You are on page 1of 10

Bilal bin Rabah

&
Muaz bin Jabal

Created by Isyraf & Rayyan


Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah dilahirkan di Mekah, di Hijaz

pada tahun 580 SM. Ayah beliau bernama

Rabah dan ialah hamba Arab dari bani Jumah

manakala ibu beliau bernama Hamamah dari

Habsyah. Dengan dilahirkan sebagai hamba,

beliau terpaksa bekerja untuk tuan beliau,

Umaiyah bin Khalaf. Beliau wafat pada usia 63

tahun, tahun ke 23 hijarah.


Sumbangan
Bilal bin Rabah memberikan sumbangan

untuk menyebarkan Islam dengan pesat ke

seluruh Semenanjung Tanah Arab. Beliau

terpesona dengan Islam dan menjadi antara

tujuh orang yang pertama masuk Islam. Bilal

bin Rabah adalah sahabat yang setia kepada

Nabi Muhammad dan dia adalah salah

seorang mualaf terawal kepada agama

Islam yang baru muncul. Beliau menjadi

contoh terbaik dalam mempertahankan

kesucian akidah. Beliau juga merupakan

mu'azzin (pemanggil) pertama dalam Islam.

Rabah adalah orang pertama berketurunan

Afrika yang dikenali sebagai seorang Muslim.


Penyeksaan Bilal

Apabila Umaiyah dapat tahu Bilal akan menyebarkan Islam, dia mula menyeksa

Bilal. Selepas didesaki, Umaiyah mengikat Bilal dan mengheret beliau keliling

Mekah sementara kanak-kanak mengejeknya. Bilal tetap enggan mengecam

Islam dan terus-menerus mengucap "Ahadun Ahad" (Tuhan yang Esa).Marah

dengannya, Umaiyah menyebat dan dipukul beliau sambil diikat atas tanah pasir

yang panas. Kemudian, sebuah batu besar diasakkan atas dadanya. Khabar

tentang beliau sampai ke telinga sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang

kemudian memberitahu Baginda. Baginda kemudian menghantar Abu Bakar


berunding untuk membeli Bilal, kemudian bebaskannya dengan membeli beliau

dengan 12 ukiah emas atau 40 dirham.


Jasa dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan

dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui

sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap

tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup

menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau

juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa

peperangan dan dilantik sebagai muazzin yang pertama di dunia

oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan

kepada setiap muazzin atau BILAL


Muaz Bin Jabal
Beliau merupakan keturunan bani

salmah daripada golongan ansar. Beliau

juga mendalam dalam ilmu Feqah, dan

bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai

sahabat yang paling mengerti yang mana

yang halal dan yang haram. Beliau wafat

pada usia 33 tahun, tahun ke-18 hijrah.


Sumbangan
Muaz bin Jabal antara sahabat yang

banyak memberikan sumbangan dalam

menyebarkan dakwah Islam, beliau

memeluk Islam pada usia 18 tahun atas

dakwah Mus’ab bin Umair ,setelah

memeluk Islam beliau begitu komited

dan bersungguh-sungguh dalam

menyebarkan Islam di kalangan ahli

Madinah. Beliau juga menyebarkan Ilmu

yang sahih dan menjadi pengasas

kepada gagasan Ilmu di Sham dan

Yaman
Muaz diutus untuk
mendidik di Yaman
Ketika Rasulullah SAW hendak menghantar beliau ke Yaman, beliau
ditanya, "Apa yang menjadi rujukan dalam mengadili sesuatu, wahai
Mu'adz?". "Kitabullah", jawab Mu'adz, "Bagaimana jika kamu tidak
jumpai dalam Kitabullah?", tanya Rasulullah pula. "Saya berhujah
dengan Sunnah Rasul.", "Jika kamu tidak temui dalam Sunnah
Rasulullah?", "Saya menggunakan pikiranku untuk berijtihad, dan
saya takkan bersia-sia," jawab Muadz. Maka berseri - serilah wajah
Rasulullah.

Keberanian dalam menerapkan


hukum-hukum Allah

Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa di Yaman,


lalu dirinya mendapati disisi Abu Musa ada seseorang,
maka beliau bertanya: ‘Siapakah orang ini?", "Seorang
Yahudi, dirinya masuk Islam namun murtad kembali
menjadi Yahudi, dan sekarang kami ingin dirinya
kembali ke Islam, sehingga aku beri dia dua bulan, kata
Abu Musa. Lalu Muaz mengatakan "Demi Allah, aku
tidak akan duduk kalau kalian tidak penggal leher
orang ini". Akhirnya leher orang tersebut dipenggal.
Beliau berkata: "Allah dan Rasul-Nya yang telah jelas
akan hal tersebut, bahwa siapa saja yang murtad
kembali ke agamanya dibunuh.
Terima Kasih
Sumber (Muaz Bin Jabal) Sumber (Bilal bin Rabah)
http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1033-irsyad-2018.pdf https://ms.wikipedia.org/wiki/Bilal_bin_Rabah#cite_note-AuthorHouse-7
https://kumparan.com/berita-terkini/1yjFWGqcrqi/ https://prezi.com/jhylbxlpfqvs/sumbangan-bilal-bin-rabah/
https://www.republika.co.id/berita/lqbrcz/kisah-sahabat-nabi-muadz-bin-jabal-pelita-ilmu-dan-amal https://anyflip.com/dyubi/exsh/basic
Buku Teks Pendidikan Islam Buku Teks Pendidikan Islam

You might also like