You are on page 1of 37

KERTAS KONSEP:

KERJAYA KEUSAHAWANAN : KEINGINAN UNTUK


MEMBUKA PERNIAGAAN DAN KEJAYAAN USAHAWAN

PENSYARAH: PROF. DR ZAMRI MAHAMOD


DISEDIAKAN OLEH: NOOR ROSIDAH BINTI MOHD ISMAIL (P130713)
FAKULTI PENDIDIKAN UKM
KANDUNGAN
• Abstrak
• 1.0 Pengenalan
• 2.0 Tujuan
i. Faktor Keinginan Kepada Kerjaya Keusahawanan iaitu Sikap dan Tingkah Laku,
Pendidikan Keusahawanan dan Kemahiran Keusahawanan.
ii. Kesan Faktor-faktor Tersebut Terhadap Keinginan untuk Membuka Perniagaan dan Kejayaan Usahawan
• 3.0 Pernyataan Masalah
• 4.0 Definisi
i. Sikap dan Tingkah Laku
ii. Pendidikan Keusahawanan
iii. Kemahiran Keusahawanan
• 5.0 Teori Berkaitan
• 6.0 Tinjauan Literatur
• 7.0 Kesan Faktor Tersebut Terhadap Keinginan untuk Membuka Perniagaan dan Kejayaan Usahawan
• 8.0 Cadangan
i. Pihak Sekolah
ii. Institusi Pengajian Tinggi
iii. Agensi Kerajaan dan Swasta
• 9.0 Kesimpulan
ABSTRAK
Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang tidak asing lagi dalam masyarakat dan dilihat semakin mapan di Malaysia. Kerjaya
sebagai usahawan telah menjadi antara salah satu pilihan kerjaya yang semakin popular dalam kalangan golongan muda masa kini.
Seringkali dipaparkan tentang kisah kejayaan usahawan muda di media massa. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan faktor-
faktor pendorong kepada keinginan individu terhadap kerjaya keusahawanan iaitu sikap dan tingkah laku, pendidikan keusahawanan dan
kemahiran keusahawanan serta melihat kesan faktor-faktor tersebut terhadap keinginan untuk membuka perniagaan dan kejayaan
usahawan. Ini seterusnya akan dapat membantu pihak-pihak berkaitan seperti pihak sekolah, pihak institusi pengajian tinggi, agensi
kerajaan dan swasta dalam memberi sokongan, merangka aktiviti dan merancang program yang lebih sistematik agar potensi individu
terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan akan lebih terserlah dan lebih ramai lagi usahawan berjaya dapat dilahirkan.
Kata kunci: Keinginan kerjaya keusahawanan, sikap dan tingkah laku, kemahiran keusahawanan, pendidikan keusahawanan dan tekad
membuka perniagaan dan kejayaan usahawan
1.0 PENGENALAN

 Perniagaan dan keusahawanan merupakan satu bidang yang boleh menjana pendapatan kepada seseorang individu dan isi
rumah. Kewujudan ramai usahawan muda pada masa kini bukan lagi suatu perkara asing.

 Bidang ini dilihat berupaya untuk menangani masalah pengangguran tenaga kerja dan masalah bebanan kos kehidupan
yang semakin meningkat.

 Aktiviti perniagaan dan keusahawanan juga boleh menjadi satu agen perubahan kepada peningkatan ekonomi sesebuah
negara.

 Pendedahan awal berkaitan sesuatu bidang kerjaya kepada para pelajar dapat merangsang minat pelajar untuk memilih
kerjaya tersebut sebagai bidang kerjaya. Penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan memberi nilai tambah kepada
ilmu keusahawanan yang diperolehi daripada mata pelajaran atau kursus keusahawanan yang pelajar pelajari.
1.0 PENGENALAN

 Satu dasar berkaitan keusahawanan juga telah diperkenalkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11
Julai 2019 iaitu Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

