You are on page 1of 17

KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN 3

NAMA MODUL SAINS BAHAN


KOD MODUL WST 6032
SEMESTER 2
NO. DAN TAJUK 3.0 PENGENALAN KEPADA BAHAN
3.1 Pengelasan Bahan
STANDARD
3.2 Sifat Umum Bahan
PEMBELAJARAN
3.3 Aplikasi Bahan
 Menyatakan bahan asas (Logam dan Aloi)
 Menyatakan bahan kejuruteraan
 Logam (Logam ferus, logam bukan ferus dan aloi)
 Bahan bukan logam (getah, seramik komposit, plastik)
 Menyatakan bahan eksotik
 Titanium, molybdenum, super aloi

TUJUAN  Menyatakan maksud kerapuhan, kemuluran, kekerasan, ketempaan,


kekuatan
 Menerangkan sifat umum bahan (kerapuhan, kemuluran, kekerasan,
ketempaan, kekuatan)

 Menerangkan aplikasi bahan dalam bidang pembinaan, industri dan


kejuruteraan

NAMA PELAJAR

KURSUS
NO. K.P.
TARIKH Muka : 1 drp 22
PENGKELASAN BAHAN
 Bahan-bahan kejuruteraan merupakan sumber yang utama dalam proses penghasilan suatu
produk.
 Antara bahan-bahan kejuruteraan yang sering digunakan dalam bidang pembuatan
kejuruteraan ialah logam ferus, logam bukan ferus dan aloi.
 Dengan ini, suatu bahan logam mengandungi beberapa sifat-sifat metalik dari segi fizikal dan
mekanik.

Bahan Kejuruteraan

Bahan Bukan
Bahan Logam Logam

Logam Bukan Plastik


Logam Ferus
Ferus Seramik
Getah
Polimer
Aluminium
Besi
Kuprum
Keluli
Timah
Besi Tuang
Loyang
Gangsa

BAHAN ASAS (LOGAM DAN ALOI)


 Secara umumnya, logam merupakan unsur yang memenuhi sebahagian besar Jadual Berkala.
 Logam ialah bahan penting yang menjadi sumber utama dalam industri pembuatan dan
pembinaan kerana mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menahan beban, menghalang
lelasan dan kakisan.
 Selain itu, logam juga boleh dibentuk tanpa menjejaskan kekuatan fizikalnya.
 Logam mempunyai sifat yang disenaraikan di bawah dengan darjah yang berbeza, bergantung
kepada kedudukan logam di dalam Jadual Berkala.
Kekuatan tinggi Sukar untuk dipecahkan
Kekonduksian elektrik yang baik Boleh mengalirkan arus elektrik dengan mudah
Kekonduksian terma yang tinggi Boleh mengalirkan haba dengan mudah
Kekerasan Boleh menahan penembusan
Kemuluran Boleh ditarik menjadi dawai
Ketertempaan Boleh diketuk menjadi kepingan
Kekakisan Teroksida dengan mudah (menjadi karat)
Ketumpatan tinggi Bersaiz kecil tetapi berat

 Logam boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:


 Logam Ferus
 Logam Bukan Ferus

LOGAM FERUS
 Logam ferus ialah logam yang mengandungi unsur-unsur besi di dalamnya. Terdapat tiga
kumpulan logam ferus, iaitu:
 Besi tempawan
 Besi tempawan ialah besi yang mempunyai kandungan karbon yang sedikit, iaitu
0.06% hingga 0.08%.
 Besi tempawan mempunyai daya kekuatan dan keteguhan yang tinggi, boleh ditempa,
lembut dan mampu menyerap daya hentaman secara mengejut.
 Besi tempawan digunakan untuk membuat rivet, paku, bol, jeriji, pintu pagar dan
pencangkuk kren.

 Keluli
 Keluli mempunyai kandungan karbon yang tinggi, iaitu antara 0.03% hingga 1.7%.
 Keluli lebih kuat jika dibandingkan dengan logam lain. Kumpulan keluli boleh
dikelaskan seperti di bawah.

