You are on page 1of 24

MAKLUMAT PENGURUSAN

 Terbahagi kepada 2 jenis

Perakaunan Kewangan Perakaunan


Pengurusan

Aktiviti mengumpulkan, Menyediakan maklumat kepada


merekodkan, mengklasifikasi, pengurusan untuk tujuan membuat
menganalisis, meringkaskan dan keputusan..
melaporkan maklumat kewangan.

Perbezaan Fungsi

Perakaunan Kewangan Aspek Perakaunan Pengurusan

Utk pihak luaran Pengguna Maklumat Utk pihak dalaman


Satu tempoh tertentu. Kekerapan laporan Bergantung kpd
Cth: 6 bulan atau setahun. keperluan. Cth: harian,
bulanan atau tahunan.
Bentuk ringkasan. Cth: Perincian maklumat Maklumat disediakan
Penyata pendapatan dan dengan terperinci.
Kunci Kira-kira.
Menghitung untung/rugi Objektif penyediaan Pastikan objektif dicapai.
Menentukan kedudukan Penyediaan Penyata
kewangan perniagaan. belanjawan
Tertakluk kpd konsep Prinsip Perakaunan Tidak terrtakluk pada
tertentu konsep tertentu

Tujuan Maklumat Pengurusan

Perancangan- pelan Kawalan – kelicinan Tujuan lain –


tindakan perancangan. pengorganisasian, membuat
keputusan

1
Cara Penyampaian Maklumat Pengurusan

Komunikasi bukan Lisan Komunikasi secara Lisan

i) Analisis Maklumat i) Perbincangan


ii) Laporan – surat, ii) Mesyuarat
memo. iii) Telefon

ANALISIS PENYATA KEWANGAN DAN ANALISIS NISBAH

Analisis Penyata Kewangan

 Sumber utama maklumat kewanga sebuah syarikat ialah Penyata Kewangan..


 Analisi perlu di buat utk menilai prestasi perniagaan di samping membantu pihak
pengurusan membuat sesuatu keputusan.

Analisis Nisbah

 Sebagai alat pengukur utk dibuat perbandingan dan tafsiran.


 Analisis Penyata Kewangan.

Nisbah keberuntungan

a) Peratus u/kasar atas kos jualan (tokokan)


b) Peratus u/kasar atas jualan (Margin)
c) Peratus u/bersih atas jualan
d) Pulangan atas Modal

a) Peratus u/kasar atas kos jualan (tokokan)


 Mengukur peratus pertambahan pada kos julan untuk mendapatkan harga
jualan.
Peratus u/kasar atas kos jualan (tokokan) = U/Kasar x 100
Kos Jualan

b) Peratus u/kasar atas jualan (Margin)


 Mengukur peratus untung kasar yang diperolehi daripada setiap ringgit jualan.

Peratus u/kasar atas jualan (Margin) = U/Kasar x 100


Jualan Bersih
2
c) Peratus u/bersih atas jualan
 Mengukur untung bersih yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan bersih.

Peratus u/bersih atas jualan = U/Bersih x 100


Kos Jualan

d) Pulangan atas Modal


 Mengukur untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan.

Pulangan Modal = U/Bersih x 100

Modal awal

Nisbah Kecairan

 Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai pembayaran kepada pihak


lain.
 Menunjukkan keadaan mampu bayar perniagaan.

a) Nisbah Semasa
 Hubungan di antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa.
 Mengukur kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti semasanya
Nisbah Semasa = Aset Semasa

Laibiliti Semasa

b) Nisbah Ujian Asid/ Nisbah Cepat


 Hubungan antara aset semasa dengan liabiliti semasa
 Mengukur kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti semasanya dengan
cepat/serta-merta.

Nisbah Cepat = Aset Semasa – Stok Akhir

Liabiliti Semasa

c) Nisbah Ujian Mampu


 Hubungan jumlah liabiliti dengan jumlah aset.
 Mengukur kemampuan meneruskan perniagaannya.

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset
3
Nisbah Kecekapan

 Pengurusan stok barangniaga perniagaan.


