You are on page 1of 6

LANGKAH-LANGKAH MEMASANG PERISIAN REVIT DAN NAVISWORK VERSI PELAJARAN BAGI

PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS DCC50242 – BUILDING INFORMATION MODELLING.

1. Pergi ke website autodesk melaui link di bawah.


https://www.autodesk.com/education/students

2. Daftar akaun autodesk dengan klik pada “Create an Autodesk account”

SEMUA PELAJAR MESTI MENDAFTAR AKAUN AUTODESK MENGGUNAKAN NAMA SEBENAR


DAN NAMA INSTITSI SEBENAR BAGI MENGELAK KESUKARAN MEMBUAT PENGESAHAN
SEBAGAI PELAJAR.

Jika telah mempunyai akaun autodesk pergi ke langkah seterusnya.


3. Klik pada “Get products”

4. Klik pada “GET STARTED”


5. Pelajar perlu memuatnaik dokumen sokongan sebagai bukti pelajar PSIS.

Antara dokumen yang boleh digunakan ialah salinan SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN,
salinan SURAT PENGESAHAN SEBAGAI PELAJAR PSIS dan salinan KAD PELAJAR.
Dokumen yang hendak dimuatnaik hendaklah menepati syarat berikut:
• Nama pelajar yang tertera pada dokumen mesti sama dengan nama yang tertera
(didaftarkan di akaun Autodesk) di dalam kotak nombor 1 pada gambar di bawah.
• Nama institusi yang tertera pada dokumen mesti sama dengan nama institusi di
dalam kurungan pada gambar di bawah,
• Mempunyai tarikh tempoh pengajian atau semester semasa.

DICADANGKAN KEPADA SEMUA PELAJAR UNTUK MENGGUNAKAN SLIP KEPUTUSAN


PEPERIKSAAN SEBAGAI DOKUMEN SOKONGAN.

Dokumen sokongan hendaklah dalam format JPEG, PDF, PNG atau GIF dan mestilah jelas
butiran pada dokumen tersebut.

Dokumen boleh dimuatnaik pada kotak nombor 2 pada gambar di bawah.

Klik pada butang “SUBMIT” pada kotak nombor 3 pada gambar di bawah.

Keputusan pengesahan sebagai pelajar dapat diketahui dalam masa 1-24 jam.

Jika pengesahan sebagai pelajar gagal, pelajar perlu ulang langkah 5 atau boleh hubungi
pihak Sheer ID dengan klik pada link di bawah butang “SUBMIT”
6. Gambar di bawah adalah contoh pengesahan sebagai pelajar yang telah berjaya.
7. Klik butang “Get Product” pada perisian yang ingin dipasang.
Bagi kursus ini pilih perisian Revit.
Seterusnya pilih jenis Window, versi tahun, bahasa dan klik pada butang “INSTALL”.
Tunggu sehingga proses pemasangan selesai dan anda boleh mula menggunakan perisian
Revit.
8. Ulang langkah 7 bagi memasang perisian-perisian Autodesk yang lain.

9. Pelajar juga boleh rujuk pada link di bawah bagi mendapatkan maklumat lain bagi kaedah
pemasangan perisian Autodesk.

https://knowledge.autodesk.com/customer-service/account-management/autodesk-for-
education/students-and-educators/get-started-for-students-and-educators#create-account

You might also like