You are on page 1of 32

1.

0 PENGENALAN

Menurut kamus perniagaan, perniagaan boleh didefinisikan sebagai sistem


organisasi atau ekonomi di mana barangan dan perkhidmatan ditukar untuk satu sama
lain atau untuk wang. Setiap perniagaan memerlukan beberapa bentuk pelaburan dan
pelanggan yang mencukupi untuk pengeluarannya boleh dijual secara konsisten untuk
menghasilkan keuntungan (http://www.businessdictionary.com/definition/business.html).

Selain itu, pernigaan juga boleh didefinisikan sebagai urusan jual beli untuk
mencari keuntungan dan menjadikan syarikat itu makin hari makin besar
(http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perniagaan). Antara salah satu syarikat ialah
gardenia.

Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang warga Amerika telah dihantar
oleh ‘International Excutive Service Corp’ (IESC) ke Malaysia Timur untuk
membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum merupakan pengasas bagi roti gardenia
yang pertama. Beliau telah membawa bersamanya 35 tahun pengalaman yang
diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti yang terbesar di Amerika.
Maka lahirlah Gardenia. Sebelum jenama Gardenia diperkenalkan di Malaysia,
jenama ini telah terkenal di Amerika (www.gardenia.com.my).

Roti pertama Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Telah diuli buat pertama kali
dikilang pengeluarannya pada tahun 1986. Hanya di dalam masa 4 tahun saja ianya
berjaya menerajui pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengkagumkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan adanya usaha dan pengalaman daripada pengasas
Gardenia mampu meningkatkan atau memajukan lagi syarikat Gardenia tersebut.
Tahun demi tahun dan langkah demi langkah Gardenia berjaya berkembang dan
mengeluarkan pelbagai citarasa produk (www.gardenia.com.my).

Syarikat ini juga ialah subsidiari kepada sebuah syarikat kumpulan makanan,
QAF Ltd, yang juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura, Filipina
dan tidak lama lagi akan mengembangkan lagi operasinya di Fujian, China. Syarikat
ini adalah syarikat bersekutu Padiberas National (BERNAS). Dengan kekuatan
jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian produk untuk memenuhi
permintaan orang ramai (www.gardenia.com.my).

1
Gardenia telah memperolehi beberapa anugerah sepanjang syarikat ini
ditubuhkan. Antara anugerah yang diperolehi ialah Anugerah 10 Jenama Terbaik
Malaysia 2009, Gardenia Malaysia (tempat ke-7), The Nielson Company,
Superbrands survey, Anugerah Jenama Putra – Gardenia Malaysia (Anugerah Emas),
Association of Accredited Advertising Agents, kajian pengguna mengenai Jenama
Paling Disukai (‘Most Preffered Brand’),(Bahagian Categori Makanan) dan anugerah-
anugerah yang lain (www.gardenia.com.my).

Gambar 1: Anugerah yang telah diperolehi oleh Gardenia Bakeries

Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.
ialah European Cottage Style Brand, Say Cheese, Gardenia Low Fat Fibremeal
Range, Toast’em, Squiggles, DELECIA Waffles, TWIGGIES, Muffin Supreme,
DELICIA SOFT ROLL, Fluffy Buns, Quick Bites dan DELICIA. Produk-produk ini
merupakan produk yang diminati dan mendapat sambutan daripada pelanggan.
Gardenia ini mempunyai motto yang tersendiri untuk menarik minat pelanggannya
dengan motto ‘sungguh enak, dimakan begitu sahaja!’ (www.gardenia.com.my).

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan pengeluaran
produk roti yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. Objektif
tersebut ialah:

i. Mengkaji proses pengeluaran produk roti yang dikeluarkan oleh syarikat


Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.

ii. Menganalisis perancangan pengeluaran roti yang merangkumi aspek jenis


pengeluaran dan susun atur pengeluaran oleh syarikat Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.

iii. Menerangkan faktor persekitaran yang mempengaruhi pengeluaran roti oleh


syarikat Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. daripada persekitaran perniagaan yang terdiri
daripada persekitaran umum adalah persaingan dan jaringan dan teknologi dan
persekitaran tugas pula adalah seperti pekerja dan pelanggan.

iv. Menjelaskan dua elemen campuran pemasaran iaitu produk dan promosi bagi
produk roti oleh syarikat Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.

3
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. merupakan salah satu pengeluar
roti yang popular di Malaysia. Syarikat ini melalui proses pengeluaran sebelum
mengedarkan produknya.

3.1 PROSES PENGELUARAN

Proses pengeluaran bermaksud pelbagai bahagian yang saling bergantungan


antara satu sama lain dalam menjalankan aktiviti pengeluaran. Fungsi pengeluaran
terdiri daripada input, proses transformasi dan output. Langkah yang pertama ialah
input yang meliputi faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan
produk. Input merangkumi bahan mentah, mesin, sumber manusia, peralatan,
kewangan dan sebagainya. Kaedah kawalan awalan dilakukan sebelum proses
pengeluaran dijalankan supaya keseluruhan input mengikuti standard yang telah
ditetapkan (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini amat mementingkan dalam
proses input supaya tidak berlaku sebarang masalah ketika menjalani proses
transformasi. Bahan-bahan mentah yang digunakan diambil dari bahan yang
berkualiti. Tenaga kerja seperti manusia dan mesin pula adalah dalam keadaan yang
baik dan bersedia supaya mendapat hasil yang sempurna.