 Kecekapan mengutip dan membayar segala hutang-piutang perniagaan.

a) Kadar Pusing Ganti Stok


 Hubungan kos julan dengan stok purata.
 Menunjukkan kekerapan pusingan stok dalam setahun dan kemampuan
menjual barang.

Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan

Stok Purata***

***Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir

 Nilai yang rendah menunjukkan ketidak mampuan perniagaan menjual stok


barangniaganya.

b) Tempoh Kutipan dan Pembayaran Hutang


 Mengukur tempoh masa yang diambil oleh perniagaan untuk mengutip
hutangnya dan membayar hutangnya.

Tempoh Kutipan Hutang = Penghutang


X 365 hari
Jualan Kredit

Tempoh Pembayaran Hutang = Pemiutang


X 365 hari
Belian Kredit

MENTAFSIRKAN NISBAH

 Sesuatu nisbah itu hanya memberi makna jika perbandingan di buat di antara
satu firma pernigaan dengan yang lain.
 Tujuannya adalah untuk melihat kekuatan dan kelemahan perniagaan.

4
Contoh soalan

Maklumat dua perniagaan bagi tahun perakaunan berakhir 31 Julai 2010 adalah seperti
berikut.

Perniagaan Tanjong Periuk RM Perniagaan Tanjong Kuali RM


Insuran terdahulu 180 Kos Jualan 100 000
Premis 25 000 Margin untung kasar 20.21 %
Alatan Pejabat 4580 Nisbah semasa 1 : 1
Bank 6 450 Kadar pusing ganti stok 8 kali
Tunai 650 Margin untung bersih 7.5 %
Stok 1 Oktober 2007 10 200
Gaji terakru 900
Pinjaman bank 22 460
Untung kasar 30 736
Untung bersih 12 300
Pemiutang 8940
Belanja Am terakru 160
Stok 31 Ogos 2008 8220
Penghutang 4 500

Maklumat tambahan :

i.Tokokan bagi Perniagaan Tanjong Periuk ialah adalah 34 %.


ii) Jualan tunai ialah RM 21 136 manakala jualan kredit ialah …
iii) Belian tunai ialah RM 48 000 manakala belian kredit ialah .....

Anda dikehendaki menyediakan:


i) Hitungkan

a) Kos jualan
b) Jualan
c) Peratus untung kasar atas jualan
d) Kadar pusing ganti stok
e) Peratus untung bersih atas jualan
f) Nisbah semasa
g) Nisbah Ujian Asid/Cepat
h) Nisbah Ujian Mampu
i) Tempoh kutipan hutang
j) Tempoh pembayaran hutang

ii) Prestasi perniagaan yang manakah yang lebih baik?


Berikan alasan anda.

5
PENYELESAIAN

a) Tokokan = Untung Kasar X 100 = 34%


Kos jualan

34 = 30 736 X 100
Kos jualan

Kos Jualan = 30 736 X 100


34
= RM 90 400

b) Jualan = Untung Kasar + Kos Jualan

= RM 30 736 + RM 90 400

= RM 121 136

b) Peratus Untung Kasar atas jualan = Untung Kasar X 100


Jualan

= RM 30736 X 100
RM 121136

= 25.37 %

d) Kadar Pusing ganti Stok = Kos Jualan


Stok Purata*

= RM 90 400
RM 9 210

= 9.8 kali

= 10 kali

* Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir


2
= 10 200 + 8 220
2
= 9 210

e) Peratus Untung Bersih atas jualan = Untung Bersih X 100


Jualan

= RM 12 300 X 100
RM 121136

= 10.15 %
6
f) Nisbah Semasa = Aset Semasa*
Liabiliti Semasa**

= RM 20 000
RM 10 000

= 2 : 1

* Aset Semasa = Bank + Tunai + Penghutang + Stok Akhir +


Insurans Terdahulu
= 6 450 + 650 + 4 500 + 8 220 + 180
= 20 000

** Liabiliti Semasa = Sewa Terakru + Pemiutang + Belanja Am Terakru


= 160 + 8 940 + 900
= 10 000
g) Nisbah Cepat = Aset Semasa – Stok Akhir

Liabiliti Semasa

= 20 000 – 8220

10 000

= 11 780

10 000

= 1.18 : 1

h) Nisbah Ujian Mampu = Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset

= 32 460

49 580

= 0.65: 1

i) Tempoh kutipan hutang = Penghutang


X 365 hari
Jualan Kredit
= 4 500
X 365 hari
100 000

= 16 hari

7
j) Tempoh pembayaran hutang = Pemiutang
X 365 hari
Belian Kredit

= 8 940
X 365 hari

= 27 hari.

