You are on page 1of 1

Perkembangan ilmu pengetahuan pada Kerajaan Bani Abbasiyah

 Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang
jelas, iaitu ilmu naqli (revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan
ilmu aqli (rational sciences). Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi
kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa
benar.  Ilmu naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w
yang kemudiannya diperturunkan kepada para sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali
sebagai ilmu syar’iyyah  yang mana meliputi tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu
usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.
 Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya
layak di jelaskan oleh baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh
mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad masih hidup.  Namun selepas kewafatan
baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang alim
dan dipercayai seperti Ibnu Abbas.  Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah
di ambil alih oleh golongan tabi’in dan seterusnya para ulama. Ilmu naqli pada zaman
kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13 masihi.
 Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan
ilmu naqli pada masa itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu
para ulama dalam usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi
perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
 Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman
Saljuk bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau
sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah
mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini
merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.
 Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi.
Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.
 Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak.
Terutamanya melalui karyanya Tahzibul-Akhlak.
 Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap
falsafah Yunani telah mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah
masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan falsafah
Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.
 Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau
merupakan ahli dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic
equation (persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga
terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk
memperbaiki sistem takwim.

You might also like