You are on page 1of 59

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

DALAM KONTEKS ALAM


MELAYU

DR. MUHAMMAD AYMAN AL-AKITI (PENSYARAH UIAM, GOMBAK)


ZAINUL ABIDIN BIN ABDUL HALIM (CALON PHD, FAKULTI USUL AL-DIN TETOUAN MAGHRIBI)
MUKADDIMAH
• Ahli Sunnah Wal Jamaah dari hujung barat ke hujung timur telah dikenali sebagai majoriti
ummat Islam yang memelihara asas-asas sebenar dalam akidah, fiqh dan tasawwuf.

• Syeikh Abdul Wahid Bin ‘Asyir (w. 1040H) dalam manzhumah beliau yang berjudul al-
Mursyid al-Mu’in ‘Ala al-Dharuriy Min ‘Ulum al-Din:

‫ﻓﻲ ﻋﻘﺪ اﻷﺷﻌﺮي وﻓﻘﮫ ﻣﺎﻟﻚ *** وﻓﻲ طﺮﯾﻘﺔ اﻟﺠﻨﯿﺪ اﻟﺴﺎﻟﻚ‬
Pada (menyatakan) akidah al-Asy’ari dan fiqh (Imam) Malik *** Dan pada (menyatakan) jalan
(Imam) al-Junaid yang merupakan seorang salik.
3 AMANAT SYEIKH ABDULLAH FAHIM (W. 1961M)
AGAR MENJAGA ASAS-ASAS AHLI SUNNAH

“Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini
dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-
ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-
Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada
mazhab Syafi`i. (‫ ﯾﺤﺮم ﺧﺮق اﻹﺟﻤﺎع‬/ diharamkan menyalahi ijma’).
Ambil mereka itu hukum-hukum Fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah
hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti
Sabilul Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.
Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan
hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul
'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg
di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh
ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000
tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.
Sekarang sudah ada timbul di Malaya Mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari
mazhab 4 mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan
fahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Bangsa Melayu yang jati.
Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar
daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka
Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahli Sunnah wal jama'ah. Tuan-
tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum
yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang
buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah
belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada
seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan
menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia (Maksudnya bunuh itu ialah
berhujahlah dengan ilmu akan mereka itu). Intaha.”
1) Asas akidah yang difahami melalui soalan iman
Tiga asas utama yang 2) Asas fiqh atau syariat yang difahami melalui soalan
membentuk identiti Ahli Islam
Sunnah dari hujung barat
ke hujung timur: 3) Asas tasawwuf (tarekat) yang difahami melalui soalan
ihsan

1) Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu


Tonggak Ahli Mansur al-Maturidi
Sunnah dalam
ketiga-tiga asas 2) Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan
ini: Imam Ahmad
3) Imam al-Junaid dan Imam al-Ghazali.

Ummat Islam Melayu adalah ummat yang berpegang dengan mazhab


Asy’ari dari segi iktikad, beramal dengan mazhab Syafie dari segi fiqh,
dan menuruti tasawwuf Imam al-Ghazali dari segi akhlak.
• Mazhab Utama : Ashairah

• Manuskrip terawal berkaitan akidah :


• Terjemahan akidah Nasafiyyah tahun 998H/1590M (ditulis
sesuai mazhab Maturidi seperti yang dinyatakan oleh Prof. Syed
Muhammad Naquib al-Attas)
• Durar al-Faraid Fi Syarh al-‘Aqaid terekod 1045H/1635M
(syarahan akidah Nasafiyyah ditulis oleh Syeikh Nuruddin Bin
Ali al-Raniri (w. 1068H/1658M))
ASAS PERTAMA: • Terjemahan Umm al-Barahin terekod beserta tarikh
AKIDAH 1032H/1629M oleh Syeikh Ahmad Bin Aminuddin al-Qadahi.
• Syeikh Ahmad Bin Aminuddin mendahului Syeikh al-Raniri
dalam usaha mengembangkan akidah Asy’ariyyah dengan
perbezaan masa sebanyak 13 tahun.

• Syeikh Ahmad Bin Aminuddin telah mendahului Syeikh al-


Raniri dalam usaha mengembangkan akidah Asy’ariyyah dengan
perbezaan masa sebanyak 13 tahun.
• Karya kurun ke 11 Hijrah
Terjemahan Umm al-Barahin oleh Syeikh Ahmad Bin
Aminuddin al-Qadahi
CIRI
MENARIK >> setelah 82 tahun >>
SEBAHAGIAN
KARYA-
• Karya kurun ke 12 Hijrah
KARYA
Kitab Ilmu Tauhid oleh Syeikh Muhammad Zain al-Asyi
AKIDAH DI (selesai ditulis pada tahun 1114H/1702M)
ALAM
MELAYU >> setelah 56 tahun berikutnya>>

Kitab Bidayah al-Hidayah, syarahan berbahasa Melayu


pertama bagi kitab Umm al-Barahin
(disempurnakan pada 1170H/1757M)
SEKILAS BERKAITAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN AL-
ASYI DAN PENULISAN BELIAU BIDAYAH AL-HIDAYAH

• Syeikh Muhammad Zain memulakan setiap perbahasan dengan menyebut teks arab
Umm al-Barahin, seterusnya beliau melanjutkan dengan syarahan berbahasa melayu.
• Martabat Tujuh:
• Syeikh Muhammad Zain tidak menolak atau menentang martabat tujuh.
• Namun menurut beliau ianya bukanlah satu kewajipan untuk dipelajari.
• ketiadaan ahli yang dapat menghuraikan martabat tujuh pada zaman beliau
menyebabkan ilmu ini sebaiknya ditinggalkan agar ia tidak membawa kepada
kebinasaan yang terhasil akibat daripada ketidakfahaman isi kitab atau kefahaman
yang bertentangan dengan syarak.
KENYATAAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN MEMULIAKAN
PARA SUFI WUJUDI

“Dan adalah pada masa ini orang yang baharu mengaji antara dua tiga tahun memikir?? (‫)ﻣﻨﻔﻜﺮ‬
ia akan beberapa daripada ‘arif billah Taala Quthb al-Dunya wa al-Din iaitu seperti Ahmad al-
Qusyasyi Quthb al-Madinah al-Munawwarah, dan setengah daripada mereka itu seperti
waliyullah dengan tiada diperbantahkan iaitu Mulla Ibrahim daripada orang Kurdi, dan Syeikh
Abdul Rauf Fansuri daripada orang Jawi. Ketahui olehmu hai thalib bahawasa ilmu tasawwuf
itu suatu bahagi daripada ilmu syariat Nabi Muhammad SAW; kerana ilmu syariat itu tiga
bahagi. Pertama ilmu fiqh. Kedua ilmu Usuluddin. Ketiga ilmu tasawwuf dan thariqah. Dan
yang tiga ini dikeluarkan daripada al-Quran dan daripada hadis Nabi SAW. Maka yang
mengeluarkan ilmu Usuluddin yaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari. Dan yang mengeluarkan
ilmu tasawwuf yaitu Imam Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.”
-Muhammad Zain, Bidayah al-Hidayah (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tarikh), 32.
CELAAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN TERHADAP
11 GOLONGAN YANG MENGKAFIRKAN AHLI SUFI

“Bermula masa ini adalah setengah negeri di bawah angin daripada


kedatangan bala’ dan fitnah yang amat besar pada membinasakan agama
Islam. Setengahnya dengan keras seperti Holanda dan yang menolong dia
daripada muslimin yang bughah dan beberapa manusia yang sudah murtad
masuk agama nashara… Dan setengahnya dengan lemah lembut… Dan
setengahnya mengkafirkan penghulu kita orang yang sufi dan ahli al-
thariqah, dan mengharuskan ia istinja’ dengan kitab mereka itu…”
-Muhammad Zain, Bidayah al-Hidayah (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tarikh),
31.
• Karya-karya akidah abad ke-13 Hijrah:
1. Al-Durr al-Thamin oleh Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
2. Ward al-Zawahir oleh beliau juga.
3.CIRI
Al-Muqaddimah al-Kubra Allati Tafarra’at Minha Nuskhah al-Kubra oleh Syeikh Ismail Bin Abdullah al-
MENARIK
Minangkabawi.
4. SEBAHAGIAN
‘Athiyyah al-Rahman oleh Syeikh Azhari al-Falimbani.
KARYA-
KARYA
• Karya-karya akidah abad ke-14 Hijrah:
1. AKIDAH DILi Irsyad ‘Awwam Ahl al-Fathani oleh Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir al-Fathani pada
Bakurah al-Amani
ALAM
1335H.