 Melalui dasar ini, ekosistem keusahawanan yang kondusif akan dapat diwujudkan dan seterusnya akan
membawa kepada pembudayaan aktiviti keusahawanan di negara ini selain menjadi pemangkin kepada
usahawan untuk terus maju ke hadapan.
2.0 TUJUAN

Kejayaan seseorang usahawan bermula daripada proses pembinaan diri usahawan itu untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Seterusnya usahawan akan mula mempersiapkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan. Pembinaan kekuatan
diri usahawan serta penambahan ilmu pengetahuan tersebut perlu dilakukan secara berterusan. Kerjaya sebagai seorang
usahawan memerlukan personaliti seseorang individu yang berkeperibadian, mempunyai kekuatan diri dan mempunyai
kelebihan menjadi seorang usahawan. Justeru, kertas konsep ini disediakan bertujuan untuk membincangkan:

i. Faktor-faktor pendorong kepada keinginan kerjaya keusahawanan iaitu sikap dan tingkah laku, pendidikan keusahawanan
dan kemahiran keusahawanan.

ii. Kesan faktor sikap dan tingkah laku, pendidikan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan terhadap keinginan untuk
membuka perniagaan dan kejayaan usahawan.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
• Yusof (2000) melalui kajian Nasihah, Radin Siti Aishah & Norasmah (2018) mengatakan bahawa seseorang individu perlu
memiliki kemahiran tertentu jika ingin menceburi bidang keusahawanan. Kemahiran sangat penting bagi individu untuk
mengendalikan aktiviti keusahawanan. Pemilihan kerjaya yang bertepatan boleh mempengaruhi kejayaan individu dalam
bidang kerjaya yang diceburinya.

• Menurut Nursyafiqah et al. (2018) melalui Fadilla & Norasmah (2020) mengatakan bahawa tahap pengetahuan yang
sederhana terhadap sesuatu bidang kerjaya adalah disebabkan oleh maklumat yang tidak jelas dan keraguan dalam
pemilihan kerjaya. Ini bermaksud tahap pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan mampu membantu individu untuk
berkeinginan memilih kerjaya keusahawanan.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
• Hasan et al. (2017) melalui kajian Noorizda Emellia, Norazman, Maryam, Mohd Rafi & Anis Amira (2018) mengatakan
bahawa, untuk berjaya mencapai sosioekonomi yang baik dan pembangunan yang mampan, pendidikan keusahawanan
penting untuk dikuasai. Hal ini kerana keusahawanan adalah merupakan gabungan antara tindakan, ketekunan, komitmen,
inisiatif dan usaha yang kreatif dalam melaksanakan aktiviti yang produktif.

• Berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas menunjukkan keinginan kepada kerjaya keusahawanan serta kejayaan seseorang
usahawan didokong oleh faktor-faktor tertentu. Justeru, perbincangan berkaitan faktor-faktor tersebut perlu diperhalusi
bagi melihat sejauh mana ia berhubungan dan memberi kesan terhadap keinginan seseorang individu untuk membuka
perniagaan dan juga kesan terhadap kejayaan seseorang usahawan.
4.0 DEFINISI
4.1 Keinginan Terhadap Kerjaya Keusahawanan
• Keinginan merupakan apa-apa yg diingini atau diinginkan oleh seseorang individu, kehendak dan kemahuan
seseorang individu. Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang individu dari sudut pekerjaan.
Manakala keusahawanan pula ditakrifkan sebagai segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan
kemahiran usahawan (Dewan Bahasa & Pustaka, 2017).

