You are on page 1of 14

Rancangan Perniagaan

1. ZM ENTERPRISE

1.0 Pengenalan Perniagaan

Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung


dan bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak
batik merupakan pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya
golongan berada menempah dan membeli sarung dan bantal kusyen bercorak
batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam kereta mereka. Masyarakat
kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana
penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya,
maka syarikat kami telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang
dapat memenuhi permintaan pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal
kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan
tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan
mengukuhkan lagi jahitan. Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk
pertama ialah sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik,
produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi
dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk ketiga
adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan.
Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik
yang bercorak batik. Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan
perkhidmatan. Perkhidmatan yang akan diberikan adalah memberi nasihat
tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan bentuk sarung bantal kusyen dan
menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang dikehendaki
pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan
sarung dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan. 1

2. ZM ENTERPRISE
2.0 Nama Dan Alamat Perniagaan Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise.
Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada label yang terdapat pada sarung
bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan.

Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan


berpuas hati dengan kualiti jahitan yang syarikat kami lakukan. Perniagaan
kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan kami beroperasi
perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.
Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang
bekerja serta berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel. 3.0 Tujuan
Penyediaan Rancangan Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk
memberi keterangan atau maklumat berkenaan dengan sebuah perniagaan yang
hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya rancangan
perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang bekerjasama
dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan
pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat
dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran
dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh menyediakan rancangan yang
sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di samping itu, rancangan
perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan produk
yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga
dapat membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan
yang dijalankan olehnya. Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang
memerlukannya.  Usahawan  Pembekal  Institusi kewangan atau pelabur
 Kakitangan 2

3. ZM ENTERPRISE Usahawan Usahawan untuk membolehkannya memahami


projek atau perniagaan yang mendalam. Rancangan ini boleh memberi rujukan
kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut dan tujuan pelaburan
dan pembiayaan. Pembekal Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan
keyakinan kepada pembekal yang bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu,
kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang diperlukan secara kredit. Institusi
kewangan atau pelabur Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi
kewangan adalah untuk memantapkan permohonan bagi pembiayaan projek
melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan
tambahan untuk perniagaan yang dijalankan. Kakitangan Rancangan perniagaan
mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,
kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai
objektif yang ditetapkan. 3

4. ZM ENTERPRISE

4.0 Latar Belakang Perniagaan

Nama Perniagaan: ZM Enterprise

Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,


Terengganu

Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar


Marang, 21600 Marang, Terengganu

No telefon: 09-6182223/09-6182224

Bentuk syarikat: Perkongsian

Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen

Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013

Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013

Nombor pendaftaran: PG0036918-W

Modal permulaan : RM 300,000.00

Nama bank: CIMB Bank


Jenis Akaun: Akaun semasa

Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170

Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang


pekongsian. Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad
syarikat tetapi juga merupakan orang yang bertugas dalam bahagian
pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan pemasaran. Syarat-syarat perkongsian
yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian
1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah
RM300,000.00. 4

5. ZM ENTERPRISE Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang


bermodal kecil maka setiap pekongsi akan mengeluarkan wang simpanan
sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan ini. 4.1 Senarai
kakitangan pengurusan Nama Jawatan Bil Muhd Zulkifli Bin Hamzah Pengurus
besar, pentadbiran dan Operasi 1 Mastura `Aqasiah binti Muktar Pengurus
Kewangan dan Pemasaran 1 4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi) 4.2.1
Latar belakang rakan kongsi 1 Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan
Operasi Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah No I/C : 871017-11-5553
Tarikh lahir: 17 Oktober 1987 Umur : 26 tahun Jantina : Lelaki Alamat Tetap :
Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu. No Telefon: 013-333888
Taraf Perkahwinan : Bujang Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar
keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor, bengkel perdagangan, kursus
pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan pengeluaran
operasi, kursus kualiti barangan. 5

6. ZM ENTERPRISE

Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah


eksekutif, Penolong penyelia, pembantu penolong operasi.

Modal sumbangan : RM 150,000.00


4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2

Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran

Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar

No I/C : 890621 – 06 – 5558

Tarikh lahir: 21 Jun 1989

Umur : 24 tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.

