You are on page 1of 14

KAJIAN ANALISIS PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT

MULTINASIONAL SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL


NASIONAL SENDIRIAN BERHAD (PROTON) ABSTRAK
KAJIAN ANALISIS PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT
MULTINASIONAL SYARIKAT PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL
SENDIRIAN BERHAD (PROTON)
ABSTRAK
Dalam kajian ini saya telah ditugaskan untuk mengkaji sebuah syarikat multinasional
yang terkenal di Malaysia. Saya telah memilih syarikat perusahaan Otomobil
Nasional Berhad (PROTON) bagi melaksanakan tugasan kerja kursus penggal tiga
bagi subjek mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Terdapat tiga sub topik yang perlu
saya melakukan penyelidikan. Antaranya aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad , analisis SWOT yang dijalankan oleh
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad , konsep-konsep perniagaan
antarabangsa penting yang diaplikasikan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad serta strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional Berhad . Berdasarkan analisis yang telah dilakukan syarikat perusahaan
Otomobil Nasional Berhad telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan
keuntungan syarikat tersebut. Malahan, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad telah merangka beberapa dasar bagi memantapkan serta mengukuhkan
perniagaan mereka di persada dunia. Selain itu, syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional Berhad sememangnya mengamalkan konsep-konsep perniagaan
antarabangsa seperti dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi dan
lokalisasi. Seterusnya, Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad juga
melaksanakan beberapa strategi pemasaran antaranya penembusan pasaran,
pembangunan pasaran, pembangunan produk dan kepelbagaian.

ISI
KANDUNGAN                                                                                                              
M/S
1.0  PENGENALAN                                                                                                          
    3-4
2.0  OBJEKTIF KAJIAN                                                                                                      
5
3.0  LATAR BELAKANG ORGANISASI
6         
3.1  Sejarah penubuhan
syarikat                                                                                  6
3.2  Kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat PROTON                                         
6
3.3  Pembukaan cawangan
baharu                                                                               7
3.4  Carta organisasi                                                                                                    
7
3.5  Logo baru telah
diperkenalkan                                                                             8
3.6  Peta                                                                                                                  
     8-9
3.6.1        Perindustrian HICOM, batu 3, 40000 shah alam, Selangor.             
9
3.6.2        Tanjung malim 59 jalan permai 1 taman ketoyong permai,                
9
tanjung malim, Perak.
4.0  KAEDAH
KAJIAN                                                                                                         10
4.1  Data
sekunder                                                                                                      
10
4.2  Kajian di
perpustakaan                                                                                         10
4.3  Internet                                                                                                            
     11
4.4  Laporan tahunan                                                                                                  
11
5.0  DAPATAN
KAJIAN                                                                                                       12
5.1  Aktiviti perniagaan
PROTON                                                                              12
5.1.1        Menjalinkan kerjasama dengan negara China                        
12-13
5.1.2        Memperkenalkan persona elegance executive                        13
5.1.3        Melancarkan proton saga versi
terbaharu                                            13
5.1.4        PROTON  memperkenalkan PROTON GSC                                    
13
5.2  Pendekatan strategik PROTON                                                                          
14       
5.2.1    Analisis
SWOT                                                                                   14-15
5.3  Konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan oleh PROTON                          
16
5.3.1        Dunia
globalisasi                                                                                 16
5.3.2        Lokalisasi                                                                                      
      16
5.3.3        Dunia tanpa
sempadan                                                                        17
5.3.4        Pasaran
menimbul                                                                               17
5.4  Strategi pemasaran oleh syarikat
PROTON                                                         18
5.4.1        Penembusan
pemasaran                                                                      18
5.4.2        Pembangunan pasaran                                                                        
18
5.4.3        Pembangunan produk                                                                        
18
5.4.4        Pempelbagaikan                                                                            
      19
6.0  PENUTUP                                                                                                                   
     20
7.0  RUJUKAN                                                                                                                  
     21
8.0  LAMPIRAN                                                                                                                
     22-24

1.0  PENGENALAN
PROTON atau nama sebenar syarikat proton ialah Syarikat Perusahaan
Otomobil Nasional Sendirian Berhad. Proton ini telah mula ditubuhkan oleh
Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Ini
adalah hasil gagasan beliau ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu untuk mencapai aspirasi iaitu negara perindustrian.

