You are on page 1of 10

MAZHAB IMAM

SYAFIE
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ANWAR FAKHRI BIN OMAR
DISEDIAKAN OLEH :
NURUL UZMA BINTI ABDULLAH
(A146896)
NOR SUHADA BINTI MD YUSOF
(A146906)

PENGASAS
Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas
bin Uthman bin Shafie.
Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy daripada
bani Mutalib.
Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih
kanak-kanak.
Dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun
150 H.
Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan
Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia.
Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al
Mansur dari bani Abbasiyah.
Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran, dan
beliau menghafal Al-Quran sejak 9 tahun.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba


kekurangan.
Pada umur 10 tahun beliau menghafal
dan memahami kitab al-Muwattak yang
ditulis Imam Malek.
Beliau juga mempunyai suara merdu,
boleh bersyair dan bersajak.
Ketika berusia 15 tahun beliau
mengajar dan memberi fatwa kepada
orang ramai di Masjid al-Haram.
Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau
yang luar biasa, beliau mendapat
sanjungan masyarakat.
Beliau meninggal dunia di Mesir tahun
204 H ketika berumur 54 tahun.

METODOLOGI MAZHAB IMAM


SYAFIE
Imam Syafie merupakan orang yang pertama
menulis usul al-fiqh dalam kitab al-Risalah. Selain
itu, beliau juga telah merencanakan kitab alUmm yang memperkenalkan dasar-dasar dan
prinsip-prinsip beliau dalam mengistinbatkan
hukum dan metodologi beliau dalam berijtihad.
Oleh itu, berdasarkan kedua-dua kitab tersebut
dapat di simpulkan metodologi beliau dalam
mengistinbatkan hukum syarak, antaranya:
1. Al-Quran dan Sunnah
2. Ijma
3. Pendapat Sahabat
4. Qiyas

MURID-MURID SERTA ULAMA


MAZHAB IMAM SYAFIE

Antara murid-muridnya ialah :


1. Abu Thawr Ibrahim bin Khalid Al-Kalbiyy AlBaghdadiyy.
2. Ahmad bin Hanbal.
3. Al-Hasan bin Muhammad bin Al-Sabah AlZafaraniyy Al-Baghdadiyy (anak murid
Imam Syafie yang terkemuka di Iraq dan
menyebarkan Mazhab Al-Qadim).
Antara Ulama mazhabnya ialah :
1. Ahmad bin Umar bin Surayj (Ibnu Surayj).
2. Muhammad bin Ibrahim bin Al-Mundhir
(Ibnu Mundhir).
3. Ali bin Muhammad bin Habib Al-Mawardiyy.

KITAB-KITAB TERKENAL DALAM


MAZHAB IMAM SYAFIE
Antara kitab-kitabnya yang terkenal
ialah :
1. Al-Risalah : membincangkan kaedahkaedah usuliyyah yang berkaitan
dengan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak,
Qiyas, Istihsan, Nasikh dan Mansukh,
kecacatan hadis dan syarat-syarat
penerimaan hadis.
2. Al-Umm : mengandungi 7 juzuk
merangkumi bab-bab fiqh seperti

TEMPAT TERSEBARNYA MAZHAB


IMAM SYAFIE
Iraq
Syria
Lubnan
Cina
India
Asia Tenggara seperti Indonesia,
Malaysia dan Filipina

CONTOH MASALAH YANG BERBEZA


DENGAN MAZHAB YANG LAIN
Masalah Suara Wanita Dalam Solat
Mazhab Malik : suara jahar (suara kuat) bagi wanita hanya
dalam satu keadaan, iaitu hanya dirinya sahaja yang dengar.
Sedangkan ikhfanya (suara rendah) hanya dengan
menggerakkan lidah. Itu pendapat muktamad mereka.
Mazhab Hambali : tidaklah disunatkan wanita itu untuk
meninggikan suaranya, tetapi tidaklah berdosa jika didengari
oleh lelaki asing (bukan muhrim). Dan jika ada lelaki asing yang
mendengar, maka ketika itu dilarang meninggikan suara bagi
wanita.
Mazhab Hanafi : didalam solat dibenarkan untuk wanita
meninggikan suara dalam kadar didengari hanya satu dua
orang sahaja. Menurut pendapat yang muktamar dari mereka,
bukanlah aurat. Maksudnya suara wanita boleh ditinggikan
dalam solat ataupun diluar solat.
Mazhab Syafie : wanita tidak boleh meninggikan suaranya jika
ada lelaki yang bukan muhrim. Sedangkan suara rendah hanya
dalam keadaan didengari oleh dirinya sendiri.

Haram Memakan Haiwan Bertaring Dan Burung Yang Mencakar.


Mazhab Hanafi : apa sahaja haiwan yang memakan daging itulah
haiwan buas yang diharamkan. Contohnya gajah, serigala, tikus
(yarbu) dan kucing.
Mazhab Syafie : haiwan buas yang menyerang manusia sahaja
yang diharamkan. Contohnya serigala, singa dan harimau. Adapun
lainnya yang tidak memburu manusia seperti dhabu (sejenis
serigala) dan tsalab (sejenis musang), menurut beliau boleh
dimakan.

Hukum Wanita Keluar Rumah Bagi Yang Baru Menerima Talak RajI
(talak yang boleh dirujuk).
Mazhab Hanafi : ia mengatakan tidak boleh keluar dan wajib
tinggal di rumah suaminya.
Mazhab Malik : ia mengatakan bahawa kalau malam memang
wanita itu tidak boleh keluar, tetapi pada siang hari dibolehkan
keluar rumah jika ada keperluan yang harus di penuhi.
Mazhab Syafie : ia mengatakan tidak boleh keluar, samada siang
mahupun malam. Pendapat Syafie ini juga dipegang oleh Imam
Ahmad.

~SEKIAN DARI KAMI~

You might also like