You are on page 1of 16

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat


1.0 Biodata 2
2.0 Penghargaan 3
3.0 Ringkasan Eksekutif 4
4.0 Pengenalan 5
5.0 Analisa Persekitaran
5.1 Persekitaran Umum
5.1 1 Ekonomi
5.1.2 Persaingan
5.1.3 Sosiobudaya
5.1.4 Perundangan 6
5.1.5 Teknologi
5.2 Persekitaran Tugasan
5.2.1 Pelanggan
5.2.2 Pembekal
5.2.3 Pekerja
6.0 Analisa Pasaran
6.1 Pemetakan Pasaran
6.1.1 Faktor Geografi
6.1.2 Faktor Demografi
9

6.2 Sasaran Pemasaran


6.2.1 Pengguna
6.2.2 Pasaran
7.0 Kelebihan Produk 11
8.0 Strategi Pemasaran
8.1 Produk
8.2 Promosi 12
8.3 Tempat
8.4 Harga
9.0 Anggaran Kos Pemasaran 14
10. Kesimpulan 14
0
11. Rujukan 15
0

1.0 Biodata

1
Nama : Muhammad Afham bin Daub

Umur : 19 tahun

No ic : 000318-01-0859

Kelas : RBT 1 2PPISMP

Motto hidup : Ibubapa adalah segalanya

Asal : Kota Tinggi, Johor.

Email : afhxmzz20@gmail.com

No telefon : 011-11446052

2.0 Penghargaan

2
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan pertama iaitu penulisan ilmiah
bagi Kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan (RBT 1054) ini dengan jayanya. Ini
merupakan pengalaman yang sangat berharga dalam kehidupan saya kerana diberi peluang
untuk menghasilkan satu rancangan perniagaan mengenai produk yang saya hasilkan.

Dengan kesempatan yang ada ini  saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Datin Norfilzah Hayati binti Ahmad, selaku Pensyarah Kursus
Asas Perniagaan dan Keusahawanan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan
kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Perkongsian ilmu dan maklumat daripada
mereka amat membantu saya untuk menghasilkan idea-idea yang bernas ketika ingin
melaksanakan tugusan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai  kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

3.0 Ringkasan Eksekutif

3
Perniagaan Elektronik Wira merupakan sebuah perniagaan persendirian yang telah
ditubuhkan pada 1 Februari 2019 oleh Muhammad Afham bin Daub. Syarikat ini merupakan
syarikat yang berasaskan industri elektronik di Malaysia serta memperkenalkan alat-alat
elektronik terbaru yang memiliki teknologi terkini. Perniagaan ini telah memperkenalkan satu
produk yang terbaharu iaitu Unique Container. Tarikan yang dimiliki pada produk ini ialah
produk ini mampu untuk memanaskan makanan di mana jua pengguna berada. Sasaran
pelanggan yang dituju merupakan golongan pekerja pejabat yang mempunyai masa yang
singkat untuk berehat. Seterusnya, Syarikat Elektronik Wira Jaya ini didirikan di Bangi,
Selangor. Hal ini kerana Bangi merupakan kawasan petempatan penduduk yang
majoritinya didiami oleh golongan yang bekerjaya. Produk ini telah dihasilkan berdasarkan
proses soal selidik yang perniagaan kami jalankan kepada penduduk kawasan perumahan
Bangi serta kawasan sekitarnya seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Tujuan perniagaan Elektronik Wira Jaya ini menghasilkan ringkasan eksekutif adalah
untuk memohon pinjaman daripada pihak Bank Islam sebanyak RM40 000. Bagi
memasarkan produk kami, kami telah menggunakan beberapa strategi pemasaran.
Antaranya ialah proses penjualan secara bersemuka, tempahan melalui online,
pembungkusan yang menarik dengan menggunakan kotak yang berwarna-warni dan
pengikanan melalui internet.. Selain itu, perniagaan ini mempunyai tiga orang pekerja.
Ketiga-tiga pekerja ini dibahagi kepada skop tugas yang berbeza berdasarkan kepakaran
masing-masing iaitu bahagian kewangan, bahagian pemasaran dan bahagian pengurusan.
Produk yang telah dihasilkan ini juga telah mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian
dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Oleh itu, tidak akan timbul tanda tanya
dalam kalangan pengguna mengenai tahap keselamatan produk ini.

