You are on page 1of 30

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

SEPTEMBER / 2021

MPU 2412

KO-KURIKULUM

NO. MATRIKULASI : 921221025970002


NO. KAD PENGENALAN : 921221025970
NO. TELEFON : 0195094085
E-MEL : aisyahalwani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PULAU


PINANG
MPU 2412

AKTIVITI KANDUNGAN MUKA SURAT

1
MPU 2412

1 1.0 PENGENALAN 2

1.1 DEFINISI TAMAN REKREASI 3

1.2 LATAR BELAKANG TAMAN BELIA 4-5

1.3 KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI 6-13


TAMAN BELIA

1.4 PELAN LOKASI TAMAN BELIA 14

1.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN 15-16


BELIA

2 2.0 APENDIKS A 17-18

3 LAPORAN TEMU BUAL 19-22

4 REFLEKSI 23-25

5 RUJUKAN 26

2
AKTIVITI 1

1.0 PENGENALAN

Menurut Kelly (1982), rekreasi berasal daripada istilah bahasa Latin iaitu

”recreation” bermaksud pemulihan dan pemuliharaan. Manakala Meyer et al (1948)

mentakrifkan rekreasi sebagai aktiviti yang dijalankan pada masa lapang yang dilakukan

secara sukarela dan biasanya akan menghasilkan kepuasan dan ketenangan.

Aktiviti rekreasi bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan manusia hari ini.

Ianya merupakah salah satu cara untuk manusia menghilangkan ketegangan selepas

waktu kerja dengan melakukan aktiviti yang menenangkan minda serta sesuai untuk

kesihatan merka (S. Shiver, 1981).

Penyediaan kemudahan rekreasi yang memenuhi keperluan dan hasrat masyarakat

adalah selari dengan wawasan 2020 yang ingin menjadikan malaysia sebuah negara

perindustrian yang maju dan pada masa yang sama mempunyai kehidupan yang

berkualiti tinggi. Selain itu, menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti rekreasi

juga merupakan salah satu usaha menyahut cabaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia

sebuah Negara Taman menjelang 2005 (Jabatan Landskap Negara, 1997).

3
1.1 DEFINISI TAMAN REKREASI

Taman rekreasi awam merupakan satu tempat atau kawasan lapang hijau yang
disediakan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun kerajaan negeri untuk penduduk
setempat melakukan aktiviti riadah, dan rekreasi iaitu rekreasi pasif atau aktif.
Taman rekreasi awam bagi sesebuah bandar dapat diperguna untuk melembabkan
udara, menapis kekotoran udara yang tercemar, menjaga imej bandar, menyediakan
ruangan perlindungan kepada habitat burung dan tempat untuk istirehat (Bakar, 2010).
Peyediaan taman rekreasi awam adalah sebagai satu elemen untuk sistem sosial
yang akan memberi galakkan kepada masyarakat untuk membina semangat kekitaan
(Jubenville, 1976) Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai
taman rekreasi merupakan satu langkah bijak kerana memberi impak yang positif kepada
penduduk di perumahan tersebut.
Pembangunan kawasan rekreasi awam merupakan salah suatu kemudahan fasiliti
yang harus disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk masyarakat bagi
sesebuah bandar. Taman rekreasi awam merupakan kawasan rekreasi yang menjadi
tumpuan umum masyarakat untuk tujuan beriadah dan berehat sama ada bersama ahli
keluarga, rakan ataupun secara sendirian
Taman rekreasi awam diwujudkan bagi menyediakan kemudahan untuk berekreasi
berdasarkan kepada suasana semula jadi bagi suatu kawasan lapang atau yang
mempunyai ciri-ciri khas tertentu bagi memenuhi setiap keperluan fizikal dan
psikologikal pengguna.
Pengguna dapat menikmati pemandangan landskap pokok-pokok tumbuhan yang
ditanam di sekitar kawasan taman rekreasi yang dapat melahirkan suasana yang aman dan
damai (Nur Fateha, 2015).

