You are on page 1of 16

KEUNGGULAN

PERJUANGAN
KHULAFA’
AR-RASYIDIN
NAMA : NUR QURRATUL AIN BINTI ABDUL FAHIM
KELAS : 1 ADIRATNA
SUBJEK : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
NAMA GURU : PUAN BUSYRA BINTI KAMARUDIN
ISI KANDUNGAN
1. RIWAYAT HIDUP KHULAFA’
AR-RASYIDIN

2. KHALIFAH ABU BAKAR


AS-SIDDIQ R.A

3. KHALIFAH UMAR BIN


AL-KHATTAB R.A

4. KHALIFAH UTHMAN BIN


AFFAN R.A

5. KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB


R.A

6. PENGAJARAN
RIWAYAT HIDUP
KHULAFA’ AR-
RASYIDIN
Khulafa’ Ar-rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat
orang sahabat Rasulullah S.A.W yang memegang jawatan
pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan baginda
Rasulullah S.A.W . Mereka ialah :
1. Khalifah Abu Bakar As-siddiq R.A (11-13H/632-634M)
2. Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A (13-23H/634-644M)
3. Khalifah Uthman Bin Affan R.A (23-35H/644-656M)
4. Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A (35-40H/656-661M)

Khulafa’ Ar-rasyidin meruakan golongan yang terpilih untuk


menyambung gagasan dan kepimpinan Rasulullah S.A.W.
Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping
dengan Rasulullah S.A.W sewaktu hidup baginda selain
mempunyai hubungan dengan baginda . Corak pemerintahan
meraka berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta menitik
beratkan konsep syura yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W.
Pemerintahan mereka yang berpusat di Madinah mengambil
masa selama lebih kurang 29 tahun.
KHALIFAH ABU
BAKAR AS-SIDDIQ
KHALIFAH PERTAMA

NAMA PENUH : ABDULLAH BIN UTHMAN BIN AMIR BIN AMRU


BIN KA’AB BIN SA’ID BIN TAIM BIN MURRAH
BIN KA’AB
TEMPAT DILAHIRKAN : DI MEKKAH
TAHUN LAHIR : TAHUN 572M, DUA TAHUN SELEPAS KELAHIRAN
RASULULLAH S.AW.
KETURUNAN : BANI TAIM , KURAISH
NAMA IBU : UMMUL KHAIR SALMAA BINTI SAHAR
GELARAN : “ATIQ” (BEBAS DARIPADA AP NERAKA ) DAN
“ AS-SIDDIQ” (ORANG YANG PALING BENAR DALAM
KATA-KATANYA )
MENINGGAL DUNIA PADA 13 TAHUN HIJRAH KETIKA BERUSIA
63 TAHUN . BELIAU DIMAKAMKAN DI SISI RASULULLAH S.A.W.

1. Beliau seorang sahabat yang sangat pemurah . Contohnya


beliau membeli dan memerdekakan setiap hamba yang
disiksa seperti Bilal Bin Rabbah dan Amar Bin Yasir . Sifat
beliau yang pemurah ini telah mendapat pujian Rasulullah
S.A.W dengan sabda baginda : “saya tidak tahu, adakah
masih ada orang yang melebihi Abu Bakar dari segi
kemurahan hati”.

2. Seorang yang berani. Keberanian beliau dapat dilihat ketika


beliau selalu membela Rasulullah S.A.W yang cuba dibunuh
oleh kaum baginda semasa di Mekkah.
3. Seorang hartawan yang dermawan dan banyak
membelanjakan hartanya ke jalan Allah S.W.T

4. Seorang yang cinta akan kebenaran serta mempunyai


semangat setia kawan yang tinggi.

5. Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis


terutama ketika memaca Al-Quran

6. Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A

POLITIK
- Meneruskan cita-cita Rasulullah S.A.W
menghantar pasukan Usamah Bin Zaid
kesempadan negeri Syam untuk
memerangi kerajaan rom timur
(Byzantine)
AGAMA - Memerangi golongan yang enggan
membayar zakat, golongan yang murtad
dan nabi palsu. Khalifah Abu Bakar As-
Siddiq R.A telah membentuk 11 pasukan
angkatan perang untuk menghadapi
kaum murtad yang memberontak diserata
pelusuk tanah Arab

