You are on page 1of 8

Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Masalah yang Timbul Akibat Daripada Kemiskinan Murid 3

3.0 Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Menangani 4


Isu Kemiskinan

4.0 Langkah-Langkah yang Perlu Diambil Oleh Penggubal Dasar 5


Untuk Mengembangkan Potensi Murid

5.0 Kesimpulan 6

6.0 Rujukan 7

7.0 Lampiran 8

1.0 Pengenalan

1
Memetik petikan daripada pelaporan ALHIJRAHONLINE oleh Rozais al-Anamy pada
Jumaat, 22 Februari 2019, Kemiskinan walaupun sukar ditakrif dan diukur, ia boleh
disimpulkan sebagai kekurangan daripada mendapatkan beberapa keperluan hidup iaitu
keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan keperluan sosial seperti
pendidikan, perubatan, bekalan api dan air serta kenderaan. Dalam sesetengah keadaan,
terdapat golongan yang langsung tidak mampu untuk mendapatkan keperluan asasi. Dalam
kes ini ia sudah termasuk dalam peringkat miskin kronik terutamanya mereka yang menetap
di bandar. Kehidupan itu bukan sahaja bererti cukup makanan dan pakaian tetapi juga
keperluan-keperluan sosial yang lain terutamanya pendidikan kerana ia mampu mengubah
kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi kepada generasi muda dalam berdepan dengan
tuntutan dunia kerjaya yang mencabar. Pendidikan yang sempurna sangat penting dalam
konteks menuju negara maju. Walaupun kerajaan menyediakan pendidikan percuma di
peringkat rendah dan menengah kepada semua, tetapi kelas tuisyen dan buku-buku
tambahan kini sudah menjadi satu keperluan.

2
2.0 Masalah yang Timbul Akibat Daripada Kemiskinan Murid

Berdasarkan daripada video yang telah dianalisis, didapati bahawa antara masalah
yang dihadapi oleh murid-murid miskin bandar ini ialah separuh daripada kanak-kanak
tersebut tidak menghadiri pra-sekolah. Menurut daripada pelaporan ALHIJRAHONLINE oleh
Rozais al-Anamy pada Jumaat, 22 Februari 2019, beliau mendapati penduduk yang
mendiami rumah flat murah ini tidak mungkin dapat menyewa rumah yang sesuai dengan
kadar RM1,000 atau RM1,500 berdasarkan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 sebulan. 
Maka mereka terpaksa mengorbankan keperluan sosial seperti menghantar anak-anak ke
kelas tuisyen dan buku-buku tambahan untuk menampung perbelanjaan utama keluarga. Ini
bermakna mereka terpaksa untuk membuat pilihan untuk tidak menghantar anak-anak
mereka ke pra-sekolah atas faktor kewangan yang terhad. Mereka lebih memikirkan
keperluan-keperluan asas yang lain seperti membayar sewa rumah, bil air dan elektrik serta
makanan seharian mereka. Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia
menjadi tapak yang boleh menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan serta sukakan
sekolah. Lazimnya, fungsi pendidikan prasekolah ini dikaitkan dengan falsafah
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembangannya iaitu
fizikal,emosi, sosial dan intelek serta penerapan nilai-nilai murni. Kehadiran kanak-kanak ini
ke pra-sekolah adalah amat penting bagi memastikan perkembanagn kognitif pemikiran
mereka selaras dengan umur mereka yang semakin meningkat.

Selain itu, permasalahan yang seterusnya pula ialah kekurangan bekalan makanan
yang berkhasiat. Hal ini dapat diperhatikan di mana 1 daripada 5 kanak-kanak yang tinggal
di flat kos rendah mengalami terbantut pertumbuhan tubuh badan. Pemakanan yang diambil
oleh kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan
kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan
mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih
baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Menurut Benton (2010), semasa zaman kanak-
kanak, malnutrisi menyebabkan kanak-kanak kurang tenaga dan kurang minat untuk belajar.
Ia juga akan memberi pengaruh negatif terhadap perkembangan kognitif dan prestasi
akademik mereka.

3
3.0 Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Menangani Isu Kemiskinan

Antara peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu kemiskinan ini ialah
melaksanakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah. Pelaksanaan
program ini adalah untuk memastikan semua murid yang berkelayakan mengambil makanan
ini dan program ini mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu memberi
makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya murid luar bandar
dan golongan berpendapatan rendah. Program ini juga memastikan murid-murid kurang
berkemampuan ini memperoleh keperluan makanan seimbang yang mencukupi seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran seiring dengan tahap pertumbuhan mereka. Menurut Prof.
Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan ialah dengan memastikan
makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ia
juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik penting iaitu mengulang kaji.
Menurut beliau lagi, seseorang perlu memastikan bahawa mereka mendapat bekalan
makanan yang mencukupi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protien dan zat besi.
Melalui program ini, murid-murid akan dibekalkan dengan kesemua kumpulan makanan ini
seterusnya dapat memastikan tubuh badan mereka memperoleh keperluan yang
mencukupi. Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi membantu mencegah
terjadinya penyakit-penyakit yang kronik kerana pengambilan makanan yang berkualiti dapat
menghasilkan perkembangan yang sempurna serta memberi rintangan terhadap penyakit.
Pengambilan makanan ini akan membantu meningkatkan tahap kefokusan para murid di
dalam kelas. Oleh itu, jelaslah bahawa usaha ini akan dapat menangani isu kemiskinan
terutamanya dalam aspek pengambilan makanan.

