You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK M/SURAT

1 Pendahuluan

2 Latar Belakang Usahawan

3 Sejarah perniagaan

4 Strategi Perniagaan

5 Cabaran dalam Perniagaan

6 Kekuatan dan Kelemahan dalam Perniagaan

7 Anugerah/Pencapaian yang pernah dikecapi oleh Usawahan


1.0 Pendahuluan

Laporan ini adalah tentang seorang usahawan yang berjaya dalam bidang fotografi
yang telah lama bergiat dalam industri fotografi iaitu Saiful Nang. Laporan ini juga akan
menerangkan perjalanannya menjadi seorang ahli usahawan, menerangkan apa jenis
perniagaan yang dia sedang jalankan sehingga sekarang dan juga apakah strategi yang
digunakan untuk mengembangkan bakat beliau serta cabaran yang dihadapi beliau
sebelum, semasa, dan selepas menjadi seorang fotografi yang berjaya. Selain itu, laporan
ini juga akan menerangkan kelebihan dan kelemahan dalam perniagaan serta pencapaian
dan anugerah yang diperolehi beliau sepanjang menceburi industri fotografi.

Gambar 1.1: Logo Saiful Nang Academy

Saiful Nang Academy Sdn Bhd telah bertapak sejak tahun 2007, sebagai unit latihan
dibawah sebuah syarikat media kreatif yang berjaya iaitu Colours of Asia Sdn Bhd. Akademi
ini menawarkan latihan dan kursus pendek dalam bidang fotografi, videografi, perniagaan,
pemasaran media sosial untuk pelbagai agensi swasta, persendirian dan juga badan
kerajaan.Pada tahun 2012, Saiful Nang Academy telah didaftar dibawah Akta Syarikat 1965
bersama SSM. Pada tahun 2013, Saiful Nang Academy telah diakreditasi oleh Jabatan
Pembangunan Kemajiran (JPK) sebagai salah satu "Pusat Bertauliah" dan merupakan
akademi pertama menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia aras 3 didalam bidang Fotografi
ketika itu.Selain dari bengkel bersama jabatan kerajaan, Saiful Nang Academy juga aktif
menjalankan kursus mingguan, online dan sehingga kini telah mencecah 700 kelas.

2.0 Latar Belakang Usahawan


Nama beliau adalah Saiful Bin Nang.Beliau dilahirkan pada tahun 1974 dan
merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Saiful Nang mendapat
pendidikan awal di English College Johor Bahru dalam bidang sains tulen. Pada tahun 2000,
beliau telah mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang media di Universiti Multimedia
dalam jurusan Perfileman. Beliau kemudian dianugerahkan gelaran Sarjana oleh organisasi
profesional dalam fotografi yang berpusat di Birmingham, England (MPA) setelah berjaya
mengagumkan penilai di sebuah pameran pane yang bertempat di Singapura pada tahun
2009. Saiful Nang yang dilahirkan dari keluarga miskin dan melibatkan diri dalam perniagaan
seawal umur 7 tahun dimana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya
untuk menyara persekolahan sendiri.Beliau juga mendapat pendidikan tingginya di Universiti
Multimedia dalam bidang Media dan kemudian dikurniakan gelaran Master Photographer
dari organisasi MPA di United Kingdom kerana kualiti karya beliau yang meyakinkan panel
penilaian yang sangat ketat. Selain menerajui CandidSyndrome, beliau juga kini menjadi
jurulatih utama dan Pengetua SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan secara
maya dan fizikal telahpun melatih lebih dari 30,000 jurugambar di Malaysia.

Gambar 1.2: Pemilik Saiful Nang Academy, Encik Saiful Bin Nang.