Keluli Karbon Keluli Aloi

Keluli berkarbon rendah


(keluli lembut) Keluli kalis karat

Keluli berkarbon sederhana Keluli tahan lasak

Keluli berkarbon tinggi


Keluli kelajuan tinggi

Keluli mata alat


Keluli Karbon
 Terdapat tiga jenis keluli karbon yang ditentukan berdasarkan peratus kandungan
karbon di dalamnya iaitu:
 Keluli berkarbon rendah
 Keluli berkarbon sederhana
 Keluli berkarbon tinggi

Jenis Keluli Peratus Karbon Sifat Logam Kegunaan


Keluli berkarbon Mulur, boleh ditempa Membuat keluli, plat, rod, dawai
0.03% - 0.3 %
rendah dan mudah dimesin dan keluli struktur
Keluli berkarbon Lebih keras dan Membuat gerudi, acuan dan alat
0.3% - 0.6%
sederhana teguh tangan
Membuat kikir, mata alat, gear dan
Keluli berkarbon Sangat keras dan
0.6% - 1.7% bahagian mesin yang memerlukan
tinggi teguh
tahan haus

Jenis Keluli Ciri-Ciri


1. Keluli berkarbon rendah mengandungi 0.03% - 0.3% kandungan
karbon dan dikenali juga sebagai keluli lembut
2. Keluli ini mempunyai sifat mulur, kebolehtempaan dan mudah
dimesin
Keluli berkarbon rendah
3. Keluli ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kerana
muran dan mudah didapati
4. Digunakan untuk membuat kepingan keluli, plat, rod, dawai dan
keluli struktur.
1. Keluli berkarbon sederhana mengandungi 0.3% - 0.6% kandungan
karbon
2. Keluli ini mempunyai sifat keteguhan yang lebih tinggi daripada
keluli berkarbon rendah.
Keluli berkarbon sederhana
3. Kekerasan dan keteguhannya boleh ditingkatkan dengan proses
rawatan haba
4. Digunakan untuk membuat blok acuan, tali dawai, pegas berlapis,
pemutar skru, sepana, pahat, bekas tekanan tinggi dan gear.
1. Keluli berkarbon tinggi mengandungi 0.6% - 1.7% kandungan
karbon
2. Keluli ini mempunyai sifat kekerasan dan keteguhan yang paling
Keluli berkarbon tinggi
tinggi serta boleh ditingkatkan dengan proses rawatan haba.
3. Digunakan untuk membuat alatan tangan, pisau, mata gergaji dan
roda kereta api.

Keluli Aloi
 Keluli aloi ialah campuran dua atau lebih unsur logam yang berlainan. Ia bertujuan
untuk mendapatkan sifat yang berbeza daripada logam asal.
 Keluli aloi mempunyai sifat kekerasan dan kemuluran yang membolehkannya membuat
barangan yang menerima bebanan, hentaman dan tegasan yang tinggi.
 Contoh mata keluli aloi ialah keluli nikel, keluli mata alat dan keluli tahan lasak.
 Keluli aloi boleh digunakan untuk membuat komponen enjin, gear, mata alat, mata
gerudi, alat mengukur dan menguji.

 Besi Tuang
 Besi tuang mengandungi 2% - 4% karbon. Besi ini bersifat rapuh dan mempunyai
kekuatan regangan yang rendah tetapi kekuatan mampatan yang tinggi
 Terdapat empat jenis besi tuang yang berbeza berdasarkan sifat dan kandungan karbon
di dalamnya.

Jenis Besi Peratus Karbon /


Sifat Kegunaan
Tuang Campuran
 Mudah dimesin Membuat rangka mesin,
Besi tuang
2.0 % - 4.0 %  Proses tuangan mudah penyokong, paip dan acuan
kelabu
 Kekuatan mampatan rendah mesin
 Sangat keras dan sukar dimesin Membuat komponen mesin
Besi tuang  Kekuatan mampatan lebih yang memerlukan sifat
2.5% - 3.0%
mudah tempa tinggi dibandingkan besi tuang ketahanan geseran dan
kelabu lelasan
 Mempunyai sifat yang lebih
mulur
Besi tuang  Tidak mudah retak atau pecah Membuat andas, bahagian
3.2% - 4.1%
nodular jika diketuk enjin dan kotak gear
 Keras, tahan lelasan, tahan haus
dan boleh dikimpal
 Mempunyai sifat keliatan dan
Membuat bahagian mesin,
kebolehtempaan
Besi tuang putih 2.5% - 4.0% takal, roda, kotak engkol,
 Kekuatan (tidak mudah retak bahagian jentera dan enjin.
atau pecah jika diketuk)
LOGAM BUKAN FERUS
 Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mempunyai kandungan besi.
 Contoh logam bukan ferus ialah timah, aluminium, kuprum dan loyang
 Sifat dan kegunaannya adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Jenis Logam Sifat Logam Kegunaan


Menyalut tin bekas makanan, bahan pateri
 Berwarna putih perak
Timah dan bahan campuran untuk membuat gangsa
 Lembut dan mulur dan piuter
 Berwarna putih perak Digunakan secara meluas dalam industri
 Mudah dibuat tuangan dan dimesin aeroangkasa, pembinaan struktur, bingkai
Aluminium
 Pengalir elektrik yang baik pintu, dawai elektrik dan campuran untuk
 Mulur dan boleh ditempa membuat aloi aluminium
 Berwarna coklat kemerahan Peralatan dapur, paip, komponen alat
Kuprum  Sangat mulur dan boleh ditempa penyaman udara, komponen bot dan dawai
 Pengalir elektrik yang baik elektrik

