You are on page 1of 9

RANCANGAN

PERNIAGAAN
DISEDIAKAN OLEH : NUR ARESHA BINTI ARMAN .

NO.MATRIK : KYS192DDG0003

KOD KURSUS : DDWG2233

PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI


1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
• Tom Tom Bak Designs merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman dalam insdustri percetakan. Perniagaan
syarikat kami adalah tertumpu kepada produk yang berasaskan kepada percetakan,sulaman dan sublimasi
( pemejalwapan ) .Selain itu, kami juga menerima tempahan daripada individu dan persatuan dengan bayaran secara tunai
atau pesanan kerajaan. Tom Tom Bak Designs lebih menumpukan kepada pembekalan produk kepada komuniti setempat.
Namun, untuk suatu jangka masa panjang kami perlu membuka pasaran yang lebih luas yang akan meningkatkan hasil
penjualan kami , iaitu dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan selain daripada cetak baju. Sebagai contoh , cetak
cenderahati , banner dan sebagainya.

• Tujuan utama perniagaan ini dijalankan adalah untuk menghasilkan rekabentuk cetakan yang berkualiti dan sesuai
permintaan pelanggan.Oleh itu,kami perlu memastikan secara terperinci mengenai jenis kain dan bahan yang kami gunakan
serta perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Ini kerana , setiap komen yang diberikan pelanggan samaada positif
atau negatif itu boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan.
2.0 PENGENALAN
• 2.1 Nama syarikat

• Nama syarikat ini dicadangkan oleh luqman dan kami semua bersetuju.Ini kerana , nama ini memberikan imej positif dan
mempunyai makna yang tersirat , iaitu tom tom bak design . Ini agar kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk memastikan
setiap keluaran produk itu adalah sesuai dengan nama tom tom bak designs itu sendiri , dari segi reka bentuk dan kualiti
boleh memberikan kesan kepuasan membeli yang positif terhadap pelanggan kami agar mereka terus memerlukan
perkhidmatan kami.

• 2.2 Jenis perniagaan

• Jenis perniagaan yang di jalankan oleh syarikat kami adalah perniagaan Perkhidmatan dan pembekalan yang mana ia
meliputi perkhidmatan berbentuk tenaga dan produk. Bentuk perniagaan adalah Perniagaan Syarikat Perkongsian yang
tertakluk di bawah akta Syarikat 1965 iaitu mempunyai lebih daripada dua (2) orang rakan kongsi.

• 2.3 Perkhidmatan yang disediakan

• Perkhidmatan yang disediakan Tom Tom Bak Designs pada masa ini lebih menumpukan kepada perkhidmatan percetakan
produk pakaian, stiker dan banner. Pada masa yang sama.kami juga turut menawarkan perkhidmatan tempahan “ custom
made “ mengikut permintaan pelanggan. Dalam mengukuhkan lagi perniagaan.
• 2.4 Lokasi

• Lokasi Tom Tom Bak Designs berada di ,

• KM4,

• Jalan Raja Syed Alwi,Kampung Sentua,

• 01000 Kangar , Perlis .

• 2.5 Tarikh perniagaan

• Tom Tom bak designs mula didaftarkan pada 21 Ogos 2020 dan mula beroperasi sebaik sahaja didaftarkan.Tambahan lagi,
Syarikat kami telah beroperasi selama hampir 8 bulan.
3.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
• 3.1 Struktur organisasi

• Secara keseluruhan , struktur organisasi Tom Tom Bak Designs adalah seperti berikut :-

PENGURUS

PENGURUS PENGURUS PENGURUS


OPERASI PEMASARAN KEWANGAN

• Seterusnya, terdapat rancangan operasi yang merupakan carta aliran proses bagi penyediaan barangan cenderahati dan kain ,
keperluan bahan mentah serta senarai mesin dan peralatan yang ada di bahagian operasi pengeluaran.
4.0 KAEDAH PEMASARAN
• Promosi produk ini telah dijalankan melalui pengiklanan secara edaran risalah dan aplikasi talian media sosial seperti
pengiklanan melalui akaun Instagram dan Facebook.

• Kemudian, kami juga menggunakan perkhidmatan ‘ review product ‘ daripada instafamous tempatan .

• Di samping itu , Kami juga membuka peluang untuk suri rumah dan pelajar khususnya yang ingin menjana pendapatan
melalui sistem agen dan dropship .

• Tambahan lagi , kami juga menawarkan rebranding ( penjenamaan semula ) , ini bagi membantu mereka yang ingin
memulakan bisnes baju jenama sendiri dengan harga yang murah tapi produk berkualiti tinggi.

• Sasaran pelanggan ialah kanak-kanak sehingga orang dewasa . Ini kerana , saiz yang disediakan adalah sesuai dengan
kanak-kanak berumur 1 tahun hingga orang dewasa yang bersaiz 8XL.
5.0 KEWANGAN SYARIKAT
• Modal awal perniagaan ini diperoleh daripada simpanan rakan kongsi yang berjumlah RM 100,000 .

• Jumlah modal kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 4:3:3.

• Modal awal perniagaan ini digunakan untuk membeli mesin bagi proses mencetak ,peralatan dan bahan mentah serta
kelengkapan tempat operasi.
6.0 LATAR BELAKANG KAJIAN DAN PERNYATAAN MASALAH
• Secara rasionalnya , kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti , memahami dan seterusnya mengkaji persekitaran
perniagaan . Contohnya , adakah lokasi perniagaan kami itu sesuai ? Bagaimanakah cara untuk memastikan perniagaan kami
akan terus berkembang ? Apakah tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah dalam perniagaan? Adakah
pelanggan itu berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk yang kami keluarkan dan banyak lagi sebab yang perlu
dititikberatkan . Kajian ini juga penting untuk memastikan produk dikeluarkan itu adalah memenuhi kehendak pelanggan
atau tidak. Ini kerana , pelanggan merupakan individu penting yang boleh mempengaruhi perkembangan perniagaan.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like