- Setelah tamat perang yamamah, banyak


tentera Islam mati shahid termasuklah
para penghafaz Al-Quran. Atas nasiha
Saidina Umar Bin Al-Khattab R.A, Khalifah
Abu Bakar R.A telah mengarahkan Zaid
Bin Sabat supaya mengetuai usaha
menghimpunkan Al-Quran yang tertulis
pada batu, kulit haiwan, daun dan
hafazan para hafaz. Salinan ayat Al-
Quran yang dihimpunkan itu kemudian
disimpan oleh Khalifah Abu Bakar R.A,
Saidina Umar Bin Al-Khattab R.A, Saidina
Uthman Bin Affan R.A dan Hafsah (isteri
Nabi Muhammad S.A.W).
KHALIFAH UMAR
BIN AL-KHATTAB
KHALIFAH KEDUA

NAMA PENUH : UMAR BIN AL-KHATTAB BIN NUFAIL BIN


ABDUL UZZA
TEMPAT DILAHIRKAN : DI MEKKAH
TAHUN LAHIR : TAHUN 584M,13 TAHUN SELEPAS KELAHIRAN
RASULULLAH S.A.W
KETURUNAN : BANI ADI, KURAISH
NAMA IBU : HANTAMAH BINTI HASHIM
GELARAN : “AL-FARUK” (PEMISAH ANTARA HAK DENGAN
BATIL)
MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 23 HIJRAH KETIKA BERUSIA
63 TAHUN AKIBAT DITIKAM OLEH ABU LU’LU’AH FAIRUZ AL-
FARSI (HAMBA KEPADA AL-MAGHIRAH BIN SYU’BAH ). BELIAU
DIMAKAMKAN DI SISI SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A.

1. Seorang yang berperwatakan keras, suka beradu


kekuatan dan sangat cekap menunggang kuda

2. Seorang sahabat yang sangat berani. Contohnya beliau


berhijrah pada waktu siang dan secara terang- terangan.
3. Memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga banyak
pendapat beliau yang bertepatan dengan firman Allah
S.W.T.

4. Seorang yang berpengetahuan tinggi serta cukup


agamanya.

5. Sumbangan Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A

Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab


dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Khulafa’ Ar-
Rasyidin kerana banyak pembaharuan telah dilakukan. Zaman
pemerintahan beliau juga merupakan zaman peluasan wilayah
Islam.

- Menubuhkan majlis syura


POLITIK - Membahagikan jajahan Islam kepada
beberapa wilayah dan ditadbir oleh
gabenor
- Menubuhkan jabatan tentera, jabatan
polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara

- Menetapkan wang sara hidup kepada


rakyat berdasarkan keutamaan dan
perjuangan mereka mengasaskan takwim
SOSIAL Islam.
- Memperkenalkan undang-undang
pentadbiran tanah.
- Menubuhkan baitulmal
- Memperkenalkan pelbagai jenis cukai
seperti jizyah dan kharaj.
EKONOMI - Membina terusan dan tali air untuk
mengairi kawasan pertanian.
- Mengemas kini angkatan tentera.
KETENTERAAN - Memberi gaji kepada gabenor dan tentera
yang berjuang
KHALIFAH
UTHMAN BIN
AFFAN
KHALIFAH KETIGA

NAMA PENUH : UTHMAN BIN AFFAN BIN ABU AL-ASR BIN


UMAYYAH BIN ABDUL SYAMSIN BIN ABDUL
MANAF BIN KUSAI BIN KILAB BIN MURRAH BIN
KA’AB
TEMPAT DILAHIRKAN : DI MEKKAH
TAHUN DILAHIRKAN : TAHUN 576M
KETURUNAN : BANI UMAYYAH, KURAISH
NAMA IBU : ARWA BINTI KURAIZ
GELARAN : “ZUNNURAIN” (YANG MEMILIKI DUA CAHAYA
KERANA BELIAU BERKAHWIN DENGAN DUA PUTERI
RASULULLAH S.W.T, IAITU RUKAIYAH DAN UMMU
KALSUM)
MENINGGAL DUNIA PADA 35 HIJRAH PADA USIA 80 TAHUN
KERANA DIBUNUH OLEH PEMBERONTAK DAN DIMAKAMKAN
DI PERKUBURAN AL-BAQI’

1. TERKENAL SEBAGAI SEORANG YANG SANGAT PEMALU DAN


LEMAH LEMBUT SEHINGGA RASULULLAH S.A.W PERNAH
BERSABDA KEPADA PARA SAHABAT : “TIDAKKAH ENGKAU
MALU KEPADA LELAKI YANG MALAIKAT SENDIRI MALU
KEPADANYA ?”
2. TERKENAL DENGAN SIFAT DERMAWAN DAN PEMURAH.
BUKTINYA BELIAU BANYAK MENDERMA UNTUK PERANG
TABUK, MEMBELI PERIGI RAUMAH UNTUK KEGUNAAN
UMAT ISLAM, MENDERMA 1000 EKOR DENGAN MUATAN
DENGAN MUATAN KEPADA UMAT ISLAM YANG SUSAH.