Sejarah Proton kian hari mula berkembang pesat setelah pengeluaran


kereta pertama syarikat proton iaitu kereta Proton Saga. Kereta tersebut telah
dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Permintaan terhadap kereta
Proton Saga telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Bagi rakyat
Malaysia, gagasan yang telah beliau lakukan begitu bagus kerana ini julung
kalinya negara Malaysia mengeluarkan kenderaan sendiri.
Pelbagai perubahan telah dilakukan supaya Proton dapat mengeluarkan
kenderaan yang lebih berkualiti. Proton telah menetapkan misi syarikatnya
iaitu menjadi pengeluar kereta yang berdaya saing, inovatif dan
berorientasikan pelanggan dalam mengendalikan urus niaga Proton. Setakat
ini sahaja dua kilang yang telah dibina iaitu terletak di Perindustrian HICOM,
Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

Di samping itu, pengkaji perlu mengenalpasti aktiviti perniagaan


Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad. Antara jenis aktiviti
perniagaan yang dijalankan oleh proton ialah pemasaran kereta.  Pengkaji
turut mengkaji pendekatan strategi analisis iaitu Analisis kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman (SWOT). Seterusnya, pengkaji perlu menjelaskan
konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Syarikat
Perusahaan Outomobil Nasional Berhad seperti dunia tanpa sempadan,
pasaran menimbul, dan globalisasi dan lokalisasi. Konsep ini dilakukan kerana
sangat penting bagi meningkatkan peluang untuk meluaskan lagi pasaran di
pasaran dunia.
Akhir sekali, pengkaji perlu menganalisis strategik pemasaran yang
dilaksanakan oleh Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad iaitu
penembusan pasaran, pembangunan produk, pembangunan produk dan
kepelbagaian keluaran kenderaan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dilakukan adalah untuk :
        i.            Mengenal pasti aktiviti perniagaan Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.

      ii.            Menjelaskan pendekatan strategik yang digunakan oleh Syarikat Perusahaan

Outomobil Nasional Berhad.


    iii.            Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh

Syarikat Perusahaan Outomobil Nasional Berhad.


    iv.            Menjelaskan strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat Perusahaan

Outomobil Nasional Berhad.


3.0   LATAR BELAKANG KAJIAN

3.1 Sejarah penubuhan Proton


PROTON  atau lebih tepat lagi nama Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd yang
mula ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta
ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama negara  Malaysia. Penubuhannya
merupakan gagasan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri yang
keempat ketika itu, untuk mencapai aspirasi iaitu negara perindustrian.

Pada masa itu, idea ini mula tercetus apabila beliau dan Presiden Mitsubishi
semasa mengadakan lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada
bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat
Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani
perjanjian dengan Mitsubishi.

Ketika itu , pemegang saham majoritinya terdiri daripada tiga iaitu Perbadanan
Industri Berat Malaysia Berhad  iaitu sebanyak (70%) , Mitsubishi Motors
Corporation, Jepun iaitu sebanyak (15%) dan yang terakhir sekali Mitsubishi
Corporation, Jepun iaitu sebanyak (15%). Apabila PROTON telah ditubuhkan maka
timbulah satu idea bagi melukis logo PROTON. Gambar logo ini boleh dilihat di
lampiran 1.

3.2 Kenderaan yang telah dikeluarkan oleh Proton


Setakat ini, pelbagai kenderaan yang telah dikeluarkan oleh PROTON di dalam
negara mahupun antarabangsa. Kira-kira hampir 20 kenderan proton yang telah
dikeluarkan. Antara kenderaan yang telah berjaya dikeluarkan ialah Proton Arena,
Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Persona, Proton Juara, Proton Perdana, Proton
Perdana V6, Proton PERT, Proton Putra, Proton Saga, Proton Satria GTI, Proton
Satria, Proton Satria R3, Proton Satria Neo, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja,
Proton Wira, Proton Exora, Proton Preve dan terkini Proton Suprima. (Rujuk lampiran
2).
3.3 Pembukaan cawangan baharu