4.0 Pengenalan

4
Sebagai seorang usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan ini, saya ingin
memperkenalkan satu produk baharu yang boleh dipasarkan dalam industri elektronik.
Produk yang saya maksudkan ialah Unique Container. Unique Container ini merupakan
sejenis bekas makanan yang mampu untuk memanaskan makanan walau dimana jua
pengguna berada. Tetapi, pengguna perlu mengecasnya terlebih dahulu menggunakan
bekalan elektrik. Makanan yang disimpan didalam bekas tersebut boleh dipanaskan tanpa
perlu mengeluarkan makanan tadi. Hal ini dapat memudahkan urusan pengguna untuk
memanaskan makanan walau dimana jua mereka berada. Perniagaan ini mendapat ilham
untuk menjalankan proses soal selidik terhadap pelanggan apabila perniagaan ini mendapati
kebanyakan golongan pekerja pejabat sering kali terlepas waktu makan tengahari oleh
kerana waktu rehat yang sangat minimum. Bebanan kerja juga menjadi masalah kedua
kepada pekerja-pekerja ini untuk makan pada waktu rehat. Ada juga diantara mereka yang
membawa bekalan makanan daripada rumah sejak awal pagi lagi tetapi apabila tiba waktu
tengahari, makanan tersebut telah sejuk dan kurang enak untuk dimakan. Ini akan
menyebabkan mereka kurang mempunyai selera makan seterusnya akan mengganggu
prestasi kerja mereka. Penghasilan produk ini pastinya ingin menyelesaikan masalah yang
sedang dihadapi oleh mereka.

5.0 Persekitaran

5
5.1 Persekitaran Umum

Persekitaran umum terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ekomoni, persaingan,


sosiobudaya, politik, teknologi dan fizikal.

5.1.1 Ekonomi

Pada ketika ini, ekonomi negara tidak berada dalam keadaan baik dan secara tidak
langsung akan mempengaruhi perniagaan ini. Perniagaan ini mempunyai pembekal
daripada China yang membekalkan komponen-komponen elektronik. Apabila keadaan
ekonomi tidak stabil, nilai mata wang negara kita akan jatuh. Kos barangan import pasti
akan meningkat dan akan menambahkan kos perbelanjaan syarikat. Pastinya perniagaan
ini akan mengalami beberapa kekangan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi
apabila kos perbelanjaan telah meningkat.

5.1.2 Persaingan

Di sekitar Bangi, perniagaan ini merupakan satu-satunya perniagaan yang memasarkan


produk ini. Ini merupakan satu kelebihan kepada syarikat untuk menjadi pengeluar utama
kepada produk ini. Kelebihan ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk mencapai
keuntungan yang maksimum. Hal ini kerana syarikat elektronik yang lain pasti akan
mengubah suai idea produk ini untuk menghasilkan satu lagi produk yang lebih menarik.
Perniagaan ini perlu bersedia dengan rapi bagi mengekalkan tahap pemasaran produk ini
sekiranya terdapat penghasilan produk daripada pesaing.

5.1.3 Sosiobudaya

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang
kaum dan agama. Oleh itu, Unique Container ini merupakan satu produk yang sesuai
digunakan oleh semua bangsa dan kaum. Produk ini langsung tidak melanggar sebarang
sensitiviti kaum yang terdapat di Malaysia. Perniagaan telah menitikberatkan aspek ini
kerana masyarakat sekeliling adalah kelompok manusia yang paling rapat dengan produk
yang dihasilkan. Oleh itu, perniagaan ini perlu memastikan produk yang dihasilkan tidak
melanggar mana-mana kepercayaan agama, adat resam dan amalan hidup masyarakat.
Malah, produk yang dihasilkan juga membantu manusia melalui amalan hidup masyarakat
terutamanya bagi masyarakat yang bekerja. Produk ini dapat meringan sedikit bebanan
mereka yang sibuk melakukan kerja di pejabat.

6
5.1.4 Perundangan

Unique Container merupakan satu produk yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Hal ini kerana produk ini telah mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Ini membuktikan produk yang dihasilkan oleh
syarikat ini tidak melanggar sebarang undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan.

5.1.5 Teknologi

Dalam usaha untuk menghasilkan produk, syarikat ini telah bekerjasama dengan syarikat
elektronik negara China iaitu Luneng SIPG Tech. Syarikat ini mempunyai ramai tenaga kerja
mahir yang mampu untuk menghasilkan teknologi canggih. Hubungan dua hala ini sedikit
sebanyak dapat membantu syarikat dalam penghasilan produk ini. Produk ini telah
menggunakan teknologi microwave untuk memanaskan makanan.

