You are on page 1of 4

Bahasa Melayu Kertas 1

(15minit)
Nama:
Kelas:
Tarikh:

Kertas ini mengandungi 15 soalan objektif. Sila jawab semua soalan yang diberikan
dengan membulatkan jawapan yang betul.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Hanisah sedang menonton televisyen di ______________ rumahnya.


A ruang keluarga
B ruang makan
C ruang tamu
D ruang dapur

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. “Pak Seman menggunakan ____________ untuk menebang sebatang pokok rambutan


yang berdekatan dengan rumahnya”, kata Samad kepada adiknya.
A pisau
B parang
C gergaji
D kapak

1
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Ramli terpaksa berakit di ________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.
A bawah
B tengah
C atas
D tepi

4. Razman sedang mencari maklumat ___________ penyakit malaria di perpustakaan.

A kepada
B seperti
C sebagai
D tentang

5. Buah jambu batu yang masih muda boleh dimakan tetapi rasanya agak ____________.
A payau
B tawar
C manis
D masin

6. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya.
Sikap Ahmad ______________
A bagai menatang minyak yang penuh.
B seperti kacang lupakan kulit
C bagai kaduk naik junjung
D seperti aur dengan tebing.

7. “Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, _____________ ikutlah jadual yang telah tadi”,
kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A kalian
B kamu
C anda
D kita

2
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih ____________ sambil bermain alat muzik untuk
menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
A menari
B menjerit
C menangis
D menyanyi

9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal
___________ negeri Pahang.
A pada
B dari
C kepada
D daripada

10. Apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin, badan Nabilah __________ kerana
ketakutan.
A menggeliat
B menggigil
C menggelupur
D menggelepar

11. __ kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri
Pahang Tahun 2007 yang lalu?
Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Apa
B Bila
C Siapa
D Mengapa

12. “___________ akan cuba menangkap pencuri itu”, sembah Pak Belalang kepada raja.
A hamba
B patik
C beta
D aku

3
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Kuda itu berlari dengan __________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh
kerbau.
A perlahan
B pantas
C cepat
D laju

14. Apabila lampu isyarat berwarna ___________, kita mestilah berhenti.


A Merah
B Hijau
C Kuning
D Putih

soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Emak ____________ santan kelapa dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk nasi.
A menapis
B menuras
C mengayak
D memarut

You might also like