You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG PENGASAS

Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan pada 30 Oktober Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan berketurunan bawean atau boyan Indonesia. Bapa beliau bernama Muhammad manakala ibunya bernama Aminah dan merupakan insan yang kuat berpegang pada agama serta mengamalkan tariqat Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Suhaimi. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan dijaga oleh bapa dan ibu tirinya Zubaidah. Setelah bapanya meninggal dunia beliau telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah jadi tidak hairanlah Ashaari juga turut mengamalkan tariqat ini dan telah dikurniakan Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia 16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah 7 Sekolah Melayu. Ketika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pasangannya Hasnah dan dikurniakan 11 orang anak, namun perkahwinan beliau dengan Hasnah tidak berkekalan dan beliau telah menceraikan istrinya pada tahun 1984. Selain Hasnah beliau juga telah berkahwin dengan 4 orang isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan daripada 5 orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19 orang menantu dan 70 orang cucu.

KEPERIBADIAN ASHAARI

Ashaari merupakan seorang insan yang minat kepada agama, sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan asas-asas agama oleh keluarganya. Sewaktu di zaman persekolahan beliau merupakan seorang yang pemalu akan tetapi beliau petah berkata-kata dan berbakat dalam menyampaikan ceramah. Beliau pernah berdebat mengenai agama dan perjuangan. Bagi mentarbiyah dan mendidik diri beliau telah menerima ilmu dan amalan tariqat sewaktu berusia 16 tahun daripada bapa saudaranya Lebai Ibrahim. Beliau memiliki keperibadian yang tinggi, peramah ,lemah lembut , berbudi bahasa, pemurah, gigih beribadat dan tabah dalam kerja-kerja perjuangan Islam. Keperibadian beliau ini diakui oleh pengikutnya yang setia mahupun yang telah disingkirkan oleh jemaah. Ustaz Ansari merupakan sahabat seperjuangan Ashaari sejak dalam PAS dan juga merupakan seorang pengasas terawal al-arqam mengakui keperibadian Ashaari walaupun beliau telah disingkirkan dalam al-arqam.

CIRI-CIRI AJARAN AL-ARQAM DAN PEGANGANNYA

You might also like