You are on page 1of 21

1

1.0 PENDAHULUAN

Perang Saudara telah berlaku di Amerika Syarikat sekitar tahun 1861 hingga 1865 yang
melibatkan pihak Kesatuan Amerika dengan Gabungan Negeri-negeri. Oleh itu, pada abad
ke 19, berlaku perbezaan ekonomi antara dua kawasan tersebut terutama dalam aspek
perhambaan. Amalan perhambaan ini menjadi amalan di Amerika Selatan yang masih
mengekalkan amalan pertanian dalam sektor ekonomi negeri tersebut. Di kawasan utara
pula, sudah berlaku kemajuan dalam bidang ekonomi. Abraham Lincoln mengatakan
bahawa sekiranya beliau berjaya menjadi presiden, beliau akan menghapuskan amalan
perhambaan yang ada di Amerika Syarikat. Keadaan ini menjadikan penduduk di kawasan
selatan risau sekiranya amalan perhambaan dihapuskan kerana hamba-hamba tersebut amat
diperlukan dalam sektor perkebunan mereka. Sekiranya amalan tersebut dihapuskan,
makanya sektor pertanian mereka akan musnah.

Apabila Abraham Lincoln menang dalam pilihanraya, amalan tersebut dijalankan


segera. Penduduk di kawasan Selatan berasa marah dengan tindakan tersebut dan terus
mengambil keputusan untuk keluar dari kesatuan union begitu juga dengan beberapa
kawasan lain. Sebanyak 11 negeri-negeri Selatan keluar dari Kesatuan dan membentuk
negara sendiri. Apabila Abraham Lincoln enggan menyerahkan harta benda persekutuan
kepada konfederasi, akhirnya, pada 12 April 1861, pihak selatan terus mencetuskan
peperangan dengan menyerang Fort Summer. 1 Kedua-dua belah pihak Amerika menyerang
antara satu sama lain. Peperangan ini berlaku di kawasan First Bull Run, Shiloh, the Seven
Days, Second Bull Run, Antietam, Chancellorsville, dan Gettyburg. 2

Kesan daripada peperangan ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 620,000


tentera mati bersamaan dengan 2 % penduduk Amerika. Tambahan pula, kawasan di
Selatan juga mengalami kemusnahan teruk. “[…The war also wreaked havoc and

1
Hama, Larry, Wagner, Ron dan Dheeraj Verma, The War is On! : Battle of First Bull Run,
Osprey Publishing Ltd., Great Britain, 2008, hlm. 4.
2
McNeese, Tim, The Civil War Era, 1851-1865, Infobase Publishing, 2010, hlm. 9.
2

destruction in the South. It wiped out two-thoirds of the assessed value of Southern wealth
(including slaves), destroyed more than half of the region’s fam machinery, consumed two-
fifths of the Southern livestock, and killed one-quarter of Southern white males…]”. 3
Tambahan pula, peperangan yang berlaku ini menjadikan Amerika sebuah negara baru
yang bebas iaitu bebas daripada amalan perhambaan yang begitu banyak di Amerika
terutama di kawasan Selatan. Kemenangan daripada peperangan yang berlaku tersebut
adalah disebabkan kesatuan terpaksa melanggar, menguasai dan mengawal kawasan di
Selatan serta memusnahkan semua tentera dan prasarana yang ada di kawasan tersebut.
Makanya, tentera kesatuan hanya mempertahankan dan mengeluarkan kesemua tentera
yang ada untuk melawan tentera gabungan. Oleh sebab itu, peperangan tersebut berkahir
dengan kejayaan tentera Kesatuan. “[ The civil war was the greatest crisis in American
history, and produced its greatest economic, political and social revolution when the Union
won and slavery ended]”.4

Selepas Perang Saudara tamat, berlaku perubahan drastik dalam aspek ekonomi
Amerika Syarikat iaitu berlaku proses industrialism yang hebat. Penamatan perang telah
membawa kepada penghapusan amalan perhambaan dan seterusnya ekonomi di kawasan
Selatan berubah dengan mendadak. Apabila proses industrialism yang berlaku ini telah
membawa kepada kepesatan dalam sektor ekonomi Amerika yang berasaskan kepada
prinsip Westward Expansion. Walaubagaimanapun, dasar ini telah lama dijalankan tetapi
selepas perang saudara berlaku, Amerika merasakan kepentingan dasar tersebut
menyebabkan mereka perlu memperluaskan kekuasaan mereka di merata tempat.

Pada tahun 1890, pihak berkuasa Amerika Syarikat memberitahu bahawa


sempadan Amerika sudah ditutup. Ia bermaksud bahawa mereka tidak lagi menentukan

3
Gallagher, Gary W., Engle, Stephen D., Krick, Robert K., and Glatthaar, Joseph T., The
American Civil War: This Mighty Scourge of War, Osprey Publishing Elms Court, Great Britain,
2003, hlm. 7
4
Olsen, Chrsitopher J., The American Civil War: A Hands-on History, Hill and Wang, New
York, 2006, hlm. xi.
3

batas untuk menunjukkan penguasaan Eropah berakhir dan keganasan bermula. Di samping
itu, ramai pedagang India, petani dan speculator tanah lebih menjurus ke arah barat untuk
membuka kawasan baru untuk kegiatan penguasaan ekonomi. Tambahan pula, dasar
Westward Expansion ini telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1890 dan
kesannya banyak kawasan dikekalkan dibuka untuk pertanian di barat. Ketiadaan sempadan
ini telah menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam corak ekonomi Amerika dan
kehidupan sosial pada abad ke 19. “[…mechanization was transforming farming methods
all over the United States. In the east and the middle-west great industries and large cities
5
were springing up at an incredible rate]”. Oleh yang demikian, penulis akan
membincangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh Amerika dalam memperkembang
ekonomi pada abad ke 19 hingga abad ke 20.