Kilang PROTON di Tanjung Malim yang mula dibuka pada Ogos 2004 adalah lima
kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang
terletak di kawasan seluas 101 hektar dan turut mengandungi satu litar ujian. Banyak
perubahan yang telah dilakukan oleh syarikat PROTON dari segi pengeluaran
kenderaan dan memusatkan pengoperasian kumpulan iaitu perpindahan ke Tanjung
Malim. Perpindahan itu dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2018. Menurut
sumber http://ww3.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140203/, PROTON juga
dijangka membangunkan atau menjual tanahnya di Shah Alam, Selangor yang
bernilai RM7 bilion.
 3.5 Logo baru telah diperkenalkan
Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh PROTON iaitu
pengubahsuaian logo. Proton logo pada tahun 1983 adalah perisai biru gelap yang
merangkumi bulan sabit kuning pada kedudukan di bawah bintang pecah empat belas
kuning, merujuk kepada bendera dan kot Malaysia senjata. Walau bagaimanapun,
lambang ini hanya digunakan untuk kereta Proton yang tidak dijual dalam negara.
Kereta Proton dieksport ke pasaran lain yang diterima reka bentuk lencana yang
berbeza. Pada tahun 2000, logo Proton yang baru telah digunakan pada Proton Waja
yang dilancarkan pada tahun itu. Selain itu, PROTON memaparkan kepala harimau
kuning digayakan pada roundel hijau timbul apabila perisai biru gelap , dengan nama
PROTON dalam huruf besar kuning Frutiger font. Perwakilan teks standard nama
PROTON juga telah ditukar dari huruf kecil italik teks "proton" kepada huruf besar
"PROTON". Semua kereta Proton yang dikeluarkan selepas 2000 dijalankan lencana
baru dan kedua-duanya dalam pasaran domestik dan eksport. Logo Proton semasa,
yang digunakan sejak 2008 dengan pengenalan generasi kedua Proton Saga adalah
sama dengan lencana 2000, tetapi dihasilkan di dua nada, perak dan reka bentuk hitam
sebaliknya. (Rujuk lampiran 3)

3.6 Peta lokasi PROTON


4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Data sekunder


Menurut Rohana Yusuf (2001), pengumpulan data sekunder melibatkan kaedah
menggunakan sumber-sumber dokumentari. Kaedah ini lebih mengutamakan
penyelidikan perpustakaan. Sumber-sumber ini dapat menyumbangkan
maklumatyang diperlukan sama ada maklumat berbentukan atau empirikal. Antara
sumber yang sering digunakan dalam penyelidikan adalah buku, majalah, laporan
rekod, kertas seminar, micro filem, alat penyiaran akhbar dan lain-lain yang dapat
diperolehi di perpustakaan. Selain itu, saya telah membuat pelbagai rujukan seperti
aktiviti Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON), pendekatan
strategik iaitu analisis SWOT yang telah dijalankan oleh Syarikat Proton dan konsep-
konsep perniagaan antarabangsa yang dilakukan oleh Syarikat Proton.

4.2 Kajian di perpustakaan


Menurut Sulistyo Basuki (1991), perpustakaan adalah sebuah ruangan atau tempat
yang digunakan untuk menyimpan buku dan terbitan lain yang biasanya disimpan
mengikut susunan tertentu yang digunakan pembaca bukan untuk dijual. Ada dua
unsur utama dalam perpustakaan iaitu buku dan ruangan. Namun, pada masa
sekarang, koleksi sebuah perpustakaan tidak hanya terbatas kepada buku-buku sahaja,
tetapi berupaya filem, slide, atau lain-lainnya yang dapat diterima di perpustakaan
sebagai sumber informasi. Kemudian sumber informasi diorganisasikan, disusun
teratur, sehingga kita inginkan sesuatu informs kita akan mudah mendapatkan
maklumatnya. Maklumat di atas dapat disimpukan bahawa perpustakaan adalah suatu
unit kerja yang merupakan tempat menyimpan koleksi bahan pustaka yang diatur
secara sistematik dan dapat digunakan oleh pemakainya sebagai sumber informasi.
Saya telah mengunjungi perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tentang kajian ini.
Antaranya ialah

i.
                     Perpustakaan Kuala Lumpur
      ii.            Perpustakaan Negara Malaysia

4.3 Internet
Menurut Lani Sidharta (1996), walaupun secara fisik internet adalah sambung hantar
jaringan computer namun secara umum internet harus dipandang sebagai sumber daya
informasi. Isi internet adalah informasi dapat dibayangkan sebagai suatu sambung
atau perpustakaan multimedia yang sangat besar dan lengkap. Bahkan, internet
dipandang sebagai dunia dalam bentuk lain (maya) kerana hamper seluruh aspek
kehidupan di dunia nyata ada di internet seperti bisnes, olahraga, politik dan
sebagainya.

