You are on page 1of 7

Latihan Kendiri 2

BAB 6-ANALISIS PENYATA KEWANGAN


SOALAN TUTORIAL BAB 6

1. Syarikat Cerah Sdn. Bhd. mempunyai jualan sebanyak RM 4 juta. 25 peratus daripada jualan
merupakan jualan kredit. Akaun belum diterima syarikat berjumlah RM 100,000. Hitung
Tempoh Purata Kutipan bagi syarikat ini (Andaian 365 hari setahun).
A 34 hari
B 35 hari
C 36 Hari
D 37 hari

2. Syarikat Salmi mempunyai aset semasa sebanyak RM11,400 dan invetori sebanyak RM 4,000
Jika nisbah semasa syarikat ialah 2.6 kali. Hitung nisbah cepat.
A 2.0 kali
B 1.68 kali
C 1.69 kali
D 9.86 kali

3. Pada tahun 2020, ZZ Enterprise mempunyai nisbah pusing ganti jumlah aset sebanyak 0.29 kali.
Pada akhir tahun 2020 jumlah asetnya ialah RM7,500,000. Hitung jumlah jualan.
A RM 2,175,000
B RM 3,000,000
C RM 25,862,068
D RM 2,200,000

4.
Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang jangka
pendek daripada pelanggan.

Pernyataan di atas merujuk kepada:


A NIsbah Cepat
B NIsbah Semasa
C Nisbah Hutang
D Tempoh Purata Kutipan

5.
Mengukur keupayaan firma untuk membayar hutang jangka
pendek.

Pernyataan di atas merujuk kepada:


A Nisbah Cepat
B Nisbah Semasa
C Nisbah Hutang
D Tempoh Purata Kutipan

1|Page
Latihan Kendiri 2

6.
Mengukur kecekapan firma dalam menukarkan inventori
kepada jualan.

Pernyataan di atas merujuk kepada:


A Pusing Ganti Inventori
B Pulangan Atas Aset
C Nisbah Hutang
D Tempoh Purata Kutipan

7.
Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai hutang

Pernyataan di atas merujuk kepada:


A Pusing Ganti Inventori
B Pulangan Atas Aset
C Nisbah Hutang
D Tempoh Purata Kutipan

8. Penyata Aliran Tunai merupakan _____________.


A Penyata yang menunjukkan maklumat tentang kedudukan kewangan sebuah syarikat pada
tarikh atau titik masa tertentu.
B Penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan
kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.
C Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi
firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi satu tempoh tertentu.
D Penyata yang menunjukkan kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan,
kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.

9. Cake House Labuan Sdn. Bhd. mempunyai RM40,000 tunai, RM90,000 akaun belum terima,
RM100,000 inventori, RM70,000 akaun belum bayar dan RM20,000 hutang jangka pendek.
Hitungkan Nisbah Cepat.
A 2.56 kali
B 11.5 kali
C 6.5 kali
D 1.44 kali

10. Pernyataan manakah yang BENAR menyatakan kegunaan Nisbah Cepat.


A Mengukur keupayaan firma untuk membayar hutang jangka pendek.
B Mengetahui kebolehan firma untuk menguruskan hutang.
C Mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.
D Mengukur keupayaan firma untuk membayar hutang jangka pendek tanpa mengambil
kira Inventori.

2|Page
Latihan Kendiri 2

11. Berikut merupakan maklumat kewangan Syarikat Embun Sdn. Bhd:

Aset Semasa RM50 juta


Tunai RM40 juta
Jualan RM100 juta
Tempoh Purata Kutipan 30 hari
Nisbah Semasa 1.67 kali
Liabiliti Semasa RM20 juta
* Berasaskan 360 hari kerja setahun

Berdasarkan maklumat kewangan di atas, berapakah jumlah Akaun Belum Terima syarikat?
A RM 10.0 juta
B RM 8.3 juta
C RM 9.3 juta
D RM 6.7 juta