MELAYU 2
2. Aqidah al-Najin oleh Syeikh Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal).
3. Syair Sifat Dua Puluh oleh beliau juga.
4. Miftah al-Murid Fi ‘Ilm al-Tauhid oleh beliau juga.
5. Zahrah al-Murid Fi ‘Aqaid al-Tauhid oleh Syeikh Wan Ali Kutan.
6. Fath al-Ta’lim oleh Syeikh Abdurrahman Siddiq al-Banjari.
7. ‘Aqaid al-Iman oleh beliau juga. 12
8. Siraj al-Huda oleh Syeikh Zainuddin al-Sumbawi.
9. Minhaj al-Salam oleh beliau juga.
10. Faridah al-Faraid oleh Syeikh Wan Ahmad al-Fathani.
11. Miftah al-Jannah oleh Syeikh Muhammad Thayyib Bin Mas’ud al-Banjari.
12. Taqrib al-Ikhwan Fi Ta’allum ‘Aqaid al-Iman oleh Syeikh Abdul Qasir Bin Wangah.
13. Ma La Budda Minhu oleh Syeikh Ismail Bin Musa al-Kalantani
14. Inilah Kitab Usul al-Din I’tiqad Ahl Sunnah Wal Jama’ah oleh Syeikh Muhammad Mukhtar Bin ‘Atharid al-
Jawi.

• Dengan ini, dapat dikatakan bahawa pengajian akidah di alam Melayu tidak terkeluar dari salah
satu daripada 3 aliran; aliran akidah Maturidiyyah yang diwakili oleh kitab al-‘Aqaid al-
Nasafiyyah, aliran akidah Asy’ariyyah yang diwakili oleh Umm al-Barahin Imam al-Sanusi,
atau aliran tasawwuf irfani yang membincangkan perihal ketuhanan sesuai konsep wahdatul
wujud (Wahdatu al-Syuhud), martabat tujuh dan yang seumpamanya.
1. Islamic and Strategic Studies Institute Berhad
(ISSI Malaysia):

Sebuah institut di bawah kelolaan Dr Amran


Muhammad yang giat mengkaji, menterjemah,
mencetak dan membuka kelas-kelas pencerahan
SEBAHAGIAN berkenaan ilmu kalam Asy’ari. Antara usaha murni
USAHA-USAHA institusi ini yang patut dipuji adalah penyatuan ilmu
MEMPERTAHANKAN kalam versi tradisional dan moden. Institusi ini tidak
AKIDAH AHLI hanya menekankan penguasaan kitab-kitab kuning, ia
SUNNAH DI MALAYSIA juga menitikberatkan pemahaman masalah-masalah
sains dan falsafah moden yang harus difahami oleh
ahli kalam bagi mendepani isu semasa. Institusi ini
menghimpunkan tokoh-tokoh ilmu kalam masa kini
seperti Dr. Saeed Foudeh, Dr. Khalid Zahri dan
Professor Dr Mohammed Basil Altaie.
2. Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation
(CASIS):
Menghimpunkan pakar-pakar Pengajian Islam, Sains dan
Ketamadunan yang lahir di bawah asuhan Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas merupakan satu lagi institusi yang bergiat aktif
mengkaji khazanah Islam, mengkader para ulama’ moden, dan
menterjemah karya-karya agung Ahli Sunnah. Di samping itu,
institusi ini juga banyak menganjurkan seminar-seminar berkualiti
USAHA-USAHA seperti Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pragmatisme, Seminar
MEMPERTAHANKAN Khas Sejarah Alam Melayu, International Conference on the issues of
Malay and Islamic Civilization dan lain-lain lagi.
AKIDAH AHLI
3. Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG):
SUNNAH DI MALAYSIA
Satu badan yang giat mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Badan ini bekerjasama dengan badan keagamaan Negeri
Johor bagi menganjurkan kelas-kelas pengajian Ahli Sunnah yang
merangkumi bidang ilmu akidah, fiqh, tasawwuf, hadis, al-Quran,
dan lain-lain. Mereka setakat ini dilihat lebih terkehadapan dalam
usaha-usaha mendekati masyarakat dan menyemai fahaman Ahli
Sunnah yang jitu.
Karya yang ditulis untuk para sultan dan jemaah menteri yang
merekodkan kemestian berpegang dengan akidah Asy’ariyyah adalah
karya yang tertua di Alam Melayu yang menyentuh asas-asas akidah
Asy’ariyyah. Berikut adalah usaha yang berkaitan:
(1) Penulisan kitab Taj al-Salathin yang dikarang oleh Syeikh Bukhari
al-Johori atau al-Jauhari di Acheh pada tahun 1603M. USAHA SULTAN-
• Pada Fasal kedua dari 24 fasal kitab tersebut, Syeikh Bukhari SULTAN MELAYU
telah menghuraikan asas-asas pegangan akidah sesuai mazhab
Asy’ari ala Imam al-Ghazali
UNTUK
• Memulakan fasal 24 dengan menyebut ayat al-Quran yang MEMPERTAHAN
menjelaskan tujuan penciptaan manusia dan jin adalah untuk KAN AKIDAH
mengenal Allah; mengenal sifat wajib, mustahil dan harus
bagiNya AHLI SUNNAH
• Menyentuh masalah ijtima’, iftiraq, harakah dan sukun yang
menjadi bukti keperluan makhluk kepada pencipta.
• Perbahasan jauhar, aradh dan jisim.
• Menyentuh masalah sifat Kalam Nafsi yang qadim, keharusan
melihat Allah di akhirat, masalah perbuatan mukallaf, perkara-
perkara sam’iyyat dan lain-lain
(2) Penulisan kitab Tuhfah al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji
(w. 1873M)
• Pengarang menukilkan sebuah bait daripada kitab Jauharah
al-Tauhid.
• Pengarang merekodkan bahawa Raja Jaafar adalah seorang
USAHA SULTAN-
raja yang kuat menuntut ilmu dan membaca kitab-kitab SULTAN
Melayu seperti kitab Usuluddin dan Mir’at al-Thullab. MELAYU
• Pengarang juga merekodkan jawapan Raja Ali Haji kepada
Yang Dipertuan Muda Raja Ali mengenai i’tiqad Ahli Sunnah UNTUK
Wal Jamaah: MEMPERTAHAN
“Maka memanggillah ia akan saudaranya; Raja Ali Haji, minta KAN AKIDAH
bacakan surah Yasin. Maka dibacalah oleh saudaranya Raja Ali
Haji itu, lalu dihembuskannya kepada segala tubuhnya dengan AHLI SUNNAH 2
syafaat. Kemudian bertanya pula ia kepada Raja Ali Haji itu
daripada i’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka dikhabarkan
oleh Raja Ali Haji itu jalan ilmu Usuluddin serta jazam muthabiq
al-haq dengan dalil.”

