You are on page 1of 13

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-

pihak yang telah membantu saya dalam pelbagai aspek untuk saya menghasilkan kerja kursus ini
dengan sempurna. Antaranya ialah:

Antaranya ialah Tuhan yang maha esa. Dengan izin dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan ini tanpa sebarang halangan.

Selain itu,ucapan penghargaan juga ditujukan kepada guru sejarah saya iaitu Puan Sim.
Beliau menjelaskan cara membuat kerja kursus dengan baik. Penerangan beliau telah memberi
panduan kepada saya untuk membuat kajian ini dengan betul.

Di samping itu, saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-
dua ibu bapa saya iaitu Encik P.Subramaniam dan Puan K.Nirmaladevi.Mereka membantu saya
dengan memberikan maklumat tentang salahsilah keluarga saya, kepentingan keluarga kepada
saya, tokoh dalam keluarga, memberikan gambar-gambar keluarga saya dan memberi nasihat.

Akhir sekali, saya juga tidak melupakan rakan-rakan saya iaitu Aqil Haq dan Edris Haikal
untuk mengucapkan terima kasih. Kami berbincang dalam kumpulan untuk berkongsi idea bagi
menjalankan kajian ini . Perkongsian idea ini telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan
ini.
Saya menjalankan kajian ini untuk mencapai beberapa objektif . Antaranya ialah saya :

i) dapat memahami kepentingan keluarga kepada saya. Melalui kajian ini saya dapat
menganalisis dan menilai sejauh mana keluarga berperanan dalam kehidupan saya.

ii) dapat mengenali dan memahami salasilah keluarga saya. Dengan bantuan ibu bapa,
saya telah mengkaji asal-usul keluarga saya dan dapat tahu pelbagai maklumat yang
saya tidak ketahui selama ini.

iii) dapat memupuk rasa sayang dan cinta akan keluarga saya. elah Kajian ini
membolehkan saya mengenali setiap ahli keluarga saya dengan lebih mendalam. Hal
ini telah mewujudkan perasaan cinta dan sayang yang lebih utuh terhadap ahli
keluarga saya.

iv) dapat mengetahui peristiwa bersejarah dalam keluarga saya. Saya berjaya mengenal
pasti beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku dalam keluarga saya apabila saya
melakukan kajian ini.
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini dengan supaya
maklumat yang saya dapat tepat dan betul. Antara kaedah yang saya telah gunakan adalah seperti
berikut:

i) Kaedah temubual – saya telah menemubual beberpa orang ahli keluarga saya untuk
mendapatkan pelbagai maklumat tentang asal-usul keluarga, kepentingan keluarga,
kejayaan ahli keluarga dan peristiwa penting dalam keluarga saya. Antara orang yang
saya telah temu bual ialah:

a) ayah saya En. Subramaniam a/l Palanisamy yang berumur 56 tahun.


b) emak saya Pn.Nirmaladevi a/p Kandasamy, berumur 51 tahun.
c) nenek saya sebelah ayah iaitu Pn.Palaniammal a/p Kaliappa Gaunder, berumur 83
tahun
d) nenek saya sebelah emak iaitu Pn.Salachy a/p Sinnappan, berumur 75 tahun dan
e) pak cik saya iaitu En.Segaran a/l Kandasamy, berumur 56 tahun

ii) Kaedah Analisis Dokumen – Saya telah menganalisis beberapa dokumen untuk
mendapatkan maklumat. Antaranya ialah:

a) Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 - saya mencari
definisi perkataan keluarga dalam kamus
tersebut.
b) Sijil kelahiran – sijil kelahiran ayah, emak dan saya telah saya kaji untuk
mendapatkan beberapa maklumat.

c) Album kelu arga – saya memerhati dan menganalisis gambar-gambar ahli keluarga
saya, gambar keluarga nenek sebelah ayah dan emak untuk mendapatkan maklumat
tentang salasilah keluarga.

iii) Kaedah Melayari internet: Saya juga telah melayari internet untuk mencari maksud
keluarga dan kepentingan keluarga dalam Wikipedia.
a) Definisi