Selepas itu, proses transformasi merupakan proses untuk menukarkan input


kepada output. Proses ini melibatkan aktiviti menambah baik iaitu semua faktor
pengeluaran disatukan untuk menghasilkan sebuah produk. Proses ini hendaklah
diberikan penekanan supaya tidak berlaku pembaziran bahan mentah. Proses kawalan
semasa dijalankan oleh para pekerja gardenia semasa proses penukaran input kepada
output supaya mereka dapat mengasingkan produk yang rosak daripada proses
pengeluaran. Proses ini amat penting supaya produk mereka tidak mengeluarkan
produk yang berkualiti untuk dipasarkan ke pasaran (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md.
Zuki, 2018).

Proses yang seterusnya ialah proses output. Ia merupakan produk akhir yang
dihasilkan daripada proses pengeluaran sama ada produk siap ataupun separuh siap.

4
Output yang telah dihasilkan akan dipasarkan dan perlu menepati citarasa samada
pengguna industri ataupun pengguna akhir. Kaedah kawalan dijalankan selepas
setelah selesai proses pengeluaran supaya tindakan pembetulan atau penambah baikan
dapat dilakukan pada aktiviti pengeluaran yang akan datang (Mohd Faridz Sunaidi
Bin Md. Zuki, 2018).

Maklum balas merupakan proses yang terakhir di dalam proses pernigaan


dimana ia berkaitan tentang komen yang diberikan terhadap produk yang telah
dihasilkan bermula daripada input sehuingga output. Ia meliputi dari segi kualiti dan
rupa bentuk produk (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

3.2 JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran secara umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pengeluaran ini


melibatkan penghasilan produk yang spesifik mengikut tempahan penggunan dalam
kuantiti yang kecil. Produk yang dikeluarkan adalah unik, mempunyai nilai tinggi dan
melibatkan tempoh yang tidak menentu.

Jenis pengeluaran yang pertama ialah pengeluaran mengikut tempahan. Ia


merupakan penghasilan produk mengikut tempahan daripada pengguna. Produk yang
dihasilkan juga adalah berdasarkan permintaan daripada pelanggan dalam pelbagai
jenis dan reka bentuk produk. Kuantiti permintaan produk pula adalah dalam kadar
yang sangat rendah. Peralatan yang digunakan bagi meghasilkan produk pula
memerlukan teknologi yang pelbagai guna untuk menghasilkan produk. Kos yang
diperlukan pula melibatkan kos yang tinggi dalam penghasilan produknya. Bagi
aktiviti kerja pula, ia memerlukan kemahiran yang tinggi dan bukan rutin dalam
penghasilan produknya (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Seterusnya ialah pengeluaran secara massa. Pengeluaran secara massa ini


melibatkan penghasilan produk secara berterusan dan besar-besaran. Pengeluaran ini
mengeluarkan produk pada jenis yang sedikit dan seragam. Kuantiti produk yang
dikeluarkan adalah tinggi dan seragam. Perlatan yang digunakan melibatkan
penggunaan mesin dan perlatan yang dikawal oleh komputer. Kos pula melibatkan
kos rendah kerana proses pengeluaran secara besar-besaran. Aktiviti kerja pula

5
merupakan aktiviti yang rutin kerana pengeluarannya berjalan secara berterusan
(Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Pengeluaran yang terakhir merupakan pengeluaran secara berkelompok.


Pengeluaran ini melibatkan beberapa jenis produk yang dihasilkan dalam saiz yang
sederhana. Produk yang dihasilkan adalah dalam satu kelompok barang dan diikuti
oleh penghasilan satu kelompok barang lain. Kuantiti produk yang dihasilkan adalah
rendah atau sederhana. Peralatan yang digunakan pula merupakan peralatan yang
khusus dan pelbagai guna yang disusun mengikut produk yang berbeza. Kos pula
melibatkan kos yang tinggi kerana penghasilan produknya adalah mengikut
kelompok. Aktviti kerja pula memerlukan sumber tenaga kerja disusun mengikut
pengeluaran produk yang berbeza mengikut kelompok (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md.
Zuki, 2018).

3.3 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri


daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja,
pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan
langsung dalam pembentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah
organisasi perniagaan. Persekitaran perniagaan ini terbahagi kepada dua
iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas
(http://www.balohpedia.com/2017/11/memahami-persekitaran-
perniagaan.html?m=1 ).

3.3.1 PERSEKITARAN UMUM

Persekitaran umum merujuk kepada persekitaran luar sesebuah organisasi


yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap aktiviti dan prestasi sesebuah
organisasi perniagaan (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018). Persekitaran umum
terdiri daripada ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan
perundangan, teknologi, prasarana dan antarabangsa. Dalam kajian ini, pengkaji
memfokuskan kajian terhadap persaingan dan jaringan dan teknologi.

6
3.3.2 PERSEKITARAN TUGAS

Persekitaran tugas merujuk kepada pihak-pihak yang berkepentingan atau


mempunyai pengaruh secara langsung terhadap operasi dan prestasi pernigaan (Mohd
Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018). Persekitaran tugas terdiri daripada pelanggan,
pembekal, pembiaya, pemodal atau pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja dan
masyarakat. Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan terhadap pekerja dan pelanggan.