-(Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis (Malaysia: Yayasan Karyawan dan


Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998), 331)
(3) Risalah Iskandar Syah yang dikarang oleh Sultan Alang
Iskandar Syah (w. 1938M) yang merupakan sultan Negeri
Perak yang ke-30.
USAHA SULTAN-
• Di dalam risalah ini baginda sultan membahasakan
dirinya sebagai al-faqir; suatu gelaran yang sering
SULTAN
digunakan oleh pengikut tarekat dan jalan sufi.
MELAYU
• Kitab ini mengumpulkan perbahasan tauhid, fiqh dan
UNTUK
tasawwuf. MEMPERTAHAN
• Didapati jalan akidah yang diikuti oleh baginda adalah
KAN AKIDAH
jalan mutaakhkhirin Asya’irah yang membahaskan sifat- AHLI SUNNAH 3
sifat Allah mengikut acuan sifat 20 Imam al-Sanusi.
• Manakala dalam ilmu tasawwuf pula, baginda mengikut
tradisi tasawwuf Imam al-Ghazali; Baginda sultan dengan
jelas menyatakan nama Imam al-Ghazali dibahagian
tasawwuf dalam risalah ini.
(4) Kitab Pohon Agama yang dikarang oleh Al-Syarif Al-Sultan al-
Mu’azzham ‘Ala’uddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa;
Sultan Selangor Darul Ehsan (w. 1938M)
(5) Titah Sultan Johor; Sultan Ibrahim Iskandar, sebagai jawapan terhadap USAHA SULTAN-
cadangan penubuhan cawangan Universiti Muhammadiyah di Hab
Pendidikan Tinggi, Pagoh, Muar, Johor:
SULTAN
Baginda bertitah bahawa Johor tidak mempunyai sebarang keperluan MELAYU
untuk membawa masuk fahaman, amalan dan pegangan baru daripada UNTUK
luar kerana sudah mempunyai institusi agama dan pendidikan Islam MEMPERTAHAN
yang utuh lagi sistematik melangkaui satu abad berprinsipkan pegangan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah. KAN AKIDAH
Kesimpulannya, kesemua bukti-bukti yang dinyatakan di sini, yang dinukil
AHLI SUNNAH 4
dari karya-karya ulama’, rekod-rekod sejarah, dan titah-titah para sultan,
membuktikan bahawa akidah Asya’irah merupakan akidah yang dipegang
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di alam Melayu. Akidah ini merupakan
pegangan umara’, ulama’ serta rakyat tanah ini sejak dahulu lagi. Di samping
itu, masyarakat Islam Melayu juga tidak mengenepikan akidah berunsurkan
tasawwuf dan yang beraliran Maturidiyyah.
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TAFSIRAN NEGERI JOHOR