5
Holt, James, The Emergence of Modern America 1890-1920, Heinemann Educational
Books Ltd., Auckland, London, 1972, hlm. 1.
4

2.0 PERANAN AMERIKA DALAM MEMPERKEMBANGKAN EKONOMI

Sejarah Amerika menunjukkan bahawa ekonomi Amerika sejak tamatnya Perang Saudara
telah membawa kepada peningkatan dalam aspek ekonomi iaitu pengenalan kepada proses
industrialism. Ia adalah ekoran pengenalan kepada dasar Westward Expansion yang
diperkenalkan oleh Amerika untuk memajukan ekonomi. Tambahan pula, era selepas
perang menyaksikan perkembangan teknologi dan peralatan baru bagi memudahkan dan
mempercepatkan proses pertanian. Kesan Perang Saudara ini juga telah memberi kesan
yang hebat terhadap industrialisme di Amerika Syarikat. Keadaan ini membawa perubahan
dari kegiatan pertanian kepada ekonomi industri. Situasi ini telah menyebabkan berlaku
migrasi terutama dari utara dan selatan. Kegiatan ekonomi pertanian pada ketika itu sangat
penting kerana ketika itu tiada lagi perubahan baru dan masih menjalankan kegiatan lama.
Apabila menjalankan kegiatan ekonomi industri, kegiatan pertanian tidak dihapuskan
sepenuhnya kerana kebanyakan penduduk masih menjalankan kegiatan pertanian dan ia
memberi keuntungan yang banyak kepada ekonomi negara. 6 Proses industrialism yang
dijalankan selepas perang ini telah menyebabkan munculnya penggalian sumber mineral
dengan lebih pesat, adanya kemajuan teknologi dalam pengangkutan dan pertanian, muncul
peniaga-peniaga besar dan dasar kerajaan yang menggalakkan lagi proses industrialism.

2.1 PENGGALIAN SUMBER MINERAL

Selepas perang saudara tamat, ia telah memberi peluang kepada Amerika untuk
mengembangkan lagi sektor ekonomi. Dengan dasar Westward Expansion yang dijalankan,
ekonomi Amerika Syarikat telah menjadi sebuah negara yang berkuasa dalam sektor
industri. Misalnya, penghasilan besi yang mencatatkan keuntungan besar iaitu dari 77,000
tan pada tahun 1870 meningkat kepada 5 milion tan pada tahun 1890 dan meningkat lagi
menjadi 11 milion pada tahun 1900. Tambahan pula, Amerika Syarikat sememangnya kaya
dengan pelbagai sumber bahan mineral yang boleh membekalkan bahan mentah dan

6
George, Peter, The Emergence of Industrial America: Strategic Factors in American
Economi Growth Since 1870, State University of New York Press, Albany, United States of America,
1982, hlm. 2.
5

minyak untuk industri seperti arang, petroleum, teras besi dan juga hasil pertanian. 7 Bukti
berlaku peningkatan dalam bahan mentah tersebut adalah iaitu berlaku peningkatan dari 2
% pada tahun 1870 kepada 5% pada tahun 1920.

Selain itu juga, berlaku perkembangan industri minyak yang telah bermula pada
tahun 1859 lagi. Apabila permodenan berlaku iaitu pengenalan kepada westward expansion
ini telah menyebabkan industri penggalian minyak ini menjadi aktiviti utama di Amerika
Syarikat. Keadaan ini berubah hasil dasar tersebut untuk memperluaskan pencarian galian
bahan mineral supaya mereka boleh menguasai seluruh Amerika Syarikat. Syarikat Minyak
Tetap merupakan salah satu kerjasama yang terawal dan terkuat diikuti dengan minyak biji
kapas, gula, getah dan sebagainya. Pada peringkat awal, penemuan emas dan logam di
kawasan barat Amerika telah menyebabkan berlakunya perkembangan barat terutama
dengan Gold Rush California pada tahun 1848. Situasi ini telah menyebabkan ramai
pencari gali menuju ke barat untuk meneroka kawasan tersebut.

Pada 1860, mineral berharga ditemui di timur Oregon, Montana dan Idaho. Pada
1870, lebih banyak serangan telah dibuat di Black Hills daripada South Dakota dan
Tombstone, Arizona. Penemuan lain membawa kepada penggalian di rantau Coeur d'Alene
di Idaho tahun 1883 dan Klondike Gold Rush pada tahun 1898. Banyak negeri di
Barat Amerika yang mempunyai sumber mineral dijalankan oleh pengali dan pelombong
dari Nevada, Colorado, Idaho, Montana, dan Nort Dakota. Selain itu juga, perkhabaran
mengenai adanya emas di Peak Pike dan Nevada dan Perak di Comstock dan Nevada
menyebabkan semua kuasa mula menjalankan kegiatan pencarian termasuklah Amerika.
Penjumpaan ini akan memberikan kekayaan yang hebat kepada negara yang menjumpai
mineral ini. Walaubagaimanapun, penggalian emas ini memakan masa kerana terlalu sukar
untuk dikorek dan sebab itu, Anaconda Copper Company dikerah untuk membantu
menjalankan kegiatan tersebut. Walaubagaimanapun, penemuan mineral seperti arang batu,

7
Holt, James, The Emergence of Modern America 1890-1920, Heinemann Educational
Books Ltd., Auckland, London, 1972, hlm. 4.
6

tembaga, besi, minyak dan gas menyebabkan berlakunya perkembangan yang berterusan di
kawasan barat. Keadaan ini telah menyumbang kepada peningkatan dalam sektor ekonomi
yang seterusnya membawa kepada kemajuan dalam negara Amerika.