3.4 CAMPURAN PEMASARAN

Campuran pemasaran merujuk kepada gabungan elemen strategi pemasaran


iaitu produk, pengedaran, penentuan harga dan promosi. Produk membawa maksud
sesuatu yang ditawarkan di pasaran sama ada berbentuk fizikal atau perkhidmatan
yang mampu menarik minat, dapat dimiliki dan mempunyai faedah psikologi atau
fizikal yang boleh memuaskan kehendak pelanggan. Promosi juga merujuk kepada
kaedah yang digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, mengingat, memujuk dan
mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan (Mohd
Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

7
4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara pengumpulan data yang digunakan dalam


kajian ini. Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, kaedah adalah cara atau
peraturan dalam membuat sesuatu terutamanya yang bersistem ataupun yang biasa.
Kajian pula membawa maksud kepada kegiatan, usaha dan proses di dalam sebuah
penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data sekunder sepenuhnya.

4.1 DATA PRIMER

Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat (2010), data primer bermaksud
maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah
mengumpul data primer ialah melalui pemerhatian.

4.2 DATA SEKUNDER

Data sekunder adalah data tambahan yang diperoleh bukan melalui orang yang
pertama tetapi melalui orang yang kedua dan orang yang ketiga atau sebagainya.
Sesetengah pengkaji sentiasa memilih dokumen seperti kesusasteraan atau teks
akademik, akhbar, majalah, risalah, dan sebagainya sebagai data sekunder
(http://sosiologis.com/data-primer-dan-data-sekunder). Dalam kajian ini pengkaji juga
telah menggunakan kaedah data sekunder sepenuhnya dengan membuat rujukan di
internet dan buku.

4.2.1 INTERNET

Menurut Sibero, pemahaman internet adalah rangakaian komputer yang


menghubungkan antara komputer secara global. Selain itu, internet juga boleh
dipanggil sebagai rangkaian semula jadi, yang merupakan rangkain yang sangat
meluas (https://www.maxmanroe.com).

i. http://www.businessdictionary.com/definition/business.html
ii. http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perniagaan
iii. www.gardenia.com.my
iv. http://www.balohpedia.com/2017/11/memahami-persekitaran-
perniagaan.html?m=1
v. https://www.maxmanroe.com
vi. https://educalingo.com/ms/dic-ms/buku

8
vii. https://www.academia.edu/34205964/Prakata
viii. https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=1709912065717052&substory_index=0&id=100000948246517
ix. https://www.mstar.com.my/
x. https://makna.online
xi. https://www.coursehero.com/file/p6nj1q3/Menurut-Kamus-Dewan-Edisi-
Keempat-campuran-bermaksud-gabungan-atau-sebatian/
xii. http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf
xiii. https://www.pengertianmenurutparaahli.net/pengertian-pelanggan-menurut-
ahli/
xiv. http://sosiologis.com/data-primer-dan-data-sekunder

4.2.2 BUKU

Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu
unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk
membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada
lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang kertas-
kertas yang diikat (https://educalingo.com/ms/dic-ms/buku).

i. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
ii. Mohd Faridz Sunaidi Bin Mohd Zuki, 2018. Nota Pembelajaran dan Lembaran
Praktis Pengajian Perniagaan Semester 1, Selangor: Local Publication Sdn.
Bhd.
iii. Mokhtar Pet, 2018. Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
iv. Kumar, S. Anil & N. Suresh. (2008). Production and Operation Management:
(With Skill Development, Caseltes and Cases). (2nd ed.). New Delhi: New
Age Internatioanal (P) Limited Publishers.

9
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi oleh


pengkaji berdasarkan penyelidikan terhadap syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn.
Bhd. dari aspek proses pengeluaran, perancangan pengeluaran, faktor persekitaran dan
campuran pemasaran.

5.1 PROSES PENGELUARAN

Pengeluaran merupakan fungsi penghasilan barang atau perkhidmatan


daripada input ditukar kepada output melalui aktiviti tambah nilai. Selain itu, ia juga
merujuk kepada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mengeluar, mencipta,
menyiapkan bahan mentah dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat (Mohd
Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Gambar 2: Proses pengeluaran yang melibatkan input, proses trasformasi, output dan
maklum balas

10
5.1.1 PROSES INPUT

Gambar 3: Input yang melibatkan bahan mentah, modal insan, teknologi dan modal

Input membawa maksud kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan


untuk mengeluarkan sesebuah produk. Input ini merangkumi bahan mentah, mesin,
sumber manusia, peralatan dan kewangan. Kebiasaanya, kaedah kawalan awalan
dijalankan sebelum proses pengeluaran dijalankan bagi memastikan semua input
menepati standard yang telah ditetapkan (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Bagi syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini, mereka amat menitik
beratkan dalam aktiviti pengeluaran produk mereka kerana ia mencerminkan imej
syarikat mereka. Dalam memastikan matlamat mereka berjaya, syarikat Gradenia
Bakeries ini berusaha sedaya upaya dalam menghasilkan produk yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Mereka menggunakan bahan-bahan
mentah yang berkualiti untuk mendapatkan hasil yang memuaskan bagi pelanggan
dan syarikat mereka sendiri agar ketahanan dan kelazatan produknya terjamin. Antara
bahan mentah yang digunakan oleh syarikat ini ialah Tepung Gandum Berprotein
Tinggi, Air Bertapis, Lemak Sayuran, Gula Pasir, Susu dan Kompenan Susu, Kanji,
Ragi, Kondisioner Doh, Garam, Perisa Yang Dibenarkan, Mentega, Garam Kalsium,
Kalsium Propionat, Khasiat-khasiat ragi, Kalium Sorbat, Pengemulsi Makanan,
Vitamin C, Asid Sitrik, Beta-Karotena, Zat Besi, Vitamin E dan Vitamin A. Tepung
gandum berprotein tinggi itu diperolehi daripada beberapa pembekal
(www.gardenia.com.my).