• Warta Kerajaan Negeri Johor 25 Oktober 2016 telah menetapkan: Adalah


ditetapkan bahawa umat Islam di negeri Johor Darul Takzim hendaklah hanya
mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
dari segi akidah berpandukan kepada mazhab Imam Abu Hasan al-Ashari dan
Abu Mansur al-Maturidi, syari’at berpandukan kepada mazhab Imam Syafie.
Walaubagaimanapun tiga mazhab yang muktabar iaitu al-Hanafi, al-Maliki, al-
Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah
tertentu dan dari segi tasawuf hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-
Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Walaubagaimanapun mazhab tasawuf
muktabar yang lain boleh diamalkan selagi ianya tidak bertentangan dengan
mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
• Fiqh Syafie telah wujud dan kuat tersebar di Alam Melayu sejak
sebelum penghujung abad ke-8 Hijrah lagi. Pelayar hebat muslim
yang berasal dari Maghribi; Ibn Bathuthah (w. 779H/1377M) telah
merekodkan di dalam travelog beliau bagaimana fiqh Syafie telah
bertapak dengan kukuh ketika lawatannya di daerah-daerah
kepulauan Alam Melayu. Antara rekod-rekod tersebut adalah
seperti berikut:
“Kisah Sultan Jawa (Aceh)
ASAS KEDUA: Baginda adalah Sultan al-Malik al-Zhahir; dari kalangan raja-raja
FIQH SYAFIE yang mulia dan dihormati. Baginda bermazhab Syafie, mencintai
para fuqaha’ yang menghadiri majlisnya untuk belajar dan
bermuzakarah. Baginda banyak berjihad dan berperang. Seorang
yang tawadhuk, Baginda menuju ke masjid untuk bersolat Jumaat
dengan berjalan kaki. Rakyatnya juga bermazhab syafie dan
mencintai jihad. Mereka keluar berjihad bersamanya secara
sukarela. Mereka menguasai orang-orang kafir yang tinggal
berdekatan negara mereka dan orang-orang kafir membayar
jizyah kepada mereka untuk berdamai.”
“Kemudian aku masuk (ke dalam masjid) menemui Sultan (al-Malik al-Zhahir), maka aku dapati
Qadhi Amir Sayyid dan para pelajar berada di kanan dan kiri Baginda. Aku bersalaman dengan
Baginda dan Baginda mendudukkan daku di sebelah kirinya. Baginda juga bertanya kepadaku
keadaan Sultan Muhammad (di India) dan keadaan permusafiranku, maka akupun menjawab
persoalannya. Kemudian Baginda kembali bermuzakarah berkenaan fiqh sesuai mazhab Syafie.
Baginda berterusan bermuzakarah sehingga masuk waktu solat asar. Setelah selesai solat,
Baginda masuk ke sebuah bilik, Baginda menanggalkan pakaiannya yang merupakan pakaian
fuqaha’ yang Baginda pakai setiap kali Baginda datang ke masjid pada hari Jumaat secara
berjalan kaki. Kemudian Baginda memakai pakaian raja iaitu beberapa pakaian yang dipakai di
atas gamis yang diperbuat daripada sutera dan kapas.”
-Muhammad Bin Abdullah Ibn Bathuthah, Rihlah Ibn Bathuthah (Maghribi: Akadimiyyah al-
Mamlakah al-Maghribiyyah, 1417H), 4/114.
• Berdasarkan dua teks tersebut, dapat disimpulkan bahawa mazhab fiqh Imam
Syafie merupakan mazhab rasmi negara Sultan al-Malik al-Zhahir di tanah Aceh.
• Hal ini membuktikan bahawa mazhab ini telah mula bertapak sebelum waktu
Imam Ibn Bathuthah melakukan lawatan ke tanah ini lagi.
• Setelah zaman Sultan al-Malik al-Zhahir, anaknya Sultan Zainal Abidin al-Malik
al-Zhahir dilihat telah memperluaskan kuasa negaranya sehingga berjaya
menawan Kedah pada tahun 1370M, seterusnya menjadikan negara Baginda;
Pasai, sebagai pusat perkembangan Islam bermazhab Syafie di rantau ini.
• Di Malaysia, fiqh Syafie juga diiktiraf sebagai
MAZHAB
SYAFIE fiqh rasmi negara. Hal ini telah dibuktikan
MAZHAB melalui:
RASMI • Hukum Kanun Melaka yang mula disusun pada masa
pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424
NEGERI-
hingga 1444M) contohnya, merupakan sebuah
NEGERI perundangan berasaskan mazhab Syafie.
MALAYSIA • Undang-Undang Kedah yang ditulis pada tahun
1060H/1650M menggunapakai hukum-hakam
mazhab Syafie.
• Fatwa-fatwa negeri masih digubal berdasarkan qaul muktamad
mazhab Syafie. Jika tidak bersesuaian dengan maslahah umum
ummat Islam maka boleh berfatwa sesuai qaul dhaif di dalam
MAZHAB mazhab. Jika tidak sesuai dengan maslahah juga maka
diperbolehkan berfatwa dengan qaul 3 mazhab lagi; mazhab
SYAFIE Hanafi, Maliki dan Hanbali, dengan syarat mendapat keizinan
MAZHAB Sultan. Antara contohnya:
RASMI
NEGERI- • Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Kedah, No. 9
Tahun 1962, seksyen 38 (1).
NEGERI • Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Sabah No.13
MALAYSIA 2 Tahun 1992, seksyen 40 (1), (2) dan (3).
• Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu,
Tahun 1422H/2004M, seksyen 54 (1),(2) dan (3).
• Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor, No. 3,
Tahun 1952, seksyen 42 (1).
“Pada ketika membuat atau mengeluarkan apa-apa fatwa
seperti yang tersebut di atas tadi Majlis dan Jawatankuasa
Ugama Islam hendaklah kelazimannya mengikut qaul yang
muktamad di dalam mazhab Syafie. Tetapi jika fikiran diikut qaul
MAZHAB itu akan berlawanan dengan faedah umum, Majlis atau
SYAFIE Jawatankuasa Ugama bolehlah, melainkan diperintahkan oleh
DYMM yang lain, ikut qaul-qaul yang daif daripada mazhab
MAZHAB Syafie; tetapi demikian juga jika sekiranya difikirkannya dengan
RASMI qaul yang muktamad atau qaul daif daripada mazhab Syafie
akan berlawanan dengan faedah umum, Majlis atau
NEGERI- Jawatankuasa Ugama boleh dengan izin yang khas oleh DYMM
NEGERI Sultan ikut qaul-qaul salah satu daripada tiga mazhab yang lain
MALAYSIA 3 yang mana-mana difikirkan munasabah, tetapi di dalam mana-
mana fatwa yang dibuat dengan jalan ini hendaklah diterangkan
dengan jelas peraturan-peraturan dan dasar-dasarnya yang
hendak diikuti.”
- Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor, No. 3,
Tahun 1952, seksyen 42 (1).
• Antara ulama’ Alam Melayu yang bergiat dalam bidang Fiqh Syafie
adalah:
1. Syeikh Nuruddin al-Raniri (w. 1068H/1658M).
Beliau dianggap sebagai tokoh Alam Melayu pertama menulis ilmu fiqh
(bahagian ibadah) dalam bahasa Melayu. Kitab fiqh beliau yang berjudul al-
Shirath al-Mustaqim selesai ditulis pada tahun 1054H/1644M. Kitab ini telah
memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di negeri Kedah.
KARYA-KARYA 2. Syeikh Abdul Rauf Singkel al-Fansuri (w. 1693M) pengarang kitab Mir’at al-
Thullab Fi Tashil Ma’rifah al-Ahkam al-Syar’iyyah Li al-Malik al-Wahhab.
FIQH AHLI Ia tidak hanya menyentuh perbahasan ibadah, ia juga mencakupi perbahasan
SUNNAH ALAM muamalah, jenayah, munakahat dan siyasah. Dengan ini, kitab ini dapat
MELAYU dianggap sebagai kitab fiqh pertama yang lengkap ditulis dalam bahasa
Melayu. Karya ini diselesaikan pada 1074H/1663M.
3. Tok Pulau Manis (w. 1149H/1736M)
Mengarang tiga buah kitab dalam bidang Fiqh; Kitab al-Kifayah, Risalah al-
Naql yang membincangkan masalah solat Jumaat, dan Risalah Kayfiyyah al-
Niyyah berkaitan cara berniat dalam ibadah. Kitab al-Kifayah menggabungkan
perbahasan akidah dan fiqh berkaitan thaharah, solat, puasa, zakat, haiwan
yang halal atau haram untuk dimakan, cara pengebumian jenazah dan lain-
lain.
4. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (w. 1227H/1812M)
Pengarang kitab Sabil al-Muhtadin Li al-Tafaqquh Fi Amr al-Din. Kitab ini telah
disiapkan penulisannya pada tahun 1192H dan kekal digunakan di pondok-
pondok sehingga ke hari ini.
5. Syeikh Faqih Jalaluddin Bin Kamaluddin al-Asyi (hidup pada abad
ke-18 Masihi);
Beliau telah mengarang sebuah kitab fiqh bagi para hakim yang berjudul
Safinah al-Hukkam Fi Talkhish al-Khisham. Manuskrip kitab ini setebal 502
KARYA-KARYA halaman. Penulisannya dimulai pada tahun 1153H/1740M.
6. Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris al-Banjari (hidup pada abad ke-
FIQH AHLI 18M)
SUNNAH ALAM Dikenali sebagai tokoh yang bergiat aktif dalam bidang akidah dan tasawwuf.
MELAYU 2 Namun hal ini tidak menghalang beliau untuk turut menzahirkan sisi fiqh beliau
melalui penulisan sebuah kitab berjudul Masalah Orang Yang Dijadikan Imam.
Risalah ini diselesaikan pada bulan Ramadhan 1245H/1829M.
7. Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani (w. sekitar 1265H)
Pengarang kitab Tuhfah al-Raghibin Fi Suluk Thariq al-Muttaqin yang
diselesaikan pada tahun 1233H/1817M, kitab Hidayah al-Muta'allim wa
'Umdah al-Mu'allim yang diselesaikan pada tahun 1244H/1828M, serta kitab
beliau yang paling tebal yang dikarang oleh beliau berjudul Furu’ al-Masail
yang diselesaikan pada tahun 1257H/1841M.
8. Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar al-Sambasi (w. 1280H/1863M
atau 1289H/1872M)
Syeikh al-Tariqah al-Qadiriyyah wa al-Naqsyabandiyyah. Beliau ada menulis
sebuah fatwa berjudul Fatwa Perihal Jumaat.
9. Syeikh Nawawi al-Bantani (w. 1314 H/1897M)
Merupakan tokoh yang tidak asing lagi. Antara karya beliau dalam bidang
fiqh adalah Bahjah al-Wasail Bi Syarh al-Masail yang merupakan syarahan
bagi al-Risalah al-Jami’ah karya Sayyid Ahmad Bin Zain al-Habsyi. Beliau
KARYA-KARYA juga telah mengarang sebuah syarahan bagi kitab fiqh Syeikh Zainuddin al-
FIQH AHLI Malaybari dengan judul Nihayah al-Zain Li Irsyad al-Mubtadiin Syarh
SUNNAH ALAM Qurrah al-‘Ain Bi Muhimmat al-Din. Selain itu, Syeikh Nawawi juga telah
menulis sebuah syarahan bagi kitab Safinah al-Naja yang berjudul Kasyifah
MELAYU 3 al-Saja.
10. Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain al-Fathani (w.
1325H/1908M)
Pengarang al-Fatawa al-Fathaniyyah yang menghimpunkan jawapan
kepada 108 soalan dalam pelbagai bidang.
11. Syeikh Muhammad Bin Ismail al-Fathani (w. 1333H/1915M)
Pengarang kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain yang masih
dipelajari di pondok-pondok sehingga ke hari ini.
• Boleh dikatakan bahawa ilmu tasawwuf dan
pengamalannya tidak dapat dipisahkan dari
identiti umat Islam di Alam Melayu secara
umumnya dan di Malaysia secara khusus.
Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa
nilai-nilai kesufian adalah dasar utama yang
dibawa penyebar-penyebar Islam ke tanah
ASAS KETIGA: ini. Semenjak kurun ke-13M lagi sudah
TASAWWUF terdapat pengikut ajaran tasawwuf di Negeri
Perak. Mereka merupakan murid-murid
Syeikh Ismail yang merupakan seorang
pendakwah yang dihantar oleh Syarif Mekah
ke Sumatera untuk membimbing masyarakat
Islam di Alam Melayu pada ketika itu.
MANHAJ IMAM AL-GHAZALI DAN IMAM JUNAID
AL-BAGHDADI DASAR UTAMA TASAWWUF DI
MALAYSIA