ALOI
 Aloi ialah campuran dua jenis atau lebih logam bagi mendapatkan sifat logam yang lebih baik
berbanding logam asal.
 Aloi akan terhasil apabila unsur lain dileburkan bersama-sama dengan suatu logam tulen atau
bukan logam lain. Unsur yang ditambah mungkin logam atau bukan logam.
 Contoh aloi ialah syiling yang merupakan campuran kuprum (Cu) dan nikel (Ni). Leburan
campuran logam ini dibiarkan sejuk dan akan menghasilkan kupronikel (Aloi Cu-Ni)/
 Sifat-sifat logam boleh ditingkatkan atau dikurangkan dengan menambahkan unsur lain ke
dalamnya.
 Kandungan sifat logam dan kegunaannya ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jenis Aloi Kandungan Sifat Logam Kegunaan


Loyang Campuran kuprum  Mudah dimesin, dibentuk dan Membuat pengalas,
dan zink dituang sesendal, pekakas
 Sifat kemuluran yang tinggi perpaipan, kelengkapan bot
dan alat perhiasan
Gangsa Campuran kuprum  Mempunyai sifat kekerasan Membuat galas bebola
dan timah  Pengalir elektrik yang baik

BAHAN BUKAN LOGAM (GETAH, SERAMIK KOMPOSIT, PLASTIK)


 Bahan bukan logam terbentuk sama ada adalam bentuk cecair, gas atau pepejal.
 Bahan ini tidak mempunyai unsur logam di dalamnya dan merupakan penebat yang baik.
 Antara bahan bukan logam ialah:
 Getah
 Getah ialah bahan bersifat elastik. Bahan ini mempunyai daya tahan yang kuat
 Getah boleh dipanjangkan sehingga beberapa kali ganda daripada saiz asal
 Terdapat juga getah tiruan seperti getah butil, stirena butadin, polibutadin dan
etilena propilena yang dihasilkan bagi mendapatkan ketahanan yang lebih
tinggi daripada haba, minyak dan bahan kimia.
 Getah banyak digunakan dalam industri pembuatan tayar, kasut, pengalas dan
pelapik getah.

 Seramik
 Seramik yang digunakan dalam industri dihasilkan daripada aluminium oksida,
zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida.
 Seramik bersifat keras, rapuh, perintang bahan kimia dan mempunyai takat
lebur yang tinggi
 Seramik digunakan secara meluas dalam industri aeroangkasa, pembuatan
komponen elektronik, elektrik dan automotif.

Kelas Jenis Bahan Kegunaan


Tanah liat Bahan berasaskan tanah liat Membuat batu bata, jubin
bumbung, paip pelapik relau dan
mangkuk seramik kimpalan TIG
Pelaras Intan, karborundum dan Roda canai, kain dan kertas emeri
korundum
Seramik kejuruteraan Aluminium oksida, zirkonia, Acuan, galas palam pencucuh,
silikon nitrida, aluminium komponen enjin turbin dan diesel
nitrida dan silikon karbida
Seramik elektrik dan magnetik Aluminium oksida dan titania Kapasitor, termistor varistor dan
oksida magnet

 Komposit
 Bahan komposit ialah gabungan dua atau lebih bahan logam atau bahan bukan
logam atau kedua-duanya.
 Bahan komposit menjadi pilihan dalam industri pembuatan kerana bahan ini ringan
dan lebih ekonomi.
 Antara bahan komposit yang biasa digunakan ialah
 Plastik
 Kaca gentian
Bahan Komposit

Plastik Kaca Gentian

Plastik termoset Plastik termoplastik

Fenol formaldehid Polietalina (PE)

Poliester Polistirena (PS)

Melamina formaldehid Poliproperlina (PP)

Polivinil klorida (PVC)

PLASTIK
 Plastik dihasilkan daripada sebatian polimer yang melalui proses kimia.
 Plastik digunakan secara meluas kerana lebih murah, mudah diwarnakan, bersifat lut sinar dan
berfungsi sebagai bahan penebat.
 Plastik dikelaskan kepada dua kumpulan:
 Plastik termoset
 Plastik termoset boleh dibentuk dengan menggunakan kaedah pemesinan dan tekanan.
 Plastik termoset tidak boleh dikitar semula
Jenis Plastik Termoset Kegunaan
Fenol Formaldehid Membuat bahagian tombol, pemegang, panel bersalut dan telefon
Poliester Membuat beg, kerusi plastik, badan kenderaan, rak fail dan perhiasan
rumah
Melamina formaldehid Membuat alat kelengkapan rumah, pemutus litar, komponen elektrik
dan penyalut barangan