ii) Prestasi Perniagaan Tanjung Periuk adalah lebih baik berbanding Perniagaan
Tanjong Kuali kerana
a) Kos jualan Perniagaan Tanjong Periuk jika dibandingkan denagn
Perniagaan Tanjong Kuali lebih rendah untuk menghasilkan untung
kasar yang lebih tinggi.
b) Peratus untung kasar atas jualan Perniagaan Tanjong Periuk lebih tinggi
iaitu 25.37 % berbanding Perniagaan Tanjong Kuali 20.21 %.
c) Perniagaan Tanjong Periuk mempunyai jumlah aset semasa melebihi
jumlah liabiliti semasa (berkemampuan untuk membayar liabiliti)jika
dibandingkan dengan Perniagaan Tanjong Kuali.
d) Kadar pusing ganti stok Perniagaan Tanjong Periuk yang lebih baik iaitu
10 kali berbanding Perniagaan Tanjong Kuali yang hanya 8 kali sahaja.
e) Peratus untung bersih atas jualan Perniagaan Tanjong Periuk lebih tinggi
iaitu 10.15 % berbanding Perniagaan Tanjong Kuali yang hanya 7.5 %.

8
SOALAN LATIHAN

SOALAN 1
Butir-butir yang berikut dipetik daripada Perniagaan Cahaya Murni, dimiliki oleh Encik
Amirul yang menjalankan perniagaan menjual cenderahati pada 31 Mac 2009.

RM
Stok 1 April 2008 16 500
Stok 31 Mac 2009 18 200
Kos jualan 98 000
Jumlah perbelanjaan 12 800
Ambilan 5 800
Modal 1 April 2008 3 500

Maklumat tambahan :
Encik Amiruel menokok 25% kos untuk menetapkan harga jualannya.

Anda dikehendaki :
(a) Menghitung
(i) stok purata
(ii) kadar pusing ganti stok
(iii) perolehan
(iv) peratus untung kasar atas jualan (margin)
(v) untung bersih
(vi) pulangan atas modal

SOALAN 2
Puan Khadijah menjalankan Kedai Khadijah yang menjual buku-buku dan alat tulis.
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaannya pada 30 September 2009.
RM
Stok 1 Okt 2008 11 750
Stok 30 Sept 2009 13 500
Modal 1 Okt 2008 85 000
Jumlah perbelanjaan 20 500
Perolehan 150 640
Ambilan 8 820
Untung kasar 37 660

Maklumat tambahan :
Khadijah memperoleh margin untung 20% daripada jualannya.

Anda dikehendaki :
(i) Kos jualan
(ii) Kadar pusing ganti stok
(iii) Peratus tokokan perniagaan
(iv) Untung bersih
(v) Pulangan atas modal

9
SOALAN 3
Butir-butir yang berikut dipetik daripada perniagaan Saidi seorang peniaga barangan
elektronik pada 30 Jun 2009
RM
Stok 1 Julai 2008 11 500
Stok 30 Jun 2009 15 800
Jumlah perbelanjaan 27 600
Ambilan 9 800
Modal 1 Julai 2008 75 000
Untung kasar 64 200
Perolehan 200 300

Maklumat tambahan :
Saidi telah memperoleh kadar pusing ganti stok sebanyak 9 kali pada tahun kewangan
itu.