2.2 KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN PENGANGKUTAN

Selepas tamatnya Perang Saudara, antara langkah lain yang diambil oleh Amerika bagi
memulihkan serta membina kembali ekonominya dengan lebih pesat adalah melalui
kemajuan teknologi serta sistem pengangkutan di negaranya. Hal ini dilakukan secara
menyeluruh di kawasan negeri-negeri selatan dan juga negeri-negeri utara. Seperti mana
yang telah sedia maklum, antara penyebab berlakunya Perang Saudara sebelum ini adalah
kerana ketidaksamaan dalam pelbagai aspek terutamanya kejayaan dan kemajuan di antara
negara-negara selatan dan utara Amerika. Tambahan pula, pihak negeri-negeri utara ketika
itu telah mengawal rangkaian jalan kereta api yang utama. Oleh itu, usaha memajukan
sistem pengangkutan adalah sangat penting bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi
malahan dalam usaha untuk menyatukan seluruh rakyat Amerika Syarikat yang berbilang
bangsa dan keturunan. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai penemuan dan ciptaan baru
dalam bidang teknologi Amerika yang turut sama membantu ia dalam membina
ekonominya dengan pantas pasca Perang Saudara.

Dalam membincangkan mengenai usaha Amerika membina ekonominya melalui


sistem pengangkutan pada abad ke 19 hingga abad ke 20, pengangkutan yang paling utama
ketika itu adalah kereta api. Selepas berakhirnya Perang Saudara, pengangkutan kereta api
menjadi fokus utama untuk dimajukan secara menyeluruh di segenap Amerika Syarikat.
Pembinaan landasan kereta api semakin pesat dijalankan terutamanya selepas kerajaan
meluluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik pada tahun 1862 dan 1864. Melalui akta ini,
kerajaan berperanan dalam hal ini dengan memberikan tanah-tanah awam kepada mana-
mana pihak yang ingin melibatkan diri dalam membangunkan pengangkutan kereta api ini.
Setelah mendapat tanah-tanah dari kerajaan, mereka ini akan mengusahakan tanah-tanah
7

tersebut secara aktif dan produktif. Selepas itu, hasil daripada usaha mereka ini akan
disumbangkan dan digunakan dalam menampung kos pembinaan landasan kereta api.
Tindakan ini merupakan satu langkah yang sangat bijak kerana ia telah mempercepatkan
lagi proses pembinaan landasan kereta api serta membantu mengurangkan lagi bebanan
kerajaan.

Bukan itu sahaja, pihak yang terlibat dalam memajukan pembinaan landasan kereta
api ini juga akan memperolehi pulangan hasil daripada bayaran yang dikenakan untuk
perkhidmatan kereta api tersebut. Hal ini sangatlah menguntungkan golongan yang
pengusaha ini. Selain itu, terdapat juga individu yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang
datang dari syarikat-syarikat swasta yang melabur modal dalam industri pengangkutan ini.
James J. Hill, Collis P. Huntington dan Jay Gould adalah antara nama besar yang
melibatkan diri dalam pembinaan kereta api yang mana untuk mengembangkan lagi sektor
perindustrian Amerika. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, dengan memajukan
landasan kereta api seluruh benua Amerika yang terbentang luas dapat dihubungkan tanpa
sempadan.8

Di samping itu, usaha yang dilakukan dalam menggabungkan landasan-landasan


kereta api yang pendek telah dipelopori oleh Cornelius Vanderbilt yang mana beliau telah
menghubungkan laluan bagi landasan kereta api di bahagian tengah New York. Bukan itu
sahaja, Cornelius juga melibatkan diri dalam usaha memanjangkan landasan kereta api
yang menghubungkan New York ke Chicago. Usaha ini diteruskan oleh J. Edgar Thomas
yang telah memanjangkan landasan kereta api dari Philadelphia ke Chicago dan juga St.
Louis. Dalam menyelusuri sejarah kemajuan kereta api, kemucaknya dapat dilihat pada
tahun 1869 apabila rangkaian Kereta Api Central Pacific dan Union Pacific telahpun
bersambung di utara Amerika. Hal ini mencatat sejarah sebagai landasan kereta api
merentas benua yang pertama menghubungkan pantai Atlantik dengan pantai Pasifik. Di

8
Joseph R. Conlin, The American Past: A Survey Of American History, Harcourt Brace Jovanovich,
San Diego, 1987, hlm. 468-470.
8

sebelah barat Sungai Missouri, landasan kereta apinya telah dibina oleh Syarikat Union
Pacific. Manakala, bagi landasan kereta api di kawasan sebelah timur Sacramento,
California pula dibina oleh Syarikat Central Pacific.9