• Keinginan keusahawanan berkaitan dengan kecenderungan individu untuk bekerja sendiri atau memiliki
perniagaan sendiri. Individu terdorong untuk mengetahui, memahami dan mengalami sendiri bagaimana aktiviti
perniagaan itu dijalankan.(Aiman Hazim Roosli & Nor Aishah Buang, 2021).
4.0 DEFINISI
4.2 Sikap dan Tingkah Laku Keusahawanan
• Sikap merupakan perangai, akhlak dan tingkah laku individu. Tingkah laku pula merujuk kepada semua
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. (Dewan Bahasa & Pustaka, 2017).
• Sikap seseorang merupakan terjemahan berdasarkan daripada hatinya dan kadangkala emosi seseorang boleh
digambarkan melalui sikap. Perubahan boleh terjadi terhadap sikap seseorang individu.
• Qadasi (2021) dalam kajian Nishanti & Radin Siti Aishah (2022) mengatakan bahawa sikap keusahawanan yang
positif dalam kalangan pelajar dapat meningkatkan keinginan mereka terhadap kerjaya keusahawanan.
4.0 DEFINISI

4.3 Pendidikan Keusahawanan

• Kerjaya sebagai usahawan memerlukan individu berilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Pengetahuan seperti menguruskan perniagaan, undang-undang perniagaan, pengurusan kewangan dan sebagainya
merupakan antara ilmu yang perlu dikuasai oleh usahawan.

• Menurut Tingey, L et al. (2016) dalam kajian Noorizda Emellia et al. (2018) mengatakan bahawa, pembangunan golongan
muda untuk mendapatkan kemahiran dalam kehidupan dapat dipupuk melalui pendidikan keusahawanan yang ada
ditawarkan melalui pendidikan di sekolah.

• Menurut Li (2011) melalui kajian Nurzulaikha & Noor Aslinda (2021) mengatakan bahawa pendidikan keusahawanan
merupakan satu instrumen utama untuk meningkatkan sikap keusahawanan bagi invididu yang berpotensi untuk
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
4.0 DEFINISI
4.4 Kemahiran Keusahawanan

• Kemahiran boleh diertikan sebagai kecekapan diri seseorang individu. Keusahawanan pula adalah aktiviti
mewujudkan satu perniagaan atau membina perniagaan sedia ada/semasa dan seterusnya berusaha meningkatkan
perniagaan tersebut supaya dapat menjana keuntungan. (Dewan Bahasa & Pustaka, 2017).

• Oleh itu kemahiran keusahawanan boleh disimpulkan sebagai usaha meneroka peluang dan membangunkan
kesedaran terhadap risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan berdasarkan
kepada minat dan keupayaan individu tersebut (Esmalaily & Norasmah, 2019).
5.0 TEORI
• Teori yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya ialah Teori Pemilihan Kerjaya Holland (1973).
• Menurut Teori Holland (1973) terdapat enam jenis personaliti individu dan persekitaran yang
dapat membentuk tingkah laku individu iaitu keusahawanan, konvensional, realistik, sosial,
artistik dan investigatif.
• Teori ini dapat membantu pelajar mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, pencapaian
individu, nilai dan minat pelajar untuk mencari kerjaya yang bersesuaian dengan mereka.
• Individu yang mempunyai personaliti keusahawanan dapat membentuk gaya tingkah laku
keusahawanan yang baik.
5.0 TEORI
• Personaliti individu dipercayai dapat membentuk gaya tingkah laku seseorang. Persekitaran kerja
dan interaksi antara personaliti dapat menentukan tingkah laku individu.
• Melalui kajian Nur Azeera & Mohd Izwan (2022), mengatakan bahawa individu menyukai
persekitaran kerja yang mana terdapat personaliti individu yang sama seperti mereka. Hal ini akan
dapat mewujudkan keserasian, kestabilan, meningkatkan kepuasan kerja dan prestasi individu
tersebut.
6.0 TINJAUAN LITERATUR