Anda dikehendaki menghitung :


(i) Stok purata
(ii) Kos jualan
(iii) Peratus tokokan
(iv) Untung bersih
(v) Pulangan atas modal

SOALAN 4
Maklumat berikut dipetik daripada buku perniagaan Alisya , seorang peniaga bunga
segar pada
31 Disember 2008
RM

Stok 1 Januari 2009 13 770


Stok 31 Disember 2009 13 130
Perolehan 160 400
Untung kasar 40 350
Jumlah perbelanjaan 15 990
Modal 1 Januari 2009 68 000
Ambilan 7 200
Kos jualan 121 050

Anda dikehendaki :
(a) Menghitung :
(i) Stok purata
(ii) Kadar pusing ganti stok
(iii) Peratus untung kasar atas jualan ( margin )
(iv) Peratus tokokan
(v) Untung bersih
(vi) Pulangan atas modal

(b) Sediakan Akaun Modal pada 31 Disember 2009

10
SOALAN 5
Berikut adalah maklumat yang dipetik daripada buku Perniagaan Shamsiah, seorang
pengusaha Katering pada 30 Jun 2008 :
RM
Stok 1 Julai 2008 14 060
Stok 30 Jun 2009 13 960
Kos jualan 180 450
Untung kasar 75 900
Jumlah perbelanjaan perniagaan 35 200
Ambilan 13 300
Modal pada 1 Julai 2008 58 400

Anda dikehendaki :
(a) Menghitung :
(i) Stok purata
(ii) Kadar pusing ganti stok
(iii) Perolehan
(iv) Peratus tokokan
(v) Untung bersih bagi tahun berakhir 30 Jun 2009
(vi) Pulangan atas modal

(b) Terangkan kepentingan kadar pusing ganti stok kepada seorang peniaga bahan
makanan.

SOALAN 6

Baki-baki yang berikut diperolehi daripada buku-buku Perniagaan Amani pada 31 Dis
2008
RM RM
Stok 1 Jan 2008 18 900 Pemiutang 13 440
Belian 234 620 Gaji terakru 500
Tunai 1 640 Kenderaan 60 000
Bank 5 500 Modal 1 Jan 2008 90 000
Penghutang 11 580 Pulangan masuk 700
Stok 31 Dis 2008 23 100 Jualan 289 450
Angkutan masuk 580

Anda dikehendaki menghitung:


i) Nisbah semasa
ii) Peratus tokokan
iii) margin untung kasar
iv) Kadar pusing ganti stok

SOALAN 7

Maklumat perniagaan Sri Cantik Manis bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008
adalah seperti berikut:
RM

11
Stok 1 Julai 2007 8 600
Stok 30 Jun 2008 9 300
Modal 1 Julai 2007 50 000
Untung bersih tahun kewangan ini 8 500
Belian 71 940
Jualan 93 080
Perabot 5 200
Iklan terdahulu 120
Komisen diterima terakru 350
Belanja sewa terakru 500
Penghutang 4 258
Angkutan masuk 360
Anda dikehendaki:
a. Menghitung
i) Kos jualan
ii) Untung kasar
iii) Peratus tokokan
iv) Kadar pusing ganti stok

b. Nyatakan fungsi kadar pusing ganti stok

SOALAN 8
Syarikat Seri Jebat Berhad mempunyai modal berdaftar sebanyak 100 000 syer biasa
RM1 setiap satu dan 50 000 10% syer keutamaan RM2 setiap satu. Syarikat telah
mengeluarkan 60 000 syer biasa dan 20 000 10% syer keutamaan kepada orang ramai
dengan nilai tara. Tahun kewangan syarikat berakhir pada 30 September 2008.

Berikut adalah maklumat kewangan yang diberikan oleh syarikat pada 30 September
2008
i.
RM
Premis 50 000
Stok pada 1 Okt 2007 22 500
Untung kasar 38 000
Pemiutang 6 500
Pinjaman Bank 5 000
Stok pada 30 September 2008 25 000
Tunai di bank 20 500
Pendapatan tertahan 8 200

ii. Tokokan ialah 25%


iii. Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan pembayaran dividen syer
keutamaan dan pembayaran dividen 15% atas syer biasa

Anda dikehendaki:
a. Menerangkan maksud dividen
b. Menghitung
i) Dividen syer keutamaan
ii) Dividen syer biasa
iii) Stok purata
iv) Kos Jualan
v) Kadar pusing ganti stok
12
SOALAN 9

Berikut merupakan penyata kewangan Syarikat Siti Saudah bagi tahun 2008 dan 2009:

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember ….