Perkembangan yang paling membanggakan pada abad ke 19 hingga abad ke 20


adalah apabila jarak jalan kereta api telah meningkat dari 14500 kilometer pada tahun 1850
kepada 320000 kilometer pada tahun 1900. Dengan bertambahnya jarak landasan kereta api
ini, ia menggalakkan kawasan-kawasan baru di seluruh Amerika diteroka untuk membina
kawasan tempat tinggal yang mana turut akan menyumbangkan kepada merangsang
perkembangan ekonomi negara. Kawasan petempatan baru ini kebanyakannya dibuka di
sepanjang laluan landasan kereta api. Oleh itu, terbuktilah langkah Amerika menumpukan
kepada memajukan sistem pengangkutan kereta api bukan sahaja telah membina kekuatan
ekonominya. Malah, kekuatan politik dan perpaduan rakyat di seluruh Amerika juga dapat
dibina. Tambahan pula, industri kereta api ini jelas terlihat sebagai bentuk perniagaan awal
yang amat lumayan. Ia telah memunculkan ramai orang kaya termasyhur di Amerika ketika
itu seperti Cornelius Vanderbilt, James J. Hill, Daniel Drew, J. Pierpont Morgan, dan Jay
Gould.10

Beralih kepada usaha Amerika seterusnya dalam membina kekuatan ekonomi sejak
abad ke 19 hingga abad ke 20, kemajuan teknologi adalah antara langkah major yang
ternyata memberikan impak yang besar. Membicarakan tentang langkah sebelum ini,
perkembangan sistem pengangkutan turut memberi pengaruh dalam memajukan teknologi
di Amerika. Sistem kereta api yang telah berjaya merentas seluruh benua Amerika turut
menggalakkan bertumbuhnya sektor industri asas dan pelbagai penciptaan teknologi baru
seperti besi, keluli, serta pembinaan dan pembuatan mesin. Namun begitu, kemajuan
teknologi Amerika ini bukanlah bermula selepas kereta api telah dimajukan kerana

9
Joseph R. Conlin, 1987, hlm. 468-470.
10
Joseph R. Conlin, 1987, hlm. 470-471.
9

penciptaan kereta api itu sendiri adalah salah satu kemajuan teknologi Amerika yang
terpenting dalam sejarah.

Banyak penemuan dan ciptaan baru berjaya diadakan semasa abad ke 19 hingga
abad ke 20 ini yang mana telah berjaya mengubah suai gaya hidup manusia. Antara contoh
penciptaan terkenal ketika itu adalah, penciptaan telegraf pada tahun 1844 oleh Samuel
F.B. Morse11, cahaya elektrik pada tahun 1879 oleh Thomas Alva Edison, telefon pada
tahun 1876 oleh Alexander Graham Bell, kapal terbang pada tahun 1903 oleh Wilbur dan
Orville Wright, serta kereta pada tahun 1893 oleh Henry Ford,. Semua kemajuan dalam
penemuan ciptaan baru ini dilihat telah berjaya memudahkan peningkatan teknologi dalam
bidang peralatan, komunikasi dan juga pengangkutan. Tambahan pula, perkembangan yang
pesat dalam teknologi ini membantu mempercepatkan lagi proses dalam sektor pertanian
dan juga perindustrian. Hasil pertanian yang dikeluarkan semakin bertambah dan proses
termasuk penghantarannya mengambil masa yang lebih cepat. Manakala, pengeluaran
barangan dalam sektor perindustrian dapat ditingkatkan dengan adanya mesin-mesin serta
jentera-jentera baru. Dalam pada itu, sektor pengangkutan dan pembinaan turut sama
mendapat tempiasnya apabila teknik pengeluaran besi keluli dicipta. Oleh itu, terbuktilah
dengan kemajuan teknologi serta penemuan berbagai-bagai ciptaan baru telah berjaya
memberi impak yang besar kepada banyak aktiviti ekonomi Amerika.

2.3 KEMUNCULAN PERNIAGAAN BESAR (LARGE CORPORATIONS)

Menjelang abad ke-19 sehingga abad ke-20, Amerika Syarikat telah mengalami
pertumbuhan ekonomi yang amat pesat. Perkembangan dalam bidang ekonomi didorong
oleh kemajuan dalam bidang perindustrian, pertanian serta sistem pengangkutan.
Kemunculan perniagaan besar juga merupakan antara langkah yang diambil Amerika bagi

11
Alan Brinkley, The unfinished nation: a concise history of the American people, McGraw-Hill,
Boston, 2004, hlm. 257-258.
10

membina ekonomi negaranya dari abad ke-19 sehingga ke-20. Perkembangan ekonomi
Amerika Syarikat mendorong kepada munculnya perniagaan berskala besar.

Selepas tamat Perang Saudara, berlaku perkembangan yang pesat dalam bidang
perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan Amerika Syarikat muncul sebagai negara
pengeluar hasil pertanian dan perindustrian dunia. Perkembangan ini menyebabkan muncul
industri-industri baru seperti industri besi keluli, perlombongan pemprosesan makanan dan
industri kereta api. Pertumbuhan pesat dalam perindustrian di Amerika Syarikat
disebabkan oleh kekayaan sumber asli Negara seperti arang batu, besi keluli dan minyak.
Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar arang batu yang utama.
Kekayaan sumber asli meletakkan asas bagi pertumbuhan perindustrian di Amerika
Syarikat.

Telaga minyak pertama dijumpai di Pennsylvania. Penemuan ini membawa kepada


usaha cari gali yang baru sekaligus mendorong kepada kemunculan syarikat-syarikat
minyak seperti Standard Oil of New Jersey dan Standard Oil of Ohio. Kejayaan syarikat-
syarikat tersebut memonopoli perniagaan minyak telah mendorong kepada kewujudan
syarikat lain seperti gula dan tembakau. U.S. Steel Corporation adalah antara syarikat besi
keluli yang menguasai industri keluli di Amerika Syarikat. 12

Kemunculan kumpulan perniagaan besar (large corporations). Contoh penubuhan


US Steel Corporations gabungan industri keluli yang usahakan oleh Andrew Carnegie,
membangunkan Standard Oil Company yang menjadi syarikat yang menguasai industri
minyak Amerika. 13 Kejayaan pertubuhan ini turut menggalakan banyak lagi industri

12
John Jarolimek, The United States and the Other Americans, Macmillan Publishing Co., Inc.
London. 1982, Hlm 179
13
Ibid.
11

melakukan pergabungan untuk membentuk pertubuhan yang lebih besar untuk


mendapatkan keuntungan berganda.

