You are on page 1of 7

1.

a) Nyatakan definisi:
i. Teknologi: : media utama yang boleh digunakan dalam pendidikan oleh para guru dan
pendidik. Teknologi merupakan setiap pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang
sistematik dan relevan diaplikasikan dalam proses pnp di dalam dan di luar kelas.
ii. Inovasi: Inovasi berasal daripada bahasa Latin “innovation” yang kata dasarnya “innovo”
membawa dua maksud pembaharuan dan perubahan.

b) Senaraikan 3 jenis inovasi:

i. Kaedah
ii. Strategi
iii. Teknik

c) Berikan satu (1) contoh dari mana-mana jenis inovasi yang dinyatakan di 1(b) dan terangkan
bagaimana ia dianggap sebagai suatu inovasi.

2. a) Nyatakan secara ringkas perbezaan antara tiga (3) teori asas pembelajaran.
1) Teori behaviorisme: Teori yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov, B.F Skinner, E.L Thorndike dan J.B
Watson merupakan teori pembelajaran yang berpendapat perubahan tingkah laku pelajar
terbentuk daripada pengaruh persekitaran.
2) Teori kognitif: membincangkan bagaimana proses dalaman minda berlaku semasa belajar. Belajar
bermaksud berfikir, memahami, menyusun maklumat dan mengingat yang merupakan antara
tugas-tugas minda dalam pembelajaran.
3) Teori behaviorisme: menekankan kepada proses bagaimana pelajar belajar dengan membina dan
membangunkan sendiri pengetahuan melalui pengalamannya sendiri tidak bergantung kepada
pengajaran guru semata-mata.
b) . Pilih satu (1) ciri atau konsep dari teori di bawah ini dan terangkan dengan ringkas bagaimana ia
digunakan dalam aplikasi web 2.0. Berikan contoh yang sesuai.
i. Teori Konstruktivisme: Pelajar lebih banyak berbuat dan memainkan peranan
utama dalam membina ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti penggunaan
Google-doc dimana kerja disiapkan bersama di dalam kumpulan.

ii. Teori Kognitivisme: Pelajar menggunakan otak untuk berfikir dan memproses
kemahiran berfikir seperti aplikasi Quiziz.

c) Terangkan dengan ringkas peranan guru berdasarkan konsep atau ciri yang
dimaksudkan dalam Teori Behaviorisme:

- Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang mampu menyediakan


persekitaran pembelajaran interaktif bagi menggalakkan pelajar memberikan kerjasama.

- Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk memberikan pengalaman


pembelajaran kepada pelajar seperti melalui aktiviti lakonan.

- Guru boleh menyediakan latihan atau ganjaran yang berbentuk fizikal, mental, emosi
dan sosial supaya rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh.

3. a) Berikan tiga (3) perbezaan antara ciri-ciri kaedah pembelajaran konvensional


dengan kaedah pembelajaran abad ke-21.

Kaedah pembelajaran konvensional:

i. Berpusatkan guru
ii. Pembelajaran secara individu
iii. Secara teori

Kaedah pembelajaran abad ke 21

i. Berpusatkan murid
ii. Pembelajaran secara kolaboratif
iii. Secara praktikal dan amali
b) Nyatakan tiga (3) contoh aktiviti pembelajaran abad ke-21.

i. Think-Pair- Share
ii. Gallery Walk
iii. Traffic Lights

c) Huraikan secara ringkas dua (2) contoh aktiviti pembelajaran abad ke-21 yang telah
dinyatakan di 3(b).
1) Gallery walk:
- murid secara berkumpulan diberikan tugas dan menyiapkan pada kertas mah-jong.
- murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
- murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja
kumpulan di sticker note dan menampalnya pada hasil kerja itu.

2) Think-pair-share:
- guru mengemukakan masalah/ tugasan kepada murid.
- setiap ahli diberikan masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan
ahli pasukan yang lain.
- semua ahli pasukan pula akan dipecahkan dan membentuk kumpualn baru diminta
untuk berkongsi jawapan atau maklumat yang telah dibincangkan tadi.

4. Lihat poster di bawah ini. Bincangkan bagaimana poster ini mengaplikasikan atau tidak
mengaplikasikan enam (6) prinsip grafik C.A.S.P.E.R.
i. Contrast (Perbezaan); dibezakan untuk menunjukkan suatu yang lebih penting
ii. Alignment (Keseimbangan); susun atur yang seimbang
iii. Simplicity (Mudah & ringkas); untuk meningkatkan kefahaman dengan cepat dengan satu
pandangan
iv. Proximity (Penyatuan); untuk menimbulkan grafik menarik, harmoni dan dapat disampaikan
maksud dengan cepat
v. Emphasis (Dominan); penonjolan melalui kelainan, penggunaan warna kontras, fon,
bercahaya dan symbol
vi. Repetition (Pengulangan); konsisten dalam elemen yang digunakan, corak perlu seimbang.
5. a. Nyatakan tiga (3) jenis reka bentuk sistem pengajaran dan berikan satu (1) contoh bagi setiap
jenis model reka bentuk sistem pengajaran tersebut.

i. Reka bentuk yang mengutamakan kelas : Model ASSURE


ii. Reka bentuk yang memberi tumpuan kepada penghasilan media : Model ADDIE
iii. Reka bentuk yang memberi tumpuan sistem yang dihasilkan : Model IDI

b. Huraikan model ASSURE.