 Plastik termoplastik
 Plastik termoplastik boleh dibentuk pada suhu antara 115C hingga 327C yang dikitar
semula melalui proses pemanasan tanpa mengubah sifat kimianya.
Jenis plastik termoplastik Kegunaan
Polietena (PE) Membuat alat kelengkapan rumah, botol, salur air, permainan kanak-
kanak dan peralatan pertanian
Polistirena (PS) Membuat rak kertas, bekas makanan dan perkakas rumah.
Poliproperlina (PP) Membuat cawan, komponen kejuruteraan dan penebat dawai
Polivinil klorida (PVC) Membuat paip air dan kelengkapannya, beg dan pembulut (conduit)
KACA GENTIAN
 Kaca gentian terhasil daripada kaedah memutar kaca sehingga menjadi gentian halus.
 Gentian ini ditenun berkonsepkan tenunan fabrik mengikut bentuk yang dikehendaki
 Kaedah lain untuk menghasilkan kaca gentian adalah dengan cara tuangan
 Kaca gentian boleh digunakan untuk membuat badan kereta, badan bot laju, kayak, tangki air
dan topi keledar

BAHAN EKSOTIK

Titanium
 Titanium merupakan salah satu logam yang paling dicari logam di berbagai industri.
 Titanium banyak digunakan di dalam pelbagai industri termasuk dalam bidang
pembuatan perhiasan, produk peralatan perubatan, untuk penerbangan, kejuruteraan
marin.
 Titanium dan paduannya memiliki kekuatan yang sangat menguntungkan untuk nisbah
jisim. Titanium juga tahan terhadap karat kerana lapisan oksida permukaannya
mengembangkan nipis, tapi sangat kuat.
 Oleh sebab itu, titanium digunakan untuk membuat barangan yang memerlukan kekuatan,
ringan dan tahan terhadap kat.
 Meskipun penggunaan titanium memerlukan kos yang tinggi, proses yang dengan
teknologi terkini dapat mengurangkan kos penghasilannya, memungkinkan titanium dan
paduannya untuk lebih banyak digunakan.
 Sifat Titanium
 Nombor atom : 22
 Jisim atom : 47,867
 Takat lebur : 3034 ° F
 Takat didih : 5949 ° F
 Sifat Bahan
 Sangat kuat
 Sangat ringan.
 Tahan karat pada suhu yang lebih tinggi kerana lapisan oksida pelindung yang
terbentuk di atasnya.
 Kegunaan Titanium
 Aplikasi Kimia : Pembuatan Logam Titanium Skala Industri dan Aplikasi
 Hampir semua titanium digunakan sebagai paduan dengan logam lain. Di
antara paduan logam yang paling penting adalah aluminium, vanadium,
molibdenum, mangan, besi, timah, kromium dan zirkonium. Salah satu
yang paling sering digunakan memiliki komposisi 90% titanium, 6%
aluminium, 4% vanadium yang sering direpresentasikan sebagai Ti-6AI-
4V.
 Aplikasi Kimia : Pembuatan Logam Titanium Skala Industri dan Aplikasi
 Industri aerospace
 pengguna terbesar dari paduan titanium, menggunakan mereka di badan
pesawat utama (body) dari pesawat, dan di berbagai bagian mesin, roda
pendaratan dan tubing hidrolik .Kekuatan dan ketahanan terhadap
serangan kimia mereka, logam dan paduan digunakan sebagai kipas kapal.
 Industri perubatan
 tulang palsu
 implan gigi
 implan organ dalaman
 Pembinaan
 Pembinaan bangunan yang berstruktur kuat.
 Proses penghasilan
 Kebanyakan titanium diproduksi dari bijih yang mengandung titanium
dioksida menggunakan proses empat tahap yang panjang:
 klorinasi bijih menjadi titanium (IV) klorida
 pemurnian titanium (IV) klorida
 reduksi titanium (IV) klorida menjadi titanium spons
 pengolahan titanium spons

