You are on page 1of 3

ISU DAN CABARAN

1. Kajian ilmiah yang dilakukan tidak memberikan fokus kepada sasaran dan strategi yang
boleh digunakan untuk membina sifat keusahawanan.
Banyak kajian ilmiah di buat untuk mengkaji EMK-Keusahawanan yang dilaksanakan di
institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Namun begitu, Kajian-kajian yang telah wujud
adalah kurang memberikan fokus kepada sasaran dan strategi yang boleh digunakan untuk
membina sifat ataupun atribut keusahawanan dalam diri pelajar. Sebaliknya, kajian-kajian
lalu tersebut lebih memberikan fokus kepada pendidikan yang lebih tinggi sahaja sedangkan
sifat keusahawanan sebetulnya perlulah dipupuk daripada akar umbi lagi. Kolej vokasional
terutamanya telah membuat pembangunan untuk memupuk atribut keusahawanan dalam diri
pelajar mereka. Namun begitu, pihak vokasional tetap membuat kajian dalam konteks
pendidikan yang lebih tinggi sahaja. Pengkaji di negara ini seharusnya membuat kajian yang
lebih banyak untuk mengenalpasti strategi yang boleh digunakan pada peringkat vokasional
dan peringkat rendah agar para pendidik di peringkat tersebut tidak menghadapi cabaran yang
terlalu besar dalam memupuk sifat keusahawanan dalam diri pelajar mereka.

2. kekeliruan pelajar
Institusi pendidikan semestinya menekankan perkembangan dan kejayaan dari segi akademik
melebihi kejayaan murid dalam bidang lain. Dari sekolah rendah lagi kebanyakan pelajar di
beritahu oleh guru mahupun ibu bapa bahawa kejayaan dalam bidang akademik adalah
segala-galanya untuk mereka. Namun begitu, apabila wujud campur aduk keusahawananan
dalam bidang pendidikan, murid menjadi keliru. Mereka perlu benar-benar memfokuskan
kepada bidang keusahawanan ini ataupun mereka perlu menyelesaikan tugas keusahawanan
demi memenuhi tuntutan mendapat mata terbaik dalam pencapaian akademik. Jika niat
mereka adalah untuk mendapat mata terbaik dalam bidang akademik sahaja, mereka akan
sukar untuk menghayati ilmu keusahawanan dengan lebih dalam. Asbab daripada terjadinya
hal tersebut adalah hasrat untuk menghasilkan usahawan baharu adalah sukar untuk dijadikan
kenyataan. Tambahan pula, pembangunan eksistem yang kondusif dan dinamik bidang
keusahawanan dalam pendidikan adalah mengambil masa yang begitu lama dan sukar kerana
memerlukan sokongan polisis yang mantap daripada pembuat polisi. Pelajar akan lebih keliru
apabila mempunyai ekosistem yang kurang membina.

3. Faktor personaliti keusahawanan pada tahap sederhana dalam diri pelajar


Pelajar sekolah menengah di Malaysia mempunyai personality keusahawanan pada tahap
yang sederhana. Hal ini dikatakan demikian kerana motivasi mereka untuk mencapai
keajayaan dan kesanggupan untuk mengambil risiko tidak berada pada tahap yang tinggi. Hal
ini adalah disebabkan oleh berlakunya kekurangan modal, kepakaran dan keyakinan dalam
diri pelajar. Perkara sampingan seperti ini telah menyebabkan murid kurang bermotivasi
untuk menceburi bidang keusahawanan. Motivasi yang sederhana ini menjadikan mereka
kurang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam bidang ini. Selain itu, faktor personaliti
dan motivasi yang sederhana membuatkan pelajar lebih cepat berputus asa apabila
menghadapi masalah dalam bidang keusahawanan yang mereka ceburi. Bagi melahirkan
murid yang lebih kental jiwanya dalam bidang ini, motivasi mereka juga perlu ditingkatkan
supaya mereka lebih bersedia dengan bidang keusahawanan yang penuh pancaroba.

4. Keusahawanan tidak dilihat sebagai kerjata pilihan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Masyarakat di Malaysia tidak memandang terlalu tinggi kegiatan keusahawananan. Mereka
malahan tidak menganggap keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan. Perkara ini
adalah sangan berbeza jika dibandingkan dengan Singapura. Mereka menganggap
keusahawanan sebagai salah satu kerjaya yang sangat menguntungkan di negara mereka. Hal
ini dikatakan demikian kerana, di negara Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang
dianggap lebih menarik ditawarkan. Pekerjaan-pekerjaan tersebut juga mempunyai skim gaji
yang menarik. Oleh itu, kadar pemilikan perniagaan baharu di Malaysia adalah masih pada
kadar yang rendah. Masyarakat Malaysia lebih gemar untuk memilih mendapat pendapatan
yang stabil melalui pekerjaan makan gaji berbanding harus menghadapi naik turun sebuah
perniagaan usaha sendiri. Kadar kecenderungan menyertai aktiviti keusahawanan adalah
menurun disebabkan hal tersebut. Keusahawanan akan bertambah apabila penawaran bidang
pekerjaan lain telah menurun pada suatu hari nanti kerana golongan muda terpaksa mencari
cara untuk meneruskan kelangsungan kerjaya mereka dengan cara menceburi bidang
keusahawanan.