Telefon: 013 - 9177777

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan


syarikat, seminar perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan
pengguna

Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan, eksekutif pemasaran


Modal sumbangan : RM 150,000.00 6

7. ZM ENTERPRISE

5.0 Latar Belakang Projek

5.1 Lokasi tapak projek Alamat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara,


Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu 7

8. ZM ENTERPRISE 5.2 Bangunan-pelan lantai 8

9. ZM ENTERPRISE

6.0 Rancangan Pemasaran


6.1 Analisa pasaran Konsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan
dan keperluan pelanggan. Selain tiu, syarikat juga mementingkan persaingan
yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan pemasaran syarikat kami
juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam pasaran, perniagaan ini
berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini.
Oleh itu, persaingan adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang
cerah untuk berkembang di kawasan ini. 9

10. ZM ENTERPRISE

6.2 Bentuk pasaran

Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan:

 Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen.

 Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen pelanggan

 Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap. Potensi perniagaan

 Tren pasaran Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin
meningkat di Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk sayrikat
kami. Kami juga menyedari potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini
kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk bantal dan sarung
bantal kusyen yang bersesuaian dan memberi satu kepuasan kepada pengguna.
Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami akan
memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun
dan Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat
yang lebih stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan
bercadang untuk membuka cawangan di lokasi yang berlaianan jika keadaan
membenarkan syarikat berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan
mengembangkan pasaran sehingga peringkat antarabangsa.
 Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan Secara
umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu rekabentuk baru
batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan mengalami peningkatan.
Keadaan ini adalah selaras dengan perubahan zaman iaitu zaman sekarang
menekankan keunikan rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen untuk
keselesaan dan kecantikan hiasan 10

11. ZM ENTERPRISE mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk
menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan
dalam kereta mereka.  Perubahan demografi penduduk Dengan bertambahnya
saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta dan penghuni rumah yang
berkeluarga pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan ke atas
produk keluaran syarikat kami ini terutamanya produk yang dijamin berkualiti
dan bertepatan dengan kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat
berpotensi untuk dikembangkan.  Keadaan ekonomi yang baik dan
berkemampuan setiap individu Harga produk keluaran sayrikat kami adalah
berpatutan dan para pengguna adalah berkeupayaan membeli. Di samping itu,
sayrikat kami juga terpaksa bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan
informasi terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan bukubuku rekabentuk
kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk menghasilkan
produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi mengikut kehendak
pengguna. 6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan Produk keluaran dapat
dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat dalam jadual di
bawah : Produk Harga(RM)/1unit Bantal kusyen 15 Sarung bantal kusyen 35
Jumlah 50 11

12. ZM ENTERPRISE 6.4 Pelanggan Sasaran pelanggan syarikat adalah:  


Penghuni rumah yang berkeluarga  Pejabat kerajaan dan swasta  Pengeluar
perabot kerusi  6.5 Pemilik kereta Hotel dan pusat peranginan Saiz pasaran
Terdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang berkeluarga, 10 ribu pemilik
kereta, 30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi. 6.6 Pesaing
sedia ada Nama syarikat pesaing RY Design Kekuatan/kelebihan
Kelemahan/keburukan Mempunyai rekabentuk yang Jauh dari Bandar (lokasi
tidak pelbagai dan berkualiti fabrik tinggi yang strategik) dan harga produk
serta mahal. peralatan yang sempurna. 6.7 Penyediaan ramalan jualan Bulan
Tahun pertama (unit) Tahun kedua (unit) Januari 830 950 Februari 870 1010 12

13. ZM ENTERPRISE Mac 1080 April 930 1150 Mei 950 1180 Jun 1000 1230
Julai 1100 1250 Ogos 1230 1300 September 1300 1350 Oktober 1500 1400
November 1800 1500 Disember 1990 1600 Jumlah 6.8 900 14400 15000
Strategi penjualan Semasa pemasaran produk kami, usaha-usaha promosi,
barangan yang bermutu dan harga yang berpatutan tidak akan memberikan
makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran dengan pelanggan. Oleh
yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat memastikan setiap
barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai dengan efektif.
Bakal pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki
barangan yang telah diiklankan kerana kegagalan pihak perniaga membekalkan
barangan di pusat-pusat jualan. Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi
pengagihan iaitu “zero-level channel” yang merupakan jualan secara terus dari
pengeluar kepada pengguna. Manakalan “one-level channel” iaitu jualan dengan
cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan pegusaha perabot
kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna. 13