11
Untuk memproses setiap bahan tersebut pula, syarikat Gardenia Bakeries (KL)
Sdn. Bhd. ini menggunakan mesin yang bermutu tinggi untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Antara mesin yang digunakan ialah mesin mixer, mesin divider, mesin
rounder, mesin checkweigher, mesin proofer, mesin tunnel oven dan mesin conveyer
belts. Modal yang digunakan oleh syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini
adalah daripada modal syarikat mereka sendiri. Mesin-mesin yang digunakan oleh
syarikat tersebut dibeli dengan menggunakan modal-modal yang diperolehi
(https://www.academia.edu/34205964/Prakata).

5.1.2 PROSES TRANSFORMASI

Berdasarkan buku Local Publication, proses transformasi ini merupakan


proses penukaran input kepada output. Proses ini melibatkan aktiviti tambah nilai iaitu
semua faktor pengeluaran digembleng untuk menghasilkan produk. Kawalan semasa
dijalankan semasa proses penukaran input kepada output untuk mengasingkan produk
yang rosak daripada proses pengeluaran (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Dalam penghasilan produk rotinya, teknik yang digunakan adalah teknik span
dan teknik doh. Span akan digunakan sebagai adunan bagi bahan-bahan utama iaitu
air, yis, tepung, vitamin dan mineral untuk menghasilkan adunan span yang
berikutnya akan disimpan di dalam sebuah bilik khas selama 4 jam. Selepas itu,
adunan span sebentar tadi akan ditambahkan dengan dua bahan iaitu madu dan susu
skim untuk menghasilkan adunan doh. Adunan doh ini akan direhatkan selama satu
jam. Langkah yang seterusnya ialah proses pembakaran. Doh tersebut akan dibakar
dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Masa yang akan diambil bagi
menghasilkan roti memakan masa selama lapan jam. Bagi menghasilkan roti yang
lembut berbanding roti-roti yang lain, kawalan mutu dan teknik pembuatan hendaklah
dilakukan dengan ketat (www.gardenia.com.my).

Syarikat Gardenia Bakeries ini akan melakukan proses pembungkusan setelah


selesai menghasilkan roti tersebut. Pembungkusan ialah aktiviti mencipta dan
menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus bagi sesuatu produk. Tujuan utama
pembungkusan ialah bagi memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk. Dengan
membuat pembungkusan pengguna dapat membuat pilihan dan mengelakkan pembeli
membeli produk pesaing. Produk roti Gardenia Delicia mempunyai pelbagai perisa
bagi memudahkan pengguna untuk membuat pilihan dengan tepat. Bahan yang

12
digunakan untuk pembungkusan roti ialah plastik. Plastik pembungkusan tersebut
akan dilabel mengikut jenis krim bagi memudahkan pengguna mengenalpasti jenis
krim roti tersebut. Bagi menarik lagi minat pengguna, syarikat ini menghiaskan
bungkusan tersebut dengan grafik dan warna yang menarik.

5.1.3 PROSES OUTPUT

Menurut buku Local Publications, proses output merupakan produk akhir yang
dihasilkan daripada proses pengeluaran sama ada produk tersebut telah siap atau pun
separuh siap. Output yang dihasilkan akan dipasarkan dan perlu menepati citarasa
sama ada pengguna industri atau pengguna akhir. Kaedah kawalan selepas dijalankan
setelah selesai proses pengeluaran supaya tindakan pembetulan atau penambah baikan
dapat dilakukan pada aktiviti pengeluaran akan datang (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md.
Zuki, 2018).

Di dalam proses output ini, produk yang telah siap dibungkus tersebut akan
ditempatkan di dalam sebuah bakul yang telah ditetapkan. Roti itu akan disusun
dengan kemas dan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan terhadap produk ketika
di dalam proses penghantaran ke cawangan setiap negeri. Hal ini akan memudahkan
pekerja untuk mengira bilangan stok untuk dihantar kepada pembeli. Roti ini sentiasa
mendapat permintaan yang tinggi oleh pembeli kerana kelazatan rotinya yang empuk
sehingga ia digemari ramai.

Gambar 4: Output produk roti Gardenia Delicia iaitu jenis krim butterscotch,
coklat, jagung dan strawberry.

13
Gambar 5: Kenderaan yang digunakan untuk menghantar produk siap ke kedai
runcit atau pasaraya

5.1.4 PROSES MAKLUM BALAS

Berdasarkan buku Local Publications, maklum balas berkaitan dengan komen


yang diberikan terhadap produk yang dihasilkan bermula daripada proses input
sehingga proses yang terakhir sekali iaitu proses output. Ia meliputi dari segi kualiti
dan rupa bentuk produk (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Maklum balas ini amat penting kepada syarikat Gardenia Bakeries untuk
mereka melakukan penambahbaikan terhadap produknya yang mengalami kerosakan.
Menurut laman web rasmi Gardenia Bakeries, terdapat maklum balas daripada
pengguna produk Gardenia Bakeries ini mengatakan bahawa roti ini merupakan
jenama roti terbaik di Malaysia. Ianya juga sedap dan menyelerakan serta
boleh dinikmati pada bila bila masa dan di mana jua. Jadi, disebabkan

itu roti ini menjadi idaman semua pengguna

(https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=1709912065717052&substory_index=0&id=1000009482465
17).