2008 2009
RM RM
Jualan 42 000 61 000
Tolak Kos Jualan 28 000 44 500
Untung kasar 14 000 16 500
Tolak belanja 8 000 9 000
Untung bersih 6 000 7 500

Kunci Kira-kira pada 31 Disember ….


2008 2009
RM RM
Aset Bukan Semasa 30 000 35 000

Aset Semasa
Stok akhir 3 700 6 000
Penghutang 1 400 1 800
Bank 5 000 2 500
10 100 10 300
Tolak Liabiliti Semasa
Pemiutang 9 000 7 000
Modal kerja 1 100 3 300

Ekuiti Pemilik 31 100 38 300

Modal 1 Jan 2009 25 100 30 800


Untung bersih 6 000 7 500
31 100 38 300

a) Anda dikehendaki mengira nisbah berikut pada tahun 2008 dan 2009:

i) Tokokan
ii) Margin
iii) Nisbah semasa
iv) Pulangan atas modal

b) i) Tahun yang manakah menunjukkan prestasi yang lebih baik ? Berikan sebab.
ii) Tahun yang manakah lebih berkemampuan untuk menjelaskan hutang
semasa? Berikan sebab.
iii) Mengapakah pulangan atas modal penting bagi pelabur?

13
SOALAN 10

Syarikat Yusof dan Syarikat Kusiani merupakan dua buah syarikat yang menjual
suratkhabar.
Penyata kewangan kedua-dua syarikat tersebut pada tahun 2009 adalah seperti
berikut:

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009


Syarikat Yusof Syarikat Kusiani
RM RM
Jualan Bersih 89 600 42 500
Stok Awal 5 000 1 200
Belian Bersih 70 000 29 500
Angkutan masuk 300 500
164 900 73 700
-- Stok akhir 5 700 2 200
Untung kasar 14 300 11 500
Tolak belanja 8 000 6 800
Untung bersih 6 300 4 700

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2009

Syarikat Yusof Syarikat Kusiani


RM RM
Alatan pejabat 29 000 16 000
Stok akhir 5 700 2 200
Penghutang 12 600 8 500
47 300 26 700
Modal awal 40 000 20 000
+ untung bersih 6 300 4 700
Overdraf bank 1 000 2 000
47 300 26 700

a) Anda dikehendaki mengira:

i) Tokokan
ii) Margin
iii) Pulangan atas modal
iv) Nisbah semasa
v) Pelaburan dalam syarikat manakah yang lebih baik? Mengapa?

14
SOALAN 11
Maklumat berikut diperoleh daripada dua buah syarikat berhad yang menjalankan
perniagaan susu tepung pada 31 Disember 2009.

Syarikat Susu Baba Berhad


RM
Modal 1 Jan 2009 40 000
Stok 1 Jan 2009 5 700
Stok 31 Disember 2009 5 300
Untung kasar 14 250
Penghutang 3 400
Bank 2 900
Kelengkapan dan alatan pejabat 9 000
Mesin 20 000
Pemiutang 1 000
Pelbagai belanja 8 000

Tokokan 25%

Syarikat Susu Segar Berhad


Kadar pulangan atas modal – 20%

a) Anda dikehendaki menghitung perkara berikut bagi Syarikat Susu Baba Berhad:
i) Margin
ii) Peratus untung bersih atas jualan
iii) Kadar pusing ganti stok
iv) Modal kerja
v) Pulangan atas modal

b) Jika anda ingin membeli saham, mana satu syarikat yang akan anda laburkan?
Mengapa?
SOALAN 12
Maklumat Perniagaan Federal bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 adalah
seperti berikut:

RM
Jualan 74 200
Pulangan jualan 2 700
Belian 45 800
Angkutan masuk 1 500
Stok 1 Mei 2008 5 990
Stok pada 30 April 2009 4 400
Pelbagai belanja 4 000
Lain-lain hasil 450
Sewa dibayar terdahulu 650
Kadar bayaran terakru 300
15
Kelengkapan 5 300
Modal awal 65 000

Hitungkan :

i) Kos jualan
ii) Untung kasar
iii) Tokokan
iv) Kadar pusing ganti stok
v) Pulangan atas modal

SOALAN 13

Berikut ialah maklumat sebuah syarikat pada 31 Disember 2009.

