You are on page 1of 3

Kelahiran dan Riwayat Hidup Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota
Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah
sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di
bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang
berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang
berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin
Khalaf.
Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa
risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal
memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang
sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat
beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu
Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin
Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.
Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima
penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin.
Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa
tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman
golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan
bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan
mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan
geram mereka terhadap Islam.
Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di
tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu
panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan
musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju
besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari
dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya
dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya
mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun
penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan
pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang
bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah
mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian
menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya

dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah


dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.
Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara
membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas.
Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya
Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata:
"Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku
tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya
Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual
dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga
100 tahil emas".
Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana
beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan
yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya.
Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan
umat Islam yang berhijrah ke sana.
Kelebihan beliau
Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah
berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan
azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu
kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau
daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat
Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat
berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab
datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan
sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar
pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan
tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.
Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat
yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut
pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka
terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu
tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.
Kematian beliau
Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di
mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan

bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda. Semoga


Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan
kepada Islam dengan balasan yang baik.

You might also like