14
5.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

Perancangan pengeluaran merupakan satu aspek penting dalam sesuatu


keputusan berkaitan dengan pengeluaran. Antara faktor penting yang perlu
dipertimbangkan dalam perancangan pengeluaran ialah reka bentuk pengeluaran, jenis
pengeluaran, susun atur pengeluaran dan penentuan lokasi kilang. Bahagian ini
pengkaji akan menganalisis perancangan pengeluaran produk yang merangkumi aspek
jenis pengeluaran dan susun atur pengeluar produk roti bagi syarikat Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini.

5.2.1 JENIS PENGELUARAN

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mengaplikasikan pengeluaran secara massa


terhadap produknya. Pengeluaran massa dapat ditentukan melalui volum pengeluaran,
mesin disusun dalam barisan atau mengikut susun atur produk dan keseragaman
produk dan proses wujud serta semua keluaran mengikut kaedah yang sama. Antara
ciri-ciri pengeluaran secara massa ialah keseragaman produk dan urutan proses, mesin
mempunyai fungsi khusus yang mempunyai kapasiti pengeluaran dan kadar
pengeluaran yang tinggi, jumlah produk yang banyak, masa kitaran pengeluaran yang
pendek, inventori proses rendah, barisan pengeluaran yang seimbang, aliran bahan
komponen dan bahagian adalah berterusan, pengeluaran dan kawalan pengeluaran
mudah serta pengendalian bahan adalah automatik (Suresh, 2008).

Dalam kajian ini, pengkaji akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang
jenis pengeluaran yang dilakukan oleh syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Bagi syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. , mereka hanya melakukan satu jenis
pengeluaran sahaja iaitu pengeluaran secara massa. Syarikat Gardenia Bakeries (KL)
Sdn. Bhd. ini banyak mengeluarkan jenis roti. Rotinya yang banyak mendapat
sambutan di pasaran semenanjung Malaysia ialah roti DELICIA. Roti ini dikeluarkan
dengan pelbagai jenis krim. Antaranya ialah coklat, jagung, vanilla, “rose”, “butter
sugar” dan butterscotch (www.gardenia.com.my). Produk yang dikeluarkan adalah
sedikit dan seragam. Permintaan roti ini dikalangan pengguna semakin meningkat
kerana kelazatannya. Oleh kerana roti gardenia ini semakin terkenal di semenanjung
Malaysia, maka kuantiti produk yang dikeluarkan adalah tinggi dan seragam bagi
memenuhi kehendak pengguna. Demi memudahkan segala urusan mereka dalam

15
penghasilan roti, mereka menggunakan teknologi yang berkualiti untuk menghasilkan
roti dengan kuantiti yang banyak dan dalam kadar yang banyak.

Syarikat ini juga menggunakan pengawalan komputer dalam penghasilan


rotinya untuk menjamin kualiti produk supaya setaraf dengan roti-roti yang tersohor
di dunia ini. Penggunaan kos dalam penghasilan rotinya adalah sedikit kerana
pengeluaran yang dilakukan adalah secara besar-besaran. Hal ini berikutan kerana kos
penghasilan menjadi sedikit kerana pengeluaran dilakukan adalah secara sekali gus.
Sebagai contoh, kos penggunaan elektrik dan air dapat dijimatkan. Aktiviti pembuatan
roti ini adalah secara rutin iaitu pengeluaran secara berterusan (24jam). Roti ini
mendapat permintaan daripada pengguna dan penjual setiap hari kerana ianya murah
dan berkhasiat.

5.2.2 SUSUN ATUR PROSES PENGELUARAN

Secara umumnya, ia membawa maksud kepada kaedah penyusunan jabatan,


stesen kerja, mesin, jentera, penyimpanan stok dan sebagainya bagi memastikan
kelancaran sistem kerja yang cekap dan penggunaan ruang yang optimum.
Objektifnya adalah agar dapat meminimumkan kos pengendalian bahan, mesin, dan
jentera yang digerakkan. Tambahan pula, perkara ini adalah untuk mengoptimumkan
penggunaan ruang kilang yang ada secara cekap dan berkesan. Selain itu juga ini
dapat memudahkan interaksi antara pekerja dan interaksi antara pekerja dengan
majikan (Mohd Faridz Sunaidi Bin Md. Zuki, 2018).

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa syarikat


Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini menggunakan jenis susun atur secara produk.
Hal ini berikutan kerana susun atur secara produk ini membawa definisi kepada
penyusunan barisan mesin mengikut urutan penghasilan produk. Bagi menghasilkan
sebiji roti, bahan mentah tersebut hendaklah melalui pelbagai proses sehingga
terhasilnya sebiji roti yang lazat. Kuantiti produk yang dihasilkan juga adalah dengan
kadar yang banyak kerana permintaannya yang menggalakkan. Bagi menghasilkan
roti yang terbaik, syarikat ini memerlukan penggunaan perlatan yang khusus. Antara
peralatannya adalah mesin mixer, mesin divider, mesin rounder, mesin checkweigher,
mesin proofer, mesin tunnel oven dan mesin conveyer belts (www.gardenia.com.my).
Bagi kos peralatan yang digunakan adalah tinggi kerana syarikat ini memerlukan

16
mesin yang mampu untuk membuat pengeluaran secara besar-besaran dalam masa
yang singkat.