Industri besi keluli juga menuju kepada penyatuan. Andrew Carnegie ialah orang
yang bertanggungjawab memajukan industri keluli di Amerika. Menjelang tahun 1894,
firmanya menguasai 25 % daripada pengeluaran Negara. Pada tahun 1901, Carnegie
menjual syarikatnya kepada J.Pierpont Morgan. Morgan telah memulakan penyatuan
sehingga membawa kepada penubuhan U.S Steel Corporation. Syarikat ini telah Berjaya
mengatasi pesaingnya dan menguasai industry keluli di Amerika.

Perniagaan besar muncul melalui gerakan penyatuan syarikat-syarikat di Amerika


Syarikat yang membentuk persyarikatan dalam industri-industri lain di Amerika Syarikat.
Langkah yang dimulakan oleh Carnegie dan Rockefeller telah menjadi ikutan industri-
industri lain di Amerika Syartikat.14 Selain itu, dapat mendominasi ekonomi dan mengawal
pasaran di Amerika. Gelombang penyatuan besar ini bermula pada tahun 1895-1905. Dari
tahun 1895-1904, lebih kurang 300 syarikat lenyap setiap tahun. Dari tahun1898-1902,
lebih daripada 2600 syarikat lenyap. Syarikat-syarikat besar yang menguasai pasaran ialah
syarikat Dupont & General Electric yang mendominasi 58% pasaran bahan kimia dan kuasa
elektrik. Syarikat-syarikat besar ini mempunyai jumlah modal dan pelaburan yang besar.

2.4 DASAR LUAR AMERIKA (AMERICAN FOREIGN POLICY)

Dari abad ke-19 sehingga abad ke-20, dasar luar Amerika juga merupakan langkah yang
diambil Amerika bagi membina ekonomi negaranya. Negara Amerika merupakan sebuah
Negara yang mencapai kemerdekaannya pada tahun 1776. Kemudian mula membangunkan

14
John Jarolimek, The United States and the Other Americans, Macmillan Publishing Co., Inc.
London. 1982, Hlm 180
12

negaranya agar menjadi Negara yang dipandang oleh kuasa lain atau boleh dikatakan untuk
mendapatkan kehormatan daripada kuasa-kuasa lain khususnya kuasa Eropah. Pada tahun
1789, satu revolusi telah berlaku di Perancis. Amerika mengumumkan pengecualian
daripada terlibat dalam mana-mana gabungan walaupun sebelum ini Amerika bergabung
dengan Perancis. Jika dilihat kepada polisi luar Amerika pada peringkat awalnya lebih suka
kepada pengecualian kuasa di mana mereka lebih menumpukan perhatian dalam perkara-
perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam negeri. Pada awal 1800an contohnya,
Amerika memutuskan untuk tidak campur tangan dalam urusan-urusan Eropah dan Eropah
tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan di hemisfera barat.

Setelah itu dapat dilihat pula Amerika mengumumkan Doktrin Monroe sebagai asas
kepada polisinya. Kemudian, Amerika memutuskan untuk bertindak bersama-sama negara
di utara dan selatan Amerika untuk kebaikan umumnya. Amerika kemudiannya mula
berjaga-jaga dengan kuasa-kuasa Eropah dan dasar isolasi telah dijadikan asas dalam
hubungan Amerika dengan kuasa-kuasa luar. Konsep isolasi merujuk kepada pemencilan,
pengasingan dan pemisahan. Untuk melihat Doktrin Monroe sebagai satu dokumen isolasi,
kita harus melihat ciri-ciri dan pelaksanaan doktrin tersebut. Doktrin Monroe adalah satu
dokumen isolasi kerana asas pembentukan doktrin tersebut adalah sikap berkecuali
Amerika dalam hubungan diplomasi dengan Eropah. Namun dalam melihat pelaksanaan
doktrin tersebut, sifat isolasi hanya dipraktikalkan untuk Eropah sahaja dan sebaliknya di
Benua Amerika Latin termasuk Hemisfera Barat, Amerika tidak melaksanakan doktrin
tersebut disebabkan kepentingan Amerika sendiri termasuk dari segi ekonomi, politik dan
sekuriti dengan cara memasukkan negara-negara tersebut dalam isi kandungan Doktrin
Monroe.15

Dasar isolasi Amerika hanya untuk Eropah dan Rusia sepanjang abad ke-19.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam doktrin tersebut antaranya adalah non-colonization,

15
Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine, Brown and Company, Canada, 1955, Hlm 4-5
13

abstension dan hands off.16 Doktrin Monroe adalah satu dasar yang diperkenalkan semasa
era pemerintahan James Monroe yang mewakili parti Republikan. Doktrin ini menjadi
prinsip Amerika Syarikat dalam menghadapi masalah dalam diplomasi dengan Negara-
negara luar terutamanya Eropah. Permulaan Doktrin Monroe adalah selepas ucapan James
Monroe di mesej tahunannya kepada Kongres tentang polisi luar Amerika iaitu pada 2
Disember 1823.17 Pada hakikatnya doktrin tersebut hanyalah ucapan dalam kongres oleh
James Monroe, namun ia telah dimanipulasikan dalam hubungan antarabangsa Amerika
demi kepentingan Amerika sendiri terutamanya dari sudut keselamatan.18