RM
Kenderaan 50 900
Stok pada 1 Jan 2009 3 570
Untung kasar 40 500
Penghutang 4 998
Kadar bayaran terakru 567
Pinjaman bank 10 000
Stok pada 31 Disember 2009 ?
Tunai di bank 50 530

Maklumat tambahan:
Tokokan ialah 25% dan kadar pusing ganti stok ialah 30 kali.

Anda dikehendaki menghitung:

i) Kos jualan
ii) Margin
iii) Stok akhir
iv) Modal kerja

Soalan 14

Butiran berikut diambil daripada buku-buku Syarikat Malas Berusaha pada 30 April
2009.
RM
Jualan bersih 126 900
Stok Purata 8 460
Modal pada 1 Mei 2008 35 250

Maklumat tambahan:
a) Belanja Syarikat Malas Berusaha adalah 15% daripada jualan bersih.
b) Syarikat Malas Berusaha menambahkan harga kos semua barang sebanyak 20%
untuk mendapat harga jualan.

Hitung:
i) UntungKasar
ii) Kadar Pusing Ganti Stok
16
iii) Untung Bersih
iv) Pulangan Atas Modal

Soalan 15

Maklumat berikut menunjukkan Penyata pendapatan Perniagaan Selamba bagi tahun


berakhir 31 Disember 2010 yang tidak lengkap.

Perniagaan Selamba
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
RM RM
Jualan 140 000
Tolak: Kos Jualan
Stok Awal 13 500
Belian ?

Kos barang Untuk Dijual ?


Tolak: Stok Akhir 21 000 ?

Kos Jualan ?
Untung Kasar ?
Tolak: Belanja 14 000

Untung Bersih ?

Maklumat tambahan
i) kadar pusing ganti stok ialah 5 kali.

Anda dikehendaki:
a) menghitung
i) stok purata
ii) kosjualan
iii) tokokan
iv) peratus untung kasar atas jualan
v) belian
vi) untung bersih

b) melengkapkan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

Soalan 16
Maklumat berikut diperolehi daripada Perniagaan Berkat Sabar pada 31 Julai 2010.

RM
Jualan 32 350
Belian 20300
Stok pada 1 Ogos 2009 1 500
Stok pada 31 Julai 2010 1 400
Modal pada 31 Julai 2010 16 500
Pulangan masuk 400
Untung Kasar 11 550
Belanja Operasi 3 500
Alatan pejabat 16 500
17
Penghutang 1 550
Pemiutang 1 750
Bank 3 400

Maklumat tambahan:
a) 40% daripada jualan ialah jualan kredit.
b) 30% daripada belian ialah belian kredit.

Anda dikehendaki mengira:


i) peratus untung kasar atas jualan
ii) kadar pusing ganti stok
iii) nisbah semasa
iv) nisbah ujian mampu
v) nisbah ujian asid
vi) tempoh kutipan hutang
vii) tempoh pembayaran hutang.

SOALAN SPM

SPM 1998

Maklumat perniagaan Sri Bayu Enterprise bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 1998
adalah seperti berikut:

RM
Stok 1 Julai 1997 8 600
Stok 30 jun 1998 9 300
Modal 1 Julai 1997 50 000
Untung bersih tahun kewangan ini 8 500
Belian 71 940
Jualan 93 080
Perabot 5 200
Iklan terdahulu 120
Komisen diterima terakru 350
Belanja sewa terakru 500
Penghutang 4 258
Angkutan masuk 360

(a) Hitungkan:

(iii) kos jualan


(ii) untung kasar
(iii) peratus tokokan
(iv) kadar pusing ganti stok (8 markah)

(b) Nyatakan fungsi kadar pusing ganti stok. (2 markah)