Molybdenum
 Molibdenum adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Mo dan nombor atom 42.
Unsur logam ini berwarna kelabu atau hitam dan di-gunakan untuk membuat aloi dan
keluli.
 Molibdenum tidak berlaku secara semulajadi sebagai logam bebas di Bumi; ia hanya
terdapat dalam pelbagai keadaan pengoksidaan dalam mineral. Unsur yang bebas,
logam keperakan dengan corak abu-abu, mempunyai titik lebur tertinggi keenam
unsur mana pun. Ia mudah membentuk karbida yang stabil dan stabil dalam aloi, dan
untuk tujuan ini kebanyakan pengeluaran dunia elemen (kira-kira 80%) digunakan
dalam aloi keluli, termasuk aloi berkuasa tinggi dan super aloi.
 Sebatian molybdenum yang paling mempunyai kelarutan rendah dalam air, tetapi
apabila mineral yang mengandungi molibdenum menyentuh oksigen dan air, ion
molibdate dihasilkan MoO2-4 agak larut. Secara industri, sebatian molibdenum (kira-
kira 14% daripada pengeluaran dunia unsur ini) digunakan dalam tekanan tinggi dan
aplikasi suhu tinggi sebagai pigmen dan pemangkin.
 Enzim yang mengandungi molibdenum adalah setakat pemangkin bakteria yang
paling biasa untuk memecahkan ikatan kimia dalam nitrogen molekul atmosfera
dalam proses penetapan nitrogen biologi. Sekurangnya 50 enzim molibdenum kini
diketahui dalam bakteria, tumbuhan, dan haiwan, walaupun hanya enzim bakteria dan
sianobakteri yang terlibat dalam penetapan nitrogen. Nitrogenase ini mengandungi
molibdenum dalam bentuk yang berbeza dari enzim molibdenum lain, yang semuanya
mengandungi molibdenum teroksidasi sepenuhnya dalam kofaktor molibdenum. Ini
pelbagai enzim kofaktor molibdenum sangat penting untuk organisma, dan
molibdenum adalah elemen penting untuk kehidupan dalam semua organisma
eukaryote yang lebih tinggi, walaupun tidak dalam semua bakteria.
 Sifat Fizikal
 Dalam bentuk tulen, molibdenum adalah logam perak berwarna kelabu dengan
kekerasan Mohs 5.5. Ia mempunyai titik lebur sebanyak 2,623 ° C (4,753 ° F);
unsur-unsur yang semulajadi, hanya tantalum, osmium, rhenium, tungsten, dan
karbon mempunyai titik lebur yang lebih tinggi. Pengoksidaan lemah
molibdenum bermula pada 300 ° C (572 ° F). Ia mempunyai salah satu koefisien
terendah pengembangan terma di kalangan logam yang digunakan secara
komersial. Kekuatan tegangan wayar molibdenum meningkat kira-kira 3 kali, dari
10 hingga 30 GPa, apabila garis pusatnya menurun dari ~ 50-100 nm hingga 10
nm.
 Molibdenum untuk pengeluaran keluli dikurangkan oleh reaksi aluminotermik
dengan penambahan besi untuk menghasilkan ferromolybdenum. Bentuk
ferromolybdenum yang biasa mengandungi 60% molibdenum
 Kegunaan
 Sekitar 86% daripada molibdenum yang dihasilkan digunakan dalam metalurgi,
dan selebihnya digunakan dalam aplikasi kimia. Penggunaan global yang
diperkirakan ialah keluli struktur 35%, keluli tahan karat 25%, bahan kimia 14%,
keluli alat dan berkelajuan tinggi 9%, besi cor 6%, logam unsur molibdenum 6%,
dan super aloi 5%.
 Molybdenum boleh menahan suhu yang melampau tanpa mengembangkan atau
melembutkan dengan ketara, menjadikannya berguna dalam persekitaran haba
sengit, termasuk perisai ketenteraan, bahagian pesawat, hubungan elektrik, motor
perindustrian, dan filamen. [7] [46]
 Kebanyakan aloi keluli berkekuatan tinggi (contohnya, keluli 41xx) mengandungi
0.25% hingga 8% molibdenum. Walaupun dalam bahagian kecil ini, lebih
daripada 43,000 tan molibdenum digunakan setiap tahun dalam keluli tahan karat,
keluli alat, seterika besi dan super aloi suhu tinggi.
 Molybdenum juga dihargai dalam aloi keluli kerana rintangan kakisan yang tinggi
dan kebolehkimpalan. Molybdenum menyumbang ketahanan kakisan ke keluli
tahan karat jenis-300 (khususnya jenis-316) dan terutamanya dalam keluli tahan
karat superaustenit yang dipanggil (AL-6XN, 254SMO atau 1925hMo).
Molibdenum meningkatkan ketegangan kekisi, dengan itu meningkatkan tenaga
yang diperlukan untuk membubarkan atom besi dari permukaan. Molybdenum
juga digunakan untuk meningkatkan ketahanan kakisan ferit (contohnya gred 444)
dan martensitic (contohnya 1.4122 dan 1.4418) keluli tahan karat.
 Kerana kepadatan yang lebih rendah dan harga yang lebih stabil, molibdenum
kadang-kadang digunakan di tempat tungsten. Contohnya adalah 'M' siri keluli
berkelajuan tinggi seperti M2, M4 dan M42 sebagai penggantian bagi siri keluli
'T', yang mengandungi tungsten. Molybdenum juga boleh digunakan sebagai
salutan tahan api untuk logam lain. Walaupun titik leburnya adalah 2,623 ° C
(4,753 ° F), molibdenum dengan cepat mengoksidakan pada suhu di atas 760 ° C
(1,400 ° F) menjadikannya lebih sesuai digunakan dalam persekitaran vakum.
 TZM (Mo (~ 99%), Ti (~ 0.5%), Zr (~ 0.08%) dan beberapa C) adalah
molybdenum super aloi yang menentang karat yang menentang garam fluorida
cair pada suhu melebihi 1,300 ° C (2,370 ° F). Ia mempunyai kira-kira dua kali
ganda kekuatan Mo tulen, dan lebih mulur dan lebih mudah diketap, namun dalam
ujian ia menahan korosi garam eutektik standard (FLiBe) dan wap garam yang
digunakan dalam reaktor garam cair selama 1100 jam dengan sedikit kakisan
bahawa ia sukar untuk diukur.
 Aloi berasaskan molibdenum lain yang tidak mengandungi besi hanya
mempunyai aplikasi terhad. Sebagai contoh, kerana rintangannya terhadap zink
lebur, molibdenum tulen dan aloi molibdenum / tungsten tulen (70% / 30%)
digunakan untuk paip, pengaduk dan pendesak pam yang bersentuhan dengan
zink lebur