4.4 Laporan Tahunan


Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi) yang
dilaporkan (Kamus Dewan 1996:766) atau sesuatu kenyataan formal hasil daripada
sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu ha yang
disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan. Manakala, menurut
Siti Hajar Abd Azizi (2008’274) menyebut bahawa laporan ialah kertas yang
mengandungi khabar atau maklumat. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal
atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan makumat tentang sesuatu
perkara yang dilaporkan. Laporan boleh ditujukan kepada seseorang individu,
sekumpulan ahli jawatankuasa atau sebuah organisasi. Selain itu, laporan itu
merupakan pemerian bertulis tentang kajian perkara atau pendapat yang disampaikan
dalam format tertentu dan laras bahasa format.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Aktiviti Perniagaan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.


5.1.1 Menjalinkan Kerjasama Dengan Negara China
Proton dilaporkan bakal menjalinkan kerjasama dengan syarikat
pengeluar automotif terkemuka dari Negara China iaitu Geely
Automobile Holdings Ltd. Sebelum ini Proton dan Geely telah
menandatangani satu perjanjian yang dinamakan ‘perjanjian hasraf’
pada  22 April 2013 dengan disaksikan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Proton ketika ini
mempunyai kerjasama dengan syarikat Mitsubishi apabila pengeluar
model Proton Inspira yang diadaptasi daripada model Lancer GT.
Selain itu, Proton juga menjalinkan hubungan dengan Honda melalui
pengeluaran Proton Perdana serba baharu.
5.1.2 Memperkenalkan Persona Elegance Executive
Pada tahun 2014 Proton telah mula memperkenalkan model kenderaan
yang terbaharu iaitu Persona Elegance Executive. Selain itu, harga bagi
Persona Elegance Executive terbaru keluaran 2014 ini masih belum
diumumkan oleh syarikat Proton. Syarikat Otomobil Nasional Berhad
juga telah memberi ciri-ciri yang telah dibekalkan untuk Proton
Persona Elegance Excutive 2014. Malahan, kelengkapan yang
terdahulu telah digantikan bagi menaikkan lagi mutu kenderaan
PROTON supaya dapat menarik para pembeli untuk membeli
kenderaan yang tersebut. Antara ciri-cirinya seperti :
                                                                                i.            Enjin 1.6L IAFMt

                                                                              ii.            Dilengkapi dengan Leather Seat Hitom bersama

kemasan benang putih


                                                                            iii.            Sistem brek ABS + EBD

                                                                            iv.            Brek cakera bagi semua tayar

                                                                              v.            Fog lamp dan Grin hadapan Chrome baru

                                                                            vi.            Lining Chrome belakang baru

                                                                          vii.            Eksoz muffler

                                                                        viii.            Dual SRS Airbag

                                                                            ix.            Hadir dengan ciri pemanduan DNA Lotus Ride and

Handling
                                                                              x.            Reka bentuk Sport Rim baru dengan warna Gun

metal
                                                                            xi.            Set bodykit persona Highline

5.1.3 Melancarkan Proton Saga Versi Terbaru


Proton juga telah melancarkan Proton Saga versi terbaru pada tahun
2014 iaitu Proton Saga FLX Executive, Proton Saga versi terbaru ini
tampil dengan kit badan luaran lengkap yang lebig menawan dan
sporty. Kit badan terbaru yang dipadankan pada Saga FLX Executive
2014 itu merupakan kit badan asal yang sebelumnya dipasangkan
secara eksklusif kepada model Saga FLX SE Executive CUT.

5.1.4 Proton memperkenalkan Proton GSC


Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) telah
memperkenalkan model kompak terbaru dari Proton yang dikenali
sebagai Proton GSC (Global Small Car). Proton GSC juga dikenali
dengan panggilan Proton P2 – 30A. Model tersebut bakal dilancarkan
pada tahun 2014. Proton GSC dibangunkan sebagai pengganti untuk
model Proton Savy.
5.2 Pendekatan Strategik Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad.

5.2.1 Analisis SWOT


Menurut Edaris Abbu Bakri (2004), SWOT adalah singkatan daripada perkataan
Strengths (S), Weaknessess (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Dalam Bahasa
Melayu ia boleh diringkaskan menjadi KLAP yang mewakili Kekuatan (K),
Kelemaham (L), Ancaman (A), dan Peluang (P). Kekuatan dan kelemahan adalah
merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman dan peluang pula
adalah faktor luaran sesebuah organisasi. Semasa melakukan analisis ini, organisasi
perlu menyenaraikan semua kekuatan, kelemahan, ancaman dan juga peluang dalam
satu jualan / matriks untuk memudahkan proses mengenal pasti strategik yang sesuai
digunakan.

