You are on page 1of 4

BAB 2 : BAHAN, PERALATAN DAN MESIN PEMBINAAN PRODUK

TAJUK Bahan pembinaan produk


2.1 Bahan Bahan Pembinaan Produk
Pembinaan
Produk Bahan terdiri daripada dua kategori iaitu :
1. Bahan semula jadi : batu, kayu, jut
2. Bahan buatan : plastik, aloi
BAHAN LOGAM
Bahan logam dan bukan logam merupakan bahan yang paling
banyak digunakan untuk menghasilkan produk.

Bahan Logam :
1. Logam Ferus :
 mengandungi besi
 campuran karbon untuk menguatkan struktur
 mudah berkarat
 kekuatan tinggi Logam ferus
 tidak berkarat
 pengalir haba dan elektrik yang baik

contoh : Besi tuang, keluli karbon rendah, sederhana, tinggi,


keluli tahan karat, keluli kelajuan tinggi
2. Logam Bukan Ferus
 Tidak mengandungi karbon
 tidak berkarat
 pengalir haba dan elektrik yang baik
 Bukan ferus
contoh : Aluminium, kuprum, zink, timah, gangsa, loyang,
piuter

BAHAN BUKAN LOGAM


Bahan bukan logam dibahagikan kepada lima jenis iaitu
a) kayu b) plastik dan getah
c) gentian (fiber) d) seramik e) fabrik

Kekuatan dan kelemahan beberapa bahan

Bahan Kekuatan Kelemahan


Tahan lasak Susah dibentuk
Logam
Kuat Sukar untuk memotong
Ringan
Rapuh
Mudah dipotong
Kayu Mudah terbakar
Mempunyai rupabentuk menarik
Kurang kukuh untuk binaan projek.
Mudah untuk membuat kemasan
Mudah dibentuk dengan Tidak teguh
Plastik menentukan acuan Tidak tahan terhadap haba
Kenyal Mudah terbakar
Getah
Penebat haba dan elektrik Sukar dibentuk
Penebat haba dan elektrik Rapuh (mudah pecah)
Seramik
Mudah dibentuk mengikut acuan Bentuk kekal tidak boleh diubah suai
Mudah dibentuk bergantung Memerlukan kemahiran khas untuk
Gentian
kepada acuan mengendalikannya

Fabrik Mudah dipotong dan di bentuk Tidak kukuh untuk bahan pembinaan

1
Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis logam dan sifat mekanikalnya.

Logam Sifat mekanikal

Besi dan besi tuang. Keras


Besi tuang. Rapuh
Tembaga dan aluminium Mulur
Keluli aloi dan pancalogam Teguh
Aluminium Tempa
Keluli spring Anjal

Peralatan dan mesin untuk memotong dalam pembinaan produk

(a) Gergaji jig elektrik (Electric jigsaw)


 Digunakan untuk kerja-kerja memotong kayu atau
besi yang nipis terutamanya ketika memotong bentuk
yang berlekuk atau melengkung.
 Digunakan untuk memotong bahan yang bersudut
sempit.

(b) Gergaji kayu


 Digunakan untuk kerja-kerja memotong kayu tanpa
menggunakan tenaga elektrik.
 Alat ini mudah digunakan bahagian matanya boleh
diasah atau ditajamkan semula sekiranya sudah
menjadi tumpul.

(c) Mesin pemotong kayu (Mitre cutting machine)


2.2 Peralatan  Digunakan untuk melakukan kerja-kerja pemotongan
dan Mesin kayu secara tegak atau serong.
dalam  Boleh dilaras mengikut sudut tertentu.
Pembinaan
Produk
(d) Pemotong paip PVC
Alat ini digunakan untuk memotong paip PVC seperti paip
air dan paip yang digunakan untuk kerja pendawaian
elektrik.

(e) Pemotong paip galvani (GI pipe cutter)


Pemotong paip ini sesuai digunakan untuk memotong paip
besi bergalvani (GI pipe) yang biasa digunakan sebagai
saluran paip air di rumah.

Peralatan dan mesin untuk membentuk dalam pembinaan produk

(a) Pistol pemanas (Heat gun)


Digunakan untuk memanaskan bahan kerja seperti plastik
dan getah bertujuan untuk mengubah bentuk fizikal bahan
seperti membuat lengkungan, mengembangkan atau
membengkok.

2
(b) Mesin pelarik
 Mesin pelarik digunakan untuk membentuk kayu kepada
bentuk yang dikehendaki.
 Kayu tersebut dipasangkan pada mesin dan akan berputar
sambil dilarik menggunakan mata alat khas yang tajam
sehingga memperoleh bentuk yang dikehendaki.

(c) Mesin kimpalan MIG (Metal Inert Gas)


 Mesin kimpalan MIG (Metal Inert Gas) merupakan mesin
kimpalan yang menggabungkan di antara tenaga elektrik
dengan gas jenis CO2.
 Tenaga elektrik diperlukan untuk mengalirkan arus kepada
rod penambah dan seterusnya membentuk percikan api
sementara gas CO2 membantu mengawal proses peleburan
rod tersebut.
 Mesin ini mudah digunakan dalam proses penyambungan
bahan khususnya yang diperbuat daripada logam.

Peralatan dan mesin untuk membuat kemasan dalam pembinaan produk

(a) Mesin canai mudah alih (Portable grinder)


 Digunakan dalam kerja-kerja mencanai atau untuk
meratakan permukaan benda kerja.

(b) Pelelas mudah alih (Portable sander)


 Digunakan untuk melicinkan permukaan benda kerja dan
kebiasaannya yang melibatkan kerja kayu.

(c) Berus sembur (Air brush)


Digunakan untuk mengecat dan membuat lukisan grafik pada
produk dengan menggunakan tekanan udara.

Langkah-langkah Keselamatan dalam Penggunaan Peralatan dan Mesin


Sebelum melakukan kerja

Keselamatan diri
i. Kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek
keselamatan.
ii. Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
 Keselamatan di bengkel
i. Ruang bengkel hendaklah mempunyai pengudaraan yang baik dan mempunyai tanda
garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
ii. Bengkel hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
iii. Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, mudah
dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran.
Semasa melakukan kerja

3
• Etika bekerja
Murid dikehendaki mempunyai semangat dan etika kerja yang baik semasa di dalam bengkel
bagi mencegah kemalangan.

Tidak gopoh semasa melakukan sebarang Bertimbang rasa terhadap kebajikan


kerja amali rakan sekelas
Menumpukan sepenuh perhatian dan Jangan bergurau senda dengan rakan
tenang ketika bekerja
Mempunyai sikap dan tanggungjawab Gunakan alatan dan mesin dengan betul
terhadap diri sendiri

Selepas melakukan kerja


• Keselamatan alatan
i. Jangan biarkan alatan bersepah di atas lantai.
ii. Semua peralatan dan mesin yang digunakan mestilah dibersihkan dan disimpan di
tempat asal.
iii. Laporkan segala kerosakan kepada guru untuk tindakan lanjut.
• Keselamatan di bengkel
i. Elakkan daripada minyak atau gris tertumpah di atas lantai. Lap sehingga tiada
kesan licin di atas lantai jika terdapat minyak atau gris di atas lantai bengkel.
ii. Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah di atas lantai dan
di sekeliling mesin.
iii. Pastikan semua kawasan kerja dibersihkan dengan sempurna.
iv. Pastikan semua suis elektrik dimatikan dan tidak ada lagi mesin yang
masih berfungsi.
v. Tutup semua tingkap, pintu dan lampu sebelum keluar daripada bengkel.

You might also like