• Tasawwuf yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia


merupakan tasawwuf yang berlandaskan pemahaman Imam al-Ghazali dan
Imam Junaid al-Baghdadi.
• Antara ulama’ Alam Melayu yang menekankan keperluan ummat Islam di
Alam Melayu untuk berpegang dengan jalan tasawwuf Imam al-Ghazali
adalah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1789M).
• Karya beliau yang berjudul Hidayah al-Salikin dan Siyar al-Salikin banyak
dipelajari dan diajar di pondok-pondok dan masjid-masjid.
• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani menegaskan kepentingan karya-karya tasawwuf
Imam al-Ghazali dengan kata-katanya:
“Bermula ilmu yang memberi manfaat itu seperti yang disebutkan oleh Sayyidi
Abdullah al-Haddad dahulu itu iaitu ilmu yang tersebut di dalam Ihya’ ‘Ulumiddin dan
ilmu yang tersebut di dalam Arba’in al-Ushul dan ilmu yang tersebut di dalam Minhaj
al-‘Abidin dan ilmu yang tersebut di dalam Bidayah al-Hidayah dan ilmu yang tersebut di
dalam Mukhtashor Ihya’ yang hamba terjemahkan di dalam kitab ini dan ilmu yang
tersebut di dalam kitab Hidayah al-Salikin yang hamba terjemahkan daripada kitab
Bidayah al-Hidayah dan lainnya. Dan demikian lagi, segala kitab ilmu tasawwuf
semuanya itu iaitulah ilmu yang memberi manfaat; kerana kitab tasawwuf itu telah
terkandung di dalamnya ilmu Usuluddin dan ilmu Fiqh yang fardhu ‘ain, yang tiada
dapat tiada daripada mengetahui akan dia oleh segala orang yang suluk..”
- Abdul Samad al-Falimbani, Siyar al-Salikin (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa
tahun), 1/9-10.
JALAN TASAWWUF IMAM AL-GHAZALI ADALAH
TASAWWUF IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI
• Imam al-Ghazali amat menekankan kefahaman nas al-Quran dan matan hadis dalam karya-karya
tasawwuf beliau.
• Kitab Ihya’ ‘Ulumiddin contohnya, menampilkan sejumlah ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi pada
awal setiap masalah yang dibahaskan oleh Imam al-Ghazzali.
• Setelah itu, barulah beliau menerangkan makna dan falsafah disebalik ayat-ayat al-Quran dan hadis-
hadis tersebut. Kitab Jawahir al-Quran pula merupakan huraian ilmu-ilmu yang terkandung di dalam
al-Quran
• Begitu juga karya-karya lain beliau dalam bidang tasawwuf; semuanya disusun sesuai manhaj yang
ditetapkan oleh Imam al-Junaid al-Baghdadi, manhaj tasawwuf yang berpegang dengan al-Quran
dan hadis.