i. Kekuatan
                     

PROTON lebih hebat berbanding dengan Outomotif lain. Hal ini demikian kerana
PROTON merupakan anak syarikat kerajaan. Selain itu, PROTON merupakan aset
yang penting buat negara dalam bidang Outomotif.

       ii.            Kelemahan
Harga kenderaan Proton dijual lebih mahal berbanding kenderaan lain. Hal ini
demikian kerana walaupun kenderaan lain mempunyai kualiti yang hampir sama
tetapi jurang perbezaan harga begitu ketara seperti Hyudai, Camry dan lain-lain.

iii.            Peluang
    

PROTON merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan milik kerajaan. Oleh hal yang
demikiaan kerajaan telah menetapkan harga yang berpatutan jika dibandingkan
dengan pengeluar kenderaan lain pada masa kini.

iv.            Ancaman
    

Proton akan mewujudkan lagi persaingan dengan kenderaan import. Hal ini demikian
kerana ramai pengeluar Outomotif lain akan berusaha bagi meningkatkan lagi
penjualan kenderaan mereka. Oleh itu, Proton seharusnya lebih berdaya saing dengan
Outomotif lain
5.3 Konsep Perniagaan Antarabangsa diaplikasikan Proton

5.3.1 Dunia Globalisasi


Menurut Dr. Tarcusius (2007) globalisasai (Globalization) merujuk globalisasi
perniagaan kerana semakin banyak syarikat yang mempunyai kemudahan pengeluaran
jauh dari syarikat pangkalan mereka. Sebagai contoh, Proton telah menjalankan
perniagaan di beberapa buah negara besar seperti China, Thailand, Jepun dan
sebagainya.

5.3.2 Lokalisasi
Menurut Sabri Yunus (2000) lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang
menumpukan sesuatu pasaran di kawasan tertentu. Lokalisasi melibatkan tindakan
sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada subsidari organisasi asing
kepada sesebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri tempatan. Satu bentuk
strategi yang biasa digunakan oleh syaraikat multinasional untuk menghasilkan
produk atau perkhimatan yang sesuai dengan negara tempatan. Proton berusaha untuk
mengubah subsidiari asing ke dalam organisasi tempatan supaya bersesuaian dengan
ciri-ciri tempatan. Selain itu, Proton juga boleh mengurangkan risiko kerugian,
meluaskan pasaran dan menjimatkan kos pengeluaran dan menumpukan produk yang
sesuai untuk pasaran.

5.3.3 Dunia Tanpa Sempadan


Menurut Sabri Hj.Hussin (2000), dunia tanpa sempadan memperlihat pengerak dan
perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sesebuah perniagaan negara-negara
dunia mula menunjukkan sebuah lagi sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-
blok perdagangan yang lebih bebas. Blok ini mula ditubuhkan bertujuan bagi
membebaskan negara terbabit untuk menjalankan pengeluaran, pemasaran,
pengagihan tanpa dikenakan sebarang tarif atau cukai dan juga beberapa sekatan yang
lain. Sebagai contoh, Proton telah memasarkan keluaran kenderaan ke luar negara
seperti negara China dan Jepun.

5.3.4 Pasaran Menimbul


Menurut Sabri Hj. Hussin (2000), pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang
muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Sebagai
pasaran menimbul negara-negara di Asia mula menjadi pembeli utama keluaran baru
yang dihasilkan oleh negara maju. Proton telah mengenal pasti negara yang
mempunyai ekonomi yang mampu menyediakan pasaran eksport pengeluaran dunia
dan antarabangsa. Proton berusaha mengubah dan meningkatkan taraf syarikat agar
setanding dengan negara-negara lain melalui pasaran kepada pelabur antarabangsa.
Sebagai contoh, Proton telah memasarkan pelbagai kenderaan keluarannya ke negara 

5.4. Strategi Pemasaran Proton

5.4.1 Penembusan Pasaran


Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi
penembusan pasaran digunakan dengan tujuan untuk meningkatkan syer pasaran
organisasi dalam sesebuah kawasan. Organisasi masih menawarkan produk yang
sama dalam pasaran yang telah dimasukinya tetapi meningkatkan usaha pemasaran
agar keluaran dapat dijual dengan lebih banyak dan seterusnya menjana keuntungan
yang lebih. Dalam strategi ini, usaha seperti penambahan jurujual, memperhebatkan
aktiviti pengiklanan, melaksanakan promosi jualan besar-besaran dan meluaskan
publisiti dalam pasaran semasa. Ini dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti pengiklanan
di kaca televisyen untuk keluaran yang telah sedia ada di pasaran. Sebagai contoh,
Proton telah menembus pasaran ke luar negara seperti negara China dan Jepun.