17
5.3 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran perniagaan merupakan satu set elemen yang mampu


mempengaruhi sistem pernigaan walaupun elemen-elemen ini bukan berada di bawah
kawalan perniagaan. Pada dasarnya, sesebuah perniagaan tidak boleh berjaya tanpa
bergantung pada persekitarannya (Mokhtar Pet, 2018).

5.3.1 PERSEKITARAN UMUM

Persekitaran umum ini adalah sangat luas dan mempunyai hubungan tidak
langsung dengan pernigaan. Hal ini bermakna, persekitaran umum ini adalah
pembolehubah tidak langsung kepada prestasi perniagaan (Mokhtar Pet, 2018).

Antara persekitaran umum yang menjadi penekanan bagi syarikat ini adalah
persaingan dan jaringan. Persaingan perniagaan merujuk kepada ancaman yang
diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada
pasaran yang sama dengan produk usahawan manakala jaringan perniagaan pula
merujuk kepada pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan bersama pembekal,
pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran
(http://www.balohpedia.com/2017/11/memahami-persekitaran-perniagaan.html?
m=1). Antara syarikat yang memberikan saingan yang hebat adalah roti Massimo.
Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini akan menawarkan harga yang murah
bagi roti mereka berbanding roti jenama yang lain demi mendapatkan perhatian
daripada pengguna. Mereka juga akan membuat rekaan yang menarik berbanding
jenama yang lain bagi pembungkusan plastik mereka dari segi warna dan dekorasinya.
Warna yang digunakan adalah warna yang terang bagi menarik perhatian pengguna
untuk membelinya. Dekorasi yang digunakan pula adalah berunsurkan daripada jenis
krim roti tersebut yang merujuk kepada coklat, jagung, vanilla, “rose”, “butter sugar”
dan butterscotch.

Persekitaran umum yang seterusnya adalah teknologi. Teknologi merujuk


kepada kaedah baharu untuk melakukan sesuatu kerja. Teknologi sering dikaitkan
dengan penciptaan kaedah baharu melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Penggunaan teknologi baharu dapat membantu untuk meningkatkan
produktiviti, menjimatkan masa dan mengurangkan kos perniagaan (Mokhtar Pet,
2018).

18
Teknologi yang digunakan oleh syarikat Gardenia Bakeries ini ialah mixer,
divider, rounder, checkweigher, proofer, tunneloven dan conveyer belts. Persekitaran
teknologi ini telah mempengaruhi syarikat ini kerana penggunnya dapat
meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa dan mengurangkan kos pengeluaran
dalam menghasilkan roti Gardenia Delicia tersebut. Dengan hadirnya kemudahan
teknologi yang canggih ini, syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan mampu
menambah pengeluarannya sehingga 8000 buku roti sejam
(https://www.mstar.com.my/).

5.3.2 PERSEKITARAN TUGAS

Menurut Sabri Hussin (2002) mendefinasikan bahawa persekitaran tugas


sebagai persekitaran yang boleh memberi kesan langsung kepada sesebuah
perniagaan. Persekitaran tugas juga merangkumi pihak-pihak yang terlibat atau
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.
Pihak-pihak yang terdapat dalam persekitaran ini juga dikenali sebagai pihak
berkepentingan dalam perniagaan. Pengkaji ingin menerangkan persekitaran tugas
yang memperngaruhi syarikat Gardenia Bakeries seperti pekerja dan pelanggan.

Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, pekerja membawa maksud kepada


orang yang bekerja dan kebiasaannya adalah untuk mendapat bayaran atau
memperoleh pendapatan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Syarikat Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd. mempunyai pekerja yang cekap dan mahir dalam
mengendalikan mesin dalam proses pengeluaran roti Gardenia Delicia. Syarikat
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. telah memberi anugerah dan bonus terhadap
pekerja mereka kerana telah banyak menyumbang sumber tenaga fizikal dan mental
dalam proses penghasilan roti gardenia. Syarikat ini juga melabur dalam program
latihan terhadap pekerja mereka. Pekerja-pekerja utama kerap dihantar ke luar negara
untuk latihan di America Institute of Banking dan lain-lain institusi professional di
seluruh dunia. Mereka juga menghadiri pameran perdagangan untuk memastikan
perniagaan mereka seiring dengan trend global, teknologi dan produk terbaru serta
gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Semangat inovatif syarikat terhadap
semua pekerjanya telah membolehkan syarikat ini memenuhi selera pengguna dengan
kepelbagaian produk roti yang dikeluarkan (www.gardenia.com.my).

19
Pengertian pelanggan adalah seorang individu ataupun kelompok yang
membeli produk fizikal ataupun perkhidmatan dengan mempertimbangkan berbagai
macam faktor seperti harga, kualiti, tempat, layanan dan sebagainya berdasarkan
keputusan mereka sendiri (Greenberg, 2010). Pasaran di Malaysia adalah kompleks.
Hal ini dikatakan demikian kerana pasaran di Malaysia melibatkan peralihan pilihan
pengguna dan demografi. Perubahan ini menimbulkan cabaran, namun perubahan ini
juga membangkitkan peluang perniagaan baru. Pengguna secara aktif, mencari
pilihan produk yang berkhasiat dan sihat serta sesuai dengan gaya hidup mereka yang
sibuk dan aktif. Hal ini mendorong Gardenia menjalankan penyelidikan dan
pembangunan terhadap produknya untuk meningkatkan manfaat nutrisi dan kesihatan
produk mereka serta mempromosikan gaya hidup yang sihat. Hal ini
menyebabkan Gardenia dapat mengatasi pilihan pelanggan yang
sentiasa berubah dan kekal relevan di pasaran
(http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport
.pdf).

