You are on page 1of 12

MANUAL PENGGUNA

SISTEM e-VETTING
(2014)

Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


(SPP)

Disediakan oleh pelajar IPGKB :


Wan Mohamad Syafiq Bin Wan Hasan
Bismillahirahmanirrahim...

Salam kepada sahabat-sahabat semua, semoga tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu
anda semua untuk mengisi permohonan e-Vetting ini.

Bagi yang belum mendaftar, sila buka laman web https://evetting.cgso.gov.my kemudian klik
“Daftar”. Selepas anda selesai mendaftar, satu email akan dihantar kepada anda yang
mengandungi “ID Pengguna” dan “Kata Laluan”. Kemudian gunakan ID Pengguna dana Kata
Laluan tersebut untuk Log Masuk.
PERMOHONAN BARU

Bagi permohonan baru, klik pada menu PERMOHONAN BARU. Skrin senarai borang
permohonan akan dipaparkan seperti di bawah.

Gambarajah 1: Pemohon - Permohonan Baru

Kemudian, sila klik pilihan nombor 5 iaitu :

Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan – Pemohon yang dilantik oleh


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan
Langkah 01: Klik pada pautan Jenis Permohonan LANTIKAN SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) untuk membuat permohonan.
Borang Permohonan akan dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 02: Lengkapkan setiap medan yang bertanda (*) di setiap bahagian berikut:

Maklumat Profil

Maklumat Perjawatan

Maklumat Peribadi

Maklumat Pasangan

Kesalahan yang menyalahi undang–undang

Perakuan
Maklumat Profil

Nota :

Sila lengkapkan medan yang bertanda (*) pada bahagian Maklumat Profil.
Bagi yang menghadapi masalah untuk resize gambar yang bersaiz besar, kat sini saya sertakan
sekali perisian (software) untuk resize gambar anda kepada saiz yang lebih kecil. Anda boleh
menggunakan perisian untuk Windows iaitu “Image Resizer”. Untuk maklumat lanjut mengenai
perisian ini, anda bolehlah melayari laman web ini https://imageresizer.codeplex.com/ .

Di sini saya sertakan sekali link download untuk perisian Image Resizer ini.

https://imageresizer.codeplex.com/downloads/get/347439

Setelah selesai download dan install perisian tersebut :

Langkah 1 : Pilih gambar yang hendak di “resize”.

Langkah 2 : Pilih sama ada anda mahu “Small”, “Medium” atau “Large”. Kemudian klik
“Resize”.

Nota : Pastikan saiz gambar adalah 200kb atau ke bawah dan rename gambar tersebut dengan
nama anda mengikut I/C sebelum upload ke dalam e-Vetting
Maklumat Perjawatan

Bagi Maklumat Perjawatan, kita seragamkan dan masukkan maklumat seperti berikut :

Kementerian / Negeri : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan : SEKTOR PENDIDIKAN

Bahagian / Hospital / Unit : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Jawatan : PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Gred : TIDAK BERKENAAN

Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan Berijazah dan Bukan

Tarikh Lantikan : 03/01/2011 (Berdasarkan tarikh daftar di IPG)

Status Perkhidmatan : TIDAK BERKENAAN

Nota :

Sila penuhkan medan yang bertanda (*) bagi bahagian Maklumat Perjawatan.
Maklumat Peribadi

Sila isi maklumat seperti di atas, kecuali bagi yang sudah “BERKAHWIN” sahaja sila pilih taraf
perkahwinan anda. Kemudian masukkan no. telefon bimbit, email serta alamat IPG seperti di
atas.

Nota : Sila penuhkan medan yang bertanda (*) bagi bahagian Maklumat Peribadi.
Maklumat Pasangan

Nota : Maklumat Pasangan ini hanya perlu diisi bagi sahabat-sahabat yang telah BERKAHWIN
SAHAJA. Sekiranya anda masih bujang atau bertunang sila kosongkan bahagian maklumat
pasangan ini dan beralih ke bahagian yang seterusnya.
Kesalahan yang menyalahi undang - undang

Nota : sila pilih “Tiada” untuk bahagian ini, melainkan anda melakukan Jenayah, Syariah, Sivil
atau Bankrap.
Perakuan

Nota: Sila tandakan pada “check box” “Perakuan ini dibuat pada tarikh”

Langkah 03 : Klik butang Simpan untuk simpan atau terus klik butang Simpan dan Hantar
jika telah selesai pengisian.

Langkah 04 : Jika hanya simpan dan belum hantar, pemohon masih boleh kemas kini
maklumat lagi. Dan sekiranya telah selesai pengisian maklumat, buka
semula e-Vetting dengan klik butang Simpan dan Hantar.

Langkah 05 : Borang Permohonan yang dihantar akan diproses dalam masa sebulan.
(akan melalui proses pengesahan Jabatan (IPGKKB), pihak Tapisan
Keselamatan merangkumi Pihak Imegresen, Kastam, Bukit Aman dan
beberapa agensi keselamatan kerajaan)
Langkah 06 : Semak Status Permohonan.
Selepas sebulan, sila Log Masuk semula e-Vetting, pilih Pertanyaan Status,
kemudian sekiranya status SELESAI, sila print SIJIL BERKENAAN
berkenaan sebanyak 1 salinan dan simpan dalam CLEAR HOLDER. (untuk
urusan penempatan nanti).

Semoga tutorial ini dapat membantu sedikit sebanyak sahabat-sahabat sekalian dalam mengisi
borang permohonan e-Vetting ini. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan.
Prosedur mengisi ini telah dirujuk sendiri oleh sahabat saya dengan En.Lazim. Semoga ianya
bermanfaat dan selamat mengisi semua.. 



SEBARANG PERTANYAAN :

Pegawai Pengurusan HEP IPGK masing-masing.

(Pegawai Pengurusan HEP IPGKRM) : Tn Syed Azman Bin Syed Ismail : 017-4700655

Atau

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Hotline Tapisan: 603-88726012 / 603-88726021

Alamat emel : evetting@cgso.gov.my

You might also like