You are on page 1of 42

BAB 1: PENGENALAN

KEPADA KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF BAB:
1. Menerangkan perkembangan pendidikan
keusahawanan.
2. Meneliti manfaat keusahawanan.
3. Mengkaji konsep keusahawanan dan
hubungannya dengan perniagaan kecil.
4. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.
5. Mendedahkan trend terkini dalam
keusahawanan.
1.1 PENDAHULUAN
 Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang yang membolehkan individu
tersebut menghadapi cabaran dan mengenal
pasti sesuatu peluang dan merebut peluang
tersebut.
 Ciri-ciri positif keusahawanan dipunyai
individu yang berjaya dalam hidup.
 Individu ini berjaya menyemarakkan ekonomi
dan pembangunan negara.
1.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
KEUSAHAWANAN DI INSTITUSI
PENDIDIKAN TINGGI
 1970-an hanya beberapa buah universiti yang
kendalikan kursus keusahawanan.
 Kini, lebih 1000 buah universiti di US tawarkan
kursus keusahawanan.
 Termasuk beberapa universiti terkemuka di dunia.
 Di antaranya Harvard University, Stanford University,
Northwestern University dan sebagainya.
 Perkembangan bidang keusahawanan dilihat
dengan peningkatan jumlah IPT tawarkan ijazah
khusus dlm bidang keusahawanan di peringkat
sarjana muda dan sarjana.
 Juga peringkat kedoktoran.
 Banyak perubahan seperti penambahan
pensyarah baru, kursus baru, program baru,
jabatan baru, institut baru, pusat baru, kursi
profesor dan sebagainya.
 Cth: UUM- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan,
CEDI.
1.3 MANFAAT PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
1.3.1 Manfaat keusahawanan kepada
individu
- ciri-ciri keusahawanan dpt membantu
melahirkan individu yg berjaya krn ciri-ciri
keusahawanan juga antara ciri positif.
1.3.2 Manfaat keusahawanan kepada
masyarakat
- Masyarakat berbudaya keusahawanan yang
tinggi berjaya melahirkan masyarakat
berdikari dan berjaya.
1.3.3 Manfaat keusahawanan kepada negara
- Usahawan mengalakkan pertumbuhan ekonomi
dan tingkatkan hasil daya saing negara di
peringkat global.
- Hasilkan produk baru.
- Beri peluang pekerjaan, kurangkan kadar
pengangguran dan kemiskinan.
1.4 KONSEP KEUSAHAWANAN
 Pelbagai definisi dihasilkan untuk takrifan
usahawan- pengasas, pemilik firma dan
dibezakan dengan bukan usahawan melalui
pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang
dipamerkan.
 Bahasa Inggeris “entrepreneur” berasal
daripada Perancis “entreprendre”.
 Maksud: memikul tugas atau mencuba
 Umumnya usahawan ditakrifkan sebagai
seseorang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan sehingga berjaya dengan motif
memperoleh keuntungan.

 Takrifan sangat luas dan berbeza mengikut


individu.
1.6 USAHAWAN, PENIAGA KECIL
DAN KEUSAHAWANAN
 1.6.1 Apakah perbezaan usahawan dengan
peniaga kecil?
 Boleh dibezakan melalui ciri peribadi.
 Usahawan- ada ciri peribadi keusahawanan
yang ketara.
 Peniaga kecil- mungkin ada semua atau
sebahagian drpd ciri-ciri tersebut tapi tidak
begitu ketara.
 Lihat Rajah 1.1 (m/s 4)
1.6.2 Hubungan Keusahawanan
dengan Usahawan
 Keusahawanan- ciri-ciri yang boleh dibentuk
dan diasah dalam diri individu dan ianya
hanya boleh dipaparkan di dlm dan luar
organisasi perniagaan, bkn perniagaan
termasuk NGO.
 Usahawan- individu yang melibatkan diri
dalam bidang keusahawanan.
1.7 TEORI DAN PENDEKATAN
KEUSAHAWANAN
 i) Mengikut ahli ekonomi
 Joseph A. Schumpeter– inovasi sebagai ciri
keusahawanan. Bawa pembaharuan.
 Alfred Marshall- 1 proses evolusi - hayat
sesebuah perniagaan dari peringkat awal
hingga luput.
 Israel Kirzner – soal ketidaktentuan/
uncertainty. Libatkan kegiatan ekonomi.
 ii) Mengikut ahli sosiologi
Max weber- elemen keagamaan sebagai asas
untuk mencapai kejayaan.

 Percaya bahawa kejayaan kegiatan ekonomi


golongan Protestant disebabkan oleh etika
agama Protestant.

 Hasilkan buku The Protestant Ethics and


The Spirit of Capitalisam (1985).
 Everett Hagen- Kemukakan teori bahawa
proses melahirkan usahawan berlaku di
kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas
hati dlm sesebuah m’kat.

 Wujud melalui layanan atau tekanan yang


diterima.