Prinsip pertama dalam Doktrin Monroe adalah non-colonization. Non-colonization


merujuk kepada pengharaman mana-mana Negara sama ada dari Eropah ataupun Rusia
daripada melakukan penjajahan di benua Amerika. Prinsip doktrin ini digunakan oleh
Amerika untuk menyekat tindakan kuasa Eropah untuk menjajah di hemisfera barat.
Amerika memperkenalkan doktrin ini bagi menyekat dan mengelakan kuasa-kuasa lama
termasuklah Britain, Perancis, Sepanyol dan Rusia untuk menceroboh dan melakukan
penjajahan di benua Amerika utara ataupun selatan.19 Melalui prinsip ini, Amerika boleh
mengkritik dan menentang mana-mana tindakan pencerobohan dilakukan di benua Amerika
oleh kuasa-kuasa lama tersebut.

Hemisfera barat yang terdiri daripada semua Negara-negara teluk termasuk


Venuezila, Cuba, Mexico dan wilayah-wilayah yang terdapat di sekitar laut Caribbean
dimasukan dalam Doktrin Monroe dengan alasan wilayah ini adalah zon bebas dari
penjajahan. Amerika bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatannya kerana wilayah

16
Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2005, Hlm 75
17
Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2005, Hlm 75
18
Dexter Perkins, A History of the Monroe Doktrine, Brown and Company, Canada, 1955., Hlm 30
19
W. Allan Wilbur, The Monroe Doctrine, D.C Heath and Company Boston, Amerika Syarikat, 1967,
Hlm 6
14

akan mempengaruhi situasi di Amerika jika dikuasai oleh mana-mana kuasa Eropah. Hal
ini disebabkan kedudukan geografi memungkinkan ancaman keselamatan kepada Amerika
kerana ia bersempadan dengan Negara Amerika sendiri seperti Mexico.20 Disamping itu,
jika wilayah-wilayah di laut Caribbean diduduki oleh kuasa-kuasa lama, maka ia akan
mengancam Amerika kerana kedudukan geografi yang terlalu dekat.

Prinsip ini adalah idea daripada John Adams, kerana melihat tindakan Rusia yang
meluaskan pengaruhnya. Oleh itu, Doktrin Monroe menyatakan benua Amerika adalah
bebas dan merdeka. Seluruh benua Amerika adalah bebas daripada penjajahan dari mana-
21
mana kuasa sama ada dari Eropah ataupun Rusia sendiri. Hal ini turut mendapat
sokongan daripada Negara-negara di Amerika Latin kerana menganggap Amerika akan
menjamin kebebasan dan kemerdekaan mereka. Namun hakikatnya tindakan Amerika
adalah demi menjaga kepentingannya sahaja.

Oleh sebab itu, mana-mana kuasa Eropah dan Rusia yang melakukan penjajahan di
benua Amerika Latin akan dikritik dan diprotes oleh Amerika dan menganggap kuas-kuasa
tersebut tidak menghormati Doktrin Monroe dan Negara Amerika sebagai kuasa baru
dunia. Sebagai contoh tindakan kuasa-kuasa Eropah yang cuba melakukan penjajahan
semula adalah Britain. Britain yang cuba meluaskan sempadan koloninya berada di Guine
bersempadan dengan Venuzila. Britain telah meletakkan tenteranya di sempadan yang
terlalu dalam melebihi sempadan asal pada tahun 1893.22 Hai ini menyebabkan Amerika
menganggap Britain telah melanggar prinsip Doktrin Monroe kerana cuba meluaskan
pengaruh dan kekuasaannya di Laut Carribean.23 Perkara ini hampir meletus perang antara
Britain dan Amerika namun permasalahan tersebut dapat diselesaikan dan Britain

20
Ruhl Bartlett, Policy and Power : two countries of American Foreign Relations. Hill and Wang,
New York, 1963, Hlm 75
21
Robert H. Ferrel, American Diplomacy, W.W.Norton and Company Inc, New York, 1975, Hlm 174
22
Ibid.
23
Ibid., Hlm 120-121
15

menganggap kekuasaan Amerika dan Hemisfera Barat sebagi wilayah bebas dari sebarang
penjajahan.24

Sehubungan dengan itu, contoh jelas adalah konflik Sepanyol di Cuba yang juga
terletak diperairan laut Carribean. Amerika memasukan sekali wilayah ini kerana Amerika
tahu akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah isu keselamatan dan isu
ekonomi jika wilayah-wilayah di laut Carribean ini dikuasai oleh kuasa lama. Contoh
masalah yang dihadapi oleh Amerika adalah perang Amerika-Sepanyol di Cuba pada tahun
1890.

