You are on page 1of 14

UTHMAN BIN AFFAN

PEMERINTAHAN ENAM TAHUN PERTAMA SAIDINA UTHMAN

• Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab


dibunuh pada tahun 644.
• Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga
tahun 656.
• Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika
Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
• Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai
pentadbir jajahan baru Islam.
• Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam
tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara.

• Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan khalifah Uthman


selama 12 tahun kepada 2 bahagian iaitu pertamanya zaman keamanan dan
keagungan islam,manakala yang keduanya pula ialah zaman ‘finatul-kubra’
iaitu zaman huru hara.
Zaman keamanan dan keagungan Islam

 Saidina Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam

usahanya menyebarkan islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi

keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka.

 Antara wilayah baru yang berjaya ditakluki Cyprus, Afganistan , Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia,

Morocco dan beberapa buah negara lagi.

 Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut islam yang pertama begi

menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa.Banyak negara yang telah dibuka melalui

angkatan tentera ini.


Pembukuan Al Quran

• Saidina Uthman telah mengadakan satu naskah Al Quran yang baru,yang mana ianya
digunakan secara rasmi oleh umat Islam.
• Penyusunan dan pengumpulan Al Quran ini adalah menggunakan lahjah Bahasa Quraish
berdasarkan persetujuan para sahabat. Al Quran yang berbeza telah dibakar .
• Mereka telah memilih 4 huffaz sebagai penyusun Al Quran iaitu Saidina Zaid,Abdullah bin
Zubayr,Said bin Al ‘Asy dan Abdurrahman bin Al Harith ibnu Hisyam.
• Al Quran inilah yang digunakan sehingga ke hari ini di mana ianya dikenali dengan nama
Mushaf Uthmani .
• Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al Quran sebagai sumber perundangan
islam.
Pembesaran Masjid
Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah

yang semakin ramai.

Oleh itu,khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan

membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut.

Masjid tersebut telah di luaskan pada tahun 29 Hijrah.


Penyebaran Dakwah Islam

 Saidina Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya


mengislamkan ramai banduan.
 Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya.
 Ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan
ajaran Islam.
 Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik
ramai petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang.
 Beliau juga banyak menggunakan Al Quran dan Al Sunnah dalam
menjalankan hukum-hukum.
SEBAB SEBAB MUNCUL FITNAH BESAR
- Memihak kaum keluarga (nepotisme)
- Hidup Boros dan ambil wang baitulman
- Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq
- Memihak kaum Quraisy dan bekas-bekas Murtad
- Membakar naskah al-Quran
MEMIHAK KAUM KELUARGA (NEPOTISME)
•Beliau difitnah bersikap nepotisme atau memihak kaum keluarga kerana memberikan
jawatan yang tinggi seperti gabenor kepada kaum keluarga.
•Contohnya, jawatan gabenor Mesir dipegang oleh Amru bin Al-As diberikan kepada
Abdullah Bin Sa`d bin Abi Sarah (saudara angkat Khalifah Uthman).
•Tambah buruk apabila ada yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai
seorang daripada bekas kaum murtad.
•Khalifah Uthman berfikir bahawa tidak salah memberikan peluang kepada orang
yang sudah bertaubat (Nabi Muhamad S.A.W juga telah memaafkan beliau).
HIDUP BOROS DAN AMBIL WANG BAITULMAN

Beliau telah membelanjakan wang yang diambil daripada Baitulmal.


Contoh berliau telah memberi kuasa kepada gabenor untuk menggunakan 1/5 harta rampasan
perang untuk Tripoli.
Tuduhan ini adalah tidak berasas sama sekali kerana sesiapa yang mejadi khalifah akan diberi
kemudahan kepada beliau demi menjadikan tugasnya terhadap negara lebih fokus.
Maka segala harta beliau didermakan kepada kaum keluarga kerana beliau tidak memerlukaanya.
Harta 1/5 rampasan perang itu juga digunakan untuk menampung perbelanjaan pembinaan tentera
laut Mesir dan membayar gaji pegawainya.
Tegasnya, khalifah atau kerajaan pusat berhak menggunakan 1/5 daripada harta rampasan
perang, seperti yang disebut dalam Al-Qura, Surah Al-Anfal untuk kegunaan awam.
MEMBENARKAN SAHABAT MEMILIKI TANAH DI IRAQ

Beliau dituduh memberikan tanah atau lading kepada para sahabat dan ketua
kabilah.
Tanah itu digelar sebagai safawi.
Khalifah Umar telah menetapkan bahawa tanah itu diamanahkan kepada golongan
ahl al-ayyam(peserta yang tiba awal di Iraq).
Kaum Muhajirin, Ansar dan murtad (Khalifah Uthman beri peluang kepada mereka
untuk melakukan skim pertukaran tanah).
Ertinya, mereka bukanlah mendapat tanah secara percuma tetapi dengan
pertukaran tanah yang mereka miliki di Semenanjung Arab.
Contoh, Talhah Bin Ubaidullah bekas perajurit di Iraq menukarkan tanahnya di
Khaibar dengan tanah Sawafi di kawasan Nashstaj di Iraq.
MEMIHAK KAUM QURAISY DAN BEKAS-BEKAS MURTAD

Khalifah Uthman dituduh akibat tindakan gabenornya di Kufah, Said bin Al- as
mengishtiharkan tanah di Iraq kepunyaan kaum Quraisy.
Tindakan tersebut selaras dengan jasa serta kedudukan kaum Quraisy yang
sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat pada zaman itu.
Masud tindakan sedemikian adalah supaya kaum Quraisy mengendalikan tanah –
tanah di Iraqsupaya terus dipandang tinggi dan dihormati.
MEMBAKAR NASKAH AL-QURAN

Khalifah Uthman dituduhkan mencemarkan kesucian Al- Quran kerana tindakan


membakar naskah Al-Quran.
Tindakan ini hanya semata – mata bagi mewujudkan sebuah naskah Al-Quran yang
seragam.
Bagi melaksanakan tujuan ini , beliau telah melantik sebuah jawatankuasa bagi
mengkaji naskah – naskah Al-Quran yang ditulis dan disebarkan pada waktu itu.
Hasilkajian mereka , terdapat pelbagai naskah Al-Quran yang ditulis dengan
berbagai – bagai loghat temapatan dan di sebarkan di wilayah – wilayah Islam.
Keadaan ini agak menyulitkan.
Khalifah Uthman memutuskan supaya diadakan hanya satu bentuk Al-Quran iaitu
mengikut loghat Quraisy dan ia kemudiannya dinamakan Mashaf `Uthmani.
KEWAFATAN UTHMAN BIN AFFAN

You might also like