5.2 Persekitaran Tugas

7
5.2.1 Pelanggan

Perniagaan ini amat menitikberatkan kepuasan hati pelanggan. Penghasilan produk ini juga
hasil daripada proses soal selidik daripada pelanggan itu sendiri. Sebagai contoh, hasil
kajian soal selidik yang telah perniagaan ini jalankan mendapati bahawa ramai dalam
kalangan pelanggan yang lebih tertarik untuk membeli produk yang mempunyai pilihan
warna yang menarik. Perkara ini dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk
membawa produk ini ke mana sahaja mereka pergi. Sudah semestinya pihak syarikat
memandang serius permintaan ini agar dapat memuaskan hati pelanggan.

5.2.2 Pembekal

Perniagaan Wira Jaya ini mempunyai dua pembekal utama daripada dalam dan luar negara
iaitu Luneng SIPG Tech dan Syarikat Elektronik Aman Jaya. Pembekal ini telah
membekalkan komponen-komponen elektronik yang berkualiti tinggi. Perniagaan ini
mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan pembekal daripada luar negara kerana
produk akan menggunakan barangan yang masih belum dipasarkan di dalam negara.

5.2.4 Pekerja

Syarikat ini mempunyai 3 orang pekerja yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing
iaitu bidang kewangan, bidang pengurusan dan bidang pemasaran. Bidang kewangan telah
diuruskan oleh Encik Ahmad Safawi bin Wahab. Beliau merupakan bekas pengurus
kewangan sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Beliau mempunyai pengalaman yang
luas mengenai pengurusan kewangan syarikat. Syarikat telah membayar gaji beliau
sebanyak RM 5000 sebulan. Seterusnya ialah bidang pemasaran yang diterajui oleh Encik
Safuwan bin Baharudin. Beliau memegang Kelulusan Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.
Beliau dibayar gaji sebanyak RM5000 sebulan. Pekerja yang ketiga ialah Encik Rafi bin
Ismail. Beliau merupakan bekas pekerja di sebuah syarikat elektronik yang lain. Beliau
dibayar gaji sebanyak RM 5000 sebulan.

6.0 Analisa Pasaran

8
6.1 Pemetakan Pasaran

Pemetakan pemasaran merupakan pembahagian sesuatu pasaran kepada kumpulan-


kumpulan pengguna atau segmen yang tertentu yang mempunyai keperluan, kehendak, siri-
ciri ataupun gelagat yang berbeza.

6.1.1 Faktor Demografi

Faktor demografi berdasarkan produk yang saya hasilkan terbahagi kepada dua bahagian
iaitu jenis pekerjaan dan jantina. Bagi jenis pekerjaan, produk saya ini sesuai bagi golongan
individu yang bekerja di pejabat dalam sesebuah syarikat yang perlu bergerak jauh untuk
mendapatkan makanan. Oleh itu, pekerjaan seperti guru tidak sesuai dengan produk saya
ini kerana kebanyakan guru mempunyai masa rehat yang mencukupi serta mudah untuk
mendapatkan makanan di kantin. Bagi jantina pula, produk saya ini sesuai bagi golongan
wanita kerana kebanyakan wanita lebih gemar membawa bekalan makanan dari rumah
berbanding membeli makanan di luar. Hal ini kerana mereka mengambil berat tentang
tahap kualiti sesuatu makanan tersebut. Jika hendak dibandingkan dengan lelaki, mereka
lebih gemar untuk membeli makanan di luar kerana lebih mudah. Mereka juga kurang
menekankan aspek kebersihan makanan. Hanya sesetengah kaum lelaki saya
menitikberatkan aspek ini.

6.1.2 Faktor Geografi

Bagi faktor geografi berdasarkan produk yang saya hasilkan, produk saya ini lebih sesuai
dipasarkan di kawasan bandar berbanding kawasan perkampungan. Hal ini demikian kerana
kawasan bandar merupakan kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih
besar. Golongan-golongan bekerjaya mudah untuk ditemui di kawasan bandar. Semestinya
golongan-golongan ini yang akan tertarik untuk membeli produk saya. Jika ingin
dibandingkan dengan kawasan perkampungan, penduduk kampung kebiasaanya mampu
untuk membawa sendiri bekal makanan untuk pergi ke tempat kerja. Semestinya mereka
kurang tertarik untuk membeli produk yang saya hasilkan ini.