4
1.2 LATAR BELAKANG TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG

(MUNICIPAL PARK) / TAMAN BELIA (YOUTH PARK)

Tarikh : 27 November 2021

Masa : 8.00 pagi

Nama taman : Taman Bandaraya Pulau Pinang / Taman Belia

Taman Bandaraya Pulau Pinang (Penang Municipal Park) juga lebih dikenali
sebagai Taman Belia ialah sebuah taman bandar di bandar George Town di Pulau Pinang,
Malaysia. Terletak berhampiran Taman Botani Pulau Pinang, Taman Belia dibuka pada
tahun 1972 dengan keluasan 66.8 hektar ini menjadi kawasan rekreasi bagi penduduk
Pulau Pinang dan boleh diakses dengan laluan sehala melalui Persiaran Kuari di pinggir
George Town.
Idea untuk penubuhan ‘Taman Belia’ muncul pada tahun 1970, sebagai tindak
balas kepada kebimbangan terhadap kenakalan remaja dan kekurangan kawasan rekreasi.
Pada masa itu, kawasan yang kini dikenali sebagai City Park adalah kuari granit seluas
40 ekar (16 hektar) yang terbiar.
Cadangan untuk menubuhkan ‘Taman Belia’ telah diterima oleh Lim Chong
Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu. Satu jawatankuasa kemudiannya ditubuhkan
untuk meneroka idea itu dan majlis pecah tanah telah dilancarkan pada akhir tahun itu.
Selepas rusuhan kaum 1969 di Kuala Lumpur, telah diputuskan bahawa taman itu juga
harus merangkumi warisan pelbagai budaya Pulau Pinang dalam “komuniti alam semula
jadi”. Untuk itu, sukarelawan dari pelbagai sekolah dan kelab belia di Pulau Pinang telah
dijemput hadir untuk acara pecah tanah itu.
Taman Belia, seperti yang dikenali pada masa itu, telah diisytiharkan dibuka
secara rasmi pada tahun 1972 oleh Gabenor Pulau Pinang ketika itu, Syed Hassan
Barakbah. Pada pembukaannya, taman itu dilengkapi dengan laluan berhalangan,
gelanggang luncur dan auditorium luar. Lebih banyak kemudahan telah ditambah pada
tahun-tahun selepas itu, dengan yang terbaru ialah Taman Graffiti Pulau Pinang pada
2012.
Sesuai dengan namanya, Taman Belia mengandungi pelbagai kemudahan
rekreasi, seperti taman permainan, gelanggang luncur, kolam renang, sudut grafiti, laluan
refleksologi dan auditorium luar, yang semuanya terbuka kepada orang ramai.

5
Terdapat juga tempat untuk lapangan memanah, pentas terbuka, tapak
perkhemahan dan laluan mendaki bagi yang gemarkan cabaran untuk ke Bukit Bendera
dan tiga kolam renang termasuk kolam bertingkat dan landskap menarik untuk
kemudahan orang ramai secara percuma. Taman ini diselenggara oleh Majlis Bandaraya
Pulau Pinang. Tiada bayaran dikenakan bagi kemudahan meletak kenderaan dan
penggunaan tandas serta bilik persalinan setaraf hotel lima bintang di taman ini yang
mula dibuka pada 1972 (wikipedia)
Taman Belia juga menempatkan dua jabatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
iaitu Jabatan Khidmat Masyarakat dan Jabatan Landskap. Pejabat majlis penarafan GBI
menggabungkan sistem penuaian hujan, taman luar dan dinding hijau menegak, serta
panel kaca lutsinar yang direka untuk membolehkan pencahayaan semula jadi
maksimum.

6
1.3 KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI TAMAN BANDARAYA / TAMAN

BELIA

Pintu masuk untuk semua orang awam yang datang berkunjung

Auditorium terbuka untuk orang awam melakukan aktiviti seperti berzumba

Laluan untuk orang awam berjoging

7
Padang yang luas untuk melakukan pelbagai aktiviti oleh orang awam

Laman Mempelai yang boleh dijadikan lokasi mengambil bergambar

Replika kereta kabel Bukit Bendera

8
Laluan denai untuk orang awam mendaki

Tugu pahlawan

Tempat parkir percuma untuk orang awam

9
Ruang terbuka untuk aktiviti bersenam atau berzumba

Beberapa peralatan senaman yang disediakan

Laman catur

10
Kolam mandi awam untuk pengunjung yang datang

Taman permainan kanak-kanak

Laman flora

11
Surau

Ruang bermain papan selaju bagi kanak-kanak

Kafe

12
Tandas

Tapak perkhemahan

Lapangan memanah

13
Ruang bermain papan selaju bagi remaja dan orang dewasa

Tempat duduk untuk berehat dan makan

14
1.4 PELAN LOKASI TAMAN BANDARAYA / TAMAN BELIA

ALAMAT : TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG, PERSIARAN KUARI,