35
• Imam Junaid al-Baghdadi berkata: “Barangsiapa yang tidak menghafal al-Quran
dan tidak menulis hadis, dia tidak boleh dijadikan ikutan dalam urusan ini; kerana
ilmu kami ini terikat dengan al-Quran dan sunnah.” (Abu al-Qasim al-Qusyairi, al-
Risalah al-Qusyairiyyah (Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001), 51).
• Boleh jadi, hal ini dapat menjadi tafsiran usaha Imam al-Ghazali untuk
menguasai bidang hadis di akhir hayatnya.
• Ciri lain yang dapat membuktikan persamaan tasawwuf Imam al-Ghazali dan
Imam Junaid al-Baghdadi adalah percubaan memindahkan tauhid dari lapangan
ilmu kalam ke lapangan tasawwuf, atau dari semata-mata teori akal kepada
tajribah ruhiyyah.
• Usaha yang digerakkan oleh Imam al-Junaid dengan cara mengadun tasawwuf dan fiqh sehingga
beliau tidak diperangi seperti ahli tasawwuf yang lain yang tidak menekankan penguasaan ilmu fiqh
merupakan langkah pertama menuju lapangan tajribah.
• Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh Imam al-Ghazali dengan menghidangkan tasawwuf, fiqh,
dan akidah dalam satu karya agung yang saling melengkapi setiap perbahasannya.
• Akhir sekali, para ulama’ Alam Melayu memberi tumpuan terhadap perbahasan yang merupakan
fokus utama usaha panjang ini; tumpuan mereka dicurahkan untuk memindahkan tauhid dari
lapangan ilmu kalam ke lapangan tasawwuf, dari semata-mata teori akal kepada tajribah
ruhiyyah.
• Hal ini terlihat jelas dalam konsep pembahagian tauhid, konsep wahdatul wujud (Wahdah
Syuhud), dan konsep martabat tujuh yang dihuraikan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang
akan dinyatakan di akhir kajian ini.
KETELITIAN SILIBUS TASAWWUF DI ALAM
MELAYU
• Telah lalu dinyatakan bahawa manhaj Imam al-Ghazali merupakan manhaj tasawwuf muktamad
bagi ulama’ Alam Melayu. Namun, hal ini tidak bererti hanya karya-karya tasawwuf Imam al-Ghazali
yang mendapat tempat di hati para ulama’ Alam Melayu.
• Karya-karya tokoh lain juga tidak kurang pentingnya, khususnya karya-karya tokoh tasawwuf
bertarekat syaziliyyah dan mazhab wahdatul wujud. Cuma, dua jenis karya ini tidaklah sesuai bagi
peringkat rendah. Sebaliknya ia hanya sesuai bagi peringkat pertengahan dan peringkat tinggi.
• Berikut adalah senarai kitab-kitab tasawwuf yang perlu dikuasai oleh ahli tasawwuf peringkat
rendah, pertengahan dan peringkat tinggi sesuai yang disyorkan oleh Syeikh Abdul Samad al-
Falimbani:
• Hal ini telah
dinyatakan oleh
Martin Van
Bruinessen
dalam
kajiannya
(Martin Van
Bruinessen,
Islam Di Alam
Melayu, 304-
309).
• Melalui silibus pengajian tasawwuf yang disusun oleh Syeikh Abdul Samad ini, dapat disimpulkan
bahawa tasawwuf berbentuk akhlak, amalan, atau juga disebut sebagai ilmu muamalah
merupakan suatu kewajipan yang mesti dikuasai oleh seseorang ahli tasawwuf sebelum dia
masuk ke perbahasan yang lebih tinggi iaitu falsafah tasawwuf atau yang dinamakan sebagai ilmu
mukasyafah. Kerana inilah karya-karya Imam al-Ghazali seperti Ihya’ ‘Ulumiddin diklasifikasikan
dalam peringkat rendah, manakala karya-karya berbentuk tasawwuf irfani pula diklasifikasikan
dalam peringkat tinggi.
• Imam al-Ghazali menyebut dalam mukadimah kitab Ihya’:
“Ilmu yang membawa kepada akhirat terbahagi kepada ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah.
Yang aku maksudkan dengan ilmu mukasyafah adalah ilmu yang dituntut untuk menyingkap
sesuatu pengetahuan sahaja. Aku maksudkan dengan ilmu muamalah pula adalah ilmu yang
dituntut untuk beramal dengannya di samping untuk menyingkap pengetahuan berkenaannya.
Tujuan kitab ini (Ihya’ ‘Ulumiddin) adalah ilmu muamalah sahaja, bukanlah ilmu mukasyafah
yang tidak ada sebarang keringanan untuk dinyatakan dalam penulisan-penulisan… Adapun
ilmu mukasyafah maka para Anbiya’ tidak bercakap berkenaannya melainkan dengan simbol-
simbol dan isyarat melalui jalan perumpamaan dan secara umum; kerana mereka mengetahui
kelemahan akal fikiran makhluk untuk memahaminya. Para ulama’ adalah pewaris para Nabi,
mereka tidak boleh menyimpang dari mengikut jejak langkah para Nabi.”
-Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumiddin, (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2012) 13-14.
• Peringkat kedua atau peringkat pertengahan pula tidak lain tidak bukan adalah jambatan
yang menghubungkan antara tasawwuf amali atau akhlaqi dengan tasawwuf ilmi atau
falsafi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penekanan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani
terhadap karya-karya tasawwuf tarekat Syaziliyyah.
• Tokoh-tokoh tarekat ini dilihat berjaya menjelaskan amalan-amalan tasawwuf secara
ilmiah, sekaligus mampu untuk membawa ahli sufi peringkat rendah dari daratan amali
menuju ke tangga ilmu yang dapat menyingkap falsafah amalannya selama ini. Lihatlah
karya-karya Imam Ibn ‘Atha’illah al-Sakandari di Masyriq (Timur), dan karya-karya Syeikh
Zarruq al-Fasi di Maghrib (Maghrib) sebagai bukti hal ini.
• Di Malaysia, Tok Pulau Manis dan karya agungnya; Hikam Jawi, yang merupakan
terjemahan dan syarahan Hikam Imam Ibn ‘Atha’illah merupakan bukti nyata
kemampuan silibus peringkat pertengahan untuk menyatupadukan tasawwuf amali dan
falsafi.
• Sebahagian pengkaji mendakwa bahawa Tok Pulau Manis di
dalam syarahan kitab Hikam beliau ada menukilkan kata-kata
Syeikh Ibn ‘Ajibah al-Tetouani dan Syeikh Ibn ‘Abbad al-Randi
TOK PULAU yang merupakan pendokong fahaman wahdatul wujud.
MANIS DAN • Syeikh Ibn ‘Ajibah jelas menggunakan kata-kata wahdatul
PENERIMAAN wujud yang terdapat dalam syarahan hikam beliau.
• Manakala Syeikh Ibn ‘Abbad pula merupakan tokoh sufi
BELIAU besar, syarahan hikam yang dikarang oleh beliau juga ada
TERHADAP membawa idea-idea wahdatul wujud seperti kata-katanya:
KONSEP “bagaimana sesuatu boleh menghijabNya, sedangkan Dialah
WAHDATUL yang satu yang tiada sesuatupun bersamaNya; kerana semua
yang selainNya tiada, tiada kewujudan bagi mereka secara
WUJUD pasti.” [Syarh Ibn Abbad, ed. Muhammad Abdul Maqsud
Haikal, (Mesir: Markaz al-Ahram, 1988M), 127]
• Selain itu, Tok Pulau Manis dikatakan pernah berguru
dengan Syeikh Ibrahim Al-Kurani yang merupakan salah
seorang tokoh besar yang mendokong mazhab wahdatul
wujud.
• Tok Pulau Manis sendiri telah mengungkapkan kata-kata yang jelas mengisyaratkan
pegangan beliau terhadap fahaman Wahdatul Wujud ini dalam penulisannya.
Contohnya:
1. “’Adam (‫ )ﻋدم‬itu zhulmah (‫ )ظﻠﻣﺔ‬dan wujud nur. Maka kaun (‫ )ﻛون‬itu dengan
TOK PULAU nazhar (‫ )ﻧظر‬kepada zatnya sekaliannya zhulmah; kerana bahawasanya ‘adam
mahdh (‫)ﻋدم ﻣﺣض‬. Dan ‘adam itu zhulmah pada madhi (‫ )ﻣﺎﺿﻲ‬dan pada hal (‫)ﺣﺎل‬
MANIS DAN dan pada istiqbal (‫ )اﺳﺗﻘﺑﺎل‬kerana ketiadaan istiqlalnya.” [ms/10]
PENERIMAAN 2. “Dan telah muafakat kata segala orang yang arif dan orang yang muhaqqiq
BELIAU bahawasanya barang yang lain daripada Allah Taala itu ‘adam mahdh (‫)ﻋدم ﻣﺣض‬
daripada sekira-kira zatnya. Tiada disifatkan dengan wujud serta Allah
TERHADAP Subhanahu Wa Taala; kerana jikalau disifatkan dengan wujud nescaya adalah
KONSEP demikian itu bersekutu dan dua wujud. Maka ia itu menafikan bagi ikhlas
tauhid.” [ms/11]
WAHDATUL 3. “Dan barangsiapa menilik ia dengan nur al-‘ilm maka dilihatnya bahawasanya
WUJUD 2 ‘adam; tiada wujud bagi yang hadis (‫)ﺣﺎدث‬, serta yang bersifat qidam. Dan
barangsiapa menilik ia dengan nur al-haq maka ghaib ia hingga daripada dirinya.
Maka tiada dilihatnya serta Allah sesuatu. Dan demikian itu kesudah-sudahan
sucian; iaitu yang maujud sebenarnya, dan barang yang lain daripadanya ‘adam
sebenarnya.” [ms/27]
Abdul Malik Bin Abdullah; Tok Pulau Manis, Hikam Jawi (Thailand: Mathba’ah Bin
Halabi, tanpa tahun).
• Selain itu, Tok Pulau Manis juga ada menukil kata-kata Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi al-
Hatimi yang cukup untuk membuktikan bahawa beliau amat menghormati tokoh
besar wahdatul wujud ini.
• Nukilan-nukilan yang dinyatakan oleh Tok Pulau Manis dalam syarahan Hikam
TOK PULAU beliau adalah seperti berikut: (Abdul Malik Bin Abdullah; Tok Pulau Manis, Hikam
MANIS DAN Jawi (Thailand: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tahun)).
PENERIMAAN 1. “… seperti kata Syeikh Ibn ‘Arabi: Bermula tuntut bagi yang maujud sah kerana
bahawasanya tuntut itu tiada ta’alluq (‫ )ﺗﻌﻠﻖ‬ia melainkan pada yang ma’dum
BELIAU (‫)ﻣﻌدوم‬.” [ms/17]
TERHADAP 2. “Kata Syeikh Ibn ‘Arabi: Bermula tiap-tiap orang yang percaya ia daripada dalil
maka tiada dapat dipegang pada imannya; kerana bahawasanya ia nazhari
KONSEP (‫)ﻧظري‬. Maka ia itu mendatangkan bagi kecederaan bersalahan iman yang
WAHDATUL dharuri (‫ ;)ﺿروري‬iaitu yang didapati dalam hati dan tiada boleh ia
WUJUD 3 ditolakkannya. Dan demikian lagi tiap-tiap ilmu yang hasil ia daripada fikir dan
nazhar, maka bahawasanya ia madkhul (‫ ;)ﻣدﺧول‬tiada sejahtera ia daripada
masuk syubhah atasnya.” [ms/22]
3. “Kata Syeikh Muhyiddin Ibn al-‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Apabila ditegahkan
engkau maka demikian itu anugerahnya. Dan apabila dikurniai engkau maka
demikian itu ditegahnya bagi pilih olehmu akan meninggalkan atas mengambil
bagi yang wajib atas hamba itu bahawa meninggalkan tadbir dan ikhtiar.”
[ms/58] 44
4. “Dan kata Ibn ‘Arabi: Tiada jua bala itu melainkan mengiringi
akan dia rahmat.” [ms/69]
5. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Barangsiapa
menuntut akan dalil atas wahdaniyyah Subhanahu Wa Taala
TOK PULAU maka himar itu terlebih mengenal ia pada Allah daripadanya.”
MANIS DAN [ms/85]
6. “Dan kata Ibn al-‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Bermula fitnah
PENERIMAAN yang batin itu sanya telah melengkap ia iaitu jahil tiap-tiap
BELIAU seorang itu kadarnya. Maka lazimlah atas hamba
membicarakan dalam dirinya hingga tiada diperolehnya
TERHADAP fitnah. Dan jika tiada demikian itu nescaya binasa ia pada
KONSEP agamanya dan dunianya.” [ms/86]
WAHDATUL 7. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Rahimahullahu Taala: Ambil
banyak atasmu lupa dan banyak tidur. Maka jangan engkau
WUJUD 4 murka(??) dan jangan engkau berpaling bagi demikian itu.
Maka bahawasanya orang yang menilik ia kepada segala
asbab serta Haq Taala itu syirik ia. Maka jadikan olehmu serta
Allah pada barang yang dikehendakiNya, tiada serta dirimu
pada barang yang engkau kehendaki. Tetapi tidak dapat tiada
daripada istighfar.” [ms/89]
• Tok Pulau Manis tidak hanya menukil dari Syeikh Akbar Ibn Arabi,
beliau juga dengan jelas telah menyebut nama karya agung Syeikh
Ibn Arabi; al-Futuhat al-Makkiyyah, yang menjadi rujukan beliau.
8. “Dan kata dalam Futuhat: Bermula Haq Taala itu tiada sekali-
TOK PULAU kali munasabah antaraNya dan antara segala makhlukNya
seperti kata Ibn al-‘Arif dalam Mahasin al-Majalis: Tiada
MANIS DAN antaraNya dan antara segala hambaNya nisbah melainkan
PENERIMAAN fana’ padaNya, dan tiada sebab melainkan hukum, dan tiada
waktu melainkan azal.” [ms/118]