18
SPM 2003

Encik Rizal ialah pemilik Perniagaan Cahaya yang menjual gas memasak. Beliau
menjalankan perniagaannya dengan modal permulaan RM 50 000. Perniagaannya
bagi tahun berakhir 31 Julai 2003 adalah seperti berikut:

RM
Stok 1 Ogos 2002 7 920
Stok 31 Julai 2003 8 640
Pemiutang 10 900
Bank 29 350
Belian 265 180
Pulangan belian 220
Sewa dibayar 2 400
Gaji pekerja 7 200

Perniagaan Cahaya menetapkan tokokan 20% atas barang yang dijual.

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung:
(i) kos jualan
(ii) Untung kasar
(iii) margin untung kadar
(iv) kadar pusing ganti stok
(8 markah)

SPM 2004
Perniagaan Setia Rembau dan Perniagaan Jaya Maju adalah dua buah perniagaan
runcit. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan tersebut pada 30 September
2004

Perniagaan Setia Rembau


RM
Pemiutang 14 560
Untung bersih 4 134
Penghutang 4 560
Pinjaman bank 2 540
Kenderaan 53 000
Overdraf bank 3 548
Tunai 677
Stok purata 15 337
Untung kasar 30 674
Sewa dibayar terakru 1 400
Jualan 122 696
Komisen diterima terdahulu 255
Modal 1 Oktiber 2003 48 000
Perabot 726
19
Perniagaan Jaya Maju
Kadar pusing ganti stok sebanyak 4 kali
Pulangan atas modal 7.5%

(a) Anda dikehendaki menghitung perkara-perkara berikut bagi perniagaan Setia


Rembau:
(i) kos jualan
(ii) Tokokan
(iii) Margin untung kasar
(iv) Kadar pusing ganti stok
(v) Pulangan atas modal
(b) Prestasi perniagaan manakah yang lebih baik? Berikan alasan anda.

SPM 2006

Maklumat berikut diperoleh daripada dua buah firma yang menjalankan perniagaan
makanan ringan pada 31 Disember 2005.

Firma Sea View Berhad


RM
Modal 1 Januari 2005 35 000
Stok 1b Januari 2005 31 860
Stok 31 Disember 2005 16 440
Untung kasar 18 400
Penghutang 9 699
Tunai 2 270
Lengkapan 1 400
Pemiutang 4 700
Overdraf bank 2 750
Perbelanjaan 6 200
Peratus untung kasar atas jualan 16%

Firma Budi Fuze Berhad


Kadar pulangan atas modal 27%

(a) Anda dikehendaki menghitung perkara berikut bagi Firma Sea View Berhad:
(i) Jualan
(ii) Tokokan
(iii) Peratus untung bersih atas jualan
(iv) Kadar pusing ganti stok
(v) Kadar pulangan atas modal
(b) Sekiranya anda ingin membuat pelaburan, firma yang manakah yang anda pilih?
Beri alasan anda.

20
SOALAN OBJEKTIF
SPM 2004
1. Data 10 diperolehi daripada buku akaun Encik Zam bagi tahun berakhir 31 Disember
2003.
Stok awal RM 7 320
Kos jualan RM 38
500
Kadar pusingan ganti stok 7 Kali

Hitungkan nilai stok akhir.


A RM 1 820 B RM 3 680
C RM 5500 D RM 6 410

SPM 2005
Maklumat berikut ialah baki buku Perniagaan Ehsan pada 31 Oktober 2005

RM
Kenderaan 15 000
Penghutang 20 500
Pemiutang 20 000
Bank (overdraf) 10 000
Stok akhir 24 500

Berapakah nisbah semasa perniagaan itu pada tarikh tersebut?


