You are on page 1of 3

Kehidupan Nabi Muhammad Sebelum dilantik Menjadi Rasul.

Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal,iaitu Qusai bin
Kilab,namun,keturunan baginda sering dirujuk kepada Hasyim,iaitu moyang baginda.Qusai ialah
pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira-kira100 tahun sebelum kelahiran Nabi
Muhammad.Dengan penguasaan terhadap Makkah,Kaabah dan Telaga Zamzam juga dapat
dikuasai oleh keluarga baginda.Keturunan Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam urusan
pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan.
Selain Qusai,Abdu' Manaf dan Hasyim,Abdul Muttalib,iaitu datuk Nabi Muhammad s.a.w juga pernah
menerajui kepimpinan Makkah pada zaman Jahiliah.

Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah arab
yang lain.Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.bapa baginda ialah Abdullah
bin abdul mutalib dan ibu baginda,Aminah binti Wahab.Nabi Muhammad telah dilahirkan
pada 20 april,tahun 570m,iaitu pada malam isnin bersamaan 12 rabiulawal pada Tahun
gajah.nabi Muhammad dilahirkan dirumah datuk baginda Abdul mutalib dan beliau telah
menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.

Bapa baginda meniggal dunia pada ketika nabi Muhammad masih dalam kandungan
ibunya.setelah beberapa hari dilahirkan,nabi Muhammad telah diserahkan kepada halimatus
saadiyah untuk dipelihara dan disusui.Pada ketika berusia enam tahun ,ibu baginda,Aminah
binti wahab pula telah meniggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda,Abdul
mutalib.Selepas abdul mutalib meninggal dunia,baginda dipelihara oleh abu talib,iaitu bapa
saudara baginda.Dengan ini nabi Muhammad telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam
tahun.Kaum keluarga baginda pula sangat perihatin terhadap baginda dan seterusnya
sanggup pula membela dan memberi kasih sayang.

Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi
pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu
talib . Pengalaman dalam bidang perniagaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun,
iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam, sebuah
kawasan yang terletak diutara semensnjung tanah Arab. Selain itu, Kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira,
semasa rombongan ini sehingga di Bashrah.

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan pedagangan


bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pemgalaman baginda.

Pada ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah berniaga
secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu talib, bapa saudara Nabi
Myhammad S.A.W., meinginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu talib
telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid. Abu
talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang
menjalankan urusan dagangan Khadijah.

Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba


Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan
perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar
kepada baginda. Kebikjaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian
mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan

Baginda memperoleh keuntungan berlipat ganda . Ketinggian budi pekerti dan


kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W. berniaga telah menimbulkan persaan hormat
Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan. Peristiwa
berlaku pada ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. memiliki empat sifat terpuji yang utama,iaitu siddiq(berkata
benar),amanah(dipercayai),tabligh(menyampaikan) dan fatanah(bijaksana).Sifat siddiq nabi
Muhammad diakui sendiri oleh orang arab quraisy semasa dakwah islamiah dilakukan di
makkah.

Baginda digelar al-amin oleh orang arab quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda
sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.panggilan al-amin terhadap nabi
Muhammad telah menjadi sebati dikalangan masyarakat arab sehinggakan panggilan
Muhammad tidak digunakan. sifat amanah yang dimiliki oleh nabi Muhammad telah
menyebabkan khadijah binti khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada baginda
untuk diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul,baginda telah menyampaikan ajaran
islam yang bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Kewibawaan baginda sebagai tokoh yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi
rasul.contohnya,semasa berumur 35 tahun,baginda pernah menyelesaikan suatu
persengketaan dikalangan kabilah quraisy.persengketaan itu berpunca daripada peristiwa
meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam) ketempat asalnya,iaitu dipenjuru timur
kaabah.Hajar Aswad (batu hitam) ini terjatuh semasa banjir melanda kota makkah.

Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta sifat
pengasihnya dan timbang rasanya.baginda sering membantu isterinya memasak,menampal
pakaian yang koyak,melayan anak dan membersihkan rumah.anak-anak diberikan
pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anakanak. Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat tetapi baginda sentiasa
merendah diri.ini terbukti daripada pergaulan baginda dengan semua lapisan masyarakat
sama ada yang kaya atau yang miskin.selain itu,baginda juga bersifat penyayang terhadap
orang tua dan juga kanak-kanak.semasa pembukaan semula kota makkah pada tahun
630m.,baginda telah menunjukkan sifat pemaaf.contohnya,orang arab quraisy yang
menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan.

Nabi Muhammad juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.sifat ini terserlah semasa baginda memeterai perjanjian hudaibiyah pada tahun
628m. dengan orang arab quraisy makkah.walaupun kandungan perjanjian kelihatan
bersara,baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan islam seterusnya.

Sebelum dilantik menjadi rasul,baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat


disekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah.nabi Muhammad
mula berusaha untuk mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh
masyarakat disekelilingnya.baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya
dengan cara bertahannuth(mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua
Hirak yang terletak di Bukit Nur .walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi
baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat
beribadat yang sunyi dan tenang.dengan sepenuh jiwa raga ,baginda menyerahkan diri
kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum quraisy Makkah.

Selepas lebih kurang 6 bulan,nabi Muhammad berulang-alik dan bertahannuth di gua


hirak,akhirnya ,pada 6 ogos tahun 610m.,bersamaan 17 ramadhan, Allah telah menurunkan
wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad menerusi Malaikat Jibril.pada waktu itu,nabi
Muhammad berumur 40 tahun dengan turunnya wahyu ini ,bermula era baru dalam sejarah
tamadun masyarakat jahiliah.wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara zaman jahiliah
dengan zaman islam.

You might also like