10450 GEORGE TOWN, PULAU PINANG

15
1.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Taman Bandaraya / Taman Belia merupakan satu tempat rekreasi awam yang

sangat terkenal di Pulau Pinang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mampu menarik minat pengunjung dan

dalam masa yang sama memastikan ianya kekal bersih.

Namun begitu, saya dapati beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan

seperti menempatkan sukarela seperti RELA atau polis bantuan bagi tujuan menjaga

keselamatan pengunjung ketika berada di Taman Belia.

Ini kerana, keadaan kawasanya yang besar dan ada beberapa tempat yang tersorok

sememangnya mendatangkan bahaya apabila kawasan tersebut jauh dari umum dan sunyi

daripada kunjungan orang awam.

Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah untuk menempatkan Pegawai

Keselamatan Pantai (Life Guard) di kawasan kolam mandi awam bagi memastikan

keselamatan orang awam terutamanya kanak-kanak yang mandi manda di kolam tersebut.

Tidak dinafikan, kanak-kanak tersebut ditemani oleh ibu bapa mereka namun apabila

berlaku keadaan kecemasan seperti lemas, bantuan segera seperti CPR sangat diperlukan.

Dengan adanya seorang Pegawai Keselamatan Pantai yang sememangnya mempelajari

cara-cara melakukan CPR dengan betul, pastinya dapat membantu jika berlakunya

kejadian lemas seperti yang dinyatakan.

Selain itu, penambahan tempat parkir kereta untuk orang awam sememangnya

sangat diperlukan. Ini berdasarkan kapasiti Taman Belia yang semakin dikunjungi oleh

penduduk Pulau Pinang dan luar, kawasan tempat parkir kerea yang luas dan boleh

menempatkan banyak kereta sememangnya diperlukan bagi menarik lebih ramai orang

awam untuk datang berkunjung ke Taman Belia.

16
Akhir sekali, pihak MBPP boleh bekerjasama dengan pihak PERHILITAN bagi

mengurangkan jumlah monyet yang berada di kawasan Taman Belia. Kehadiran monyet

yang banyak sememangnya mendatangkan bahaya kepada pengunjung kerana

kebanyakan monyet tersebut tidak takut kepada manusia dan mereka berani menghampiri

manusia untuk mencari makanan.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana dikhuatiri monyet tersebut boleh

mencederakan pengunjung yang hadir terutama kanak-kanak kecil kerana monyet

tersebut boleh bertindak ganas demi mendapatkan makanan kerana kelaparan.

Pengunjung yang hadir juga haruslah diberi peringatan untuk tidak memberikan makanan

kepada monyet-monyet yang ada disitu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak

diingini berlaku.

17
2.0 APENDIKS A

Terima kasih kepada Zira dari Seri Pentas. Pernah dengar tentang Taman

Bandaraya Pulau Pinang? Bagaimana pula dengan Taman Belia. Pasti anda pernah

dengar tentang Taman Belia.

Baiklah. Seperti yang diketahui, Taman Belia lebih dikenali berbanding nama

formalnya Taman Bandaraya oleh penduduk tempatan. Ia menjadi pilihan ibu bapa dan

orang perseorangan untuk melakukan aktiviti beriadah

Selain itu, satu lagi kemudahan yang menjadi penarik utama kepada kehadiran

pengunjung yang ramai terutamanya pada hujung minggu ialah kolam mandi awam.

Taman Belia mempunyai 3 jenis kolam awam yang boleh digunakan secara percuma oleh

pengunjung yang hadir. Sememangnya, kemudahan ini sangat disukai oleh semua

pengunjung kerana mereka boleh membawa anak-anak mereka mandi di dalam kolam

tanpa perlu ke hotel ataupuan kolam renang persendirian.