CADANGAN
1. Semua pihak berusaha menghasilkan atribut keusahawanan dalam diri pelajar
Sebelum menyertai atribut keusahawanan, seorang murid perlu tahu dan mempunyai atribut
keusahawanan yang efektif dan efisyen. Oleh itu, dalam bidang pendidikan dan latihan
vokasional haruslah berjaya mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan
yang berjaya sama ada dari segi tingkah laku keusahawanan, pemikiran keusahawanan dan
keinginan dalam diri mereka untuk mejadi seorang usahawan. Kadangkala seorang usahawan
bukan dilahirkan secara semula jadi. Namun begitu, ciri keusahawanan dalam diri seseorang
tersebut boleh dilatin. Buktinya, daripada Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen dan
Fishbein telah digunakan untuk memahami sikap, pemikiran dan tingkah laku keusahawanan
dalam kalangan pelajar dan menerangkan sejauhmanakah telah dapat membentuk keinginan
pelajar terhadap keusahawanan. Tingkah laku terancang menerangkan bahawa tindakan yang
bersesuaian akan terbentuk sekiranya individu tersebut percaya dan ada keinginan terhadap
sesuatu perkara. Oleh itu, pemerkasaan pelaksanaan EMK-Keusahawanan boleh dilaksanakan
dengan memupuk sifat ataupun atribut keusahawanan dalam diri pelajar.

2. Melaksanakan kerjasama dengan ibu bapa


Semua perkara yang melibatkan pelajar perlulah dilaksanakan dengan bekerjasama dengan
ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa mempunyai pengaruh yang lebih besar
daripada guru untuk memupuk sifat keusahawanan dalam diri para pelajar. Kajian yang
dilaksanakan oleh ( ) mendapati bahawa ibu bapa ahli kelab keusahawanan menjadi model
peranan yang sangat berpengaruh untuk merangsang kecenderungan anak-anak mereka untuk
menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, terbukti bahawa ibu bapa boleh menjadi agen
pengubah minda dan pemikiran anak-anak terhadap sesuatu bidang terutamanya bidang
keusahawanan. Latar belakang ibu bapa yang mempunyai sejarah sebagai seorang usahawan
atau sedang menceburi bidang keusahawanan akan lebih mengaruh pelajar untuk menceburi
bidang yang sama. Kebanyakan anak-anak kepada usahawan akan cenderung untuk
menceburi bidang keusahawanan juga. Oleh itu, ibu bapa merupakan role model kepada
anak-anak masing-masing.

3. menubuhkan kelab keusahawanan sekolah yang lebih berfokus.


Pada masa kini, tidak dinafikan bahawa banyak institusi pendidikan telah mempunyai kelab
keusahawanan mereka sendiri. Namun begitu, kelab ini boleh dijadukan modus operandi
untuk memperkasakan lagi EMK-Keusahawanan apabila kelab ini mempunyai fokus yang
lebih jelas. Bukan setakat untuk memenuhi markah kokurikulum pelajar semata-mata. Kelab
ini mestilah memberikan fokus kepada pendedahan awal terlebih dahulu kepada kesemua
pelajar ataupun ahli dalam kelab tersebut untuk membantu mereka mengenal dunia
keusahawanan sebenar dan membantu negara kita, Malaysia mewujudkan masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputera. Namun begitu, pelajar sekolah menengah
menjadi sasaran kerana mereka adalah golongan remaja. Mereka terasing daripada proses
sosial yang menyebabkan mereka mudah dipujuk, terjebak dan menjadi mangsa dalam
pelbagai masalah. Jika mereka di ajak untuk menceburi bidang keusahawanan, masalah sosial
akan dapat dikurangkan dan boleh mewujudkan para remaja yang mampu menjadi asset
beharga untuk negara.

4. Menggunakan peta pemikiran beroda.


Peta pemikiran beroda adalah digunakan sebagai alat berfikir yang dapat meningkatkan
kebolehan kognitif seseorang untuk memahami, menganalisis, menyelesaikan masalah dan
menzahirkan maklumat yang ada dalam bentuk visual. Oleh itu, peta pemikiran beroda
mampu membantu pelajar untuk memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari jalan
penyelesaian untuk masalah. Peta ini dibahaginakan kepada lima peringkat roda. Yang
pertama adalah peringkat pemerhatian. Peringkat kedua adalah peringkat idea baharu.
Perigkat ketiga adalah peringkat inivasi. Peringkat keempat pula adalah peringkat kreativiti
dan peringkat terakhir, peringkat kelima pula merupakan peringkat nilai. Peta Pemikiran
Beroda ini sesuai digunapakai untuk memperkasakan EMK-Keusahawanan kerana setiap
peringkat yang ada dalam peta pemikiran ini mempunyai kaitan dengan proses proses
seseorang menjadi seorang usahawan dan apabila menghadapi masalah, peta pemikiran ini
merangsang kognitif mereka untuk memahami masalah, menganalisis masalah usahawan
tersebut, menyelesaikan masalah mereka secara betul dan mampu membantu usahawan
menzahirkan maklumat dalam bentuk visual. Perkara ini sangat membantu pendidikan
keusahawanan yang masih berada pada peringkat awal ataupun asas bagi melatih jiwa
keusahawanan mereka sekaligus mampu membantu mereka beradaptasi dengan bidang
keusahawanan

You might also like