• Kajian Aiman Hazim & Nor Aishah (2021) bertajuk “Tahap Keinginan Keusahawanan di Institut
Pengajian Tinggi Swasta: Perspektif di Malaysia” mendapati bahawa keinginan keusahawanan
pada tahap yang tinggi wujud pada sebahagian resonden yang dikaji.
• Hasil dapatan kajian Rosna & Norasmah (2018) dan Aiman Hazim & Nor Aishah (2021) pula selari
mendapati bahawa keinginan keusahawanan pelajar berada pada tahap yang tinggi.
• Ini menunjukkan bahawa keinginan untuk membina kerjaya dalam bidang keusahawanan wujud
dalam kalangan pelajar. Namun, apakah yang mendorong kepada keinginan tersebut ?
• Menurut Capelleras et al. (2019) melalui kajian Nishanti & Radin Siti Aishah (2022) mengatakan
bahawa sikap seorang pelajar mempunyai hubungan yang kuat terhadap keinginan keusahawanan.
6.0 TINJAUAN LITERATUR
• Hal ini selari dengan hasil kajian Nishanti & Radin Siti Aishah (2022) yang mendapati tahap sikap
dan keinginan keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini juga sama
dengan Lim Siok Ling, Sheerad & Norasmah (2022) yang menunjukkan sikap seseorang individu
berhubungan yang signifikan terhadap keinginan keusahawanan.
• Zainol et al. (2018) melalui kajian Lim Siok Ling et al. (2022) mengatakan bahawa, dalam
pemilihan kerjaya keusahawanan, faktor tingkah laku adalah sama pentingnya dengan faktor sikap.
• Kajian Nurul Jasmin & Noor Aslinda (2020) pula mendapati, terdapat hubungan yang signifikan
antara sikap terhadap norma subjektif, tingkah laku dan kawalan tingkah laku terhadap niat
keusahawanan.
• Dapatan kajian Nurzulaikha & Noor Aslinda (2021) mendapati bahawa faktor sokongan
pendidikan iaitu faktor kokurikulum, kurikulum dan pedagogi menunjukkan hubungan yang
signifikan dengan minat pelajar dalam bidang keusahawanan.
6.0 TINJAUAN LITERATUR
• Kajian Nasihah Sulaiman et al. (2018) di sekolah menengah daerah Sabak Bernam mendapati
bahawa wujud hubungan yang selari antara penerapan kemahiran keusahawanan di sekolah
dengan keinginan pelajar kepada kerjaya keusahawanan.
• Hasil daripada kajian-kajian ini jelas mendapati bahawa keputusan seseorang untuk memilih
bidang keusahawanan dan faktor yang mendorong seseorang untuk menentukan kejayaan dalam
sesuatu bidang itu dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pendidikan berkaitan
keusahawanan.
• Keinginan keusahawanan yang tinggi dalam diri individu membolehkan individu itu mampu
menghadapi segala cabaran dan rintangan yang wujud dalam usaha membangunkan sesebuah
perniagaan.
7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

7.1 Terhadap Keinginan untuk Membuka Perniagaan


7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

7.1 Terhadap Keinginan untuk Membuka Perniagaan

• Kajian Noor Aznaim, Muhammad Syahruldeen, Zainur, Mohamad Afandi & Muhamad Hasif
(2021) berkaitan nilai-nilai keusahawanan mahasiswa terhadap keinginan untuk membuka
perniagaan telah mendapati bahawa keyakinan diri pelajar untuk membuka perniagaan meningkat
pada tahap sederhana sekiranya pelajar mempunyai nilai-nilai keusahawanan.
• Nilai-nilai keusahawanan adalah seperti sikap yang positif terhadap bidang keusahawanan.
• Golongan yang berfikiran positif terhadap bidang keusahawanan ini berpendapat bahawa mereka
boleh menggunakan kreativiti dan kemahiran yang ada secara bebas serta akan mendapat kepuasan
dari segi pendapatan yang lumayan.
7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

7.1 Terhadap Keinginan untuk Membuka Perniagaan

• Kajian Noorizda, Wan Nur Afini, Zurairah, Maryam dan Zamry (2019) berkaitan niat
keusahawanan dalam kalangan pelajar wanita mendapati bahawa faktor sikap peribadi, norma
subjektif dan kawalan tingkah laku mempunyai hubungan yang positif terhadap niat keusahawanan
pelajar.
• Dapatan tersebut juga selari dengan kajian daripada Nurul Jasmin & Noor Aslinda (2020). Kajian
mereka yang bertajuk “Kajian Mengenai Niat Keusahawanan Mengikut Teori Tingkah Laku
Terancang” juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sikap terhadap norma
subjektif, tingkah laku dan kawalan tingkah laku terhadap niat keusahawanan pelajar.
7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