Prinsip abstention juga dikenali sebagai non-abstention yang merujuk kepada


Amerikan tidak akan campur tangan dalam mana-mana perang yang meletus di Eropah.25
Perkara ini menyebabkan Amerika tidak akan mengadakan hubungan ataupun pakatan
dengan kuasa-kuasa Eropah termasuk Britain. Walau bagaimanapun jika kedaulatan
Amerika terancam mereka akan mempertahankan Amerika. Semasa John Adams menjadi
President, beliau percaya dengan kewujudan dua sistem kuasa dunia iaitu Eropah dan
Amerika dan kuasa ini akan melakukan pentadbiran sendiri di benua masing-masing.26

Semasa awal abad ke-19 idea tersebut dikenali sebagai “doctrine of two spheres”
dan mendapat pengaruh kepada rakyat Amerika terutamanya dikalangan ahli-ahli
pemikir. Mereka percaya dengan tidak melibatkan diri dengan masalah yang berlaku di
Eropah akan membawa keuntungan kepada Amerika, kerana ia dapat menumpuhkan
perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan dalam negara. Bukti pengecualian Amerika
juga jelas sebelumnya iaitu apabila Britain mencadangkan agar bersekutu dengan Amerika

24
Ibid.
25
Shakila Yacob, Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2005, Hlm 76
26
Ibid.
16

untuk menghadapai pakatan Quadruple Alliance. Namun Amerika memilih pendirian


unilaterial iaitu bersikap berkecuali dalam permasalahan yang berlaku di Eropah.27 Perkara
ini menunjukan pendirian Amerika yang tidak mahu terlibat dengan mana-mana konflik di
Eropah. Walau bagaimanapun Amerika menyedari bahaya dan ancaman dari kuasa-kuasa
lama ini.

Amerika tidak mahu terlibat dengan konflik yang melanda di Eropah kerana ia
hanya akan merugikan Amerika sahaja. Hal ini kerana ketika ini ekonomi Amerika
berkembang menjadi ekonomi perindustrian terutamanya di bahagian selatan Amerika. 28
Oleh itu, Amerika hanya tertumpu kepada perkembangan yang berlaku di dalam negaranya
sahaja dan melihat hubungan dengan kuasa-kuasa eropah hanya merugikan Amerika sahaja
kerana ketika ini Amerika sedang memuncak kearah revolusi perindustrian.

Selain itu, jika Amerika melibatkan diri dalam mana-mana perang yang meletus di
Eropah maka ia akan melemahkan kuasa Amerika dari sudut ketenteraan dan
ekonomi. Sebelumnya Amerika sering mengalami situasi perang yang banyak sebagai
contoh perang kemerdekaan dari Britain dan lain-lain perang. Peperangan tersebut banyak
memerlukan perbenlanjaan yang tinggi untuk membeli senjata dan gaji para tentera. Oleh
itu, jika Amerika campurtangan dan melibatkan diri dalam konflik yang berlaku di Eropah
akan memerlukan perbelanjaan tinggi yang hanya merugikan Amerika sahaja. Walau
bagaimanapun, jika kedaulatan Amerika terancam oleh mana-mana kuasa Eropah maka
Amerika akan berjuang mempertahankan kedaulatan negara mereka. Kuasa-kuasa lama
yang cuba mengancam kedaulatan Amerika maka akan mempertahan bumi mereka dari
dicerobohi.

Secara keseluruhannya, jelas menunjukan Doktrin Monroe adalah satu dokumen


yang bersifat isolasi. Walaupun begitu, sifat isolasi tersebut hanyalah melibatkan dua benua

27
Ibid.
28
George D. Crothers, America History, Holt, Rinehart and Winston, New York 1964. Hlm 129
17

sahaja iaitu benua Amerika dan benua Eropah. Melalui tindakan Amerika tidak
menlibatkan diri dari sudut diplomasi dengan dunia Eropah iaitu kuasa-kuasa lama
menyebabkan Doktrin Monroe adalah dokumen yang bersifat isolasi. Perkara yang menarik
dalam Doktrin ini adalah kemasukan benua Amerika Latin kedalam isi dokumen Doktrin
tersebut. Hal ini menyebabkan Amerika tidak menjalankan dasar tertutup ataupun isolasi
terhadap Negara-negara yang berada di Amerika Latin.

Jelas menunjukan perancangan bijak oleh James Monroe dalam mengubal dokumen
tersebut yang turut dipengaruhi oleh tokoh-tokoh terkenal seperti James Adams dan lain-
lain dalam mengukuhkan kedudukan Amerika sebagai sebuah Negara dan kuasa dunia
baru. Melalui pembentukan Doktrin ini maka, kuasa-kuasa lama dapat disekat daripada
meluaskan pengaruh dan kekuasaan di benua Amerika. Melalui tindakan ini ia akhirnya
memberi kelebihan kepada Amerika dari segi ekonomi, politik dan keselamatan.

2.5 DASAR DAN PERANAN KERAJAAN

Kerajaan juga dengan giatnya melaksanakan berbagai dasar dalam memainkan


peranan mereka dalam langkah-langkah membina kekuatan ekonomi negara Amerika sejak
abad ke 19 hingga abad ke 20. Hal ini penting dalam usaha untuk merangsangkan lagi
perkembangan sektor perindustrian yang paling banyak membantu meningkatkan ekonomi
Amerika ketika itu. Antara dasar yang dilakukan kerajaan adalah seperti mengenakan dasar
yang melindungi industri dengan pengenalan kadar cukai yang rendah dan kadar tarif yang
bersesuaian. Kerajaan turut berusaha mewujudkan kestabilan mata wang dan sistem
perbankan kebangsaan untuk memastikan ekonomi Amerika sentiasa mantap dan kukuh.29

29
Lewis Paul Todd & Merle Curty, Rise of The American Nation, Harcourt Brace Jovanovich, New
York, 1972, hlm. 389.
18

Dasar yang bebas seperti pengenalan dasar imigrasi yang lebih longgar, kebenaran
dalam menggunakan sumber asli dan juga pelbagai galakan dari kerajaan turut
menyumbang ke arah membina kekuatan ekonomi Amerika. Beberapa akta yang diluluskan
kerajaan pada sekitar tahun 1862 juga berhasil dalam menggalakkan perkembangan
ekonomi Amerika seperti Akta Landasan Kereta Api Pasifik, Akta Ladang, dan Akta Majlis
Anugerah Tanah, yang mana akta-akta ini telah merangsang penggunaan tanah-tanah
awam. Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, Akta Landasan Kereta
Api Pasifik melibatkan pemberian tanah-tanah awam kepada rakyat atau syarikat swasta
yang berminat untuk mengusahakan pembinaan landasan kereta api.