Berjaya pada seusia muda, melangkah ke serata dunia dengan bertiketkan fotografi, beliau
tidak pernah lupa asal usul beliau dan beliau tidak bekerja dan berusaha untuk diri sendiri,
malah beliau juga merupakan seorang pengasas bersama sebuah rumah kebajikan
bernama Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga Pengarah NGO PaduCare yang
membantu pesakit-pesakit miskin mendapatkan sokongan kesihatan. Cetusan legasi dan
kehebatan pengaruh beliau dalam bidang fotografi di Asia menjadikan beliau dipilih sebagai
TOKOH BELIA ASIA 2010 melalui Asian Youth Ambassador Awards 2010 bila mana beliau
mengungguli seluruh kategori untuk menjadi pemenang keseluruhan ASIAN YOUTH
AMBASSADOR – MOST OUTSTANDING YOUTH OF THE YEAR 2010 anjuran Asian
Youth Ambassador Organization (AYA).
3.0 Sejarah Perniagaan

Saiful Nang merupakan salah seorang jurugambar yang terkenal setelah


mencetuskan fenomena dalam industri fotografi di Malaysia. Beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti
yang menaikkan status seni fotografi di Malaysia. Atas tiket fotografi dan pembikinan filem,
Saiful Nang sudah menjejalah ke seluruh dunia dan Candidsyndrome mempunyai senarai
pelanggan dari Australia, Jepun, Brunei, UK, USA dan juga Eropah. Kini, jenama
Candidsyndrome telah melahirkan Candidsyndrome Brunei, Jakarta & Stockholm.Selain
itu,Saiful Nang sendiri adalah seorang artis dan merupakan CEO Colours of Asia Sdn Bhd.
Menjadi Majikan kepada lebih 30 orang pekerja di seluruh dunia, memang tidak mudah
kerana pada masa yang sama beliau juga merupakan salah seorang pengasas Rumah
Pengasih Warha Prihatin (RPWP) iaitu rumah perlindungan untuk asnaf, warga tua, orang
kelainan upaya dan juga anak-anak yatim. Kerana itu, beliau turut tersenarai sebagai salah
seorang personaliti "TOP 10 OF MALAYSIA YOUNG & SUCCESSFUL " pada tahun 2011.
Sejarah awal perniagaan Saiful Nang ialah beliau memulakan kerjaya fotografi
dalam keadaan saya sudah gagal 10 tahun yang lalu. 2 perniagaan yang beliau cuba pada
tahun 2002 dan 2003 juga gagal dengan teruk. Perniagaan tahun 2002 beliau bersama
pelaburnya.Beliau hanya menjual idea niaga tetapi pelabur akan melabur kepada ideanya.
Sudahnya, setelah 3 bulan yang cergas dengan jumlah bil keseluruhannya sudah melebihi
RM200,000 dengan 4 orang kakitangan sahaja,beliau dikeluarkan secara licik dari senarai
pemegang saham.Akhirnya,beliau pun membawa diri dan pada tahun 2003 beliau mula
menjual semula idea lain kepada pelabur yang lain. Tidak sukar sebenarnya mencari
pelabur da selepas lebih 1 tahun,ianya kecundang juga setelah modal yang dilaburkan habis
dan akhirnya projek “Permainan Kanak-kanak” tidak berjaya dilancarkan lagi.
Pada ketika itu, Saiful Nang menjalani hidup selama 6 bulan paling menyiksakan sekali.
Mulanya, kereta Perodua Kembara beliau ditarik oleh tonto tarik kereta di satu pagi yang
hening di rumah “Kassim Selamat”di Selayang Baru. Kemudian bermulalah episod kejar
mengejar dan menyorokkan kereta di Jalan Jambu, Meru.
Menurut beliau lagi,setiap hari beliau hanya mampu makan nasi putih RM0.60 dan kuah-
kuah gulai dan sardin yang dibawa pulang. Dengan sebab bolehlah ambil nasi banyak sikit.
Sekali beli, itulah sarapan, itulah makan tengahari dan itulah juga makan malam.
Ketika itu, modal untuk pembangunan permainan kanak-kanak itu sudah di penghujung dan
beliau sendiri tidak mengambil gaji untuk memberikan staff gaji. Syahdu juga bila kadang-
kadang di pantri pejabat, staff makan yang berlauk ayam dan ikan.sedangkan ketika
itu,beliau sudah seperti orang kurang protein kerana tidak cukup wang untuk membeli
makanan.
Sekitar Ogos 2004, dan ketika itu modal projek telah 100% habis dan wang yang tinggal pun
semua dari hasil kutip hutang kawan-kawan yang suka pinjam duit beliau semasa senang
tapi kebanyakannya tak pandai nak pulang bila beliau susah. Walaupun orang berhutang
dengan saya sehingga RM145,000 tapi nak dapat balik memang susah.
Sehinggalah 1 hari yang beliau berfikir, wang dalam sakunya yang bernilai RM90 tidak akan
bertahan lama dan dia perlu mencari ikhtiar. Ketika inilah ikhtiar hidup beliau pun bermula.
Beliau akhirnya memilih untuk melakukan perkara yang dia minat walaupun ianya tidak
kelihatan lumayan daripada melakukan kerja yang lumayan tetapi tidak diminatinya. Apapun
ketika itu,menurutnya, dia telah jatuh miskin. Maka,bermula daripada hari tersebut beliau
membuat keputusan untuk memilih fotografi.