Bagi dewasa yang ingin mandi juga, jangan risau kerana Taman Belia ada

menyediakan kolam dengan kedalaman bersesuai untuk anda mandi. Namun jika ingin

membawa anak-anak mandi bersama didalam kolam tersebut, ibu bapa haruslah lebih

peka dengan keselamatan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini

daripada berlaku.

Ibu bapa yang hadir tidak perlu risau jika terlupa membawa makanan dari rumah

kerana ada kafe yang disediakan disini dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat

juga kemudahan tandas yang luas dan selesa untuk kanak-kanak menyalin pakaian

selepas puas bermandi di kolam. Ada juga kemudahan surau untuk ibu bapa yang ingin

solat tanpa perlu pulang ke rumah untuk melaksanakanya.

18
Taman belia juga tidak hanya mempunyai kemudahan untuk kanak-kanak, ia juga

menyediakan ruang untuk remaja bermain papan selaju di tempat yang selamat dan

sesuai. Bagi remaja yang bermain kasut roda, ada juga kemudahan yang disediakan untuk

mereka disini.

Bagi yang suka bersenam, ada juga peralatan bersenam yang disediakan dan

sesuai dengan pelbagai usia. Tidak perlu khuatir jika ramai orang kerana pihak MBPP

telah menyediakan banyak alatan senaman untuk menampung peningkatan kehadiran

pengunjung sejak 2 tahun yang lepas.

Untuk ibu-ibu yang suka melakukan aktiviti berzumba atau tai chi, Taman Belia

ada menyediakan Auditorium terbuka yang luas berserta pentas untuk anda melaksanakan

aktiviti tersebut.

Apabila ada melalui pintu masuk utama Taman Belia, disebelah kanan anda akan

kelihatan padang yang sangat luas. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di padang

tersebut.

Bagi yang suka bergambar pula, ada Laman Mempelai yang cantik untuk

dijadikan tempat mengambil gambar bersama pasangan masing-masing. Anda suka

hiking? Jangan khuatir, Taman Belia menyediakan laluan denai yang luas dan selamat

untuk pengunjung mendaki.

Akhir sekali, Taman Belia sememangnya satu taman rekreasi awam yang

mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai dengan semua peringkat usia. Disini saya

ingin menjemput semua untuk berkunjung ke Taman Belia. Namun begitu, janganlah kita

lupa untuk menjagalah Alam Sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata dan

melakukan vandalisma pada kemudahan yang disediakan.

Sekian sahaja daripada saya, Siti Aisyah Alwani Binti Roslan. Kembali ke Seri

Pentas.

19
3 LAPORAN TEMU BUAL

NAMA : DALINA BINTI ADNAN (bukan nama sebenar)

UMUR : 30 TAHUN

Mengapakah puan suka melakukan aktiviti rekreasi di taman ini?

Saya suka melakukan aktiviti rekreasi di taman ini kerana kawasanya yang besar serta

luas. Selain itu, terdapat kemudahan awam untuk anak-anak saya seperti kolam mandi.

Anak-anak saya pasti akan mengajak saya ke sini setiap hujung minggu untuk mereka

mandi manda.

Selain anak puan mandi, apakah pula aktiviti yang puan lakukan disini?

Suami saya suka berjogging. Jika disini, suami boleh melakukan aktiviti tersebut

sementara saya menjaga keselamatan anak-anak di kolam. Selesai anak-anak mandi dan

suami habis berjogging, kami boleh ke kawasan yang ada peralatan bersenam untuk saya

pula melakukan senaman ringan yang sesuai dan tidak memudaratkan tubuh badan saya.

20
NAMA : ROZITA BINTI ISHAK (bukan nama sebenar)

UMUR : 40 TAHUN

Mengapakah puan suka melakukan aktiviti rekreasi di taman ini?

Taman Belia sangat dekat dengan rumah saya. Saya suka datang ke sini setiap petang

untuk ambil angin dan lihat orang ramai yang datang. Ianya melegakan minda saya yang

penat bekerja. Kawasan sini besar jadi saya tidak rasa sesak walaupun ramai orang datang

terutamanya pada waktu petang.

