You are on page 1of 1

Joel Neoh

Joel Neoh Eu adalah salah seorang usahawan, penceramah, dan pelabur yang berjaya di
Malaysia. Beliau merupakan pengasas Groupon Malaysia dan sebagai timbalan presiden bahagian
antarangsa bagi Groupon Asia Pacific. Beliau seorang pemimpin yang berkarisma semasa
berkhidmat di Groupon Asia Pacific. Pada tahun 2015 pula, beliau mengasaskan KFit, sebuah
platform kecergasan yang menghubungkan pengguna dan perniagaan kecergasan di bandar-bandar
utama di seluruh Asia Pasifik. KFit menawarkan pelbagai kelas dan aktiviti kepada pengguna
dengan pembayaran mudah keahlian bulanan. Beliau sentiasa memikirkan tentang bagaimana untuk
membuat kerja lebih bijak dan juga sentiasa akan mencipta teknik dan produk baharu.
Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Asia Pasifik di Groupon dari tahun 2013
hingga 2015, beliau bertanggungjawab dalam mewujudkan model perniagaan yang dinamik. Joel
Neoh percaya bahawa kepentingan mewujudkan budaya kerja bertaraf dunia untuk memberi
inspirasi kepada pekerja. Beliau mempunyai keupayaan memberi inspirasi kepada pasukan pekerja
supaya sentiasa peka dengan perubahan persekitaran bagi mencapai matlamat syarikat. Beliau juga
mempunyai pandangan yang jelas mengenai apa yang sedang berlaku dalam industri dan sentiasa
berkongsi matlamat yang hendak dituju bersama subordinatnya. Di bawah kepimpinannya, Groupon
Malaysia telah dinamakan “WorldBlu Most Democratic Workplace” pada tahun 2013. Joel juga
seringkali ditemuduga oleh beberapa media seperti The Star, The Sun Daily dan Asia Tatler tentang
model perniagaan yang diaplikasikan. Beliau juga merupakan penceramah dalam forum-forum “The
London Speaker Bureau” dan “Asian Business Angel Forum”. Joel Neoh merupakan ahli lembaga
pengarah kepada Monash School of Business dan AIESEC, sebuah organisasi persatuan pelajar
terbesar di dunia. Beliau juga melibatkan diri dalam acara amal yang diadakan oleh pihak-pihak
NGO seperti “Malaysian Aids Foundation Charity Show, Tsunami Charity Event dan The Force of
Nature Aid Foundation”.
Semasa Joel Neoh memimpin syarikat KFit pada tahun 2015, beliau mendapat sokongan
daripada beberapa pelabur seperti 500 Startups, SXE Ventures and Founders Global; Daniel Shin,
pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiket Monster Inc .; dan Danny Yeung, bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Groupon Hong Kong. Dengan itu, KFit sentiasa mengumpulkan pasukan pengurusan yang
berpengalaman dengan kepakaran dalam industri IT dan kecergasan untuk penambahbaikan kepada
sistem yang sedia ada. Joel Neoh berpendapat “kita hidup hanyalah sekali”, dengan itu seseorang itu
mestilah sentiasa proaktif dan sentiasa bersedia untuk menerima segala perubahan yang berlaku.
Dipetik dari: https://my.asiatatler.com dan https://www.thestar.com.my
Berdasarkan kes di atas,
i. Jelaskan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh En Joel Neoh. [8]
(kepimpinan berwawasan, kepimpinan karismatik)
ii. Jelaskan peranan pengurus En Joel Neoh. [22]
(jurucakap, ketua, orang terpenting, usahawan, penghubung)

* Cari huraian dan kaitan kes

You might also like