You are on page 1of 4

PANDUAN PENDAFTARAN KURSUS DATA DI PORTAL KERJAYA MADANI

1. Setelah mendapat makluman kelulusan daripada PERKESO melalui email, anda perlu log masuk di portal Kerjaya Madani
mengikut kategori untuk meneruskan proses pendaftaran kursus.

Kategori Graduan TVET/ Lepasan Sekolah

Kategori Orang Bekerja Sendiri(OBS)/ Sektor Tidak Formal


2. Kemudian, klik pada tab “LATIHAN” di laman utama.

3. Anda akan di bawa ke paparan selanjutnya di mana terdapat senarai latihan yang ditawarkan. Di sini, anda perlu klik pada
ruangan “CARIAN” kecil di bawah itu dan taip nama penyedia latihan kursus yang anda akan sertai.
4. [PENTING] Sila taipkan nama penyedia latihan iaitu ACADEMY ADELPHI dan paparan nama kursus akan keluar seperti di
bawah)

5. [PENTING] Sila pilih ID KURSUS bernombor 413 jika anda menghadiri kursus Data.
Semak nama penuh kursus [DATA VISUALIZATION THROUGH DASHBOARD & STORY TELLING FOR BEGINNER] dan nama
penyedia latihan [ACADEMY ADELPHI WORLDWIDE EDU SDN BHD] seperti paparan di bawah, barulah anda klik pada tab PILIH
seperti yang ditunjukkan di bawah.
6. Selepas anda klik pada “PILIH”, anda akan dibawa ke paparan di bawah. Klik “SETUJU”. Kemudian, klik “YA”.

7. Selesai permohonan, anda akan mendapat “ID LATIHAN” dan “SLIP PENGESAHAN PERMOHONAN”.

You might also like