Selain mengambil angin, apakah aktiviti lain yang puan lakukan disini?

Jika hujung minggu, saya ada ikut program zumba di Auditiorium terbuka disini. Saya

suka datang bersenam dan berjumpa dengan kawan-kawan. Kami selalu berjumpa

sehingga semua rapat antara satu sama lain dan boleh keluar bersama walaupun pada hari

lain.

21
NAMA : SALIHIN BIN ROSLAN (bukan nama sebenar)

UMUR : 23 TAHUN

Mengapakah encik suka melakukan aktiviti rekreasi di taman ini?

Ini memang kawasan saya dengan kawan-kawan untuk berjumpa dan bersenam. Kami

suka datang sini sebab banyak kemudahan seperti peralatan bersenam, tempat mendaki

serta tempat perkhemahan. Padang yang luas memberi peluang kepada kami untuk

melaksanakan pelbagai aktiviti seperti bermain bola.

Apakah aktiviti lain yang encik lakukan disini?

Saya seorang yang suka hiking tetapi masih lagi mencuba-cuba. Kawan cadangkan untuk

saya mula dengan lakukan aktiviti mendaki di laluan denai yang disediakan. Saya suka

dengan laluan tersebut kerana besar dan tidak terlalu tinggi untuk didaki. Tapi agak penat

juga jadi saya perlu ulang mendaki untuk beberapa kali bagi mendapat stamina yang

banyak. Kemudian, barulah boleh mendaki bukit seperti Bukit Bendera.

22
NAMA : NUR ZULAIHA ASHIQIN BINTI OSMAN (bukan nama sebenar)

UMUR : 28 TAHUN

Mengapakah cik suka melakukan aktiviti rekreasi di taman ini?

Saya datang ke Taman Belia sejak dari kecil. Selalu kalau hujung minggu memang akan

datang kesini untuk mandi atau bersenam. Saya suka datang sini sehinggalah sekarang

kerana saya boleh berjalan-jalan sambil tentang keindahan kawasan taman dan juga boleh

bawa anak saudara datang ke sini apabila mereka datang dari Kuala Lumpur.

Apakah aktiviti lain yang puan lakukan disini?

Saya selalu juga main roller blate disini. Dengan adanya kawasan untuk skate, saya boleh

asah skill saya kerana kawasan yang disediakan sangat luas dan saya tidak perlu malu

untuk mencuba kerana semua yang datang disini juga melakukan aktiviti tersebut sekadar

suka-suka dan untuk mengisi masa mereka ketika datang ke sini.

23
4 REFLEKSI

Tugasan kali ini sememangnya mencabar bagi saya yang merupakan seorang guru

sepenuh masa dan pelajar di OUM separuh masa. Ianya kerana, keadaan negara yang

dilanda Covid-19, menyebabkan semua sekolah ditutup dan saya harus melaksanakan

sesi PdPR yang menuntut terlalu banyak masa dari saya berbanding sesi persekolahan

biasa.

Disamping menyelesaikan tugasan ini, saya juga harus menyediakan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) seperti video serta melaksanakan kelas online seperti google meet yang

dilaksanakan dari 8 pagi – 5 petang.

Namun, saya mencuri masa pada waktu malam untuk melakukan kajian mengenai

taman rekreasi yang ingin saya pilih. Selepas beberapa kajian, saya dapati Taman

Bandaraya Pulau Pinang / Taman Belia sememangnya taman yang sesuai untuk saya pilih

kerana saya hanya perlu menggunakan aplikasi google untuk mendapatkan maklumat

mengenai latar belakang taman berkenaan tanpa saya perlu menghubungi pegawai

bertugas atau perlu pergi ke taman tersebut.

Selain itu, saya juga meminta bantuan adik yang tidak bekerja untuk pergi ke

taman tersebut bagi pihak saya untuk mengambil gambar kemudahan-kemudahan yang

ada di kawasan tersebut. Aktiviti mengambil gambar ini sukar kerana Pulau Pinang

mengambil masa yang lama untuk bertukar status kepada Fasa 3 yang memberi

kebebasan kepada penduduknya melakukan aktiviti sosial seperti bersenam.