BELIAU 9. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Bermula
TERHADAP sangat hampir itu hijab seperti bahawa yang sangat jauh itu
KONSEP hijab. Dan apabila Haq Taala itu terlebih hampir kepada kita
daripada urat di tengkuk-tengkuk maka di mana tujuh puluh
WAHDATUL ribu hijab?” [ms/119]
WUJUD 5 10. “Faedah: kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Apabila
lupa orang yang murid itu daripada zikir dengan satu nafas
maka jadilah syaitan itu sertanya; kerana bahawasanya syaitan
itu mengintai ia, maka manakala masuk lupa atas hatinya
maka masuk ia, dan jikalau masuk zikir nescaya keluar ia.”
[ms/141]
• Setelah mengira jumlah nukilan yang terdapat dalam Hikam Jawi,
ternyata nukilan kata-kata Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi yang dinukilkan oleh
Tok Pulau Manis lebih banyak daripada nukilan kata-kata Imam al-
TOK PULAU Ghazali. Beliau didapati hanya menukil 5 nukilan kata-kata Imam al-
Ghazali, manakala terdapat 10 nukilan kata-kata Syeikh Ibn ‘Arabi.
MANIS DAN Lebih sekali ganda daripada nukilan kata Imam al-Ghazali.
PENERIMAAN
• Di samping itu, beliau juga menukil sekurang-kurangnya dua kata-kata
BELIAU Imam Abdul Wahhab al-Sya’rani, dua kata-kata imam Zarruq al-Fasi dan
TERHADAP satu nukilan kata-kata Ibn ‘Abbad al-Randi. Nukilan kata-kata Imam al-
KONSEP Syazili pula sudah semestinya lebih banyak berbanding tokoh yang lain.
WAHDATUL Namun, berdasarkan penelitian ringkas kami, beliau tidak menyebut
WUJUD 6 sama sekali nama Syeikh Ibn ‘Ajibah al-Tetouani.
• Dengan ini jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian pengkaji yang
berpendapat bahawa Hikam Jawi Tok Pulau Manis tidak mendokong
fahaman wahdatul wujud. Begitu juga, terbukti bahawa karya-karya
yang menempati kategori peringkat pertengahan mampu untuk
menghubungkan antara tasawwuf amali dan tasawwuf falsafi.
• Antara nama-nama besar yang membawa aliran ini di Alam Melayu adalah:
Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin As-Sumatrani, dan Syeikh Nuruddin
al-Raniri (w. 1068H/1658M)
• Kajian yang dilakukan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
secara meyakinkan telah membuktikan bahawa Syeikh al-Raniri
juga berpegang dengan fahaman wahdatul wujud yang dibawa
oleh Imam Ibn ‘Arabi.
PENYATUAN
• Bahkan di dalam karya-karya lain beliau iaitu al-Tibyan fi Ma’rifah
TASAWWUF al-Adyan dan Jawahir al-‘Ulum fi Kasyfi al-Ma’lum didapati beliau
IRFANI DENGAN banyak mengambil manfaat dari karya-karya ahli sufi beraliran
TASAWWUF falsafi wujudi.
AMALI DI ALAM • Antara karya yang menjadi rujukan beliau adalah kitab al-Futuhat
al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam karya Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi,
MELAYU Miftah Ghaib al-Jam’i Wa al-Wujud oleh al-Qunawi, Syarh Fusus
al-Hikam oleh al-Qasyani, al-Insan al-Kamil dan Syarh Musykilat
al-Futuhat oleh Abdul Karim al-Jili, Syarh Fusus al-Hikam dan
Lawaih Fi Bayan Ma’ani ‘Irfaniyyah oleh Abdul Rahman al-Jami,
dan kitab al-Tuhfah al-Mursalah oleh al-Burhanfuri.
Rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, A Commentary On The Hujjat al-Siddiq Of
Nur al-Din al-Raniri (Malaysia: Ministry Of Culture, 1986), 15-24.
• Tokoh-tokoh sufi di Alam Melayu tampaknya
mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam
memahami dan menjelaskan fahaman tasawwuf irfani
kerana mereka mampu untuk menyatupadukan mazhab
tasawwuf akhlaqi yang dibawa oleh Imam al-Ghazali
dengan mazhab tasawwuf falsafi irfani yang dibawa
PENYATUAN oleh Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi al-Hatimi.
TASAWWUF • Hal ini dapat dilihat seperti dalam kitab Syeikh Abdul
IRFANI DENGAN Samad al-Falimbani; Siyar al-Salikin, yang merupakan
TASAWWUF terjemahan bagi ringkasan Ihya’ ‘Ulumiddin yang
berjudul Lubab Ihya’ ‘Ulumiddin, karangan saudara
AMALI DI ALAM Imam al-Ghazali; Syeikh Abu al-Futuh Ahmad al-Ghazali.
MELAYU 2 • Penyatupaduan dua mazhab ini dilihat jelas melalui
penjelasan beliau berkenaan tauhid para siddiqin yang
merupakan peringkat keempat dalam konsep
pembahagian tauhid yang diketengahkan oleh Imam al-
Ghazali sendiri.
• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani berkata:
“Dan tauhid yang keempat ini: tiada dia melihat di
dalam wujud alam ini melainkan zat Tuhan yang
maha esa, yang wajib al-wujud. Ia itu pemandangan
orang yang siddiqin dan yang ‘arifin. Dan dinamakan
PENYATUAN akan dia oleh ahli sufi fana’ di dalam tauhid. Maka
TASAWWUF tiada melihat ia akan dirinya kerana batinnya itu
karam ia dengan syuhud akan Tuhan yang esa yang
IRFANI DENGAN sebenarnya.”
TASAWWUF (Al-Falimbani, Siyar al-Salikin, 4/103 dan Azyumardi
AMALI DI ALAM Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
MELAYU 3 Alam Melayu Abad 17 & 18 (Indonesia: KENCANA
Prenadamedia Group, 2013), 365-366.
Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana fahaman
martabat tujuh dapat membawa kepada fana’ yang
merupakan tauhid para siddiqin.
• Suatu hal yang perlu ditekankan di sini, tasawwuf
akhlaqi yang dibawa oleh Imam al-Ghazali sebenarnya
mengandungi isyarat-isyarat terhadap tasawwuf ilmi
atau irfani.
• Hakikat inilah yang memudahkan para tokoh sufi untuk
PENYATUAN menghubungkan idea-idea tasawwuf Imam al-Ghazali
TASAWWUF dengan idea-idea tasawwuf irfani Syeikh Ibn ‘Arabi.
Lihatlah konsep pembahagian tauhid yang dibawa oleh
IRFANI DENGAN
Imam al-Ghazali, konsep pembahagian tauhid ini juga
TASAWWUF didapati dalam al-Futuhat al-Makkiyyah karya Syeikh
AMALI DI ALAM Ibn ‘Arabi.
MELAYU 4
• Lebih menarik lagi, karya-karya tahap pertengahan
yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani
juga tidak terlepas dari konsep ini; Tok Pulau Manis
didapati membawa konsep yang sama di dalam Hikam
Jawi.
• Tok Pulau Manis berkata dalam Hikam Jawi:
“Dan adalah yang empat perkara ini jalan nazhar mereka itu dan jalan mengambil
dalil mereka itu yang jadi daripadanya syuhud segala orang yang ahli al-thariq dan
ma’rifah mereka itu.
1. Maka yang awal itu mengambil dalil ia pada kaun hingga dilihatnya bahawa
tiada pada kaun itu melainkan yang mempunyai kaun.
PENYATUAN 2. Dan yang kedua itu menilik ia kepada hakikat ilmu wujud yang kaun sebelum
TASAWWUF wujudnya dengan fikir dan nazhar. Maka diketahuinya dan ditahkikkannya
bahawasanya sebelum wujudnya kepada yang dimenjadikan wujud. Dan
IRFANI DENGAN adalah demikian itu dalilnya atas yang satu yang menjadikan.
TASAWWUF 3. Dan yang ketiga itu tiada memandang ia kepada kaun dan tiada diketahui
AMALI DI ALAM ijadnya (‫ )إﯾﺟﺎد‬tetapi mengambil dalil ia atas kaun itu dengan mukawwin
MELAYU 5 (‫ )ﻣﻛون‬dan ini terkadang menunjukkan Haq akan dia dengan Dia atasNya.
4. Dan yang keempat itu fana’lah ia daripada nazhar dan khabar. Maka adalah
fana’ baginya itu keadaan nazhar; kerana bahawasanya tatkala fana’ yang
tiada, maka kekal yang tiada dahului oleh tiada.
Maka yang awal itu mujtahid mujahadah. Dan yang kedua itu mujtahid ‘arif. Dan yang
ketiga itu sohib musyahadah. Dan yang keempat ittu sohib kasyaf dan tauhid.”
(Tok Pulau Manis, Hikam Jawi, 11).
• Walaupun kesemua tokoh yang membincangkan
pembahagian tauhid ini bersetuju bahawa terdapat
tahap tinggi dalam tauhid; iaitu yang dinamakan
PENYATUAN
oleh Imam al-Ghazali sebagai ilmu mukasyafah,
TASAWWUF
atau yang disebut oleh Syeikh Ibn ‘Arabi sebagai al-
IRFANI DENGAN
Ma’rifah atau ‘aqidah al-Khulasah, atau yang
TASAWWUF
dinamakan oleh Syeikh Abdul Samad dan Tok Pulau
AMALI DI ALAM
Manis sebagai al-fana’, namun pembahagian tahap-
MELAYU 6
tahap akidah mereka tidaklah sama dari semua sisi.
• Imam al-Ghazali di dalam Ihya’, Syeikh Ibn ‘Arabi di dalam al-Futuhat,
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani di dalam Siyar al-Salikin dan Tok Pulau
Manis di dalam Hikam Jawi membahagikan akidah kepada empat tahap.
• Namun di dalam al-Arba’in Fi Ushul al-Din Imam al-Ghazali
membahagikannya kepada lima tahap.
• Dari segi isi kandungan konsep tauhid ini pula, Syeikh Abdul Samad al-
PENYATUAN Falimbani dilihat menghuraikan tahap-tahap akidah mengikut bentuk
TASAWWUF pembahagian Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ serta menyelaraskannya
dengan konsep martabat tujuh seperti oleh Burhanfuri.
IRFANI DENGAN
• Tahap keempat yang terdapat dalam pembahagian akidah Tok Pulau
TASAWWUF Manis pula didapati menyerupai tahap keempat yang disebutkan oleh
AMALI DI ALAM Syeikh Abdul Samad.
MELAYU 7 • Manakala Ibn ‘Arabi pula tidak meletakkan tauhid ahli kasyaf yang
disebutkan oleh Tok Pulau Manis di tahap yang terakhir, sebaliknya
meletakkannya di tahap yang ketiga.
• Kesemua hal ini menunjukkan bahawa Tasawwuf Akhlaqi yang nantinya
menjadi Tasawwuf Irfani dalam tradisi Ahli Sunnah selalu dituduh dengan
Tasawwuf Falsafi oleh orang yang menilai ia adalah hasil dari falsafah,
bahkan ada yang menunduh sebagai Pantheism bagi yang tidak faham.
• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani tidaklah keseorangan
dalam usaha menyatupadukan dua aliran tasawwuf ini.
• Syeikh Muhammad Nafis (hidup pada abad ke-18M)
juga telah berusaha mendamaikan antara tradisi
tasawwuf Imam al-Ghazali dan tradisi tasawwuf irfani
Ibn ‘Arabi di dalam karyanya al-Durr al-Nafis.
PENYATUAN
• Syeikh Daud al-Fathani juga melakukan usaha yang
TASAWWUF sama. Beliau mengiktiraf Imam al-Ghazali sebagai tokoh
IRFANI DENGAN sufi terbesar, manakala tokoh sufi di tangga kedua pada
TASAWWUF pendapatnya adalah Imam Abdul Wahhab al-Sya’rani;
AMALI DI ALAM pendokong tegar mazhab Syeikh Ibn ‘Arabi.
MELAYU 8 • Di dalam karya beliau al-Manhal al-Shafi Fi Bayan
Rumuz Ahl al-Sufi, Syeikh Daud al-Fathani dengan jelas
mempertahankan konsep wahdatul wujud dan
martabat tujuh (Daud al-Fathani, al-Manhal al-Shafi, 23,
30; Azyumardi Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah, 367-
370).
• Mungkin tarekat yang diamalkan oleh Syeikh Daud
juga memainkan peranan dalam membentuk
pemikiran tasawwuf beliau yang dilihat bersetuju dan
mempertahankan idea-idea tasawwuf irfani.
• Tarekat Syatthariyyah yang diamalkan oleh beliau
mengandung sanad tokoh-tokoh yang hebat
PENYATUAN mendokong, mengembangkan dan mengarang karya-
TASAWWUF karya berkaitan wahdatul wujud.
IRFANI DENGAN • Mereka adalah:
TASAWWUF • Syeikh Muhammad Bin Fadhlillah al-Burhanfuri;
AMALI DI ALAM pengarang al-Tuhfah al-Mursalah,
MELAYU 9 • Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan
• Syeikh Ibrahim al-Kurani.
• Tokoh-tokoh ini bukan hanya menguasai ilmu
tasawwuf irfani, mereka juga menguasai bidang-
bidang ilmu syariat yang lain, khususnya ilmu akidah.
• Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan ulama’ Melayu pada kurun ke-12 hingga kurun
ke-14 hijrah yang mensyarahkan kitab akidah Umm al-Barahin merupakan pengamal
Tarekat Shatthariyyah. Antaranya: ( Che’ Razi Jusoh, The Malay Exposition of Al-Sanusi’s
Umm Al-Barahin, 21-22).
1. Syeikh Muhammad Zayn al-Ashi (Aceh), pengarang syarah Umm al-Barahin yang
berjudul “Bidayatul Hidayah”.

