You are on page 1of 1

Saya bersetuju bahawa tulisan merupakan salah satu ciri-ciri tamadun.

Hal ini kerana, tulisan


digunakan untuk menceritakan kisah dan peristiwa sesuatu perkara. Pada awalnya, tulisan
dipahat dalam bentuk gambar, symbol atau berbentuk paku. Ianya merupakan alat bagi
menzahirkan idea secara kronologi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan
pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman itu.

Selain tulisan, terdapat 6 ciri-ciri tamadun iaitu pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan
kota (urbanisasi), pembahagian kerja secara kolektif, strafikasi dan organisasi sosial, sistem
agama dan kepercayaan, penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui
kemajuan sains dan teknologi dan akhir sekali kesenian dan estetika.

Pertumbuhan, pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi) merupakan ciri penting kerana
tamaduan yang maju adalah tamadun yang mempunyai kota iaitu tempat yang subur untuk
menjalankan aktiviti perdagangan dan pertanian seperti Selat Melaka bagi tamadun Melayu,
Laut Kuning bagi tamadun Cina dan Sungai Ganges bagi tamadun India.

Pembahagian kerja secara kolektif merujuk kepada keperluan setiap anggota masyarakat
mempunyai pengetahuan kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu,
pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian kerja dan kepakaran harus
dilaksanakan. Hasil kepelbagaian ini mempercepatkan proses urbanisasi dan perkembangan
tamadun.

Ciri lain tamaduan iaitu strafikasi dan organisasi nasional bermaksud setiap tamadun
memerlukan pemimpin yang dihormati oleh semua rakyat sebagai golongan pemerintah.
Golongan tersebut pula akan dibantu oleh golongan bangsawan yang membantu pentadbiran
berjalan dengan lancar dan teratur. Kewujudan organisasi sosial ini membawa kepada
pengenalan sistem perundangan dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan
melindungi nyawa serta harta benda.

Sistem agama dan kepercayaan juga menjadi dasar kepada tamaduan. Terdapat banyak evolusi
agama dan kepercayaan yang berlaku dari awal kewujudan tamaduan yang kemudianya
mewujudkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan yang menjadi pegangan hidup masyarakat
bagi sesebuah tamadun.

Penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui kemajuan sains dan teknologi
menjadi ciri-ciri tamaduan kerana kreativti dan peningkatan inovatif dalam penciptaan
teknologi dan pembinaan meninggalkan kesan yang ketara dari segi penciptaan barang. Ianya
memberi kesan dari segi pertanian, perdangan dan pengangkutan. Tamadun yang maju
bermaksud tamadun yang mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang tinggi bagi
penaakulan pemikiran dan keilmuan masyarakatnya.

Akhir sekali, kesenian dan estetika menjadi ciri tamadun kerana semakin maju tamadun,
semakin tinggi nilai seni yang ada. Hal ini dibuktikan dengan beberapa nilai kesenian seperti
seni lukis Leonardo da Vinci yang dijual dengan harga yang sangat tinggi pada zaman sekarang.
Selain itu, karya Mozart dan kelunakan taranum al-Quran masih lagi diguna pakai oleh
masyarakat sekarang walaupun selepas runtuhnya tamadun-tamadun tersebut.

You might also like