You are on page 1of 20

UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU

BAHAGIAN I: (100 soalan)


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1

1. Hanisah sedang asyik menonton televisyen di _________________ rumahnya.


A ruang keluarga C ruang tamu
B ruang makan D ruang dapur

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2


Gambar 2

2. “Pak Seman menggunakan _________________ untuk menebang sebatang pokok rambutan yang
berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
A pisau C gergaji
B parang D kapak
3. _________________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis
itu.
A Aku C Anda
B Saya D Awak

4. “Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, _________________ ikutlah jadual yang telah tadi”,
Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A kalian C anda
B kamu D kita

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3


Gambar 3

5. Kuda itu berlari dengan _________________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh
kerbau.
A perlahan C cepat
B pantas D laju
Soalan 6 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4

6. Sungguhpun bayi itu _________________ tetapi telah ditinggalkan oleh ibu bapanya.
A comot C comel
B cantik D molek

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5


Gambar 5

7. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih _________________ sambil bermain alat muzik untuk
menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
A menari C menyanyi
B menjeri D menangis
Soalan 8 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6

8. Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _________________ bas yang ada di
hadapannya.
A melanggar C memotong
B menyelit D menyusup

9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal
_________________ negeri Pahang.
A pada C kepada
B dari D daripada

10. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.
A bagi C kepada
B untuk D daripada

11. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _________________ berjaya dalam


pelajaran.
A oleh C sambil
B hingga D supaya
12. Saleh berlari _________________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar
oleh anjing.
A sambil C seraya
B dengan D dan

13. “Saya _________________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.
A harus C boleh
B dapat D hendak

14. Cikgu Nazri mengambil masa selama _________________ hari untuk menanda kertas ujian
penulisan itu.
A setiap C sebilangan
B beberapa D sebahagian

15. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu _________________ tinggi nilainya.
A amat B benar
C nian D agak

16. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan
mesin pemotong kayu itu.
A jua C sahaja
B hanya D memang
Soalan 17 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7

17. Ramli terpaksa berakit di _________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.
A bawah C atas
B tengah D tepi

18. Rosdah membeli sebuah kereta _________________ di Kuala Lumpur dengan harga
RM15,000.
A terlaris C terbuang
B terbaru D terpakai

Soalan 19 berdasarkan Gambar 8


Gambar 8

19. Ibu menyediakan _________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.


A lauk-pauk C sayur-mayur
B kuih-muih D buah-buahan
Soalan 20 berdasarkan Gambar 9
Gambar 9

20. Terdapat _________________ pondok buruk di hujung kampung itu.


A sebiji C sebuah
B sebuku D sebatang

21. Sivam menjemput Kamal dan Rani ke rumahnya. _________________ makan kuih bersama-
sama.
A Dia C Mereka
B Kamu D Beliau

22. _________________ nama kucing kesayangan adik?


A Bagaimanakah C Siapakah
B Di manakah D Apakah

23. Kedua-dua gadis itu _________________ sopan apabila bertudung.


A kelihatan C dilihat
B melihat D terlihat

24. Swee Ying _________________ biola sambil menyanyi.


A menggores C memukul
B menggesek D memetik

25. Kaki abang berdarah kerana ________________ serpihan kaca.


A memijak C dipijak
B pijakan D terpijak
26. Swee Kim _________________ apabila terlihat seekor tikus di dalam biliknya.
A takut C terkejut
B marah D tergama

27. Pelbagai jenis kereta solar telah _________________ sempena Karnival Pendidikan Sains dan
Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.
A bertanding B ditandingi
C menandingi D dipertandingkan

28. Ada _________________ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
A ura-ura B usul-usul
C desas-desus D asal usul

29. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu
_________________.
A corat-coret B kusut-masai
C compang-camping D warna-warni

30. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana
_________________.
A huru-hara B hingar-bingar
C gilang-gemilang D terang-benderang

31. Peserta perbarisan yang pengsan itu _________________ dengan tandu.


A dipapah B diusung
C dikendong D dipegang

32. Amirul _________________ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.
A muncul B terpa
C terbit D tampil
33. Majlis diteruskan dengan _________________ Encik Sofian naik ke pentas untuk
menyampaikan ucapan,” kata pengacara majlis.
A mengajak B menampilkan
C mengundang D mempersilakan

34. Penunggang motosikal yang _________________ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal
dunia.
A terkepit B tersungkur
C terselit D terperosok

35. Sikap tolong-menolong yang _________________ oleh penduduk kampung mendapat pujian
daripada wakil rakyat.
A pertunjukan B penunjukan
C ditunjukkan D menunjukkan

36. Proses _________________ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama.
A keluaran B pengeluaran
C mengeluari D dikeluarkan

37. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat , namun, mereka tidak pernah mengharapkan
bantuan orang lain.
A jauh bau bunga, dekat bau tahi
B enggang sama enggang, pipit sama pipit
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

38. “Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah,” pujuk Rima
kepada Raimi.
A kalah jadi arang, menang jadi abu
B biar putih tulang, jangan putih mata
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
39. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata pepatah ,”
kata ibu.
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
C ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
D kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

40. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal di kampung ini.
Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar .
A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
D banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

41. Ibu _________________ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya
minum.
A menatang B menjinjing
C memegang D melilit

42. Kami dapat menyaksikan demonstrasi _________________ tikar mengkuang semasa melawat
ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
A menekat B menenun
C menganyam D menyusun

43. Pilih ayat yang betul.


I. Hai! Apa khabar!
II.Wah, pergi engkau dari sini!
III. Syabas, kamu berjaya akhirnya!
IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
44. Pilih ayat yang betul.
I. Aduh, senaknya perutku ini!
II.Eh, mengapa kamu tidak masuk!
III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk!
IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil!
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

45. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak
_________________ mengeluh.
A harus B mahu
C pernah D hendak

46. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini _________________ membuahkan hasil
yang lumayan.
A telah B dapat
C pernah D hendak

47. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu _________________ bekerja walaupun hari telah
beransur senja.
A telah B belum
C sudah D masih

48. Saya bercita-cita _________________ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian di
Universiti Putra Malaysia.
A telah B pernah
C hendak D sedang

49. Bardin cuba _________________ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
A mati kutu B mati akal
C cari jalan D jalan tengah
50. Ayah selalu menasihati kami agar tidak _________________ apabila telah berjaya kelak.
A lupa diri B patah hati
C busuk hati D patah kandar

51. Kita janganlah mengikut _________________ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
A darah raja B darah muda
C darah manis D darah hitam

52. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang _________________. Beliau selalu menghulurkan
bantuan.
A keras hati B berat hati
C panas hati D murah hati

53. Puan Roslin _________________ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih
dikenali sebagai _________________ kerana sikap kedekutnya.
A isi hati … isi perut B baik hati … tangkai jering
C hati batu … batu loncatan D ringan tangan … tangkai jering

54. Biasanya, orang yang _________________ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang
yang _________________ akan dibenci.
A iri hati … senang hati B baik hati … hidung tinggi
C berat tulang ... ringan tulang D mulut murai … kera sumbang

55. Walaupun hidup _________________, Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa.
A makan suap B sebatang kara
C sehelai sepinggang D setahun jagung

56. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka_________________kerana tidak pernah berenggang.
A bagai kertas dengan dakwat B bagai tikus membaiki labu
C bagai isi dengan kuku D bagai pinang dibelah dua
57. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan _________________
barangan yang dibeli daripada pihak penjual.
A dijamin B terjamin
C jaminan D penjamin

58. Kita perlu berbelanja secara _________________ dan tidak mengikut perasaan.
A berada B berkurangan
C berpandangan D berjimat cermat

59. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak berlakunya .
A pembazir B dibazirkan
C pembaziran D membazirkan

60. Peniaga _________________ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian


pengguna.
A bersaing B bertanding
C berkeinginan D berharapan

61. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja.
_________________ yang melebihi pendapatan akan memudaratkan pengguna.
A Belanjaan B Belanjawan
C Perbelanjaan D Wang

62. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas. _________________, saya perlu bersenam dan
mengamalkan pemakanan seimbang.
A Oleh sebab itu B Di samping itu
C Namun begitu D Semenjak itu

63. Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _________________, orang
ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
A Tambahan pula B Lebih-lebih lagi
C Namun demikian D Dalam pada itu
64. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _________________, pihak kerajaan sangat
menitikberatkan kebajikan para atletnya.
A Semenjak itu B Tambahan pula
C Bagaimanapun D Sungguhpun demikian

65. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. _________________, bersukan juga dapat
mengisi masa lapang dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
A Selain itu B Bagaimanapun
C Lantaran itu D Disebabkan

66. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. _________________, kos
pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan.
A Dengan itu B Selanjutnya
C Tambahan lagi D Walau bagaimanapun

67. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _________________, didikan agama kepada
anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil.
A Oleh itu B Sebaliknya
C Puncanya D Kesimpulannya

68. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _________________,
saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa.
A Akhirnya C Walaupun begitu
B Justeru D Meskipun

69. _________________kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk


Desa Harmoni.
A Segala B Pelbagai
C Seluruh D Setiap

70. Sikap prihatin _________________ masyarakat telah berjaya menumakan kegiatan pembuangan
sisa toksik di kampung tersebut.
A segala B separuh
C segelintir D masing-masing
71. _________________kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata tempat, lebih baik kamu
bawa ke pusat kitar semula kampung kita ini,” nasihat Mak Lijah kepada anaknya.
A Dari B Pada
C Daripada D kepada

72. Kempen kesedaran _________________ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat dijalankan
di seluruh negara.
A akan B terhadap
C tentang D atas

73. Sejak _________________ pagi tadi _________________ sekarang, mereka membersihkan


kawasan balairaya itu.
A pada … ke B dari … pada
C ke … sehingga D dari … hingga

74. _________________penduduk kampung diminta membawa peralatan gotong-royong .


