You are on page 1of 3

SYARAT DAN CARA MEMOHON JAWATAN DALAM SISTEM e-RECRUITMENT

1. Syarat Memohon

1.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE)


melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my

Laman web lain yang boleh dilayari ialah :-

a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my

1.2 Untuk pemohon yang mendaftar secara dalam talian (online) (termasuk
pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah
dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan
hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti
berikut:-

a) Kad Pengenalan
b) Sijil Lahir
c) Sijil – sijil Akademik
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan
dokumen berikut:
i) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
ii) Laporan penilaian prestasi tahunan terkini
iii) Ulasan-ulasan daripada Ketua Jabatan yang berkenaan sama ada
beliau menyokong permohonan tersebut ataupun tidak

2. Keterangan Am

2.1 Pemohon dipelawa untuk memohon lima (5) jawatan yang diminati dan
permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh
permohonan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan agensi-
agensi pengguna lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat
kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.

2.2 Hanya calon-calon yang mendaftar dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (atau agensi-agensi
pengguna lain) akan dipanggil temuduga. Pemohon boleh menyemak status
permohonan masing-masing di laman web yang tersebut di atas.

2.3 Hanya pemohon yang berjaya semasa temuduga sahaja akan dimaklumkan
melalui surat tawaran manakala pemohon yang gagal tidak akan
dimaklumkan melalui surat.

2.4 Maklumat lengkap mengenai jawatan dan syarat-syarat kelayakan boleh


didapati melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my atau melalui
laman-laman web beralamat seperti berikut:

a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my
2.5 Tertakluk kepada program temuduga jabatan/kementerian yang mengiklan,
sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam
tempoh 3-4 bulan dari tarikh temuduga, pemohon dianggap tidak berjaya.

Nota:
Pemohon walaubagaimanapun boleh menghubungi jabatan/kementerian yang
mengiklan untuk makluman lanjut berhubung permohonan masing-masing.

3. Cara Memohon

3.1 Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;

(i) Klik ke butang 'Pemohon Baru'

(ii) Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam
sistem e-recruitment.
(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh
pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain)

(iii) Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk


alamat e-mel.

(iv) Klik butang 'Hantar'

Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer


memaklumkan pendaftaran telah berjaya.

(v) Klik butang 'sini' untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan
lengkapkan semua maklumat yang lain seperti berikut:-

 Maklumat Peribadi
 Maklumat Persekolahan/Pengajian Tinggi
 Keterangan-Keterangan Lain
 Butir – Butir Keluarga
 Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
(Diisi oleh pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan sahaja)
 Muat Naik Salinan Dokumen
(Maksimum 5 salinan dokumen dibenarkan, dalam format JPEG (.jpg atau .jpeg)
atau GIF (.gif) dan tidak boleh melebihi saiz 500K bait

Nota :

Sila pastikan kesemua maklumat dalam sistem e-Recruitment anda


diisi dengan lengkap. Sekiranya data tidak berkenaan, sila pastikan
anda memilih senarai pilihan 'TIDAK BERKAITAN (N/A)'.

(vi) Klik butang 'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Permohonan Jawatan


Kosong (Sepanjang Masa)’ untuk memilih jawatan yang diminati dan
bersesuaian dengan kelayakan pemohon. Pilih nombor iklan dari
senarai dan klik butang 'Hantar'.
Nota :

Sila lengkapkan semua maklumat yang bertanda merah * di menu


utama sebelum membuat permohonan 'on-line' dan isi 'TIDAK
BERKAITAN (N/A)' sekiranya maklumat yang dinyatakan tidak
berkaitan.

Butang 'Hantar' untuk menghantar permohonan jawatan hanya akan


muncul di skrin sekiranya semua maklumat telah dilengkapkan.

(vii) Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang


'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Status Permohonan'.

Sekiranya status permohonan masih 'Baru', bermakna jawatan


tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan
memproses jawatan kosong secara manual.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Ditapis', bermakna


permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk
temuduga. Sila klik ke butang 'Temuduga' kemudian pilih 'Semak
Jadual Temuduga' untuk pengesahan panggilan temuduga. Status
'Ditapis' tidak semestinya dipanggil temuduga.

Sekiranya status permohonan bertukar 'Sudah Diproses/Tidak


Ditemuduga', bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai
tapis pihak berkuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih
untuk ditemuduga.

(viii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mendaftar dan memohon.

3.2 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan ingin memohon jawatan
yang sedang diiklankan;

(i) Masukkan Nombor KP Baru [berserta sengkang (-)] dan Kata


Laluan.

(ii) Ulang langkah 3.1 (vi) dan (vii)

(iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai memohon.

3.3 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin
mengemaskini maklumat baru dalam Sistem e-Recruitment;

(i) Masukkan Nombor KP Baru [berserta sengkang (-)] dan Kata


Laluan.

(ii) Kemaskini maklumat yang ingin ditukar dan klik butang 'Hantar'
setiap kali selepas mengemaskini.

(iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mengemaskini.

You might also like