4.0 Strategi perniagaan

Saiful Nang memulakan perniagaan fotografi pada tahun 2004 tanpa sebarang pinjaman
dan apa-apa bentuk bantuan kewangan dan beliau hanya ada RM90 dalam poket ketika
itu.Beliau juga menggunakan teknik pemasaran yang bijak dan murah.Contohnya,beliau
menggunakan pemasaran melalui blog dan facebook.Menurut beliau strategi ini sangat
berkesan apabila seseorang itu memperolah banyak LIKE dalam facebook,ini kerana ia
akan membantu mencipta lebih banyak rangkaian pelanggan yang mapan.Menurut beliau
juga, Fotografi itu mahal. Bagaimana dia mahu mulakan fotografi sedangkan ketika beliau
cuma ada RM90 sahaja dalam saku. Ibu dan ayahnya juga bukan orang kaya yang mampu
memberikan pinjaman kepadanya.
Oleh itu,beliau pun menggunakan sedikit helah iaitu beliau memberikan cadangan kepada
isteri bekas pelaburnya yang merupakan seseorang yang obses terhadap fotografi.Ini
menyebabkan beliau sering merasa buntu memikirkan kos cuci filem dan beli filem. Maka
timbullah idea untuk mencadangkan untuk beliau beli digital SLR.
Ketika itu,beliau berkata bahawa dia sudah pun menjangkakan yang mereka akan ada
masalah untuk menggunakannya. Almaklumlah disebabkan oleh faktor umur di pertengahan
abad. Justeru itu,beliau pun menggunakan kesempatan ini agar mereka menawarkan
kepadanya untuk menggunakan digital SLR selama 1 bulan supaya saya belajar sesuatu
yang baru dan lepas sebulan saya ajarkan cara penggunaan DSLR itu dengan
betul.Akhirnya,beliau pun bersetuju.
Saiful Nang memperuntukkan waktu sebulan untuk jadikan kamera pinjam itu sehingga
mampu menjadi kamera sendiri. Semua ruang iklan percuma beliau manfaatkan termasuk
hari-hari meletakkan status mesej Yahoo Messenger dan spam senarai rakan di Yahoo
Messenger dengan tawaran pakej fotografi perkahwinan.Ia bertujuan sebagai teknik
penjenamaan.