20
5.4 CAMPURAN PEMASARAN

Gambar 6: Elemen campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, penetapan


harga, promosi dan pengedaran

Menurut kamus dewan edisi keempat, campuran bermaksud gabungan atau


sebatian, manakala pemasaran bermaksud perihal atau perbuatan memasarkan.
Campuran pemasaran (marketing mix) adalah sebuah kombinasi pemboleh ubah yang
akan digunakan oleh sesebuah syarikat untuk mempengaruhi gelagat pembeli.
Menurut Abu Bakar Hamed (2006), menyatakan bahawa usahawan harus memahami
campuran pemasaran yang melinbatkan strategi produk, strategi tempat atau lokasi,
strategi harga dan strategi promosi di mana strategi campuran pemasaran yang efektif
akan membantu usahawan dalam membentuk strategi persaingan di pasaran
(https://www.coursehero.com/file/p6nj1q3/Menurut-Kamus-Dewan-Edisi-Keempat-
campuran-bermaksud-gabungan-atau-sebatian/).

5.4.1 PENGEDARAN

Pengedaran merupakan satu proses mengagihkan produk atau perkhidmatan


kepada pengguna pada masa dan lokasi tertentu.

i) Saluran Agihan

Saluran agihan merujuk kepada penggunaan pengantara atau orang tengah


yang berperanan mengagihkan produk secara fizikal daripada pusat pengeluar kepada
pengguna akhir pada lokasi dan masa yang dikehendaki oleh pengguna. Terdapat dua

21
saluran agihan iaitu saluran langsung dan saluran tidak langsung. Syarikat Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd. telah menggunakan satu saluran agihan iaitu saluran tidak
langsung. Saluaran tidak langsung ini pula mempunyai tiga peringkat. Peringkat
saluran agihan yang digunakan oleh syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini
ialah peringkat kedua dan peringkat ketiga.

Pengeluar
Syarikat Gardenia Bakeries (KL)
Sdn Bhd

Peruncit

Pengguna

Pengeluar
Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn
Bhd

Pemborong

Peruncit

Pengguna

Gambar 7: Saluran agihan peringkat kedua dan ketiga yang digunakan syarikat
Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.
22
Rajah menunjukkan saluran agihan peringkat kedua dan ketiga yang
digunakan oleh syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Saluran yang kedua ini
mengandungi satu pengantara yang dikenali sebagai orang tengah iaitu peruncit.
Saluran ini biasanya menjual pelbagai produk daripada Gardenia Bakeries kepada
pengguna. Bagi syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd ini, mereka menggunakan
peruncit yang menjual di stokis, pasaraya dan kedai-kedai kecil seperti Kedai 1
Malaysia dan Pasaraya Gaint. Saluran agihan yang seterusnya pula adalah saluran
agihan yang ketiga. Saluran agihan ini mempunyai pemborong daripada syarikat
syarikat besar seperti Mydin dan Giant. Setelah pemborong ini memborong dengan
kuantiti yang banyak, terdapat peruncit kecil akan membeli produk tersebut untuk
dipasarkan dikedai mereka. Peruncit kecil ini adalah kedai-kedai di kawasan yang
terpencil seperti kampung dan pekan. Tujuan mereka mengambil produk daripada
Gardenia Bakeries ini adalah kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding
dengan produk roti yang lain dan khasiatnya yang bagus.

5.4.2 PROMOSI

Promosi merupakan elemen yang penting dalam campuran pemasaran kerana


ianya dapat menarik minat pengguna tentang kebaikan atau kelebihan sesuatu produk
atau perkhidmatan. Berdasarkan kajian, campuran promosi yang digunakan oleh
syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini adalah seperti yang berikut:

i) Pengiklanan

Merupakan satu bentuk penyampaian dan promosi berbayar bagi idea,


barangan atau perkhidmatan oleh pemasar untuk memperkenalkan, mempromosi dan
merangsang pengguna. Pengiklanan ini menggunakan saluran media massa dengan
kos yang agak tinggi. Pengulangan berulang kali akan mewujudkan dan mengekalkan
permintaan serta meluaskan lagi pasaran. Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
telah memuat naik gambar roti Gardenia Delicia di Facebook dan laman web
rasminya bagi mendorong pengguna untuk membeli produk yang diiklankan. Selain
itu, syarikat ini juga telah mengiklankan produk roti Gardenia Delicia ini dalam
sebuah iklan di TV3 untuk menyedarkan pengguna tentang kewujudan produk ini.

ii) Publisiti

23
Publisiti merupakan aktiviti penyebaran maklumat berbentuk berita, cerita dan
rencana tentang sesuatu produk melalui media massa. Hal ini melibatkan hebahan
mengenai sesuatu produk. Secara tidak langsung, ia mampu meningkatkan permintaan
melalui pembentukan imej yang baik oleh organisasi. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan, laman web rasmi Gardenia Bakeries telah membuat laporan berkenaan
produk roti Gardenia Delicia keluaran Gardenia Bakeries. Laporan itu telah
menceritakan tentang khasiat dan kelebihan produk roti Gardenia Delicia keluaran
syarikat ini. Tambahan pula, dalam satu rancangan berita di TV3 pada 25 Julai 2015
juga telah memperkenalkan kewujudan produk roti Gardenia Delicia ini kepada orang
ramai supaya mereka dapat menikmati produk roti keluaran syarikat Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini (https://youtu.be/eljZZfl_z5E).