Mengikut Wikipedea dan Ensiklopedia keluarga ialah satu kumpulan manusia


yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Sementara itu, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat pula keluarga ditafsirkan sebagai
kaum, saudara-mara, kaum kerabat dan sanak saudara. Sebernarnya terdapat dua kategori
keluarga iaitu, keluarga nukleus dan keluarga luas atau kembangan. Keluarga nucleus
merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak sahaja. Manakala keluarga
kembangan atau luas terdiri daripada beberapa generasi, contohnya datuk, nenek, ayah, ibu,
saudara mara serta sepupu.

b) Kepentingan Keluarga

Keluarga adalah penting kepada kita kerana tanpa kluarga kita tidak dapat menjalankan
kehidupan yang selamat, sejahtera dan bahagia. Kita sebagai manusia memerlukan tempat
untuk berkongsi masalah, pengetahuan, pengalaman, mendapat kasih sayang, panduan,
tunjuk ajar dan teguran serta sokongan moral untuk menjalankan aktiviti harian. Kita dapat
mempelajari cara untuk menunjukkan kasih sayang, mengamalkan sifat toleransi,
menghormati ahli-ahli keluarga, mendalami dan menghayati ajaran agama dengan baik dan
ikhlas apabila kita berada dalam keluarga. Tuntasnya, keluarga bermampuan melahirkan
insan yang berbudi pekerti tinggi, berhemah tinggi, berketerampilan dan berjaya dalam
segala aktiviti yang dilakukan termasuk pendidikan, permainan, aktivii sosial dan kerjaya.

Selain itu, keluarga juga penting kepada kita kerana sesorang dapat meluahkan isi hati
dan masalah yang dihadapi kepada ahli keluarga. Ahli keluarga merupakan orang yang paling
dipercayai untuk kita berkongsi masalah dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah kita. Oleh itu keluarga amat penting kepada setiap orang supaya hidupnya lebih
teratur, sejahtera dan maju.
HASIL KAJIAN
Mengikut Wikepedia dan enisklopedia salasilah keluarga merupakan carta yang mewakili
hubungan kekeluargaan dalam bentuk pepohon.

Keluarga sebelah ayah saya terdiri daripada 5 orang iaitu diketuai oleh datuk saya (Encik
Palanisamy) dan nenek (Puan Palniammal). Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu dua
orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Salasilah keluarga ayah saya adalah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.

En.Palanisamy
Pn.Palaniammal

Sinnasamy
Veerammah Subramaniam
Keluarga sebelah ibu saya pula terdiri daripada 6 orang iaitu diketuai oleh datuk saya (Encik
Kandasamy) dan nenek (Puan Salachy). Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu tiga orang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Salasilah keluarga emak saya ditunjukkan dalam rajah di
bawah. Keluarga saya terdiri dripada 3 orang iaitu saya (S.Turkesh) dan ayah saya (Encik
P.Subramaniam) serta ibu saya (Puan K.Nirmaladevi).

En.Kandasamy Pn.Salachy

Sanmugam Nagalingam Segaran Nirmaladevi


Keluarga saya merupakan keluaga nuklears. Keluarga asas saya terdiri daripada 3 orang
iaitu ayah saya (Encik P.Subramaniam), ibu saya (Puan K.Nirmaladevi) dan saya (.Turkesh).
Salasilah keluarga asas saya adalah seperti dalam rajah di bawah.
Ayah saya berasal dari Perak manakala ibu saya berasal dari Kedah. Mereka
berkahwin pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut, saya dilahirkan pada tahun 2008. Saya
merupakan anak tunggal dan anak emas dalam keluarga. Saya berumur 10 tahun. Saya belajar di
SK Taman Melawati (2). Ayah saya yang kini berumur 56 tahun bekerja sebagai seorang guru di
SMK Taman Melawati. Ibu saya juga bekerja sebagai seorang guru di SMK Taman Keramat.
Beliau berumur 51 thun. Saya sayang akan keluarga saya. Kami tinggal di Taman Melawati.
Kami sekeluarga hidup bahagia.
Kelayakan Pendidikan dan Pencapaian

Orang yang paling saya sanjungi dan hormati dalam keluarga ialah ayah saya. Ayah saya
mendapat pendidikan awal di SJKT Ambros Air Tawar, Perak. Seterusnya, beliau melanjutkan
pelajarannya Menengahnya di Sungai Choh, Selangor. Selepas itu, beliau melanjutkan
pelajarannya di SMK Seri Garing, Rawang sehingga tingkatan 5. Akhirnya, beliau menamatkan
pelajaran tingkatan 6 Sjil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di SMK Kuala Kubu Baharu,
Selangor.