3. SUKA MEMBANTU ORANG-ORANG YANG BERADA DALAM


KESUSAHAN KHUSUSNYA KEPADA KAUM KELUARGA DAN
SANAK SAUDARA TERDEKAT.

4. Sumbangan Khalifah Uthman Bin Affan R.A

Khalifah Uthman Bin Affan R.A telah menggaiskan beberapa


polisi baharu pemerintahan beliau. Beberapa perubahan yang
dilakukan melibatkan kebajikan rakyat, politik, ekonomi,
ketenteraan dan pembaharuan dari sudut agama.

- Berusaha meningkatkan pendapatan


SOSIAL rakyat dengan memberi peluang pekerjaan

- Memperkenalkan system protocol dalam


POLITIK pentadbiran
- Mengukuhkan peranan baitlmal untuk
membiayai pembangunan negara.

- Mengukuhkan pertahanan Negara dengan


KETENTERAAN membina angkatan tentera laut bagi
membasmi pemberontakkan dan
penaklukan.
- Membentuk jawatankuasa untuk menyalin
semula ayat Al-Quran yang dikenali
AGAMA sebagai “mushaf usmani”
- Memperkenalkan azan kedua pada hari
Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan
nilai mata wang
- Membeli tanah untuk membesarkan masjid
Nabawi.
KHALIFAH ALI BIN
ABU TALIB
KHALIFAH KEEMPAT

NAMA PENUH : ALI BIN ABU TALIB BIN ABDUL MUTALIB BIN
HASHIM BIN ABDUL MANAF
TEMPAT DILAHIRKAN : DI MEKKAH
TAHUN LAHIR : TAHUN 599M
KETURUNAN : BANI HASHIM,KURAISH
NAMA IBU : FATIMAH BINTI AS’AD
GELARAN : “ABU TURAB” (BAPA SI TANAH )
SEWAKTU KECIL BELIAU DI AMBIL SEBAGAI ANAK ANGKAT
OLEH NABI S.A.W.

BERKAHWIN DENGAN FATIMAH AZ-ZAHRA, PUTERI


RASULULLAH S.A.W
SHAHID KERANA DITIKAM OLEH ABDUL RAHMAN BIN MULJAM
PADA MALAM 17 RAMADHAN TAHUN 40 HIJRAH

1. Merupakan panglima perang yang berani dan gagah


perkasa. Contohnya dalam perang khandak beliau telah
berlawan satu lawan satu dengan pahlawan kuraish yang
lebih berpengalaman, iaitu Amru Bin Wid Al-Amiri dan
Berjaya menewaskannya.

2. Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan


menunggang kuda.
3. Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik
menjadi salah seorang penulis wahyu.

4. Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, Al-Quran,


hokum-hukum syarak, bahasa dan sastera serta kuat daya
ingatan sehingga mampu menghafaz seluruh Al-Quran.

5. Sumbangan Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A

Sebaik menjadi khalifah, Saidina Ali Bin Abu Talib R.A telah
berhadapan dengan krisis dalaman negara sesehingga
menjejaskan tumpuan kepada pembangunan negara. Namun,
beliau telah melakukan beberapa tindakan :

SOSIAL - Berusaha mengekalkan kestabilan dan


keharmonian negara

KETENTERAAN - Membina markas tentera di Parsi dan


keharmonian negara.

EKONOMI - Meneruskan kutipan jizyah

Kempat- empat khalifah ini telah menunjukkan corak


kepimpinan yang bertanggungjawab. Mereka berjuang untuk
kemuslihatan dan kesejahteraan hidup rakyat jelata.
PENGAJARAN
1. Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan
dan sifat mulia para sahabat agar diredhai Allah S.W.T.

2. Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran


dan menghapuskan kebatilan yang menyesatkan.

3. Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan


nyawa untuk kepentingan agama.

4. Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan


pemimpin Islam yang banyak berjasa.
SEKIAN

TERIMA

KASIH

You might also like