Super Aloi
 Super aloi atau aloi berprestasi tinggi, adalah aloi yang mempamerkan beberapa ciri utama:
kekuatan mekanikal yang sangat baik, ketahanan terhadap ubah bentuk rayapan haba,
kestabilan permukaan yang baik, dan ketahanan terhadap kakisan atau pengoksidaan. Struktur
kristal biasanya mempunyai austenitic kubik berpusatkan.
 Contoh-contoh aloi sedemikian adalah Hastelloy, Inconel, Waspaloy, Rene aloi, aloi Haynes,
Incoloy, MP98T, aloi TMS, dan aloi kristal tunggal CMSX.
 Perkembangan super aloi sangat bergantung pada inovasi kimia dan proses. Super aloi
membangunkan kekuatan suhu tinggi melalui pengukuhan penyelesaian pepejal. Mekanisme
penguatan penting ialah pengukuhan hujan yang membentuk fasa sekunder yang mendahului
seperti gamma utama dan karbida. Rintangan oksidasi atau kakisan disediakan oleh unsur-
unsur seperti aluminium dan kromium.
 Aplikasi utama untuk aloi sedemikian adalah enjin turbin, kedua-dua aeroangkasa dan marin.

Kegunaan
 Super aloi berasaskan nikel digunakan dalam struktur galas beban ke suhu homolog yang
paling tinggi dari mana-mana sistem aloi biasa (Tm = 0.9, atau 90% daripada titik lebur
mereka). Antara aplikasi yang paling menuntut untuk bahan struktur adalah mereka di
bahagian panas enjin turbin. Kemunculan super aloi tercermin dalam fakta bahawa
mereka kini terdiri daripada lebih daripada 50% berat enjin pesawat maju. Penggunaan
super aloi yang meluas dalam enjin turbin ditambah dengan hakikat bahawa kecekapan
termodinamik enjin turbin meningkat dengan peningkatan suhu salur masuk turbin telah,
sebaliknya, memberikan motivasi untuk meningkatkan suhu guna maksimum super aloi.
Malah, dalam tempoh 30 tahun keupayaan suhu lelasan turbin naik purata pada kira-kira
4 ° F (2.2 ° C) setahun. Dua faktor utama yang membuat peningkatan ini adalah
 Teknik pemprosesan lanjutan, yang meningkatkan kebersihan aloi (dengan itu
meningkatkan kebolehpercayaan) dan / atau membolehkan pengeluaran mikrostruktur
yang disesuaikan seperti bahan padat atau kristal tunggal.
 Perkembangan aloi yang menghasilkan bahan-bahan suhu lebih tinggi terutamanya
melalui penambahan unsur-unsur refraktori seperti Re, W, Ta, dan Mo.
 Kira-kira 60% kenaikan suhu penggunaan telah berlaku kerana konsep penyejukan maju;
40% telah menghasilkan peningkatan bahan. Suhu permukaan bilah turbin yang canggih
adalah berhampiran 2,100 ° F (1,150 ° C); kombinasi stres dan suhu yang paling teruk
adalah bersamaan dengan suhu logam pukal purata yang menghampiri 1,830 ° F (1,000 °
C).
 Walaupun super aloi mengekalkan kekuatan yang ketara kepada suhu berhampiran 1,800 ° F
(980 ° C), mereka cenderung mudah terdedah kepada serangan alam sekitar kerana terdapat
unsur pengaloi reaktif (yang memberikan kekuatan suhu tinggi mereka). Serangan permukaan
