yang rendah dengan meletakkan
harga lantai yang terlalu rendah sehingga syarikat lain tidak mampu untuk bersaing. Langkah
terakhir Perodua dalam memastikan produknya berkekalan di dalam pasaran adalah dengan
menawarkan model baru berdasarkan model sedia ada. Ini bermaksud pihak Perodua telah
mencipta rekabentuk yang baru bagi model Kancil ini. Ini merupakan strategi baru Perodua
untuk mengekalkan kepercayaan dan kesetian pengguna terhadap model Perodua Kancil ini.

TAHAP KEMEROSOTAN / KEJATUHAN (DECLINE STAGE)


Model Perodua Kancil telah menjadi komoditi. Biasanya pada peringkat ini, persaingan
adalah sengit dan Perodua hanya boleh terus menang jika ia adalah pembekal kos yang paling
rendah. Pada peringkat ini juga, pelbagai persoalan akan timbul di dalam organisasi Perodua.
Contohnya “Adakah permintaan pasaran mati? Adakah kepintaran berdaya saing dan
menganalisis pesaing pengeluar lain dalam perniagaan. Boleh pesaing di dalam pasaran
menjadi lebih efisien untuk menghasilkan produk daripada syarikat Perodua sendiri? Tetapi,
apa yang telah berlaku adalah, setelah hampir 15 tahun Perodua memperjuangkan dan
mempertahankan model Kancil, pada tahun 2009, Perodua terpaksa menghentikan
pengeluaran model Kancil ini. Sehingga tahun 2009 ini, model Kancil yang telah dikeluarkan
adalah sebanyak 700,000 buah. Pada tahap kemerosotan ini, kadar jualan dan keuntungan
Perodua merundum jatuh sehinggakan tiada lagi jualan dan keuntungan diperolehi. Hal ini
berlaku disebabkan oleh Perodua telah ketandusan rekacipta model baru menyebabkan
pasaran dipenuhi dengan model dari syarikat pengeluar lain. Selain daripada itu, pengguna
juga telah jemu dengan produk yang tiada pembaharuan ini mula beralih ke produk lain.
Sehubungan dengan itu juga, kecanggihan teknologi juga merupakan faktor Model Kancil ini
mula dilupakan. Walaupun berhati-hati dalam menawarkan barisan produk, Perodua telah
menganalisis dan membuat kajian ke atas setiap modelnya antara satu sama lain. Pelancaran
Kelisa telah menyebabkan jualan Model Kancil menderita kerana perbezaan harga antara
model ini rapat antara satu sama lain di atas paras rangkaian dan kemasukan. Walau
bagaimanapun, Perodua menggunakan kaedah yang bijak untuk menyediakan pelbagai
produk kepada pelanggan melalui penciptaan talian sub-produk yang sering dicap sebagai
"Edisi-edisi Khas". Pada tahap ini Perodua telah menolak produk yang kitaran hayatnya
adalah tamat. Ini kerana jika Perodua tidak menamatkan pengeluarannya, mereka akan
mengalami kerugiaan yang besar disebabkan barangan yang dikeluarkan tidak lagi
mempunyai permintaaan. Tetapi Perodua lebih bernasib baik kerana walaupun pengeluaran
Model Kancil telah dihentikan dan digantikan dengan Proton Savvy, Perodua Kelisa dan
Perodua Myvi, Model Kancil ini masih gah menyusuri jalan raya dan masih lagi berada di
pasaran kereta terpakai. Dengan ini, kita boleh menyatakan bahawa hayat model Perodua
Kancil ini sudah tamat. Perodua harus menciptakan produk yang baru lagi serta boleh
membuat keputusan samada untuk mengekalkan jenamanya, menuai produknya atau
mengugurkan produk tersebut daripada produk syarikat. Tetapi sekiranya pihak Perodua
masih ingin mengekalkan produk asal, sebenarnya perkara tersebut bukan mustahil kerana
masih terdapat beberapa cara yang dapat membantu pihak Perodua dalam mengekalkan
momentum pengeluaran Model Kancil tersebut. Diantara kaedah yang dapat dilaksanakan
adalah seperti apabila teknologi telah berubah dan permintaan dari pengguna juga meurun
atau merosot, adalah wajar pihak Perodua menghentikan pengeluaran model lama tetapi cuba
tingkatkan pengeluaran model yang baru. Selain daripada itu, sekiranya masih terdapat
permintaan dari pengedar, Perodua sepatutnya boleh mengeluarkan produk tersebut dengan
momentum yang rendah bagi menampung permintaan tersebut sehinggalah produk tersebut
betul-betul tiada permintaan lagi.
KESIMPULAN
Product kitaran hayat (PLC) sama seperti manusia. Ini kerana dari peringkat kelahiran hingga
kematian, manusia melalui pelbagai peringkat, contohnya lahir, pertumbuhan, matang,
kejatuhan dan kematian. Kitaran hayat yang serupa dilihat dalam mana-mana yang produk.
Kitaran hayat produk akan melalui fasa yang pelbagai, melibatkan pelbagai disiplin
profesional, dan memerlukan banyak kemahiran, alat dan proses. Kitaran hayat produk (PLC)
mempunyai kaitan dengan kehidupan sesuatu produk di pasaran dengan perniagaan atau kos
perdagangan dan langkah-langkah jualan. Untuk mengatakan bahawa sesuatu produk
mempunyai kitaran hayat adalah berdasarkan kepada tiga perkara iaitu produk mempunyai
kehidupan yang terhad, jualan produk melalui peringkat yang berbeza, setiap peringkat
menimbulkan berbagai cabaran, peluang dan masalah kepada penjual, produk memerlukan
pemasaran yang berbeza, pembiayaan, pembuatan, membeli, dan strategi sumber manusia di
setiap peringkat kitaran hidup. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran
pemasaran, sesebuah firma sebagai contoh Perodua, boleh melakukan aktiviti-aktiviti
pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat
elemen iaitu :
a) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian,
pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada
barangan atau perkhidmatan.
b) Harga
Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.
c) Saluran Agihan
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di
dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna
perniagaan.
d) Promosi
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan
untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu
produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah
promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan
persendirian.
Definasi ‘campuran pemasaran’ adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh
dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan
maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Produk mempunyai beberapa
peringkat yang perlu dilalui yang mana disebut juga sebagai kitaran hayat produk. Lazimnya
apabila sesuatu produk baru dilancarkan sudah tentu organisasi mengharapkan hayat yang
panjang dan menguntungkan. Pihak firma sedar bahawa setiap produk mempunyai satu
kitaran hayat walaupun bentuk dan panjangnya yang sebenar tidak diketahui lebih awal.
Rajah di bawah menunjukkan satu kitaran hayat produk yang biasa, jualan dan keuntungan
yang dikecapi bagi sepanjang hayat produk tersebut. Kitaran hayat produk ini mempunyai
empat peringkat yang jelas sebagaimana yang dilukiskan pada rajah di bawah iaitu Tahap
Pengenalan, Tahap Pertumbuhan, Tahap Kematangan dan Tahap Kejatuhan. Menurut
Prof Charlie Chang (1995), untuk menjamin kemampuan suatu industri bertahan (“survive”)
dalam era global ini, maka penerapan Pengurusan Mutu Keseluruhan bukan lagi merupakan
suatu pilihan, tetapi suatu keharusan.

You might also like