A Setiap … seluruh B Seluruh … sekalian
C Semua … masing-masing D Beberapa … masing-masing

75. Ceramah itu telah disampaikan _________________ seorang doktor _________________


Hospital Selayang.
A oleh … dari B kepada … di
C oleh … daripada D dari … daripada

76. _________________ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat sesuai penduduk
kampung.
A Pada … dengan B Bagi … terhadap
C Pada … untuk D Untuk … kepada

77. _________________tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke Masjid Negara,” pinta
pelancong itu kepada Amir.
A Sila B Mari
C Jangan D Tolong
78. _________________letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai,” kata ayah kepada
Shamsul.
A Sila B Jangan
C Tolong D Apabila

79. _________________kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di sini,” pinta Cikgu Aziz
kepada murid-muridnya.
A Sila B Minta
C Harap D Jemput

80. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. _________________ lah
beramai-ramai ke majlis ini,” kata Azizah kepada kawan-kawannya.
A Sila B Harap
C Tolong D Janganlah

81. Kami menunjukkan arah yang betul _________________ pelancong asing tersebut.
A pada B kepada
C daripada D dari

82. Haikal menyampaikan pesanan _________________ ayahnya _________________


Jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Harmoni.
A dari … pada B oleh … dengan
C dari … kepada D daripada … kepada

83. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat _________________ kulit.
A daripada B dengan
C pada D kepada

84. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana murid-muridnya


_________________ menghias dan membersihkan kelas mereka.
A rajin B cekap
C cepat D malas
85. “Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab. Pastikan kelas
kita sentiasa _________________,” kata Cikgu Zalina kepada kami.
A suci B bersih
C indah D kotor

86. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan
_________________ belajar.
A biarpun B sementara
C semasa D setelah

87. Kawasan yang indah dan bersih di sekolah tidak akan wujud _________________ kita bersama-
sama menjaganya.
A bahkan B padahal
C sedangkan D melainkan

88. _________________yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan itu,” kata Amir kepada
kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah Saiful.
A Dia B Anda
C Kami D Mereka

89. Bapa Fahmi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti Putra Malaysia. _________________
seorang yang berdedikasi dan sangat dihormati oleh pelajarnya.
A Dia B Kita
C Beliau D Mereka

90. “Nenek berharap agar _________________ sentiasa menghormati orang yang lebih tua,” pesan
Puan Mariam kepada cucu-cucunya.
A kita B anda
C kamu D awak

91. Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh
guru_________________ .
A dia B nya
C beliau D mereka
92. Fahmi akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Awal -awal lagi _________________ telah
menyediakan peralatan untuk dibawa bersama-sama.
A dia B saya
C kita D kami

93. Ampun tuanku, _________________ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan
Melaka.
A hamba B patik
C beta D adinda

94. Semasa menyanyikan lagu kebangsaan, _________________ hendaklah berdiri tegak,” kata
ketua pengawas kepada murid-murid.
A kami B mereka
C kamu D kita

95. Ramlan dimarahi oleh Puan Song kerana selalu datang _________________ ke sekolah.
A lambat C laju
B cepat D pantas

96. Seluruh ahli keluarga Pak Kamal hadir di majlis pengebumian itu _________________ anak
bongsunya yang sedang menuntut di Jepun.
A tetapi C kecuali
B namun D Selain itu

97. Pesakit itu menunggu giliran dengan sabar _________________ berdoa agar penyakinya dapat
diubati.
A walaupun C tetapi
B malahan D sambil

98. Surat itu dihantar oleh posmen _________________ hari Isnin yang lalu.
A di C pada
B ke D hingga
99. Sikap _________________ Encik Kamarul terhadap pelanggannya berjaya melariskan
perniagannya.
A ramah – tamah C lemah – lembut
B remeh – temeh D lemah – longlai

100. Penduduk kampung _________________ bergotong – royong untuk membersihkan balai


raya itu sejak pagi tadi hingga sekarang.
A akan C pernah
B telah D sedang
JAWAPAN
1. B 2. B 3. A 4. A 5. A 6. B 7. C 8. C 9. B 10. C
11. D 12. A 13. D 14. B 15. D 16. B 17. A 18. D 19. A 20. C
21. C 22. D 23. A 24. B 25. D 26. C 27. D 28. C 29. C 30. C
31. B 32. B 33. D 34. A 35. C 36. B 37. C 38. C 39. D 40. A
41. A 42. C 43. B 44. D 45. C 46. A 47. D 48. C 49. C 50. A
51. B 52. D 53. D 54. B 55. B 56. C 57. C 58. D 59. C 60. A
61. C 62. A 63. C 64. D 65. A 66. D 67. A 68. A 69. B 70. A
71. C 72. C 73. D 74. C 75. C 76. C 77. D 78. B 79. A 80. A
81. B 82. D 83. A 84. A 85. B 86. C 87. D 88. A 89. C 90. C
91. B 92. A 93. B 94. D 95. A 96. C 97. D 98. C 99. A 100. D

You might also like