- diasaskan oleh Heinich bersama rakan-rakannya bagi menyediakan media pembelajaran yang
sistematik.

- Model ini direka bagi membantu pembangun media pembelajaran agar dapat menyediakan media
pembelajaran yang berkesan.

- Bertujuan untuk menyediakan panduan merancang, memilih dan mengendalikan pengajaran yang
menggunakan media secara optimum.

- Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.

A-Analyze (Analisis pelajar)

S-State ( Menyatakan Objektif)

S-Select (Pilih Kaedah, bahan dan media)

U-Utilize ( Menggunakan bahan dan media)

R-Require ( Mendorong penglibatan pelajar)

E-Evaluate ( Penilaian media pembelajaran)


ESEI

a. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Cadangkan satu (1) kaedah dan teknik pengajaran berasaskan teknologi dan/atau inovasi yang
sesuai diaplikasikan dalam PdP bagi subjek Pendidikan Agama Islam sekolah menengah. Huraikan
pemilihan kaedah pengajaran serta tajuk atau sub-tajuk yang dicadangkan, tahap dan/atau jenis
murid serta hasil pembelajaran yang disasarkan, dan teori pembelajaran yang berkaitan.

Kaedah: Inkuri Penemuan

- Guru memberikan satu situasi kepada setiap ahli kumpulan “Ahmad sedang dalam
perjalanan untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Tiba-tiba, Ahmad
ternampak ada tahi burung pada pakaiannya. Ahmad keliru, adakah dia perlu membasuhnya
sahaja atau perlu pulang kerumah untuk menukar pakaiannya. Sekiranya anda di dalam
situasi itu, apakah yang anda akan lakukan?”
- Pelajar perlu berfikir dan mencari jalan penyelesaian secara berkumpulan berdasarkan
kesedaran atau pengalaman mereka sendiri.
- Bahan perisian yang menggunakan kaedah ini boleh dilaksanakan dengan cara pelajar-
pelajar mengajukan kepada computer apa yang mereka perlukan.

Teknik pengajaran: Perbincangan

Tajuk: Suci dari Najis berdasarkan DSKP Tingkatan 1 bidang Feqah

Tahap: Auditori dan Visual

Hasil Pembelajaran: Murid dapat mengetahui cara menyucikan najis dengan betul

Teori pembelajaran: Teori konstruktivisme kerana pelajar perlu mencari maklumat tentang najis
menggunakan teknologi bukan bergantung kepada guru semata mata. Guru hanya sebagai seorang
fasilitator yang hanya membimbing pelaksanaan aktiviti berkumpulan supaya objektif pembelajaran
dapat dicapai.
b. Sistem reka bentuk pengajaran melibatkan empat (4) fasa kerja utama. Dengan
mengaplikasikan penggunaan teknologi dan/atau inovasi, huraikan empat (4) fasa tersebut dalam
proses reka bentuk sistem pengajaran bagi satu topik atau sub-topik dalam subjek Pendidikan
Agama Islam sekolah menengah.

Fasa pertama: menganalisis keperluan penggunaan media pembelajaran Pendidikan Islam

- Mengesan masalah pengajaran guru


- Mengenal pasti bahan rujukan Pendidikan Islam
- Mendalami kemahiran berkaitan amali dalam PEndidikan Islam
- Mengenal pasti tahap dan gaya pembelajaran pelajar
- Mengenal pasti peralatan teknologi yang tersedia
- Merangka objektif pembelajaran yang ingin dicapai

Fasa kedua: Perancangan reka bentuk penghasilan media pembelajaran Pendidikan Islam

- Data daripada langkah analisis dijadikan tapak asas bagi langkah perkembangan.
- Langkah perkembangan ini melibatkan proses penjanaan rancangan bagi menghasilkan
media pembelajaran.
- Tugasan yang dilakukan ialah
i. Memilih media audio visual yang hendak digunakan dalam perisian
ii. Memilih perisian pengarangan
iii. Merangka kerja-kerja akan dibuat
iv. Melakar carta aliran proses kerja
v. Menyediakan papan cerita

Fasa ketiga: Pembangunan media pembelajaran Pendidikan Islam meliputi:

- Memindahkan perancangan dalam bentuk lakaran ke dalam computer


- Kumpulkan sumber media yang diperlukan seperti teks, grafik, gambar, audio, animasi ke
dalam folder khas
- Mendaftar prototaip media
- Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada pakar dalam bidang untuk melihat kesesuaian
dan keberkesanannya
- Segala komen oakar kelemahan diperbaiki semula

Fasa keempat: Penilaian media pembelajaran Pendidikan Islam:


- Uji keberkesanan media yang dibangunkan dengan pra ujian ke atas pelajar di dalam kelas
eksperimen dan kelas kawalan
- Penilaian formatif boleh dijalankan sepanjang proses pmbangunan perisian bagi
mengelakkan kesalah besar dilakukan
- Penilaian sumatif dilakukan setelah perisian lengkap dan siap disediakan melalui kaedah soal
selidik, temu bual atau pemerhatian.

NOTA

Media- perantara atau tengah. Ia adalah saluran komunikasi yang membawa maklumat antara
pengirim ( guru ) dan penerima ( pelajar ) .

Media pengajaran- apa sahaja bahan fizikal/digital yang boleh digunakan bagi menyampaikan
maklumat dan ilmu pengetahuan daripada guru kepada pelajar sehingga berjaya menarik perhatian
pelajar dan menggerakkan minda mereka untuk faham dank e arah meneruskan pembelajaran.

You might also like