You are on page 1of 5

PROPOSAL PEMBINAAN SISTEM BERDASARKAN

WEB
UNTUK KILANG USHAMEE ENTERPRISE SDN. BHD.

NAMA
NO MATRIK
KOD KURSUS
KUMPULAN
PENSYARAH

MUHAMMAD IRFAN BIN ASMAWI


D20141067984
MTD3063 WEB PROGRAMMING
D
MASHITOH BINTI HASHIM

LATAR BELAKANG PROJEK


Projek pembinaan sistem berdasarkan web ini adalah suatu
tugasan akhir yang wajib bagi pelajar yang mengambil subjek
MTD3063 Web Programming di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pensyarah bagi kumpulan D, Dr. Mashitoh Bt. Hashim telah
menetapkan tema korporat dalam pembinaan sistem berdasarkan
web ini. Para pelajar dikehendaki untuk memilih dan menemu
bual pemilik sebuah syarikat untuk mengenal pasti sebarang
masalah atau penambahbaikan yang diperlukan dalam
menguruskan maklumat atau sistem syarikat terbabit. Semasa
sesi temu bual, pelajar dikehendaki untuk menyediakan beberapa
soalan supaya pemilik syarikat boleh memberitahu masalah yang
dihadapi oleh syarikat tersebut. Di samping itu, soalan-soalan
yang disediakan turut membantu melancarkan proses temu bual
antara pelajar dengan pemilik syarikat.

PERNYATAAN MASALAH
Terdapat beberapa pernyataan masalah yang dikenal pasti oleh
pengkaji dalam melaksanakan projek ini, iaitu:
i.

Kesukaran pemilik syarikat kecil-kecilan untuk mengemas

ii.

kini maklumat berkaitan perniagaan


Kekurangan hebahan atau daya tarikan dari segi

iii.

pengiklanan terhadap produk yang dijualkan oleh syarikat


Keberkesanan dalam menghebahkan produk syarikat kepada

iv.

pelanggan di serata tempat


Kos yang terlibat dalam penyelenggaraan maklumat syarikat

v.

secara manual
Populariti nama dan produk syarikat dalam kalangan
masyarakat sekeliling serta pelanggan dari kawasan yang

vi.

jauh
Liputan pasaran syarikat dapat diluaskan

OBJEKTIF
Salah satu sebab projek ini dijalankan adalah untuk memenuhi
beberapa objektif yang telah ditetapkan. Antaranya ialah:
i.

Untuk melengkapkan tugasan subjek MTD3063 Web

ii.

Programming seperti yang telah dirancang dalam RPH.


Untuk memberi pendedahan kepada pelajar kaedah
pengaturcaraan sebenar yang akan digunakan dalam

iii.

kehidupan luar PdP.


Untuk menguji tahap kefahaman dan kemahiran pelajar yang

iv.

telah mengambil subjek tersebut.


Untuk memudahkan syarikat yang telah dipilih dalam
mentadbir dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan

v.
vi.

perniagaan.
Supaya syarikat yang dipilih dapat menarik lebih ramai
pelanggan dengan penghasilan web syarikat yang menarik.
Memudahkan nama dan produk syarikat untuk dikongsi oleh
pelanggan terutama di alam maya.

SKOP
Pengkaji telah menetapkan beberapa skop dalam melaksanakan
projek ini supaya tujuan dan hasil yang diinginkan dapat
diperolehi dengan efektif dan efisien. Antara skop tersebut
adalah:
i.
ii.

Syarikat yang dipilih tidak terlalu besar


Sistem yang diinginkan pemilik syarikat mampi dilakukan

iii.
iv.

oleh pengkaji
Sistem yang dihasilkan menetapi kehendak pelanggan
Pemilik syarikat mudah untuk tambah, padam dan ubah

v.

maklumat yang terdapat dalam sistem


Sistem tidak terlalu rumit untuk kemudahan pengkaji dan

vi.

pelanggan
Web yang dihasilkan menarik minat dan mesra pelanggan

You might also like