termasuk pengoksidaan, kakisan panas, dan keletihan terma. Dalam aplikasi yang paling
menuntut, seperti pisau turbin dan bilah, super aloi sering disalut untuk meningkatkan
ketahanan alam sekitar.
SIFAT UMUM BAHAN
 Sifat fizikal logam merupakan faktor penting dalam pemilihan bahan kejuruteraan sebelum
mereka bentuk sesuatu barangan.
 Sifat fizikal logam ialah:
 Keberaliran haba
Keberaliran haba ialah sifat bahan logam dan bukan logam yang membolehkan haba
mengalir melaluinya. Contoh keberaliran haba yang baik ialah kuprum keluli kalis
karat dan aluminium. Logam ini sesuai untuk membuat kepala pematerian.
 Keberaliran elektrik
Keberaliran elektrik ialah sifat sesuatu bahan yang menjadi pengalir elektrik. Contoh
pengalir elektrik yang baik ialah kuprum, aluminium, timah dan keluli.
 Takat lebur
Takat lebur ialah had suhu maksimum sesuatu bahan pepejal sebelum mejadi cecair
apabila dikenakan haba yang tinggi. Setiap bahan mempunyai takat lebur yang berbeza
bergantung pada jenis bahan dan kandungan di dalamnya.
 Sifat mekanik ialah keupayaan struktur logam untuk berubah apabila dikenakan beban ke
atasnya.
 Sifat mekanik logam boleh diuji dengan menggunakan mesin ujian ketegangan, mesin ujian
Rockwell, Brinnel, Vikers, Scleroscpe Shore, Charpy dan Izod.
 Sifat mekanik logam, takrifan, kegunaan dan contoh alat penguji ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Sifat Mekanik Takrifan Kegunaan Contoh Alat Alat Penguji


Keupayaan logam Membuat kerja Rod Mesin ujian
diregangkan tanpa pembentukan logam penambah tegangan
Kemuluran mudah putus mengikut bentuk yang kimpalan gas
dikehendaki seperti dan dawai
tembaga dan aluminium
Sifat logam mudah Membuat kerja Rivet dan Mesin ujian
dibentuk tanpa retak pembentukan logam kepala alat tegangan
Ketempaan
atau pecah dengan cara gelekan dan pemateri
ketukan
Sifat logam yang mudah Membuat kerangka Besi tuang Mesin ujian
Kerapuhan retak atau pecah apabila mesin Charpy
dikenakan hentaman
Sifat logam yang boleh Membuat alat pemotong Gerudi, mata Mesin
menahan haus, dan bahagian mesin alat, pahat, penguji
Kekerasan perubahan bentuk dan yang bergesel paku konkrit, Brinnel,
tusukan dan lelasan mata gergaji Rockwell
dan gear dan Vikers
Sifat logam yang boleh Membuat kerja tekanan Badan
Keplastikan dibentuk secara kekal dan tarikan kenderaan dan -
tanpa retak atau pecah. saluran air
Sifat logam yang boleh Membuat kerja beban Takal dan Mesin ujian
menahan daya atau tinggi pencangkuk tegangan
Kelasakan
beban kejut tanpa kren
berubah bentuk
Sifat logam yang boleh Membuat pegas Pegas berlapis Mesin ujian
kembali semula ke dan pegas tegangan
Keanjalan bentuk asal selepas bergelung
dikenakan daya atau
beban

Gambar foto: Mesin Ujian Charpy digunakan untuk menguji kekuatan logam.