Seleps beliau menamatkan pelajarannya di sekolah menengah, beliau menyambung


pelajarannya di Makta Perguruan Seri Kota (MPSK) dan memperoleh sijil perguruan asas
dengan keputusan yang cmerlang. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai seorang guru di SK
Kuang, Selngor. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penolong kanan HEM selama 5 tahun.
Seterusnya, beliau mengikuti kursus Perguruan Khas (Matematik) di Maktab Perguruan Raja
Melewar dan mula berkhidmat sebagai guru Penolong Kanan Kokurikulum di SJKT Taman
Melawati selama 9 tahun. Setelah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer
dengan kepujian, beliau ditukarkan ke SMK Taman Melawati. Kemudian, beliau melanjutkan
pelajaran lagi ke peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIAM)
dalam bidang komputer dan kejuruteraan maklumat. Beliau mendapat ijazah sarjana dengan
keputusan yang cemerlang. Kini, beliau masih melanjukan pelajaran ke peringkat PHD di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIAM) dalam bidang Infomasi Teknologi
Maklumat (ICT) .

Sumbangan Terhadap Keluarga

Beliau, yang masih berkhidmat sebagai seorang guru merupakan tulang belakang dan
tonggak dalam keluarga saya. Beliau juga merupakan penyelesai masalah dalam keluarga saya
di samping membekalkan makanan, minuman, pakaian, perlindungan, panduan, pelajaran, tunjuk
ajar, kasih sayang, nasihat, bimbingan, kaunseling, dorongan, keyakinan, ajaran agama dan
menjadi contoh teladan kepada ahli keluarga saya. Beliau adalah idola kepada saya. Saya
bangga akan ayah saya.

Pengajaran atau teladan yang dipelajari

Walaupun ayah saya telah berumur lebih 50 tahun, namun beliau masih bersungguh-
sungguh dalam menimba ilmu. Beliau kini menyambung pelajaran ke peringkat PHD. Peristiwa
ini telah memberi pengajaran kepada saya bahawa saya juga perlu belajar bersungguh-sungguh
sejak awal lagi supaya saya juga boleh berjaya dalam pelajaran saya ke peringkat yang tinggi
seperti ayah saya.

Kerajinan ayah saya serta sikapnya yang tidak berputus-asa dalam menjalankan tugas beliau
sebagai seorang guru dan pelajar walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran telah memberi
teladan kepada saya supaya saya seharusnya tabah dan sabar dalam menghadapi sebarang
cabaran dalam pelajaran dan hidup saya.
Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga
Ada banyak peristiwa bersejarah berlaku dalam keluarga saya. Antaranya ialah
perkahwinan ibu bapa saya. Mereka berkahwin pada 25.11.2018 di Kuala Lumpur.

Peristiwa bersejarah lain yang berlaku dalam keluarga saya ialah sambutan hari lahir
saya yang ke 9. Sambutan ini telah diadakan pada 30.10.2008 bertempat di Pizzat Hut
AEON Setiawangsa. Ramai kawan sekelas, guru, dan sanak saudara telah hadir dan
memeriahkan majlis ini. Saya mendapat banyak hadiah. Saya berasa sungguh gembira
dan masih tidak dapat melupakan beristiwa ini.

Selain itu, peristiwa kemenangan saya mendapat pingat emas dalam pertandingan Tae
Kwando Antarabangsa Speed Power 2018 juga merupakan peristiwa bersejarah dalam
keluarga saya. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Bolton, Batu Caves,
pada 1.5.2018 . Kami sekeluarga berasa amat gembira dengan kemenangan tersebut.

You might also like