You are on page 1of 4

21. Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan guna tenaga.

A Kadar pengangguran sumber tenaga pekerja berada pada paras empat peratus
atau kurang.
B Tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan
barang atau perkhidmatan.
C Jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh individu dalam satu jangka masa
tertentu.
D Pekerja peroleh pendapatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam
kehidupan dan menyebabkan wujudnya perkembangan perniagaan.

22. Apakah maksud visi?

A Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah


organisasi.
B Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah
organisasi
C Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan
dilaksanakan untuk mencapai visi
D Visi menyatakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan
khusus

23. Apakah maksud objektif?

A Merupakan pembentukan organisasi yang teratur


B Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
C Merupakan pembentukan sistem yang efisien
D Merupakan pembentukan pernyataan yang ringkas

24. Pernyataan di bawah menunjukkan pertubuhan sukarela

 Persatuan Pengakap Malaysia (PPM)


 Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tumpuan pertubuhan sukarela ialah
A Melaksanakan tanggungjawab sosial
B Membantu kerajaan melaksanakan projek tertentu
C Menyediakan perkhidmatan kepada ahli dan masyarakat
D Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

25. Apakah matlamat bagi organisasi bermotifkan untung dalam penentuan visi, misi dan
objektif?

A Memaksimumkan keuntungan
B Kepentingan orang ramai
C Penyediaan perkhidmatan yang cekap
D Berorientasikan kepada kebajikan ahli dan masyarakat

26. Pilih pernyataan yang BETUL bagi munasabah dalam konsep SMART.

A Penentuan objektif berdasarkan sasaran yang boleh dicapai jika pekerja


menggembleng tenaga sepenuhnya
B Objektif yang menekankan bahawa pernyataan objektif dinyatakan secara
khusus
C Satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu penentuan objektif
perniagaan
D Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk
mencapainya

27. Pernyataan berikut berkaitan objektif suatu perniagaan.

“Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 2 tahun”

Nyatakan ciri-ciri objektif perniagaan berdasarkan konsep SMART.


A Boleh diukur dan spesifik
B Munasabah dan jangka masa
C Boleh diukur dan jangka masa
D Munasabah dan boleh diukur

28. Pernyataan manakah yang BENAR tentang syer pasaran?

A Jumlah penduduk yang terdapat di sebuah pasaran


B Jumlah barangg yang dijual oleh perniagaan di sebuah pasaran
C Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan
D Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah
perniagaan

29. Maklumat berikut berkaitan sesuatu perniagaan.

Syarikat Kasut Azam Sdn Bhd mengeluarkan kasut sekolah di kedai kasut
sekitar daerah Tangkak. Syarikat tersebut mengeluarkan kos tetap sebanyak
RM120 000. Harga jualan bagi sepasang kasut adalah RM20 dan kos berubah
bagi sepasang kasut ialah RM12.

Hitung Titik Pulang Modal bagi Syarikat Kasut Azam Sdn Bhd.

A 3750 C 10 000
B 6000 D 15 000

30. Apakah maksud dasar fiskal?


A Fungsi perniagaan yang berkaitan dengan sumber kewangan
B Tindakan pihak kerajaan dalam mengawal keadaan ekonomi melalui
perubahan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
C Perancangan dan Tindakan kerajaan yang berkaitan dengan sumber kredit,
kadar faedah dan penawaran wang
D Kaedah dan tatacara dalam aktiviti perniagaan yang boleh memberikan kesan
positif
Panduan Pemarkahan

No Soalan Jawapan
21 C
22 A
23 B
24 C
25 A
26 D
27 C
28 D
29 D
30 B

You might also like