9
6.2 Sasaran Pemasaran

6.2.1 Pengguna

Pengguna yang disasarkan oleh saya dalam memperkenalkan produk saya ialah golongan
pekerja pejabat yang kurang peruntukan masa untuk menikmati makanan ketika waktu
rehat. Sememangnya tidak dinafikan bahawa ramai dalam kalangan pekerja pejabat
membawa bekalan makanan daripada rumah. Langkah proaktif ini adalah untuk
menjimatkan perbelanjaan harian serta mereka dapat menikmati makanan yang lebih
berkhasiat. Kekangan kewangan yang disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi juga
merupakan salah satu punca mereka membawa bekalan makanan ke tempat kerja.

6.2.2 Pasaran

Perniagaan ini telah mengenal pasti segmen-segmen pasaran yang ingin ditembusi oleh
produk ini. Pada peringkat awal, produk ini akan dipasarkan dalam kawasan Negeri
Selangor sahaja. Hal ini kerana produk ini masih berada dalam peringkat permulaan dan
syarikat ingin mendapatkan maklum balas daripada pengguna terlebih dahulu. Setelah
produk ini mendapat sambutan hangat, perniagaan ini akan memperluaskan pemasaran ke
seluruh Malaysia seterusnya menembusi pasaran Asia.

10
7.0 Kelebihan Produk

7.1 Mesra Pengguna

Produk ini adalah produk mesra pengguna kerana produk ini memudahkan pengguna untuk
mengangkatnya dengan adanya pemegang kiri dan kanan. Produk ini juga mudah untuk
digunakan dengan adanya sistem kawalan automatik. Pengguna berupaya untuk
menentukan tahap suhu yang diperlukan bersesuaian dengan makanan yang ingin
dipanaskan. Selain itu, terdapat juga pembahagian ruang didalam bekas mengisi makanan.
Pembahagian ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk membawa lebih daripada
satu jenis makanan. Produk ini juga sangat mudah digunakan dan dibawa kerana pengguna
tidak memerlukan sumber elektik untuk menggunakannya. Pengguna hanya perlu untuk
mengecas kuasanya di rumah.

7.2 Penggunaan Bahan

Produk bekas makanan ini dihasilkan menggunakan keluli tahan karat dan tahan panas di
sebelah dalam. Di sebelah luar bekas pula dilindungi oleh plastik agar pengguna tidak
terkena suhu yang tinggi bekas yang boleh mengakibatkan kecederaan. Penutup bekas pula
adalah lut sinar. Hal ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk memantau keadaan
makanan yang dipanaskan.

7.3 Tahap Keselamatan

Produk ini memiliki tahap keselamatan yang tinggi. Antaranya ialah produk ini memanaskan
makanan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang gas.
Bekas makanan ini juga tidak mengeluarkan sebarang asap atau bau bahan api.

11
8.0 Strategi Pemasaran

8.1 Produk

Produk yang telah saya hasilkan ialah jenis produk yang tidak dicari. Hal ini kerana
pengguna tidak menetahui kewujudan produk ini serta kebiasaannya tidak difikirkan oleh
pengguna untuk membelinya. Produk yang saya hasilkan ini ialah produk yang berinovasi
terbaru di mana pengguna masih tidak mengetahui bahawa produk tersebut telah berada
dalam pasaran.

Produk ini mempunyai kualiti yang terbaik. Ini meliputi tahap ketahanan produk yang
baik, kebolehpercayaan produk dan kemudahan penggunaan. Selain itu, ciri-ciri produk ini
yang mesra pengguna pasti akan membezakan produk ini dengan produk pesaing yang lain.
Seterusnya, reka bentuk produk yang ringkas serta mempunyai bahagian-bahagian di
dalamnya pasti akan menarik minat pengguna untuk menggunakannya.

Di samping itu, produk ini juga mempunyai pembungkusan yang menarik. Produk ini
dibungkus didalam kotak yang mempunyai pelbagai warna. Warna kotak tersebut mewakili
warna sebenar produk di dalamnya. Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk membuat
pemilihan warna dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan satu persatu produk daripada
kotak.