Gambar foto: Mesin Ujian Rockwell


APLIKASI BAHAN

Kegunaan Logam dan Aloi


 Logam dan aloi digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan yang boleh ditemui dalam
pelbagai bidang seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Bidang Logam-Aloi Kegunaan
Menjadikan konkrit bertetulang lebih kuat,
Keluli ringan mengukuhkan bentuk struktur, berfungsi
sebagai rasuk
Kejuruteraan Awam Keluli tahan karat Susur hiasan, jeriji tingkap, pagar
Aluminium Bingkai tingkap
Zink-aluminium Bumbung beralun
Keluli tinggi karbon Landasan kereta api, jambatan
Aloi tinggi kuprum Dawai elektrik dan bas-bar
Kejuruteraan Elektrik
Kuprum-berilium Spring untuk alat elektrik
Keluli rendah karbon Bahan kimpalan
Kejuruteraan Mekanik
Keluli sederhana karbon Bahagian kereta, nat dan bolt
Pertanian Pelbagai jenis keluli Jentera berat, sabit, parang, cangkul

Kegunaan Seramik
 Seramik digunakan secara meluas dalam kehidupan harian kita seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah.
Bidang Produk seramik
Pembinaan Bata, jubin dan paip pembentung
Elektrik Penebat, pemutus litar dan kapasitor
Kesihatan Gigi palsu dan implan
Industri Penapis udara dan air serta bingkai untuk jentera

 Contoh produk seramik yang didapati di rumah ialah pinggan, cawan dan mangkuk, periuk.
Produk seramik seperti jubin, singki dan aksesori bilik mandi, lazimnya digunakan sebagai
bahan pembinaan bukan struktur disebabkan oleh kefungsian, rintangan kakisan, tahan lama
dan nilai estetik bahan-bahan ini.
 Dalam bidang pembinaan, disebabkan kerapuhan seramik, bahan ini jarang digunakan sebagai
bahan struktur atau penguat berbanding dengan logam dan aloi. Walau bagaimana pun, bata,
iaitu jenis seramik yang paling teguh dan tahan lasak digunakan secara meluas sebagai bahan
struktur mahupun bahan bukan struktur dalam pembinaan.
 Dalam alat elektrik, seramik digunakan secara meluas disebabkan sifat seramik sebagai
penebat elektrik yang baik. Seramik lazimnya digunakan sebagai pemutus litar, penebat dan
kapasitor. Satu contoh penebat seramik ialah mika yang terdapat pada tiang elektrik. Mika
berfungsi untuk memisahkan atau mengasingkan kabel yang membawa voltan tinggi daripada
tiang logam.
 Dalam bidang pertanian, seramik tidak boleh digunakan untuk membuat alat-alat seperti
cangkul, pencakar, penyodok, sabit dan parang. Bagi tujuan ini, aloi adalah lebih sesuai kerana
aloi boleh menahan pengendalian kasar seperti membajak tanah, menggali lubang, membuang
rumpai, menuai dan memotong pokok.

Kegunaan Plastik
Jenis Plastik Kegunaan
Politena (Polietilena) Beg plastik, paip lembut, botol, mainan
Polivinil klorida (PVC) Saluran paip, penebat pendawaian elektrik, palong dan tikar
Polistirena Bekas penebat haba dan bahan pembungkus
Poliester Gentian, filem, tekstil
Peralatan optik, kotak pameran, pelindung angin untuk kenderaan,
Polimetil metakrilat (Perspek)
tingkap kapal terbang
Nilon 66 (66 poliamida) Sarung kaki, tali, jala ikan, payung terjun
Filem pembungkusan, permaidani, kelengkapan makmal, alat mainan
Polipropilena
dan botol minuman ringan
Poliakrilonitril (PAN) Permaidani dan pakaian kait
Politetrafluoroetilena (Teflon) Pelapis tidak melekat pada perkakas masak dan pita teflon
Polibutadiena Bebenang tayar dan pembalut resin
Getah stirena butadiena (SBR) Tayar dan tapak kasut
Perekat suis, bahan penebat, pengisi dalam pembuatan papan lapis
Bakelit
gentian dan pemegang perkakas masak.

Kegunnaan Super Konduktor


Bidang Kegunaan
Pengangkutan Penggunaan magnet dalam keretapi MAGLEV meningkatkan halajunya.
Telekomunikasi Aloi superkonduktor berupaya untuk mengesan sinaran pada panjang
dan astronomi gelombang yang tidak dapat dikesan oleh alat yang sedia ada.
Aloi superkonduktor dapat digunakan untuk menjanakan kuasa dan
meningkatkan kestabilan tenaga yang disimpan selepas penjanaan. Wayar
Perindustrian
elektrik yang dibuat daripada aloi superkonduktor dapat menghantar arus
elektrik untuk jarak yang jauh tanpa kehilangan tenaga.
Elektromagnet superkonduktor dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk
Perubatan
memeriksa organ yang tertentu secara visual pada skrin computer.
Suiz yang mengawal litar elektrik dalam computer dapat beroperasi pada
Elektronik
kadar yang sangat cepat dan tidak menghasilkan haba.
Ketenteraan Aloi superkonduktor digunakan untuk mengesan periuk api di laut.

You might also like