Selain itu, pihak KPM juga telah memperkenalkan satu alternatif untuk meringankan
beban keluarga untuk menampung perbelanjaan sekolah iaitu memperkenalkan Bantuan
Awal Persekolahan (BAP). Bantuan ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk
meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid
Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya daripada kalangan keluarga yang
berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah. Berdasarkan masalah yang
dikemukan dalam halaman sebelum ini, bantuan ini pasti dapat meringankan beban
keluarga untuk menanggung perbelanjaan keluarga terutamanya bagi mendapatkan
pendidikan. Melalui bantuan ini juga, motivasi pelajar dapat ditingkatkan apabila mereka
diberikan duit untuk membeli peralatan sekolah yang baharu. Peningkatan motivasi mereka
ini semestinya dapat memberi impak kepada keputusan peperiksaan mereka apabila
mereka lebih berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan.

4
4.0 Langkah-Langkah yang Perlu Diambil Oleh Penggubal Dasar Untuk
Mengembangkan Potensi Murid

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh penggubal dasar untuk mengembangkan
potensi murid adalah dengan meningkatkan kemudahan asas di sekolah. Kemudahan asas
yang lengkap merupakan elemen penting yang boleh menjana kemajuan potensi dalam diri
murid-murid. Dalam konteks sekolah, perkara paling utama ialah proses pembelajaran di
dalam bilik darjah. Antara kemudahan asas yang perlu ditingkatkan di dalam bilik darjah
seperti bekalan elektrik, meja dan kerusi yang mencukupi serta papan tulis. Hal ini demikian
kerana lokasi utama untuk mengembangkan potensi murid miskin bandar ini adalah di
dalam bilik darjah. Bilik darjah yang kondusif dan selesa pasti memberi kemudahan kepada
mereka untuk lebih mengembangkan potensi diri mereka.  Jika seseorang guru berjaya
mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan
mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud
yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil
pembelajaran gagal dicapai secara berkesan. Oleh itu, jelaslah bahawa penekanan
terhadap kemudahan asas di dalam bilik darjah dapat mengembangkan potensi murid.

Selain daripada itu, pihak penggubal dasar juga perlu menaik taraf infrastruktur
makmal di dalam sekolah terutamanya makmal sains. Hal ini demikian kerana subjek sains
merupakan subjek teras yang perlu dikuasai oleh semua murid terutamanya murid miskin
bandar yang kurang kemudahan pembelajaran sains di rumah mereka. Seperti sedia
maklum, makmal telah lama berperanan sebagai tempat atau suatu peluang untuk para
pelajar demi menajamkan konsep sains yang telah dipelajari semasa di dalam kelas.
Justeru, keperluan terhadap makmal sains moden perlu dititikberatkan sejajar dengan
peningkatan dalam kemajuan teknologi moden. Namun, persekitaran makmal sains sekolah
menengah yang sedia ada masih tidak mencerminkan keperluan murid moden yang
merupakan Generasi Z di mana generasi ini sangat terdedah dan berpengetahuan tinggi
tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai contoh, bagi menaikkan
lagi taraf makmal sains, penyediaan studio sains atau makmal kering yang dikhaskan untuk
kerja teori amat diperlukan. Ruang studio ini mestilah berhampiran dengan makmal amali
sebenar bagi memudahkan murid untuk mengakses maklumat pada setiap masa. Suasana
yang kurang formal berbanding bilik darjah dan peluang untuk lebih interaksi antara pelajar
dan guru serta antara sesama pelajar, mempunyai potensi untuk menggalakkan interaksi
sosial yang positif dan seterusnya mewujudkan persekitaran belajar yang membina
(Lazarowitz, 1991; Lazarowitz, Baird, Hertz-Lazarowitz & Jenkins, 1985; Tobin, 1990). Oleh

5
itu, melalui kemudahan ini, murid dapat mengembangkan potensi mereka terutamanya
melalui bidang TMK yang sangat dituntut dalam era terkini.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bersama-sama menangani


permasalahan yang sedang bersarang di dalam negara kita pada ketika ini. Ini kerana ia
merupakan tanggungjawab sosial yang membebani semua pihak untuk diselesaikan.
Kemiskinan merupakan satu masalah yang serius dan ia berkait rapat dengan permaalahan
yang lain.Tanpa bantuan daripada pihak komuniti dan kerajaan, agak mustahil untuk mereka
keluar daripada belengu ini. Kita mungkin tidak mampu menyediakan ‘ikan’ atau bantuan
makanan secara berterusan namun kita boleh sahaja memberikan mereka ‘joran’ iaitu
peluang pendidikan dan kemahiran yang mampu mengubah masa depan mereka dan
keluarga. Mereka juga mampu untuk bersaing dengan masyarakat di luar sekiranya
mendapat bantuan dan sokongan daripada komuniti sekeliling yang prihatin.

6
7.0 Rujukan

Adilah Said. ( 5 oct 2015). Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak . Dimuat
naik pada, 12 sep 2018. https://www.slideshare.net/ciklahkiter/teori-pembelajaran-
dan-perkembangan-kanak-kanak-nota-ensafar

Noriati A. Rashid. (2016). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Faridah Nazir, Horhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan
kanak-kanak. Selangor: Penerbit Multimedia.

Rozais. (2018). Elak Perangkap Miskin Bandar : ALHIJRAHONLINE. Dipetik pada 17 Julai

2019 daripada https://alhijrahnews.com/2019/02/22/elak-perangkap-miskin-bandar/

Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan Kanak-kanak. Tanjung Malim

: Universiti Sultan Idris.

Norliza Jaafar. (2015). Faktor-faktor Perkembangan Kanak-kanak. Perkembangan Kanak-

kanak. Kuala Lumpur : Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

7
8.0 Lampiran

Gambar di atas menunjukkan buku yang digunakan untuk melakukan rujukan.

Gambar di atas menunjukkan antara laman sesawang yang dilawati.

You might also like