8.2 Promosi

Untuk menggembangkan lagi produk bekas makanan berkuasa elektrik ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah. Kaedah yang pertama ialah melalui pengiklanan produk ini
di dalam internet seperti Google, Facebook, Telegram serta Instagram. Dalam pengiklanan
ini, saya akan mengemukakan segala kelebihan, promosi yang ditawarkan serta bagaimana
untuk mendapatkan produk ini di pasaran. Penggunaan medium internet ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat pada masa ini lebih kerap melayari internet apabila ingin membeli
sesuatu barangan berbanding keluar untuk pergi ke kedai.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah jualan secara bersemuka di mana
syarikat menggunakan jurujual untuk melaksanakan jualan secara individu kepada
pengguna. Kaedah ini dilakukan di pasaraya-pasaraya besar seperti Maydin, Tesco dan
Giant. Hal ini kerana pasaraya merupakan kawasan yang kerap kali dikunjungi oleh keluarga
terutamanya ketika waktu cuti. Untuk meningkatkan lagi tahap kepercayaan pengguna,
jurujual syarikat akan melakukan demonstrasi mengenai cara penggunaan bekas berkuasa
elektrik dengan betul.

12
8.3 Tempat

Tempat merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan.
Oleh itu, saya telah memilih untuk membuka sebuah perniagaan di Bandar Baru Bangi. Hal
ini kerana Bandar Baru Bangi merupakan antara kawasan yang mempunyai banyak
kawasan perumahan dan seterusnya bilangan penduduk juga meningkat. Mereka yang
tinggal di kawasan perumahan pasti mempunyai pekerjaan. Lebih menarik lagi , Bandar
Baru Bangi terletak di tengah-tengah antara bandar menjadi tumpuan orang ramai untuk
bekerja. Antara bandar- bandar terbebut ialah Putrajaya, Nilai, Ampang Jaya, Petaling Jaya
dan Subang Jaya.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemilihan tempat ini untuk membangunkan


perniagaan saya amat strategik di mana kawasan ini majoritinya didiami oleh golongan yang
bekerjaya yang merupakan sasaran pengguna saya. Bagi mendapatkan lokasi ini
sebenarnya tidak mudah dan murah. Perniagaan perlu sanggup mengeluarkan sejumlah
wang yang banyak bagi mendapatkannya tetapi saya mengaanggapnya sebagai satu
pelaburan jangka pendek bagi mendapatkan untung jangka panjang.

8.4 Harga

Syarikat akan mengenakan harga yang mampu milik berdasarkan kualiti produk dan kos
penyelidikan dan pembangunan produk yang tinggi. Selain itu, peletakan harga yang
mampu milik ini juga memberi peluang kepada semua golongan untuk menggunakan prouk
ini.

Harga kos sebenar = RM 50

Harga jual pesaing = -

Diskaun = 5% kepada pembeli yang mempunyai kad keahlian syarikat

13
9.0 Anggaran Kos Pemasaran

Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM)


Aset Bukan Semasa

Papan tanda perniagaan 500.00


Perabot 2000.00
Barangan elektronik 10000.00

10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, perniagaan ini berharap agar pihak Bank Islam mempertimbangkan


permohonan kami untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 40000. Jika pinjaman ini
diluluskan, perniagaan ini menganggarkan dua tahun untuk melangsaikan pinjaman
tersebut. Di samping itu, perniagaan ini juga tidak menggunakan pekerja yang terlalu ramai.
Ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan syarikat. Seterusnya, perniagaan ini
menganggarkan keuntungan meningkat sebanyak 5% setiap tahun dan mencapai
keuntungan maksimum pada tahun ke-3 produk ini dipasarkan. Segala perkata yang telah
dinyatakan adalah untuk mengkaji dan menilai samada perniagaan yang dilaksanakan
mempunyai potensi untuk terus maju atau sebaliknya.

14
11.0 Rujukan

Ann Wan Seng. (2006). Rahsia Perniagaan Orang Cina. PTS Professional Publishing Sdn.

Bhd.

Cheng Wei Hin, Haskinda Anuar. (2003). Pengajian Perniagaan STPM. Penerbitan Pelangi

Sdn, Bhd.

Loo Chee Kuang. (2005). Perdagangan Tingkatan 4. Percetakan Warni.

Jumaat Moen, Mohamad Hamid. (2000) . Pengajian Perniagaan 1 . Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd

Fatin Idza. (2013). Rancangan Perniagaan. Diperoleh pada 20 Mac 2019 daripada :

https://www.slideshare.net/ppnkvl/rancangan-perniagaan-fatin-najihah-5-kt2

Kanageswary Chandran. (2015). Rancangan Pemasaran. Diperoleh pada 15 Mac 2019

daripada : https://www.academia.edu/22052978/Bab_2_rancangan_pemasaran

15
16

You might also like