You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 28 DISEMBER 2017


Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Katering
Kehadiran : Pn. Hjh. Norain binti Abd Latif (Ketua Bidang/Pengerusi)
Pn. Roslinda binti Abu Yazid (Ketua Panitia P. Perakaunan/Setiausaha)
Pn. Fauziah binti Mohamad (Ketua Panitia LK & RC)
Pn. Norfuzi binti Bidin (Ketua Panitia MPV Katering)
En.Mohd Asri bin Idris (Ketua Panitia MPV Perabut & PVMA)
En.Azmi bin Abd Ghani (Ketua Panitia KHB)
Pn. Ameza binti Musa
Pn. Siti Mariam binti Ramli
Pn. Siti Nur Hafiza binti Muhamad Makpol

Agenda : 1. Kata-kata Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. KSSM
5. Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)
6. Pengurusan Bengkel dan Pencerapan
7. Aktiviti Tahunan
8. Hal-Hal Lain

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru.
1.2 Memaklumkan bahawa PPD akan kerap hadir ke sekolah dan membuat pencerapan
memandangkan tahun pertama KSSM.
1.3 Mengucapkan terima kasih atas usaha dan komitmen semua guru sepanjang tahun 2016.
1.4 Mengucapkan tahniah atas kenaikan GMP KHB ERT dari 3.47 kepada 3.20.
1.5 Berharap pencapaian tahun 2017 akan lebih baik dari pada tahun 2016.
1.6 Memaklumkan perpindahan Pn. Siti Nur Hafiza dari panitia KHB ke PVMA.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Cadangan: Pn. Norfuzi binti Bidin
2.2 Sokongan: Pn. Siti Mariam binti Ramli
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Memaklumkan bahawa duit peruntukan PVMA berlebihan.
3.2 Mata pelajaran Prinsip Perakaunan tidak ditawarkan pada tahun 2017 kepada pelajar tingkatan
empat.

4. KSSM
4.1 Mata pelajaran Rekabentuk Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran yang mengalami
perubahan secara menyeluruh berbanding KHB.
4.2 Pdp RBT Nampak menyeronokkan tetapi mungkin agak mencabar bagi para pelajar.
4.3 Buku teks RBT yang dibekalkan ke sekolah adalah terhad.

Tindakan: Makluman

5. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)


5.1 Pdpc
- TMK – penggunaan komputer dalam pdpc
- Kelas KRK – latihan/latih tubi yang diberikan kepada pelajar mestilah lebih banyak
berbanding dengan kelas-kelas lain.
- Buku rekod – RPH untuk KSSM belum dimaklumkan bentuknya. RPH yang dibuat mesti
seiring dengan PBS.

5.2 Penjenamaan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah dilaksanakan walaupun belum rasmi.
5.3 PBS untuk menengah rendah mesti dijalankan oleh guru sepanjang tahun.
5.4 Evidens pelajar mesti disimpan dalam fail.
Tindakan: Makluman dan semua guru

6. PENGURUSAN BENGKEL DAN PENCERAPAN


6.1 Barang yang tidak diperlukan di bengkel hendaklah dilupuskan.
6.2 Belum ada ketetapan tarikh yang dimaklumkan untuk pemindahan bengkel di bawah ke Blok H.
6.3 Pencerapan - guru perlu menyertakan buku pelajar semasa pencerapan.
6.4 Dimaklumkan bahawa PVMA tidak mempunyai buku nota pelajar.

Tindakan: Makluman dan semua guru

7. AKTIVITI TAHUNAN
8.1 Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017:
- Kela smalam KRK.
- Kelas tambahan (akan bermula pada bulan Februari)
- Teknik menjawab soalan
- PLC (cadangan untuk melihat kelas Pn. Fauziah dan Pn. Ameza)

Tindakan: Makluman
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Pn. Norfuzi memaklumkan Kelab Katering akan mengadakan program ke Thailand. Kelab
Katering ada menawarkan demo masakan dan bayaran yang dikenakan akan dimasukkan ke
dalam Kelab Katering untuk program tersebut.
8.2 En. Mohd Asri memaklumkan bahawa PVMA akan menjalankan projek jualan perabot dan baik
pulih perabot.
8.3 Pn. Fauziah membuat permohonan supaya pelajar yang mengambil mata pelajaran Rekacipta/
Grafik Komunikasi Teknikal) merupakan pelajar yang mengambil pilihan KHB KT semasa di
tingkatan 3.
8.4 En. Mohd Asri membuat permohonan supaya dilepaskan daripada mendapat relief.
8.5 Encik Azmi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar tingkatan 3.
8.6 Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar dan bersyukur kerana masih mengekalkan
pencapaian 100%.
8.7 En. Azmi juga memaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 3 sudah boleh mulakan projek kerana
sudah mempunyai bekalan kayu.
8.8 Hjh. Norain berharap guru-guru meningkatkan pdpc pada tahun 2017 dan mohon guru supaya
bersedia dengan kemungkinan akan lebih kerap dicerap memandangkan pada tahun ini
merupakan tahun pertama KSSM.
8.9 Buku kerja KHB dijual di koperasi dan masih menggunakan pembekal yang sama.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN.ROSLINDA BINTI ABU YAZID) (HJH. NORAIN BINTI ABD LATIF)


Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

You might also like