14. ZM ENTERPRISE  Strategi “zero-level cahnnel” Dalam strategi ini


syarikat kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen ZM
Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat
kami memilih strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalam
urusniaga jualan produk kami. Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan
kepada pengedar-pengedar untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat
pembelian di kedai kami.  Strategi “one-level channel” Melalui strategi ini
kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen keluaran syarikat
kami kepada pihak pengeluar perabot kerusi dan seterusnya akan memasarkan
praoduk kami bersama-sama dengan produk mereka. Strategi ini dapat
membantu syarikat kami menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan
tidak perlu menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan
penembusan pasaran lain. Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada
pengeluar perabot kerusi dapat memudahkan sistem saluran pengagihan dan
meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang lebih luas. Dengan menggunakan
strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat dengan membahagikan
produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan tempat. Sekirannya syarikat
pengeluar perabot kerusi berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu risau
tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang
akan menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini dapat
menjimatkan masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil syarikat kami ke
tempat yang lebih jauh. 14

15. ZM ENTERPRISE 7.0 Rancangan Organisasi 7.1 Matlamat dan strategi


organisasi Misi organisasi  Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang.  Menyediakan produk bantal
dan sarung bantal kusyen yang dapat memenuhi kepuasan dan permintaan
pengguna.  Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang terkini.
 Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di
pasaran. Matlamat organisasi Matlamat uatam setiap organisasi adalah untuk
memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah organisasi yang
berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:  Memastikan perniagaan
terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan yang terbaik. 
Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan
pelanggan.  Memastikan kebajikan pekerja terjamin. 7.2 Strategi jangka
pendek  Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan  Mengekalkan
kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. 
Memaksimumkan keuntungan.  Menghasilkan produk sarung dan bantal
kusyen mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan. 15

16. ZM ENTERPRISE  Memperluaskan pasaran.  Sentiasa memberikan


layanan mesra kepada pelanggan. 7.3 Strategi jangka panjang  Sentiasa
menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard. 
Mengekalkan harga standard  Memaksimumkan kepuasan pelanggan 
Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di
Malaysia. 7.4 Carta organisasi 7.5 Fungsi dan tanggungjawab Pengurus besar,
pentadbiran dan operasi  Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat,
menentukan misi, membentuk peraturan dan prosedur syarikat.  Mengawal
dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan. 16

17. ZM ENTERPRISE  Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan


berkesan.  Menjaga kebajikan pekerja.  Berfungsi menyusun jadual dan
menguruskan hal produktiviti pengeluaran.  Mengawal mutu pengeluaran,
jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.  Memastikan perkhidmatan
bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. 
Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan. 
Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.  Membuat penyata
keperluan stok dan inventori  Merekod jualan harian  Memastikan keadaan
kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Pengurus kewangan dan
pemasaran  Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras
seperti yang dirancang.  Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata
untung rugi, penyata pendapatan dan penyata kira-kira.  Bertanggungjawab
dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk
dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan
dengan perniagaan.  Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan
memenuhi kehendak pelanggan.  Menyelia urusan promosi serta
menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.  Mengeluarkan
tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai. 17

18. ZM ENTERPRISE  Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan


tanda dan tanda arah)  Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan
pelanggan berpuas hati dengan mutu nperkhidamatan syarikat.  Melakukan
pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga,
pemberian baucer serta kad ahli. 7.6 Senarai kakitangan Bil Jawatan Bilangan
pekerja 1. Pengurus besar, operasi dan pentadbiran 1 2. Pengurus pemasaran
dan kewangan 1 3. Pekerja am 2 4. Pereka 3 5. Tukang jahit 6 6. Jurujual 3
Jumlah 7.7  16 Bayaran imbuhan kepada kakitangan Cuti sakit Sekiranya
terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun kemalangan semasa
bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan
perubatan secara percuma. 18

19. ZM ENTERPRISE  Cuti tahunan Pihak syarikat akan memberi cuti


tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14 hari.  Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi
kenaikan gaji. Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap hujung
tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun
berkenaan.  Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) Bagi menjamin
masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP. 8.0
Rancangan Operasi 8.1 Senarai barangan yang dihasilkan Produk Harga Sarung
bantal kusyen yang menggunakan fabrik RM35 bercorak batik Sarung bantal
kusyen yang menggunakan RM45 hiasan sebagai corak batik Bantal kusyen
RM15 Tempahan mengikut rekaan pengguna Bergantung pada penggunaan
bahan dan kesukaran. 19

20. ZM ENTERPRISE 8.2 Carta aliran proses 8.3 Senarai bahan mentah yang
diperlukan (bulanan) Bahan Kuantiti Harga/kuantiti (RM) Jumlah (RM) Fabrik
bercorak batik 1000 M 28/M 28 000.00 Farik kosong 1000 M 10/M 10 000.00
Benang 150 gelung 98/gelung 14 700.00 Hiasan 100 kotak 40/kotak 4000.00
Kapas 100KG 4.10/KG 410.00 Jumlah RM 57,110 20