12. Berdasarkan analisis kewangan yang dibuat oleh pengurus kewangan syarikat Tiga Bersaudara
Sdn Bhd pada akhir tahun 2015 mendapati kedudukan kewangan syarikat secara
keseluruhannya adalah bertambah baik dan semakin cekap jika dibandingkan dengan tahun
2014. Pilih pernyataan yang sesuai bagi menggambarkan maklumat kewangan syarikat Tiga
Bersaudara Sdn Bhd pada tahun 2015.
I Nisbah hutang syarikat menunjukkan 20 peratus penurunan pada tahun 2015.
II Tempoh purata kutipan syarikat menunjukkan peningkatan dua kali ganda pada tahun
2015.
III Pusing ganti inventori menunjukkan peningkatan pada tahun 2015 sebanyak 35 peratus.
IV Nisbah semasa syarikat menunjukkan peningkatan dengan jumlah yang besar pada tahun
2015 iaitu melebih 50 peratus.

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

13. Anda telah dimaklumkan bahawa nisbah hutang Syarikat Sri Kembangan ialah 48 peratus dan
jumlah liabiliti pula RM1200000. Berapakah jumlah ekuiti Syarikat Sri Kembangan?
A RM2.5 juta
B RM3.7 juta
C RM0.6 juta
D RM1.3 juta

3|Page
Latihan Kendiri 2

14. Maklumat kewangan syarikat Hijau adalah seperti berikut

Jumlah Aset : RM1500000


Liabiliti Semasa : RM830000
Aset Tetap : RM450000

Berapakah Nisbah Semasa syarikat Hijau?


A 1.27 kali
B 1.81 kali
C 2.35 kali
D 0.79 kali

15. Maklumat kewangan Syarikat Mak Ko Ijau Sdn Bhd:

Tahun 2017 2018


Purata Industri 0.70 kali 0.60 kali
Nisbah Semasa 0.50 kali 0.80 kali

Berdasarkan maklumat di atas, pilih pernyataan yang sesuai bagi menjelaskan analisis
perbandingan trend nisbah semasa Syarikat Mak Ko Ijau Sdn Bhd.
A Nisbah semasa tidak baik pada tahun 2017 kerana nisbah semasanya lebih kecil
berbanding purata industri pada tahun berkenaan.
B Nisbah semasa syarikat lebih baik pada tahun 2017 berbanding tahun 2018 kerana nilai
purata industrinya menunjukkan penurunan.
C Nisbah semasa lebih baik pada tahun 2018 kerana nisbah semasanya lebih besar daripada
purata industri pada tahun berkenaan.
D Nisbah semasa syarikat lebih baik pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 kerana
nisbah semasanya menunjukkan peningkatan.

4|Page
Latihan Kendiri 2

1.1 Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi

Analisis ini amat penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan membuat keputusan
supaya perniagaan sentiasa menjadi lebih baik

Terdapat 3 jenis nisbah kewangan yang perlu dikuasai dalam modul ini iaitu:

1. Nisbah Keberuntungan

Ia bertujuan untuk mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperolehi keuntungan. berikut
merupakan jadual rumus dan huraian

2. Nisbah Kecairan

Ia mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luar
seperti pembekal (akaun belum bayar) dan pihak bank

Selain itu, nisbah ini menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.

5|Page
Latihan Kendiri 2

Terdapat 2 jenis Nisbah Kecairan dan huraian seperti jadual berikut

3. Nisbah Kecekapan

Ia Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori dan mengukur keupayaan perniagaan mengutip
dan membayar hutang.

Terdapat 3 jenis Nisbah Kecekapan seperti jadual berikut

Nota : Jika melibatkan hari, titik perpuluhan yang diperolehi akan dibundarkan ke hari berikutnya
ataupun terus digenapkan

6|Page
Latihan Kendiri 2

Perbandingan Prestasi Perniagaan

Apabila maklumat diperolehi daripada nisbah-nisbah ini, perbandingan prestasi boleh dilakukan. Nisbah
ini ada bertujuan

1. Mengetahui kekuatan dan kelemahan perniagaan


2. Merancang dan mengawal masa depan perniagaan
3. Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan

Terdapat 2 jenis perbandingan boleh dilakukan oleh perniagaan iaitu

1. Perbandingan antara tempoh iaitu perakaunan semasa seperti dari tahun ke tahun
2. Perbandingan antara pernigaan dalam industri yang sama. Contohnya perbandingan antara kilang
makanan

7|Page

You might also like