 Maka, kegiatan-kegiatan ekonomi dan


penerokaan dalam bidang perniagaan yang baru
diambil kira untuk mengatasi rasa ridak puas
hati itu.
 Gibb dan Ritchie
- 2 tokoh akademik British terkenal dlm bidang
sosiologi.
- Kemukakan 1 model: model pembangunan sosial.
- Memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan-
usahawan baru.
- Konsep sosialisasi berbentuk interaktif( tindak
balas di antara individu2 belum berniaga dgn
suasana perniagaan.
iii) Mengikut ahli psikologi
 Model Baka
 Ahli psikologi memandang golongan
usahawan sebagai seseorang yg mempunyai
identiti tersendiri.
 Ada sifat atau kelebihan yang terdapat pada
usahawan tapi tidak pada orang lain seperti
inisiatif, keupayaan merancang, mengmbil risiko,
kecekalan dan bijak mengesan peluang.
 Pendokong utama model ini McClelland,
Lynn dan Schrage.
 Teori Kehendak Pada Pencapaian

 Menurut Mc Clelland (1961), individu yg ada


kehendak pencapaian yg tinggi merupakan
golongan yg lebih suka mengambil
tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu
matlamat dgn usaha sendiri.

 Model ini telah diuji di India dan menjadi


bahan rujukan bagi negara-negara dunia ketiga
bagi mencari penyelesaian masalah sosio-
ekonomi.
1.8 SUDUT MAKRO
1.8.1 Aspek persekitaran
- Tekankan pentingnya faktor persekitaran ke
atas keusahawanan. Termasuk institusi
sokongan, budaya dan individu tertentu.
1.8.2 Aspek kewangan/modal
- Pentingnya sokongan kewangan atau modal
untk menjamin kejayaan keusahawanan.
1.8.3Aspek Anjakan (Displacement)
- Pendekatan yang mengambil kira bhw seseorg
indiv ceburkan diri dalam keusahawanan apabila
diketepikan atau mengikuti kerjaya selain
keusahawanan.
- Anjakan politik, anjakan budaya atau anjakan
ekonomi.
1.9 SUDUT MIKRO
 Melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan
yang dimiliki oleh seseorg.
 Di antr ciri-ciri tersebut, motivasi ke arah
kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan
pengetahuan teknikal.
 Gartner (1985) cadangkan 4 aspek penting
dalam pembangunan keusahawanan:
1- individu yang menceburkan diri dalam
perniagaan.
2- organisasi yang dipilih untuk memulakan
perniagaan.
3- persekitaran di sekeliling yang mempengaruhi
perniagaan.
4- proses serta tindakan yang diambil oleh indiv
tersebut semasa mulakan perniagaan,
persekitaran , proses dan organisasi.
1.10 MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
 Mitos adalah stereotaip berkaitan pemahaman
masyarakat terhadap keusahawanan.
1.10.1 MITOS UMUM

Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir


 Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada
pelaksanaan, tetapi mereka juga sering berfikir secara
mendalam mengenai tindakan yang akan diambil. Mereka
berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka
tidak berjaya. Usahawan di era globalisasi jelas mempunyai
daya fikiran dan penaakulan yang tinggi disamping
melaksanakan segala perancangan yang telah
diatur.usahawan sebenarnya seorang pemikir & dan
membuat perancangan sblm melaksanakan tugasnya.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN

Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan


dibentuk
 Realiti: Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan bahawa
usahawan adalah mereka yang dilahirkan dengan ciri-ciri semula jadi
sebagai seorang usahawan seperti agresif, pandai merebut peluang,
berinisiatif serta berani menghadapi risiko. Namun begitu, pada masa
kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang keusahawanan
berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk melalui
proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang teratur.
Kini, pembangunan usahawan tidak tertumpu kepada golongan dan
ras tertentu sahaja.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 3: Usahawan biasanya seorang pencipta –
Realiti: Usahawan tidak semestinya pencipta, tetapi menambahbaik produk,
kreativiti dll.Kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai pemikiran yang
kreatif dalam membangunkan perniagaannya.
Sebagai contoh, Ray Kroc pengasas kepada McDonald’s mempunyai idea yang
kreatif yang menjadikan perniagaannya berjaya dipasarkan ke seluruh dunia.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 4: Usahawan adalah golongan yg tercicir
dlm akademik & masyarakat
Realiti: majoriti individu yang menyertai bidang keusahawanan dan
berjaya menjadi usahawan adalah mereka yang berjaya dalam
bidang akademik dan berjaya juga menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Ramai golongan dan ahli
profesional menceburi bidang keusahawanan atas kesedaran
untuk membangunkan ekonomi dan membantu masyarakat.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 5: Usahawan mesti memiliki ciri/profil
tertentu
Realiti: Tidak semestinya memiliki ciri-ciri dan profil tertentu. Terdapat kaedah yang
boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu yang dapat memupuk
dan melatih seseorang bagi menghadapi cabaran sebagai seorang usahawan
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN

Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang


Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk kesinambungan perniagaan.
Sebenarnya, usahawan memerlukan wang sebagai satu sumber penerusan perniagaan
bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Usahawan pada masa kini sedar
akan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan
adalah nasib
Realiti: usahawan tidak semestinya memerlukan nasib baik, tetapi nasib dalah
.
kebetulan Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi
usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan yang baik
dan teliti.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN

Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan usahawan –


Realiti: dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh dengan cabaran,
usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan
dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan pembentukan strategi adalah
kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 9: Usahawan mengalami
kadar kegagalan yg tinggi
Realiti: Memang benar ramai usahawan pernah
menempuh kegagalan sebelum mencapai kejayaan,
tetapi kegagalan yang dihadapi oleh mereka ini tidak
membuktikan mereka akan gagal buat selama-
lamanya. Kegagalan yang dihadapi akan mengajar
dan mematangkan usahawan dalam bidang
keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat
membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan
lebih gigih berusaha ke arah kejayaan.
MITOS PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yg mengambil
risiko
Realiti: usahawan mengambil risiko yg telah dikira & membuat persediaan. Usahawan
yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang telah dikira dan
diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani setiap kemungkinan
yang bakal dihadapinya. Selain itu, usahawan juga perlu mencari
maklumat dan menggunakan saluran yang betul untuk mengurangkan
risiko yang bakal dihadapi.
1.10.2 Mitos spesifik mengenai
perniagaan pertumbuhan tinggi
a) Mitos 1: mengambil risiko yang tinggi
Memulakan sebarang jenis perniagaan akan
mendatangkan risiko, sama ada kecil atau
besar.
Namun, risiko boleh diukur dalam aspek
kewangan dan keprofesionalan bukan di
tahap memulakan perniagaan.
b) Mitos 2 Mencipta teknologi tinggi
Realiti: inovasi penting kepada perniagaan.
Namun, ciptaan baru, keluaran produk yang unik
atau proses pengeluaran yang luar biasa
bukanlah satu kemestian kepada kebanyakan
perniagaan yang berjaya.
Pemasaran yang baik adalah kunci utama.
Kualiti, fleksibiliti, kemampuan memenuhi
kehendak pelanggan lebih penting.
c) Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang
lama dalam industri yang diceburi
Realiti: kajian dapati kebanyakan pengasas
mungkin menimba pengalaman melalui proses
penerokaan bidang baru.
Kajian juga dapati perniagaan yang berjaya
mempunyai pengasas yang responsif dan
cepat sesuaikan diri.
1.11 TREND TERKINI
KEUSAHAWANAN
 Pembesaran skop keusahawanan serta
penggunaan ICT dalam e-dagang
1.11.1 Skop Keusahawanan
Bidang keusahawanan memperluaskan
skopnya dengan mencakupi aspek-aspek
berikut:
i) “Intrapreneurship”
ii) Keusahawanan sosial (social
entrepreneurship)
iii) Francais
Keusahawanan sosial
 merupakan sumbangan usahawan kepada organisasi
sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan
bantuan kepada masyarakat yang kurang
berkemampuan. Masyarakat kini memandang soal
kebajikan perlu ditangani oleh orang-orang yang kaya
dan mempunyai harta.

 Tan Sri Mustapha Kamal dengan penubuhan Yayasan


EMKAY, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan
penubuhan Yayasan Al-Bukhary dan Syarikat Faiza
dengan penajaan Program Bersama Mu anjuran TV3.
Francais
 AKHIR2 INI PERNIAGAAN FRANCAIS MENJADI PILIHAN
POPULAR BAGI U’WAN YG INGIN MEMILIKI PERNIAGAAN
SENDIRI. (STESEN MINYAK, PENGEDARAN KENDERAAN,
MAKANAN SEGERA, PERHIASAN DLL)
 “SATU BENTUK PERNIAGAAN DI MANA TUAN PUNYA
(FRANCAISOR) MEMBERI KEBENARAN, HAK ATAU
KEISTIMEWAAN SEPERTI NAMA PERNIAGAAN & COP
DAGANGAN KPD INDIVIDU/SYARIKAT TERTENTU
(FRANCAISI) UTK MENJALANKAN PERNIAGAAN
MENGIKUT PERATURAN/TATACARA YG DITETAPKAN
FRANCAISOR. SEBAGAI BALASAN, FRANCAISI
DIKEHENDAKI MEMBAYAR SEJUMLAH ROYALTI &
YURAN2 LAIN”
1.11.2 E-dagang
 Perlaksanaan aktiviti pemasaran, promosi,
belian dan jualan produk atau perkhidmatan
melalui ICT, iaitu Internet.
 Memberi peluang kpd usahawan
mempromosi produk atau perkhidmatan
secara meluas di dlm dan luar negara melalui
internet.
 Timbul juga masalah keselamatan urusniaga
elektronik.
1.3 KESIMPULAN
 Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu
adalah masih muda usianya.
 Program keusahawanan telah banyak
dilaksanakan di IPT.
 Mitos pembangunan keusahawanan telah
dibincangkan.
 Terdapat pelbagai pendapat dari pelbagai
bidang mengenai keusahawanan iaitu
ekonomi, psikologi dan sosiologi.
 Keusahawanan boleh dilihat dari dua aspek iaitu
makro dan mikro.
 Trend dan perkembangan bidang
keusahawanan boleh dilihat menerusi
perkembangan skop dan penggunaan ICT
dalam perniagaan.

You might also like