5.0 Cabaran dalam Perniagaan

Antara cabaran yang dihadapi oleh Saiful Nang sepanjang beliau bertapak dalam
industri fotografi ialah pada awalnya beliau tiada mempunyai sebarang kemahiran dalam
bidang fotografi.Ia juga mengalami masalah kewangan sehinggakan beliau cuma
mempunyai wang saku bernilai RM90.Beliau juga kehilangan saham syarikat akibat
dikhianat oleh rakan kongsi saham dengan menggugurkan beliau sebagai rakan kongsi
saham.
Selain itu,semasa beliau mula menceburi bidang fotografi dia mengalami kesukaran
disebabkan tiada pengalaman kerja sebagai jurugambar.Ini menyebabkan pelanggan
kurang yakin dengan hasil kerja beliau.Tambahan lagi, pada waktu itu beliau kekurangan
alat kelengkapan fotografi seperti kamera dan lain-lain kelengkapan yang diperlukan
menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan pelanggan.Sehinggalah pada suatu
hari,seorang pelanggan pertama beliau yang bernama Lenny Sunatri bt. Sauji,dia sanggup
membayar lebih RM1000 untuk majlis perkahwinannya. Tetapi, majlis perkahwinan yang
Lenny tempah pada bulan Ogos 2004 itu adalah untuk majlis pada Disember 2004. Deposit
Lenny pun baru RM300, tidak cukup untuk Saiful Nang membeli sebuah kamera sendiri.
Akhirnya,salah seorang dari rakan beliau menjemput Saiful Nang ke majlis perkahwinan
beliau yang berkonsep taman di Putrajaya.Saiful Nang pun ditawarkan perkhidmatan
percuma.Selesai majlis,Saiful Nang pun meminta izin kepada rakan beliau untuk
menggunakan gambar tersebut sebagai gambar promosi beliau.Itulah ketika di mana saya
mula mengambil foto tanpa mengikut skrip biasa foto-foto perkahwinan tempatan ketika itu.
Pendekatan santai dan bersahaja termasuk gambar berkumpulan sekali.

6.0 Kelebihan dan Kelemahan dalam Perniagaan

Saiful Nang berkata jika ingin menjadi seorang usahawan fotografi yang berjaya seseorang
itu patut mempunyai minat dan matlamat semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Jikalau
seseorang itu mempunyai modal tetapi senang berputus-asa, urusan perniagaan seseorang
itu hanya akan mengalami kerugian ataupun keuntungan kecil sahaja. Oleh itu, beliau acap
kali memberikan motivasi kepada dirinya supaya sentiasa rajin bekerja dan memberikan
usaha sebanyak 200% dalam menguruskan Saiful Nang Academy. Beliau percaya bahawa
sesuatu perniagaan itu tidak akan datang sendiri tetapi inilah merupakan peranan beliau
untuk menarik pelanggan agar terus menggunakan perkhidmatan fotografi beliau.Selain itu,
beliau mempunyai hati yang baik dan pemikiran positif tentang fotografi ini bukan semata-
mata untuk kekayaan tetapi hasil keuntungan berlebihan ini akan didermakan kepada
kebajikan agar mampu membantu masyarakat yang mengalami kesempitan hidup. Encik
Saiful Nang turut membuat komen terhadap kelemahannya sepanjang beliau menceburi
bidang fotografi.Salah satu kelemahannya ialah beliau mengalami kekurangan modal serta
kekurangan peralatan seperti kamera dan lain-lain.

7.0 Anugerah/Pencapaian yang pernah dikecapi oleh Usawahan

Antara anugerah dan pencapaian yang diterima oleh Saiful Nang ialah ;
 Malaysia Photography Legend,Dokumentari “Di Sebalik Nama”,RTM (National TV)
 Top Finalist Malaysian Achievement Award 2012
 Top 10 of Malaysia 2011 Magazine – Young & Successful Icon
 Dokumentari “The Entrepreneur” oleh Astro Awani,2011
 Most Outstanding Youth 2010 – Asian Youth Ambassador Award
 International Judge for Reality TV program THE BIG SHOT ASIA,Mediacorp 2010
 20 Most Successful Creative Entrepreneur – Dewan Ekonomi 2009
 Metz Vision Partner (Ambassador)
 Peak Design (USA) Product Ambassador for Malaysia
 Official Royal Potrait Photographer of KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V,Sultan
Kelantan Darul Naim.
 Official Royal Potrait Photographer of KDYMM Tengku Dr.Muhammad Faiz
Petra,Kelantan Regeant.
 Royal Photographer for the Sultan of Brunei Darussalam.
 Signature Photographers (Malaysia Top 7 Photographers)
 First Malay to be conferred Mastership from MPA (UK),2009
 Certified Professional Photographer,WPPM / WPPAsia.
 Winner of Canon PhotoMarathon 2007
 100 Tokoh English Collage (EC) 2014 sempena perayaan 100 tahun EC,Johor
Bahru.

You might also like