You are on page 1of 10

Home

Infografik Kes Whistleblowing


Ikutikan panduan ini untuk menyiapkan tugasan infografik.

ISI KANDUNGAN:
☐ Maklumat peribadi whistleblower.
☐ Pihak yang terlibat. Pekerjaan dan majikan whistleblower.
☐ Kronologi perkara whistleblowing yang berlaku.
☐ Keputusan pihak berkuasa terhadap apa yang berlaku.
☐ Kesan daripada perkara yang berlaku.

KEPERLUAN
☐ Infografik perlu ada sekurang-kurangnya 4 grafik yang berkaitan topik.
☐ Contoh grafik yang boleh digunakan:
• Gambar
• Carta
• Angka
• Clipart
☐ Susun maklumat supaya teratur dan kemas serta mudah untuk pembaca ikuti mengikut
turutan.
☐ Cadangkan kepentingan maklumat – semakin besar grafik semakin penting maklumat
tersebut.

PENGHANTARAN:
☐ Pelajar perlu masukkan nama penuh, no matrik dan kumpulan kelas.
☐ Pautan rujukan perlu dimasukkan ke dalam infografik.
☐ Infografik perlu dimuat naik ke mana-mana laman media sosial.
☐ Pelajar perlu menghantar infografik dalam bentuk emej atau pdf kemudian disertakan link
infografik yang telah dimuat naik di laman media sosial (facebook, instagram, twitter,
https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_social_networking_websites) Kapsyen
menggambarkan infografik tersebut. Disertakan hashtag #etikaprofesional
☐ Imej & PDF Infografik perlu dihantar di LMS.
☐ Pelajar perlu menggunakan Piktochart.com bagi tugasan ini. Panduan Piktochart akan
diberikan di bawah.
☐ Jika pelajar mahu menggunakan program grafik yang lain sila beritahu kepada pensyarah.

https://www.e-education.psu.edu/egee299/node/485
Gambaran Keseluruhan:
Infografik adalah imej visual yang mewakili maklumat yang ingin disampaikan kepada
pembaca. Ia menjadikan pelbagai maklumat mudah untuk difahami dan direka untuk
membantu pembaca mengenalpasti corak dan trend. Bagi tugasan ini, pelajar perlu
mencipta infografik yang mewakili maklumat whistleblower yang dipilih. Pelajar perlu
menggunakan imej, statistics dan perkataan untuk mewakili maklumat yang penting bagi
menyampaikan maklumat berkaitan kegiatan whistleblowing tersebut. Terdapat 8 jenis
Infografik yang biasa digunakan. Pelajar boleh menggunakan mana-mana jenis infografik
yang dirasakan sesuai.
Panduan Penggunaan Piktochart

1. Pergi ke laman sesawang http://piktochart.com.

Perkhidmatan Piktochart ditawarkan secara percuma. Klik ‘Start for Free’

2. Akaun baharu perlu dimasukkan


 Nama
 Alamat emel
 Kata laluan
Emel pengesahan akan dihantar ke emal yang diberikan. Gunakan pautan di dalam
emel pengesahan untuk masuk ke akaun piktochart baharu.
3. Piktochart akan mengemukakan beberapa soalan berkaitan diri.
4. Kemudian, anda akan dibawa ke Papan pemuka Piktochart.
 Klik ‘Create New’
 Kemudian, tekan ‘Infographic’
5. Pelbagai templat disediakan untuk digunakan.
 Anda boleh ‘preview’ atau ‘use’ templat yang diberikan.
 Pilih templat yang bersesuaian
6. Mulakan mereka cipta infografik tersendiri! Pastikan anda berikan tajuk dan sentiasa
simpan untuk mengelakkan perubahan daripada hilang.
7. Gunakan butang-butang di kolum sebelah kiri untuk mereka cipta infografik.
 Dibawah grafik: masukkan bentuk, garisan, gambar, bingkai dan sebagainya

 Dibawah ‘design components’: tukar bentuk maklumat yang dipaparkan.


 Dibawah ‘upload’: muat naik gambar daripada sumber lain (.jpg,.png,.gif,.svg)
 Dibawah ‘background’: tukar warna latar belakang atau corak
 Dibawah ‘text’: masukkan teks atau ‘bingkai’ teks (ini adalah kumpulan teks
berilustrasi)

 Dibawah ‘color scheme’: tukar warna asal atau warna item individu.
 Dibawah ‘tools’: mereka cipta carta atau peta.

8. Pelajar juga boleh klik ‘tour’ untuk melihat simulasi cara menggunakan Piktochart.
9. Untuk simpan infografic
 Pilih ‘Download’
 Pilih ‘PNG’ sebagai format fail
 Pilih ‘Medium’ untuk kualiti
 Pilih ‘Download as PNG’ untuk mulakan proses muat turun infografik

10. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan infografik yang berinformatif!

You might also like