You are on page 1of 12

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM MODUL PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

SECARA ATAS TALIAN (ONLINE APPLICATION)

Panduan/tatacara permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA secara atas talian


adalah seperti berikut:

A. PERMOHONAN MELALUI MYUSAHAWAN

1. Capaian aplikasi di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan, pilih pautan


Pembiayaan Perniagaan seperti berikut :

1
B. DAFTAR MASUK PENGGUNA

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.


3. Sekiranya masih belum mempunyai Akaun Pengguna, klik pada pautan Daftar
Pengguna Baru bagi pendaftaran Akaun Pengguna.

4. Masukkan Input yang diperlukan, bagi tahun kelahiran 1977 dan ke bawah,
pemohon Wajib memasukkan No. KP (Lama). Pastikan mempunyai email yang
aktif bagi tujuan pengesahan Akaun. Klik pada Tag Perakuan dan Tekan Butang
Daftar. Pemohon akan menerima email pengaktifan dan klik pada pautan
tersebut bagi mengaktifkan akaun.

2
5. Setelah Akaun diaktifkan, Klik semula pada Pautan Pembiayaan Perniagaan dan
masukkan No.KP (Baru) beserta kata laluan yang telah di tetapkan dan Tekan
Daftar/Log Masuk.

C. PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

6. Landing Page berikut akan dipaparkan setelah mendaftar masuk. Klik pada
Senarai Telefon Pusat, Manual Permohonan dan FAQ Pembiayaan sekiranya
mempunyai pertanyaan dan bantuan mengenai Permohonan.

3
7. Syarat-syarat umum permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA akan
dipaparkan. Pengguna perlu memenuhi syarat-syarat tersebut sebelum
meneruskan permohonan. Klik pada butang Permohonan Pembiayaan untuk
memohon.

8. Borang Permohonan ini mempunyai sebanyak enam (6) langkah/bahagian yang


perlu dilengkapkan. Sila Pastikan setiap Bahagian Disimpan terlebih dahulu
sebelum Keluar Sistem.

9. Berikut merupakan keterangan Langkah/Bahagian yang perlu dilengkapkan oleh


pemohon.

i. LANGKAH 1- BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT PEMOHON


Sila pastikan semua maklumat pemohon diisi dan muat naik gambar
berukuran pasport. Bagi syarikat Sdn. Bhd, maklumat pemohon adalah Ahli
Lembaga Pengarah yang diberi kuasa untuk memohon dan menerima
pembiayaan perniagaan.

Gambar berukuran pasport

4
ii. LANGKAH 2 - BAHAGIAN 2 : MAKLUMAT PERNIAGAAN/SYARIKAT
Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu Bahagian A, B dan C.

- Bahagian A perlu diisi oleh semua jenis perniagaan: Milikan


Tunggal/Perkongsian/PLT/ Syarikat Sdn. Bhd.

- Bahagian B dan C perlu diisi oleh Syarikat Sdn. Bhd yang mengandungi
maklumat semua Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Pengarah
Syarikat.

5
iii. LANGKAH 3 - BAHAGIAN 3: MAKLUMAT PEMBIAYAAN
- Pemohon perlu memilih jenis pembiayaan seperti skrin yang
dipaparkan di bawah.

- Had Pembiayaan yang ditunjukkan adalah jumlah maksimum yang


boleh dimohon mengikut skim pembiayaan perniagaan yang
ditawarkan.

6
- Pemohon perlu membuat pilihan Cagaran/Jaminan.

- Sila pastikan pemohon memilih Negeri dan Pejabat MARA Daerah


(PMD) di tempat perniagaan beroperasi bagi tujuan Proses
Permohonan. PMD yang dipilih akan bertanggungjawab memproses
permohonan dan membantu di dalam pertanyaan.

- Bahagian ini perlu dilengkapkan bagi permohonan SPiKE sahaja.

7
iv. LANGKAH 4 - BAHAGIAN 4: MAKLUMAT WARIS DAN AKAUN
Pemohon perlu melengkapkan Bahagian A: Maklumat waris dan
Bahagian B: Maklumat akaun perniagaan/syarikat.

8
v. LANGKAH 5 - BAHAGIAN 5: MUAT TURUN (DOWNLOAD) DAN MUAT NAIK
(UPLOAD) DOKUMEN
Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:

- Bahagian A: Muat Turun Dokumen


Semua dokumen perlu dicetak dan diisi secara manual dan dihantar
ke Pejabat MARA Daerah (PMD) yang dimohon pembiayaan.

- Bahagian B: Muat Naik Dokumen


Pemohon diberi pilihan untuk muat naik dokumen atau menghantar
dokumen secara hardcopy ke Pejabat MARA Daerah (PMD) yang
dimohon pembiayaan.

Nota :
Senarai dokumen lengkap yang perlu dihantar oleh pemohon adalah
seperti Senarai Semak Permohonan Permohonan Pembiayaan MARA yang
boleh dimuat turun di skrin permohonan.

9
- Tekan butang Semak dan Hantar, Skrin penuh akan dipaparkan.

vi. LANGKAH 6: SEMAK DAN HANTAR PERMOHONAN


- Pemohon diminta untuk menyemak permohonan dan memastikan
semua maklumat adalah benar dan lengkap.

- Pemohon boleh mengemaskini permohonan selagi belum tekan


butang Hantar Permohonan. Tekan butang Simpan Kemaskini untuk
simpan permohonan.

10
- Skrin berikut akan dipaparkan jika butang Simpan Kemaskini dipilih.
Status permohonan adalah Draf yang bermaksud permohonan masih
belum dihantar.

- Pemohon boleh mengemaskini permohonan dengan pilih butang


Kemaskini.

- Sekiranya pemohon tidak berhasrat meneruskan permohonan, sila


pilih butang Hapus Kemaskini untuk menghapuskan rekod.

11
Skrin berikut akan dipaparkan jika butang Hantar Permohonan dipilih. Maklumat
permohonan akan dipaparkan dan status permohonan ditukar daripada draf kepada
Baru

Nota :

- Pemohon dikehendaki menghantar semua dokumen mengikut Senarai Semak


Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA dalam tempoh 14 hari daripada tarikh
permohonan.

- Permohonan akan diproses oleh pihak MARA apabila semua dokumen adalah
lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

12

You might also like