7.2 Terhadap Kejayaan Usahawan


• Muhammad Zulhafizi & Zurinah (2021) dalam kajiannya yang bertajuk “Faktor Kejayaan
Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia mendapati,
faktor sikap/minat/kesedaran diri sendiri merupakan faktor utama yang mendorong kepada
kejayaan usahawan muda tersebut berbanding dimensi faktor pendorong lain seperti
modal/dana, kemahiran dan pengetahuan, pemikiran kreatif dan inovatif, persekitaran
perniagaan, pemasaran, serta pengurusan organisasi dan kerjasama jaringan luar.
• Kajian Atikah, Armanurah & Awanis (2020) yang bertajuk “Faktor-faktor Penyumbang kepada
Kejayaan Keusahawanan dalam Kalangan Agropreneur Muda di Malaysia” mendapati faktor
dalaman usahawan seperti nilai keagamaan, cara pemikiran keusahawanan, sikap dan kemahiran
keusahawanan boleh membawa kepada kejayaan keusahawanan.
7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

7.2 Terhadap Kejayaan Usahawan


• Menurut hasil kajian kes Freiling & Laudien (2014) melalui kajian Atikah et al. (2020) mendapati
bahawa antara punca kegagalan usahawan ialah disebabkan kelemahan usahawan dari sudut kemahiran
mengurus, kemahiran dalam jaringan perniagaan dan kurangnya pengetahuan usahawan tentang
pasaran. Selain itu menurut beliau, faktor tiada kemahiran dan kurangnya kecekapan dalam kalangan
pemilik perniagaan atau diri usahawan itu sendiri menyebabkan usahawan gagal dalam perniagaan.
• Maryam, Nur Faizah, Norizda Emillia, Zamry & Zuraidah (2019) dalam kajian yang bertajuk
“Kejayaan Usahawan Melayu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Melaka memfokuskan
kajian untuk mengenal pasti sama ada kejayaan usahawan Melayu IKS dipengaruhi oleh faktor sikap,
pengetahuan dan minat. Hasil kajian beliau mendapati semua faktor mempengaruhi kejayaan usahawan
tersebut namun faktor pengetahuan merupakan faktor yang paling mempengaruhi kejayaan usahawan.
7.0 KESAN FAKTOR SIKAP DAN TINGKAH LAKU, PENDIDIKAN
DAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.

• Hasil tinjauan kajian-kajian yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa sikap dan tingkah laku,
pendidikan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan memberi kesan dan berhubungan dengan
tekad individu untuk membuka perniagaan dan kejayaan seseorang usahawan.
• Sifat dan tingkah laku yang baik adalah cerminan kepada akhlak seseorang. Tingkah laku budaya
keusahawanan yang baik memberi kesan kepada kemajuan dan perkembangan perniagaan
seseorang usahawan (Nurul Nai’mah & Sheerad, 2020). Hal ini seterusnya membawa kepada
peningkatan imej dan prestasi perniagaan.
• Setiap usaha yang dilakukan bagi mencapai matlamat dalam perniagaan perlu sesuai dengan
tingkah laku yang sebenar. Usahawan muslim sebagai contoh seharusnya mengamalkan sifat Nabi
Muhammad S.A.W iaitu siddiq, amanah, siddiq, tadliligh dan fathonah agar berjaya dalam
perniagaan seperti Rasullallah S.A.W.
8.0 CADANGAN
8.1 Pihak Sekolah

i. Menambah baik tahap kemahiran keusahawanan murid sekolah dengan mengadakan bengkel,
aktiviti, program dan kem keusahawanan.

