You are on page 1of 10

IMAM MALIK

BIN ANAS
RIWAYAT HIDUP

● Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah.


● Namanya yang sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-
Asbahi.
● Imam Malik rahimahullah adalah pengasas "Mazhab Maliki".
● Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan
oleh masyarakat.
● Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86
tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.
KEPERIBADIAN IMAM MALIK
● Imam Malik rahimahullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau hafaz Al-
Quran ketika usianya masih muda.
● Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang
bersih dan mahal, serta bau-bauan yang harum.
● Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci kepada perbuatan
mencela sesama manusia.
● Beliau merupakan seorang hartawan yang sangat dermawan dan menggunakan
hartanya untuk menolong golongan yang susah.
● Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
● Beliau sangat tabah menghadapi sebarang ujian yang menimpanya. Beliau pernah disebat
dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa
yang tidak disukai oleh khalifah.
● Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah S.W.T. Beliau juga
kuat beribadat terutama sekali pada waktu malam.
PENDIDIKAN IMAM MALIK
● Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-
Quran dan hadis.
● Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari beliau mendengar
gurunya menyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah
hadis daripadanya.
● Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya terdiri
daripada ulama tabiin.
● Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu
kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Ramai para
sahabat dan ulama tabiin berdakwah di Madinah.
● Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya
Imam Malik muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.
GURU MURID

1. Abu Az Zanad Abdullah bin Zakwan 1. Abdullah bin Al Mubarak


2. Hisyam bin ‘Urwah bin Az Zubair 2. Abdullah bin Yusuf At Tunisi
3. Yahya bin Sa’id Al Anshari 3. Abdurrahman bin Mahdi
4. Abdullah bin Dinar 4. Yahya bin Yahya Al Laitsi
5. Imam Nafi’’ 5. Waki’ bin al Jarrah
SUMBANGAN IMAM MALIK
● Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Beliau
sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis
untuk memastikan kesahihannya.
● Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama
dari luar Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.
● Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga menganalisa hadis-
hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama.
● Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40
tahun untuk menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima
daripada gurunya.
● Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis. Walau
bagaimanapun tidak semua hadis-hadis tersebut diterima untuk dijadikan
sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah hadis sahaja yang
diakui sah.
SAMBUNGAN
● Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan Al-
Quran, akhirnya hanya 5,000 buah hadis saja yang benar-benar diterima
sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.
● Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-
Muwatta’".
● Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap
hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis.
Jika tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber tersebut, barulah beliau merujuk
kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali Masolih Al-Mursalah.
● Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok yang menjadi
bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.
● Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.
PERSAKSIAN PARA ULAMA’ TERHADAP BELIAU

● Sufyan bin ‘Uyainah menuturkan; “Malik merupakan orang alim penduduk Hijaz, dan dia
merupakan hujjah pada masanya.”
● Imam Syafie menuturkan: “Malik adalah pengajarku, dan darinya aku menimba ilmu.” Dan
dia juga menuturkan; ” apabila ulama di sebutkan, maka Malik adalah bintang.”
● Iman Syafie juga menuturkan: “saya tidak mengetahui kitab ilmu yang lebih banyak
benarnya dibanding kitab Imam Malik” dan imam Syafi’I berkata: “tidak ada diatas bumi ini
kitab setelah kitabullah yang lebih sahih dari kitab Imam Malik”.
● Abdurrahman bin Mahdi menuturkan; “aku tidak akan mengedepankan seseorang dalam
masalah shahihnya sebuah hadits dari pada Malik.”
● Al Auza’I apabila menyebut Imam Malik, dia berkata; ” ‘Alimul ‘ulama, dan mufti haramain.”
● Yahya bin Sa’id al Qaththan menuturkan; “Malik merupakan imam yang patut untuk di
contoh.”
● Yahya bin Ma’in menuturkan; ” malik merupakan hujjah Allah terhadap makhluk-Nya.”
● Imam Syafie juga pernah berkata mengenai kitab al-Muwatta’, “Tiada sebuah kitab di muka
bumi ini setelah al qur`an yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain dari kitab Al-
Muwaththa karangan Imam Malik, inilah karangan para ulama muaqoddimin.”
“Pengetahuan tidak datang tetapi Anda
harus mencarinya.”
-IMAM MALIK BIN ANAS-
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like