You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PERNIAGAAN BIL.

1/2019

Tarikh : 18/02/2019
Hari : Isnin
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Guru, SMA Darul Ulum

Kehadiran : Tn Hj Muhamad bin Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran )


En. Mohamad Amar bin Jairani (Ketua Panitia, GKMP Teknik)

3.1 Ucapan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan ucapan terima kasih
pengerusi kepada guru-guru perdagangan yang sudi hadir dalam mesyuarat
Panitia Perniagaan kali pertama 2019. Pengerusi juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para guru terutamanya guru-guru dalam panitia perniagaan
kerana kerjasama yang telah diberikan oleh para guru dalam membantu
meningkatkan kecemerlangan pelajar. Beliau juga menaruh harapan yang tinggi
kepada semua guru panitia bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan dan
sekiranya terdapat permasalahan guru-guru boleh rujuk kepada Guru Kanan
Teknik dan Vokasional.
Makluman

3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat


En. Amar membentangkan minit mesyuarat Bil 2/ 2018
Disokong : Hj. Gunawan
Setiausaha Panitia

3.3 Perkara-Perkara Berbangkit


Tiada perkara-perkara berbangkit
Makluman

3.4 Status PdPc sehingga Oktober


Pengerusi memberitahu bahawa Sukatan Pelajaran hendaklah dihabiskan pada bulan
Julai dan seandainya masih ada lagi bab-bab yang belum dihabiskan beliau
mencadangkan agar diadakan kelas-kelas tambahan agar sukatan yang belum
dihabiskan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
En. Amar memberitahu proses PdPc Perniagaan Tingkatan 4 dan 5 akan habis sukatan
dan kini , guru masing-masing sedang membuat ulangkaji soalan peperiksaan yang
lepas-lepas untuk kelas SPM manakala Tingkatan 4 diberi latih tubi.
Guru-guru Perniagaan

1
3.5 Program Panitia Sepanjang Tahun
5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada para guru perdagangan kerana telah
merancang program-program sebaik mungkin sepanjang tahun 2019. Beliau
amat mengharapkan agar program-program yang akan dijalankan nanti
dirancang dengan sebaik yang mungkin
5.2 Pengerusi memberitahu bahawa program-program panitia hendaklah selaras
dengan program Perancang SPM ataupun program-program sekolah.
Ketua Panitia / Guru-guru Perniagaan

3.6 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)


-Tiada kaitan

3.7 Perancangan Panitia Tahun 2019


Perancangan program tahun 2019 hendaklah dibuat oleh ketua panitia serta guru-guru
perdagangan agar selaras dengan program-program sekolah. Ketua panitia hendaklah
berbincang dengan para guru untuk merancang program yang akan dilaksanakan pada
tahun depan.

Ketua Panitia Perniagaan dan guru-guru

3.8 Agihan Mengajar Guru Tahun 2019

Pengerusi memberitahu bahawa pengagihan mengajar pada tahun 2019 telah


disiapkan dan kebanyakannya tiada perubahan besar

3.9 Hal-hal lain

3.9.1 Semakan Nota

Pengerusi memberitahu kepada semua guru perniagaan agar memeriksa buku


nota pelajar sekurang-kurang 3 kali dalam setahun serta menyemak Buku Nota
pelajar dan membawa 10 buah buku untuk disemak oleh
Guru Kanan Teknik dan Voksaional

3.9.2 Pemantauan P&P Pengurusan dan Rakan Sejawat

Pengerusi memberitahu bahawa pemantauan telah dilaksanakan dan diminta


guru-guru perniagaan membuat pemantauan antara rakan sejawat.

GKTV/ Ketua Panitia/ Guru-guru Perniagaan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 pagi

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………………. ……………………………….
En. Mohamad Amar Jairani Tn Hj Mohammad Gunawan
Ketua Panitia Perniagaan Penolong Kanan Akademik
Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Sekolah Menengah Agama Darul Ulum

You might also like