6.0 PENUTUP

Pengkaji telah mendapati bahawa objektif yang dikaji memberi kesan yang
baik kepada keuntungan dan imej Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.
Pengeluaran produk iaitu roti Gardenia Delicia keluaran syarikat melalui proses
pengeluaran telah menepati piawai yang ditetapkan bermula dari input hingga
maklumbalas. Perancangan pengeluaran yang merangkumi jenis pengeluaran dan
jenis susun atur. Melalui jenis pengeluaran, telah dijelaskan bahawa syarikat ini
menggunakan pengeluaran produk secara berkelompak. Ini kerana syarikat
mengeluarkan produk yang sedikit iaitu memasarkan produk kepada pelanggan yang
dihantar ke kedai runcit atau pasar raya untuk dijual. Bagi jenis susun atur pula,
syarikat menggunakan jenis susun atur secara produk. Hal ini kerana susun atur secara
produk adalah lebih sistematik untuk pengeluaran roti dari segi kuantiti produk,
keseragaman iaitu saiz roti, penggunaan peralatan yang khusus, kos peralatan yang
tinggi dan kos pengeluaran yang rendah. Bagi persekitaran perniagaan syarikat pula
dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas. Persekitaran
umum iaitu persaingan yang telah menyebabkan syarikat terpaksa bersaing dengan
pengeluar roti seperti Massimo dan syarikat telah membuat transformasi dengan
menggunakan teknologi yang berciri moden untuk meningkatkan pengeluaran dan
kualiti roti. Seterusnya ialah campuran pemasaran yang memberi syarikat strategi-
strategi pemasaran seperti pengedaran yang memberi pilihan kepada Gardenia
Bakeries untuk memilih saluran agihan bagi memudahkan produk mereka untuk
sampai ke pengguna akhir iaitu pelanggan. Promosi pula digunakan untuk syarikat

24
memujuk pelanggan membeli produk seperti pengiklanan yang menggunakan iklan di
televisyen sebagai promosi. Publiti pula digunakan syarikat melalui media massa
berbentuk cerita atau berita di televisyen atau media sosial.

Pengkaji telah mencadangkan bahawa terdapat beberapa cadangan untuk


penambahbaikan pengeluaran roti syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
antaranya ialah mempelbagaikan produk berasaskan roti supaya dapat membantu
masyarakat membuat pilihan produk yang mereka inginkan dan mengadakan promosi
secara besar-besaran supaya orang ramai dapat memiliki produk roti Gardenia
Bakeries dengan harga yang rendah. Selain itu, syarikat Gardenia Bakeries ini boleh
menambahkan kilang mereka di kawasan Sabah dan Sarawak. Hal ini memudahkan
penduduk di kawasan tersebut untuk menikmati roti Gardenia ini dengan mudah dan
harga yang murah. Akhir sekali, syarikat Gardenia Bakeries boleh memperbaharui
corak pembungkusan setiap dua tahun sekali supaya pelanggan lebih tertarik untuk
membeli roti Gardenia. Penukaran pembungkusan akan membuatkan permintaan
terhadap roti meningkat kerana pembeli gemar melihat keunikan setiap kali corak
pembungkusan bertukar.

25
7.0 SENARAI RUJUKAN

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perniagaan

http://sosiologis.com/data-primer-dan-data-sekunder

http://www.balohpedia.com/2017/11/memahami-persekitaran-
perniagaan.html?m=1

http://www.businessdictionary.com/definition/business.html

http://www.qaf.com.sg/wp-content/uploads/2018/03/SGXAnnualReport.pdf

https://educalingo.com/ms/dic-ms/buku

https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=1709912065717052&substory_index=0&id=100000948246517

https://makna.online

https://www.academia.edu/34205964/Prakata

https://www.coursehero.com/file/p6nj1q3/Menurut-Kamus-Dewan-Edisi-
Keempat-campuran-bermaksud-gabungan-atau-sebatian/

https://www.maxmanroe.com

26
https://www.mstar.com.my/

https://www.pengertianmenurutparaahli.net/pengertian-pelanggan-menurut-
ahli/

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kumar, S. Anil & N. Suresh. (2008). Production and Operation Management:


(With Skill Development, Caseltes and Cases). (2 nd ed.). New Delhi: New Age
Internatioanal (P) Limited Publishers.

Mohd Faridz Sunaidi Bin Mohd Zuki, 2018. Nota Pembelajaran dan Lembaran
Praktis Pengajian Perniagaan Semester 1, Selangor: Local Publication Sdn.
Bhd.

Mokhtar Pet, 2018. Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Selangor:


Oxford Fajar Sdn. Bhd.

www.gardenia.com.my

27
8.0 LAMPIRAN Lampiran 1

Gambar 1

Anugerah yang telah diperolehi oleh Gardenia Bakeries

28
Lampiran 2

Gambar 2

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

29
Lampiran 3

Gambar 3

Jenis produk roti Gardenia Delicia Butterscotch, Roti Gardenia Delicia Coklat, Roti
Gardenia Delicia Jagung dan Roti Gardenia Delicia Strawberry

30
Lampiran 4

Gambar 4

Kenderaan yang digunakan untuk menghantar produk siap ke kedai runcit atau
pasaraya yang terlibat.

31
Lampiran 5

Gambar 5

Antara salah satu pasaraya yang menjual produk roti gardenia.

32

You might also like