ii. Memberi pendedahan ilmu keusahawanan seperti mengurus perniagaan, memasarkan produk,
mengurus kewangan dan sebagainya melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

iii. Membentuk budaya keusahawanan di kalangan murid sekolah dengan mengadakan lebih banyak
kempen, seminar dan cemarah berkaitan keusahawanan agar sikap positif murid terhadap
keusahawanan akan terus kekal.
8.0 CADANGAN
iv. Melibatkan lebih ramai murid di peringkat sekolah dalam lebih banyak aktiviti keusahawanan
dapat memupuk minat dan keinginan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan perlu
dilaksanakan agar minat dan keinginan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan dapat
dicungkil, dipupuk dan dibina seawal mungkin.

v. Mengadakan pertandingan yang dapat mencungkil bakat murid dalam bidang keusahawanan
seperti reka cipta produk dan sebagainya. Sikap inovatif dan kreatif akan memupuk sikap
keusahawanan yang wujud dari personaliti seseorang individu. Sikap dan tingkah laku ini
disokong pula dengan pendidikan keusahawanan yang diperolehi oleh individu.
8.0 CADANGAN
8.2 Pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

i. Menambah baik kaedah pengajaran dan penilaian modul pembelajaran keusahawanan dari masa ke
semasa agar bersesuaian dengan situasi perniagaan alaf baru.

ii. Memberi lebih banyak pendedahan dan pengalaman tentang peluang perniagaan dengan mengadakan
lawatan sambil belajar supaya minda pelajar lebih terbuka terhadap persekitaran perniagaan semasa.

iii. Mengadakan program kesedaran tentang peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan.
8.0 CADANGAN
iv. Merancang aktiviti dan program keusahawanan dengan lebih teliti dengan membuat kerjasama
dengan agensi luar agar objektif untuk menghasilkan graduan yang mempunyai minda
keusahawanan akan dapat dicapai.

v. Memberi sokongan kepada pelajar dalam aktiviti dan program keusahawanan seperti
menyediakan kemudahan untuk memulakan perniagaan, modal permulaan, khidmat nasihat
berkaitan perniagaan dan sebagainya agar pelajar akan lebih bersemangat dan positif dalam
bidang keusahawanan ini.
8.0 CADANGAN
8.3 Pihak Kerajaan dan Swasta.

i. Menyediakan latihan dan kursus keusahawanan kepada golongan muda secara percuma
sebagai tanda sokongan dalam usaha kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan dalam negara.

ii. Memudahkan urusan pembiayaan modal awal perniagaan kepada golongan muda agar minat
dan semangat mereka untuk memulakan perniagaan dapat diteruskan.
8.0 CADANGAN
iii. Pihak kerajaan perlu membuat kempen penerapan nilai-nilai budaya Islam dan Kaizen Jepun.
Unsur-unsur positif yang terdapat dalam nilai budaya Islam dan Kaizen dapat meningkatkan
prestasi perniagaan usahawan.