A 1.5 B2
C 2.75 D 3.5

SPM 2005
Nisbah semasa Syarikat perdana ialah 1:2.
Pilih tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki tahap kecairan syarikat itu.
I Membuat pinjaman bank
II Menambahkan belian barangniaga
III Memanjangkan tempoh jualan kredit
IV menjual sebahagian aset bukan semasa

A I dan III C II dan III


B I dan IV D ii dan IV

SPM 2007
Apakah rumus untuk mengira nisbah semasa ?
A Aset Semasa - Liabiliti Semasa
B Aset Bukan Semasa - Liabiliti Semasa
C Aset Semasa

Liabiliti Semasa
D Aset Bukan Semasa
21
Liabiliti Semasa

SPM 2007
Apakah maksud kadar pusing ganti stok yang rendah ?
I Stok jualan kurang laris
II Tukar ganti stok yang terlalu kerap
III Tidak cekap dalam mengurus stok
IV Berkemampuan menjelaskan hutang pembelian stok
A I dan III B I dan IV
C II dan III D II dan IV

SPM 2007
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Hamid bagi tahun berakhir 31
Disember 2006 .

RM
Stok Awal 10 200
Stok Akhir 12 140
Belian 15 780
Jualan 23 640
Untung Kasar 9 800

Berapa peratuskah untung kasar atas kos jualan ?


A 70.8% B 62.1 %
C 55.3% D 41.5%

SPM 2008
Data berikut diperoleh daripada buku kedai Pintar Choo.

RM
Stok pada 1 januari 2007 8 340
Stok pada 31 Disember 2007 7 620
Untung Kasar 6 950
Kadar Pusing Ganti Stok 7 kali

Berapakah kos jualan?


A) RM 48 650 C) RM 55 860
B) RM 53 340 D) RM 58 380

22
SPM 2009

Rajah berikut digunakan untuk mengukur kecairan sesuatu perniagaan.

Modal Kerja = P - Q

Ukuran Kecairan

Nisbah Semasa = P/Q

Apakah P dan Q?

P Q
A) Aset Liabiliti
B) Aset Semasa Liabiliti Semasa
C) Aset Semasa Aset Bukan Semasa
D) Aset Bukan Semasa Liabiliti bukan Semasa

SPM 2009

Pilih padanan yang betul bagi kegunaan nisbah berikut.

Nisbah Kegunaan
A) Kadar Pusing Ganti Stok Mengukur kecekapan pengurusan stok.
B) Pulangan Atas Modal Mengukur kadar untung kasar atas setiap ringgit
modal yang dilaburkan.
C) Nisbah semasa Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang
jangka panjang.
D) Margin Mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit
jualan.

SPM 2009

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Shamsudin pada 31 Disember 2008.

RM
Jualan 20 000
Stok pada 1 Januari 2008 4 000
Stok pada 31 Disember 2008 2 000
Untung kasar adalah 25% daripada jualan

Berapakah kadar pusing ganti stok perniagaan berkenaan?


23
A) 7.50 kali C) 4 kali
B) 5 kali D) 3.75 kali
1) Tafsiran Akaun Penamat merangkumi
I Tokokan
II Nisbah semasa
III Pulangan Atas modal
IV kadar Pusing ganti Stok

A) I dan II B) I dan IV C) II dan III D) II dan Iv

2) Tafsiran akaun ialah proses


A) menggunakan maklumat daripada akaun-akaun perniagaan bagi tujuan mengkaji
prestasi dan kedudukan kewangan .
B) menggunakan maklumat daripada akaun-akaun perniagaan bagi tujuan menyediakan
akaun-akaun penamat.
C) menyediakan maklumat daripada akaun-akaun perniagaan bagi tujuan memohon
pinjaman bank.
D) menyediakan maklumat daripada akaun-akaun perniagaan bagi tujuan memenuhi
kehendak pemilik perniagaan.

3) Rumusan margin untung bersih yang tepat ialah

A) Untung bersih X 100%


Jualan bersih
B) Jualan Bersih X 100%
Untung bersih
C) Jualan Bersih X 100%
Untung Kasar
D) Untung Kasar X 100%
Jualan Bersih

4) Maklumat berikut dipetik daripada akaun-akaun penamat Perniagaan Sediah Sokmo.

RM
Kos Jualan 10 000
Stok Awal 1 000
Stok Akhir 1 500

Berdasarkan maklumat di atas, kadar pusing ganti stok ialah

A) 2 kali B) 8 kali C) 10 kali D) 20 kali

24

You might also like