You are on page 1of 2

1.

Kemuluran
Kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa
retakan atau patah (dalam logam, contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Ia dicirikan dengan
pengaliran bahan oleh tegasan ricih.bSejenis bahan mulur adalah sebarang bahan yang alah
dalam keadaan tegasan ricih (bertentangan dengan patah rapuh, iaitu alah dalam keadaan
tegasan normal). Emas, tembaga, dan aluminium merupakan logam yang sangat
mulur.Kemuluran adalah berkaitan dengan kebolehtempaan.
2. Ketumpatan
Ketumpatan suatu bahan adalah jisim per unit isipadu bahan tersebut. Keapungan jirim adalah
merujuk kepada samada suatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim yang lain. Objek
yang terapung mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding ketumpatan air.
Manakala objek yang tenggelam pula lebih tumpat berbanding air. Logam tenggelam dalam air
kerana ianya lebih tumpat berbanding air.
3. Kerapuhan
Merujuk kepada sifat logam yang mudah retak atau pecah apabila dikenakan daya hentaman
ke atasnya. Contoh produk yang bersifat kerapuhan ialah kerangka mesin yang diperbuat dari
besi tuang kelabu. Logam yang rapuh biasanya mempunyai kekuatan mampatan dan ketegaran
yang tinggi. Contohnya, besi tuang Sifat kerapuhan diuji menggunakan mesin penguji charpy.
4. Kekerasan
Merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk, tusukan dan
lelasan. Logam yang punyai niai kekerasan yang tinggi sesuai digunakan sebagai alat
potongan. Contoh logam keras ialah keluli berkarbon, keluli tahan lasak, dan keluli alat. Sifat
kekerasan diuji menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau Vikers.
5. Kanjalan
Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan daya atau
beban. Digunakan untuk membuat pegas. Contoh produk ialah  pegas berlapis dan pegas
bergelung. Sifat keanjalan  diuji menggunakan mesin ujian tegangan.
6. Kelasakan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh menahan daya atau beban kejut tanpa berubah bentuk.
Bahan kelasakan tinggi diperlukan untuk komponen seperti galas, pegas dan injap. Digunakan
dalam membuat kerja beban tinggi. Contoh produk bersifat kelasakan ialah takal, pencangkuk
kren. Sifat kelasakan diuji mengguankan mesin ujian tegangan.
7. Keplastikan
Merujuk kepada sifat logam yang boleh dibentuk secara kekal tanpa retak atau pecah. 
Digunakan dalam kerja tekanan dan tarikan. Contoh  produk bersifat keplastikan  ialah
bahagian  badan kenderaan, salur air, atap keluli dan sebagainya. Sifat ini membantu proses
penarikan dan kerja tekan. Tiada mesin ujian khas digunakan untuk  menguji sifat keplastikan
8. Kepaduan
Maksud lain bagi kepaduan logam adalah padat, atau pejal. Justeru, kepaduan logam boleh
didefinisikan kekuatan logam itu sendiri. Setiap logam mempunyai kekuatan yang berbeza-beza
kerana setiap logam mempunyai kepadatan yang berbeza-beza.

 Tungsten merupakan sebuah logam berwarna kelabu dan keberadaannya mudah


ditemui di dalam campuran beberapa elemen kimia. Kepadatan jenis logam ini dikatakan
sangat tinggi yaitu, 19.3 kali lebih padat daripada air dan 71 persen lebih padat
dibandingkan dengan timah serta sedikit lebih padat daripada uranium. Hal inilah yang
menjadi dasar pertimbangan tungsten dinobatkan sebagai salah satu material terkuat di
dunia.
 Jenis logam osmium adalah logam transisi yang mana dalam kehidupan nyata logam ini
sangat mudah ditemukan. Karakteristik dari logam ini adalah dua kali lebih besar
daripada timah dengan nilai densitas sebesar 22.59 g/cm3.  Karakter lain dari logam ini
adalah memiliki kepadatan dan titik lebur yang tinggi pula, kurang lebih menyamai logam
tungsten.
 Bila dibandingkan dengan dua logam sebelumnya, titanium memiliki kepadatan yang
sedikit lebih rendah. Meskipun demikian logam titanium adalah jenis logam yang
memiliki kekuatan tinggi, kelenturan tinggi dan sangat tahan terhadap korosi.

You might also like