Melalui dasar imigrasi yang longgar, imigran masuk dari dalam dan luar negara
menyebabkan bekalan buruh atau tenaga pekerja di Amerika sentiasa mencukupi. Sebagai
sebuah negara yang bebas pasca Perang Saudara, golongan orang asing ini sangatlah dialu-
alukan untuk masuk ke negara Amerika ini. Tambahan pula, terdapat juga undang-undang
khas berkenaan hal ini iaitu Undang-Undang Buruh Kontrak yang telah diwartakan pada
tahun 1864. Undang-undang ini dilihat penting bagi lebih menggalakkan buruh masuk ke
negara tersebut bagi membantu mengembangkan lagi segala sektor sama ada perindustrian
ataupun pertanian dalam usaha membina ekonomi yang kuat dan mapan.

Hasil dari pesatnya kemajuan sektor industri dan juga pertumbuhan ekonomi di
Amerika, proses pembandaran juga berjaya ditingkatkan dengan mendadaknya. Hal ini juga
menyebabkan penumpuan diberikan di bandar-bandar besar kerana kebanyakan
perkembangan aktiviti ekonomi berlaku di sana. Berikutan itu, bandar-bandar besar
menjadi padat dan urban dengan lambakan peluang pekerjaan. Oleh itu, dapat disimpulkan
di sini bukan sahaja ekonomi negara Amerika yang berjaya dikuatkan dengan usaha dan
peranan yang dimainkan kerajaan ini. Malahan, dari segi politik dan sosial penduduk juga
berjaya dimajukan dan ditingkatkan.
19

KESIMPULAN

Secara rumusannya, industrialism Amerika berkembang dengan pesat daripada abad ke-19
hingga tahun seterusnya. Sektor industri ini berkembang ekoran minat Amerika dalam
bidang teknologi dan sumber asli menjadikan Amerika menjadi ketua industri dunia. Pada
tahun 1900, pasaran Amerika telah menjadi paling tersebar di dunia yang menyebabkan
operasi perniagaan berkembang pesat yang membawa kepada peningkatan dalam
penghasilan, pengurusan, pasaran dan penyelidikan.

Ekoran daripada proses industrialism ini yang membawa kepada pengenalan dasar
Westward Expansion, ia telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam proses urbanisasi.
Hal ini adalah kerana proses industrialism ini telah berkembang di bandar menyebabkan
banyak peluang pekerjaan dibuka. Makanya, berlaku proses migrasi bandar yang menarik
penduduk berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Misalnya, sebanyak 50% penduduk
berhijrah ke bandar yang menyebabkan berlaku kepesatan penduduk yang seterusnya
melahirkan pelbagai jenis penduduk iaitu golongan kaya, pertengahan dan bawahan.
Golongan bawahan ini merupakan penduduk yang daif iaitu tinggal di dalam perumahan
yang sempit dan padat dengan tahap kebersihan yang sangat rendah. Apabila berlaku situasi
sedemikian, makanya, berlaku masalah sosial termasuk jenayah dan keadaan sedemikian
menyebabkan golongan miskin melahirkan rasa tidak puas hati dengan permintaan mereka
untuk mendapatkan hak yang lebih baik.
20

RUJUKAN

Brinkley, A.. 2004. The unfinished nation: a concise history of the American people.
Boston: McGraw-Hill.

Conlin, J. R.. 1987. The American Past: A Survey Of American History. San Diego:
Harcourt Brace Jovanovich.

Dexter Perkins. 1955. A History of the Monroe Doktrine. Brown and Company: Canada.

Gallagher, Gary W.. Engle, Stephen D.. Krick, Robert K. and Glatthaar, Joseph T..2003.
The American Civil War: This Mighty Scourge of War. Osprey Publishing Elms
Court. Great Britain.

George D. Crothers. 1964. America History. Holt, Rinehart and Winston : New York.

George, Peter. 1982. The Emergence of Industrial America: Strategic Factors in American
Economi Growth Since 1870. State University of New York Press. Albany.United
States of America.

Hama, Larry. 2008. Wagner. Ron dan Dheeraj Verma. The War is On! : Battle of First
Bull Run. Osprey Publishing Ltd.. Great Britain.

Holt, James. 1972. The Emergence of Modern America 1890-1920. Heinemann


Educational Books Ltd..Auckland. London.

John Jarolimek. 1982. The United States and the Other Americans. Macmillan Publishing

Co., Inc. : London.

McNeese, Tim. 2010. The Civil War Era. 1851-1865. Infobase Publishing.

Olsen, Chrsitopher J..2006. The American Civil War: A Hands-on History. Hill and Wang.
New York.

Robert H. Ferrell. 1975. America Diplomacy a History. W.W Norton and Company: New
21

York.

Ruhl Bartlett. 1963. Policy and Power: two countries of American Foreign Policy. Hill and

Wang : New York.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa. Dewan Bahasa dan

Pustaka : Kuala Lumpur.

Todd, L. P. & Curty, M.. 1972. Rise of The American Nation. New York: Harcourt Brace
Jovanovich.

W. Allan Wilbur. 1967. The Monroe Doctrine. D.C Heath and Company Boston : Amerika

Syarikat.

You might also like