21. ZM ENTERPRISE 8.4 Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapan Jenis
mesin Trimmer controller Bilangan Harga seunit Jumlah (rm) ADX-112 1
104,100 104,100 DB-736 4 25,588 102,350 NV-4000 2 49,275 98,550 NV-
700E quality Model 2 97,500 195,000 and labeling machine Industrial
lockstitch and other machines Industrial overlock machines and accessories
Embroidery sewing machines JUMLAH 8.5 500,000 Perabot dan kelengkapan
pejabat Pejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik kakitangan syarikat.
Selain itu, pejabat kami juga mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan
barang dan sebagainya. Bagi alatan komunikasi dan teknologi pula, pejabat
kami mempunyai beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan
internet. Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok
baru dan stok tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3 buah
sofa, sebuah meja. Televisyen, astro dan rak majalah supaya pelanggan kami
dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang selesa. Pejabat kami
dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik tetamu
dan ruang hadapan pejabat. 21

22. ZM ENTERPRISE 9.0 Rancangan Kewangan 9.1 Kos projek Perkara Unit
Status Nilai (RM) Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan) Van 1 buah
Pinjaman 40,000 Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500 Mesin Pemproses 9
buah Belian tunai dan 500,000 kredit Perabot dan almari 10 set Belian tunai
31,500 Komputer 5 set Belian tunai 15,000 Jumlah 9.2 613,000 Sumber
pembiayaan Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan Muhd Zulkifli Bin
Hamzah RM 150,000.00 Mastura `Aqasiah binti Muktar RM 150,000.00
Pinjaman RM 500 000.00 Jumlah RM 800 000.00 22

23. ZM ENTERPRISE 9.3 Pinjaman Tujuan memohon pinjaman : Sebagai


modal tambahan untuk membiayai syarikat pinjaman dibuat melalaui Bank
Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangkamasa
pembayaran balik pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun. 9.4
Jadual bayaran balik pinjaman Jumlah Pinjaman : RM 500,000.00 Kadar
Faedah: 5% Jangka bayar balik : 5 Tahun Kaedah : Bayaran Bulanan 9.5 Jadual
susut nilai aset tetap Jenis Aset : Mesin Pemproses ( 8 buah) Jumlah Harga :
RM 500,000.00 Hayat Ekonomi: 5 tahun Nilai skrap : RM 250,000 23

24. ZM ENTERPRISE 9.6 Aliran tunai ZM ENTERPRISE Penyata Aliran


Tunai Bagi Tahun 2013 24

25. ZM ENTERPRISE ZM ENTERPRISE Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun


2013 25

26. ZM ENTERPRISE 26

27. ZM ENTERPRISE 9.7 Proforma untung rugi 27

28. ZM ENTERPRISE ZM ENTERPRISE KUNCI KIRA-KIRA PADA 31


DISEMBER 2013
___________________________________________________________ 28

29. ZM ENTERPRISE ZM ENTERPRISE KUNCI KIRA-KIRA PADA 31


DISEMBER 2014
___________________________________________________________ 29

30. ZM ENTERPRISE 10.0 Jadual Perlaksanaan Projek Tinjauan Pemasaran


Tempoh : Tiga Bulan Penyediaan Perancangan Perniagaan Tempoh : Sebulan
Permohonan Pinjaman Tempoh : Enam Bulan Penyediaan Hasil Tempoh: Satu
Tahun 11.0 Rumusan Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami
berpendapat bahawa syarikat kami iaitu ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang
berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak batik mampu melangkah
jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan syarikat-
syarikat sarung kusyen lain yang ada di pasaran. Dengan modal yang
mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka kami optimis
dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak
kira tua atau muda masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di
dalam rumah mahupun kereta. Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang
rapi yang telah kami atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat
yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan mesin jahit industri
yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini kami
berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa
pengguna. Kami juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang
lagi masa hadapan selara dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup
terkini. 30

31. ZM ENTERPRISE 12.0 Lampiran Di bawah merupakan produk eksklusif


syarikat ZM Enterprise iaitu sarung kusyen bertema batik. 31

32. ZM ENTERPRISE Di bawah adalah contoh – contoh kusyen beraneka


bentuk, rupa dan saiz daripada syarikat ZM Enterprise. 32

33. ZM ENTERPRISE 33

34. ZM ENTERPRISE 34

35. ZM ENTERPRISE Ini merupakan logo bagi syarikat ZM Enterprise : ZM


ENTERPRISE SOFT & COMFORT 35

You might also like