You are on page 1of 5

LANGKAH MENDAFTAR SISTEM APLIKASI

PANGKALAN DATA MURID(APDM)

Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:

1. Layari laman web https://public.moe.gov.my


2. Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
3. Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
4. Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN

Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD


PENGENALAN dan KATA LALUAN
Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

 Profil Anak Jagaan


 Alamat Anak Jagaan
 Maklumat Penjaga

Apabila tuan/puan telah klik nama anak jagaan tuan/puan, tuan/puan perlu
mengemaskini Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan dan Maklumat
Penjaga.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak jagaan di Tahun 1 hingga 3,


pengemaskinian Maklumat Kesihatan perlu dilakukan juga.
Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu
membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.
PENTING!!!!!!

Tuan/Puan perlu berdaftar di portal https://public.moe.gov.my sebagai


pengguna baharu jika masih belum berdaftar. (Pengguna pertama kali)

Jika tuan/puan telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad


pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan
tuan/puan.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu


bapa/penjaga yang berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad
pengenalan 12 digit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran
Negara.

Lupa Kata Laluan!!!


Tuan/Puan boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula
kata laluan menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar
pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

You might also like