iv. Menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang agropreneur memandangkan
permintaan dunia dalam bidang ini semakin mendapat perhatian.
8.0 CADANGAN
v. Institusi Zakat di negara ini perlu lebih berperanan dalam memberi bimbingan kepada golongan
asnaf muda yang mempunyai keinginan memulakan perniagaan. Selain bantuan modal, bantuan
khidnat nasihat dan bimbingan berkaitan pengurusan perniagaan penting agar kelompok ini terus
berdaya saing.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor sikap dan tingkah laku, pendidikan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan
menjadi pendorong kepada keinginan seseorang individu terhadap kerjaya keusahawanan dan turut
berhubungan dengan kejayaan seseorang usahawan. Oleh itu, potensi diri individu dalam bidang
keusahawanan perlu sentiasa terus dikembangkan melalui sokongan dari pelbagai pihak. Graduan dan
bakal graduan perlu meneroka dengan lebih luas bidang keusahawanan ini supaya mentaliti berkerja
makan gaji dapat diubah selain dapat mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan. Dengan
itu, bidang keusahawanan akan menjadi satu bidang kerjaya pilihan dan seterusnya dapat membantu
ekonomi negara untuk terus maju dan berkembang.
RUJUKAN
Aiman Hazim Roosli & Nor Aishah Buang. 2021. Tahap keinginan keusahawanan di Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS): Perspektif di Malaysia. Jurnal Dunia Perniagaan, 3(2): 1-6. Diakses dari:
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn/article/view/14048 (29 April 2023)
Atikah Nor Johari, Armanurah Mohamad & Awanis Ku Ishak. 2020. Faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan
keusahawanan dalam kalangan agropreneur muda di Malaysia: Satu kajian rangka kerja konseptual.
International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 3(10): 82-96. Diakses dari:
http://www.ijemp.com/PDF/IJEMP-2020-10-06-07.pdf (7 Mei 2023)
Dewan Bahasa & Pustaka, 2017. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Diakses di:
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online. (7 Mei 2023).
RUJUKAN
Esmalaily Muhamad Akhsan & Norasmah Othman. 2019. Hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan tekad
keusahawanan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). International
Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31): 305-317. Diakses dari:
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-31-06-27.pdf (29 April 2023)
Fadilla Che Faizu & Norasmah Othman. 2020. Tahap pengetahuan asas keusahawanan terhadap keinginan memilih
kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar kelas aliran agama. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2): 240-254.
Diakses dari: https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/10337 (29 April 2023)
RUJUKAN
Lim Siok Ling, Sheerad Sahid & Norasmah Othman. 2022. Hubungan sikap dan singkah saku keusahawanan
terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, 7(3): 2504-8562. Diakses dari:
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1345 (29 April 2023)
Maryam Mohd Esa, Nur Faizah Nur Fazil, Norizda Emillia Mohd Aziz, Zamry Gafar & Zuraidah Jais. 2019.
Kejayaan usahawan melayu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Melaka. Jurnal Inovasi
Perniagaan, 4(2): 10-21. Diakses dari:
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JBI/article/viewFile/556/465 (30 April 2023)
RUJUKAN
Nasihah Sulaiman, Radin Siti Aishah Radin A.Rahman & Norasmah Othman. 2018. Hubungan antara kemahiran
keusahawanan dan keinginan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
International Journal of Education, Psychology and Caunceling, 3(21): 40-50. Diakses dari:
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2018-21-12-04.pdf (29 April 2023)
Nishanti Hari Chandra Rao & Radin Siti Aishah Radin A. Rahman. 2022. Pengaruh sikap dan kemahiran
keusahawanan terhadap keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11): 2504-8562. Diakses dari:
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1909 (29 April 2023)
RUJUKAN
Nurul Jasmin Ramli & Noor Aslinda Abu Seman. 2020. Kajian mengenai niat keusahawanan mengikut teori
tingkah laku terancang. Management of Technology and Business, 1 (1): 984–998. Diakses dari :
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/548 (30 April 2023)
Nurul Nai’mah & Sheerad Sahid. 2020. Penerapan tingkah laku budaya keusahawanan Islam dan budaya Kaizen
Jepun dalam meningkatkan prestasi perniagaan usahawan bumiputera. Conference Proceeding of The
international Conference of Future Education and Advances. hlm.167-172. Diakses di:
https://www.researchgate.net (1 Mei 2023).
RUJUKAN
Nurzulaikha Amran & Noor Aslinda Abu Seman. 2021. Hubungan antara faktor sokongan pendidikan dan minat
pelajar dalam bidang keusahawanan. Management of Technology and Business, 2 (1): 1499–1508. Diakses
dari: https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/1874 (30 April 2023)
Noorizda Emellia Mohd Aziz, Norazman Harun, Maryam Mohd Esa, Mohd Rafi Yaacob & Anis Amira Ab.
Rahman. 2018. Pendidikan keusahawan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan usahawan
berjaya di Malaysia. Journal of Business Innovation, 3(1): 73-85. Diakses dari:
http://kuim.edu.my/journal/index.php/JBI/article/view/431 (29 April 2023)

You might also like