Apabila memulakan tugasan, saya berdepan dengan masalah kekangan penulisan

(writer block) kerana minda saya terlalu penat ’bekerja’ sewaktu siang dan tidak mahu

’bekerjasama’ untuk saya gunakan pada waktu malam. Kerapkali saya membuka tugasan,

saya hanya duduk melihat komputer tanpa menaip apa-apa kerana tidak mempunyai idea

untuk memulakan tugasan. Saya sangat bersyukur kerana adanya rakaman pensyarah

24
yang sememangnya sangat membantu untuk saya mencari isi-isi penting yang boleh

dimasukkan ke dalam tugasan. Pensyarah juga mengajar saya cara-cara membuat tugasan

dari awal dan membantu memberi gambaran untuk memulakan tugasan kepada saya.

Selain itu saya juga mempunyai masalah untuk mencari orang yang ingin ditemu

bual kerana kebanyakan orang perseorangan yang saya kenal sudah lama tidak pergi ke

Taman Belia kerana ditutup dan tidak tahu kemudahan baru yang ada di taman tersebut

sekarang ini. Saya bersyukur kerana apabila Pulau Pinang beralih ke Fasa 4, ada beberapa

ibu bapa anak murid saya membawa keluarga mereka berkunjung ke Taman Belia. Saya

berjaya mendapatkan dapatan temu bual daripada mereka.

Selepas itu, saya teruskan tugasan saya dengan merakam video. Peringkat ini saya

rasa paling sukar kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam membuat

video. Jadi saya mempunyai masalah untuk memastikan video yang saya buat tidak ada

masalah teknikal. Tahap ini sukar kerana terdapat pelbagai masalah yang perlu saya

hadapi seperti saya perlu merakam berulang kali untuk membetulkan intonasi suara,

memastikan saya tidak kedengaran gugup didalam video serta mendengar semula suara

saya samada kuat ataupun tidak.

Seterusnya adalah untuk sesi penyuntingan video. Saya mengambil masa yang

agak lama untuk menyunting video kerana saya perlu menggunakan aplikasi yang saya

tidak tahu. Beberapa kali, saya terpaksa memadam video saya kerana hasilnya tidak

memuaskan hati saya.

Sejujurnya, ada beberapa kali saya rasa ingin berputus asa untuk membuat video

ini kerana kekurangan diri serta pelbagai masalah yang dihadapi. Saya juga

menghabiskan masa yang sangat lama di peringkat akhir ini kerana saya ingin

memastikan video yang saya siapkan nanti tiada masalah yang membenarkan saya

kehilangan markah yang berharga.

25
Saya mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk video ini kerana kekangan

masa dan juga kekurangan idea. Terlalu banyak kesukaran dan masalah yang saya hadapi

semasa merancang video ini. Pada ketika inilah saya merasakan kepentingan kreativiti

dalam menghasilkan video.

Saya seorang yang tidak mempunyai pemikiran kreatif. Saya lebih suka menulis

daripada menghasilkan video yang menarik. Ia menjadi titik tolak bagi saya kerana

terpaksa memaksa diri untuk berfikir secara kreatif untuk menghasilkan video yang

menarik.

Selain membuat video yang saya rasa menarik dan kreatif, saya juga perlu

memastikan inovasi dalam video tersebut juga seiring dengan peredaran zaman. Saya

tidak boleh hanya membuat video tanpa animasi kerana ia akan membuat video saya

membosankan.

Kesimpulannya, saya merasakan tugasan kali ini amat mencabar tetapi saya

memberi masa kepada diri sendiri untuk memperbaiki kekurangan yang ada. Banyak

perkara baharu yang saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini dan saya harap ia dapat

membantu saya menyiapkan tugasan seterusnya.

26
5 RUJUKAN

1) http://eprints.usm.my/35528/1/KHALILAH_ABBAS_%28KHK%29_

%28NN24%29.pdf

2) file:///D:/USER/Downloads/1975-Article%20Text-11817-1-10-20210613.pdf

3) https://aryshafayyadh.blogspot.com/2015/06/taman-perbandaran-pulau-pinang-

aka.html

27
ATTACHMENT

REFERENCES

Author’s name (year). Book, Title, Publication

28
29

You might also like