PENYATUAN 2. Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani, pengarang syarah Umm al-Barahin yang
berjudul “al-Durr al-Thamin”.
TASAWWUF 3. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al-Fathani, penterjemah matan Umm al-
IRFANI DENGAN Barahin.
4. Syeikh Zainal Abidin Muhammad al-Fathani, pengarang kitab “Aqidah al-Najin” dan
TASAWWUF Syair Sifat Dua Puluh.
AMALI DI ALAM 5. Syeikh Wan Muhammad Ali Kutan, pengarang “Zahrah al-Murid Fi ‘Aqaid al-Tauhid”.
MELAYU 10 6. Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zayn al-Fathani, pengarang kitab “Faridah al-Faraid”.
7. Syeikh Ismail al-Fathani (Pak Dak Eil), pengarang kitab “Bakurah al-Amani”.
Dengan ini, diketahui bahawa ulama’ Alam Melayu yang mendokong fahaman
tasawwuf irfani bukan hanya sekadar menguasai bidang tasawwuf sahaja, mereka juga
menguasai ilmu akidah dan ilmu fiqh. Oleh itu, mereka telah menguasai ketiga-tiga asas
utama agama ini; Iman yang merupakan ilmu akidah, Islam yang merupakan ilmu fiqh,
dan Ihsan yang merupakan ilmu tasawwuf.
KESIMPULAN
59 KESIMPULAN

• Islam yang awal masuk ke Alam Melayu adalah berakidahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama ada
al-Maturidiyyah seperti kitab Akidah Nasafiyyah, lalu al-Asy’ariyyah seperti kitab-kitab Imam al-
Sanusi. Dan akidah al-Asy’ariyyah lah yang memiliki tempat sehingga sekarang di Alam Melayu.
• Secara Fiqh, Islam di Alam Melayu berpegang dengan Fiqh Syafi’I, dan tidak ditemukan mazhab
selain Syafi’I di Alam Melayu.
• Tasawwuf di Alam Melayu memiliki naratif Tasawwuf Sunni yang mengabungkan Akhlaqi, dan
Tasawwuf Irfani seperti yang dapat ditemukan di dalam karya-karya ulama Melayu hari ini. Ia juga
senada dengan manhaj Imam al-Ghazali sendiri yang menjadi tokoh utama ASWJ di Alam Melayu
• Maka boleh dianggap pegangan Islam Majoriti Umat Islam di Alam Melayu adalah Imam al-Ghazali,
kerana beliau berakidahkan al-Asy’ariyyah, berfikihkan Syafi’I, dan bertasawwuf al-Junaydi.

You might also like