5.4.2 Pembangunan Pasaran


Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), Strategi
pembangunan pasaran pula dijalankan dengan memperluaskan skop pasaran keluaran
sedia ada. Ini bermakna organisasi masih menawarkan keluaran yang sama tetapi
memasuki sebuah pasaran baru yang belum dimasukinya sebelum ini. Bagi Proton
telah membuat satu pembaharuan di dalam pasaran. Ini dibuktikan melalui perluasan
pasaran iaitu tidak tertumpu dalam domestik sahaja tetapi juga peringkat global.
Proton telah berjaya mengembangkan perniagaannya ke negara China. Usaha
mengeksport keluaran organisasi ke negara luar merupakan antara cara termudah
melaksanakan strategi pembangunan pasaran.

5.4.3 Pembangunan Produk


Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini
melibatkan penghasilan keluaran baru ke pasaran semasa melalui usaha pembangunan
keluaran baru. Ini bermakna organisasi telah sedia memasuki pasaran tetapi
menambah jumlah keluarannya di pasaran tersebut. Strategi ini boleh juga
dilaksanakan dengan menambahkan ciri baru kepada produk semasa. Proton Perdana
V6 contohnya merupakan produk yang telah diubah suai daripada Proton Perdana
jenis lama. Strategi ini sesuai dilaksanakan jika keluaran semasa sedang menempuhi
tahap kematangan dalam kitaran hayat keluaran. Jadi pengeluaran keluaran baru boleh
menarik pelanggan sedia ada yang setia untuk mencuba keluaran baru.
5.4.4 Pempelbagaian
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini
dilaksanakan dengan menambah keluaran atau perkhidmatan baru tetapi berkaitan
dengan pelanggan sedia ada organisasi. Selain itu, Proton tidak perlu mencari
pelanggan baru tetapi berusaha agar pelanggan semasa menambah jumlah pembelian
mereka daripada organisasi. Contohnya, Proton perlu meningkatkan lagi
penambaikkan di dalam keluarannya. Hal ini demikian kerana akan menarik lagi
minat pelanggan bagi menambahkan jumlah pengunjungan pelanggan. Sebagai
contoh, pelanggan Proton boleh membuat servis kereta setiap 6 bulan sekali bagi
menukar minyak engine kenderaan Proton.  Secara tidak langsung, pelanggan akan
tertarik melihat keluaran Proton yang terkini dan berminat untuk mencuba. Strategi ini
berkesan apabila pasaran semasa Proton sedang mengalami penurunan jualan dan
keuntungan.
6.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, kajian mendapati bahawa pelbagai aktiviti perniagaan telah


dijalankan oleh Proton seperti menjalinkan kerjasama dengan negara China,
memperkenalkan Persona Elegance Executive, melancarkan Proton Saga versi
terbaru, memperkenalkan Proton GSC. Dari segi pendekatan strategi analisis SWOT
pula, terdapat beberapa seperti kekuatan dan kelemahan yang dihadapi oleh Proton.
Namun begitu, Proton mempunyai peluang seperti Proton merupakan satu-satunya
pengeluar kenderaan milik kerajaan.Selain itu, dari segi ancaman Proton akan
mewujudkan lagi persaingan dengan kenderaan import. Proton juga mengamalkan
konsep perniagaan antarabangsa seperti dunia globalisasi, lokalisasi, dunia tanpa
sempadan, pasaran menimbul. Bagi meningkatkan imej Proton dan mampu berdaya
saing syarikta-syarikat automotif lain seperti Honda, Camry, Ford dan sebagainya.
Proton telah melaksanakan 4 strategi pemasaran iaitu penembusan pasaran,
pembangunan produk, pembangunan pemasaran dan pempelbagaian. Oleh yang
demikian, satu kajian tentang ciri-ciri usahawan berjaya pula dilaksanakan di masa
hadapan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahamanan pelajar mengenai Proton.
  
7.0 SENARAI RUJUKAN

Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_(syarikat)
http://www.azri.my/2012/04/sejarah-asal-usul-proton.html

Buku
Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), Pengurusan Organisasi
Edisi Kedua, Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Edaris Abbu Bakri (2004), Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi untuk
Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rohana Yusuf (2001), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka
Sabri Hj. Hussin, 2000. Buku Pengenalan kepada Perniagaan Mengurus Perniagaan
dalam Perspektif Malaysia.
Posted by Hafiz Hitmi at 02:59 
Email This

You might also like