You are on page 1of 3

salasilah keluarga saya

Kannagi Nagammah

Nenek moyang Nenek moyang

Janaki Thailammah

Nenek Nenek
Ramaiyah Palaniandy

Datuk Moyang Datuk Moyang

Ravi Pathmavathy
Sivagamy
Bapa Ibu Govindhammal
Nenek moyang
Nenek Moyang
Dorasamy Arumugam
Nishanthini Priya
(saya) (Kakak)
Datuk Datuk
Raman Mahamani

Datuk Moyang Datuk Moyang


1. Semasa British menduduki negara ini, mereka telah membawa masuk nenek moyang saya, sebagai buruh dari Nagapattinam, India untuk
bekerja di ladang getah (Gemas). Kepincangan dan kesengsaraan hidup telah mendorong penghijrahan orang India ke Tanah Melayu bagi
memulakan kehidupan baru. India menghadapi masalah kepadatan penduduk yang tinggi, sedangkan keluasan kawasan pertanian tidak
bertambah. Ini telah menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi akibat kekurangan kawasan pertanian. Akibatnya wujud masalah
kemiskinan dan kebuluran dalam kalangan penduduk India. Kedatangan orang Cina dan India ke negara ini pada suatu masa dahulu
menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk. Ini kerana pada suatu masa dahulu Cuma ada orang Melayu, tetapi dengan kehadiran
orang Cina dan India yang akhirnya menjadi warganegara Tanah Melayu maka terbentuklah masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Seiringan dengan itu juga maka terbentuklah kepelbagaian samada dari segi kepercayaan, pemikiran, budaya, agama, pakaian, makanan,
struktur binaan, dan lain-lain lagi.

2. Konsep negara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu-padu tanpa sentimen
perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, semangat kedaerahan yang boleh menghalang kepada pembentukan negara bangsa.
Usaha kearah pembinaan negara bangsa ini bukan mudah kerana pembentukan negara bangsa sukar berlaku melalui perancangan dan
program tetapi ia terbina hasil daripada proses semula jadi di bawah asas sejarah yang terbina sejak dahulu. Kedatangan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu menyebabkan wujudnya kepelbagaian di negara ini yang mana ia telah menjadi salah satu
elemen keunikan negara ini di mata masyarakat dunia. Sedar atau tidak banyak negara dunia merasa kagum dengan negara Malaysia
yang mempunyai masyarakat pelbagai agama dan kepercayaan, kaum dan bangsa tetapi mereka tetap hidup aman dan tenteram
berbanding sesetengah negara yang ada hanya satu bangsa tetapi mereka sukar untuk hidup bersama sehingga wujud konflik dan perang
berpanjangan.

3. Secara keseluruhannya, konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang melibatkan proses yang panjang. Namun begitu,
walaupun ia merupakan proses yang sukar, pembinaan negara bangsa amat penting dalam sesebuah negara masyarakat majmuk seperti
di Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh dari setiap anggota masyarakat dan jentera
kerajaan.

You might also like