You are on page 1of 15

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah yang bertajuk Keluarga Saya dengan jayanya. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian saya terutamanya kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Encik Badrol Bin Isroh atas bimbingan, penerangan serta tunjuk ajar dalam proses untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa serta rakan-rakan saya yang banyak memberi dorongan sewaktu saya menyiapkan kajian saya ini serta tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Jasa kalian semua amat saya hargai. Akhir kata terima kasih saya ucapkan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi kajian yang telah saya jalankan ialah kajian ini boleh dijadikan sebagai medium untuk saya mengetahui mengenai susur galur serta salasilah keturunan saya. Sebagaimana yang telah saya kaji, keluarga disebelah ibu serta bapa saya berasal daripada negeri Perak iaitu di kawasan Kuala Kangsar. Selain itu antara objektif kajian ini, saya berpeluang untuk menimba pengalaman terutamanya dalam komunikasi serta dapat berinteraksi dengan masyarakat serta ahli-ahli keluarga yang lain misalnya saya telah membuat temubual bersama ayah saya sendiri iaitu Encik Noh Bin Badri mengenai salahsilah keturunan serta susur galur keluarga kami. Antara objektif lain kajian ini ialah, kajian yang mengkaji mengenai keluarga ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana apabila kita mengkaji mengenai keluarga kita harus mengunjungi saudara yang terdekat untuk mendapatkan informasi mengenainya dan secara tidak mampu mengeratkan hubungan tali silaturrahim di kalangan ahli keluarga kerana sebelum ini mungkin kita tidak mengambil berat mengenai susur galur keluarga namun melalui kajian yang dijalankan kita dapat mengetahui susur galur kita dengan lebih rapat dan selain itu dapat memupuk rasa sayang dan terhadap keluarga saya.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut iaitu kaedah temuramah. Kaedah temuramah dijalankan dengan cara saya telah menyenaraikan beberapa orang responden untuk saya temubual. Responden yang telah saya pilih untuk saya temubual ialah daripada ahli keluarga saya sendiri iaitu ibu bapa saya iaitu Encik Noh Bin Badri dan Che Rosnani Binti Ismain serta datuk dan nenek saya. Melalui kaedah kajian ini saya telah menemubual mereka mengenai asal usul keluarga saya serta negeri asal keluarga saya. Saya juga telah menyenaraikan nama ahli keluarga bermula daripada moyang saya terdahulu seterusnya datuk saya daripada sebelah ibu serta bapa saya. Melalui kedah kajian temubual yang dijalankan segala maklumat dan informasi yang saya perolehi adalah jelas dan tepat kerana responden yang ditemubual merupakan ahli keluarga saya sendiri saya telah membuat catatan mengenainya di dalam buku catatan.

HASIL KAJIAN Hasil kajian yang dijalankan, saya medapati bahawa hasil kajian yang saya jalankan terbahagi kepada tiga sub tajuk yang utama iaitu keluarga saya, idola dan satu pengalaman bersejarah bagi diri saya. Bagi sub tajuk yang pertama iaitu keluarga kajian adalah tertumpu kepada keluarga saya iaitu bermula dengan keluarga disebelah ibu saya dan keluarga di sebelah bapa saya. Bapa saya iaitu Encik Noh Bin Badri mempunyai sembilan orang adik-beradik dan bapa saya merupakan anak kelima. Keluarga bapa saya terdiri daripada empat orang lelaki dan lima orang lelaki. Bapa saya dilahirkan pada 17 Oktober 1955 di Kampung Bekor, Manong, Perak. Bapa saya bekerja sebagai Polis Bantuan Tenaga Nasional. Sekarang bapa saya berumur 55 tahun. Ibu saya bernama Che Rosnani Binti Ismain. Ibu saya dilahirkan pada 23 Mei 1965 di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Ibu saya mempunyai enam orang adik-beradik dan ibu saya merupakan anak ketiga. Keluarga disebelah ibu saya terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang lelaki. Ibu saya merupakan seorang surirumah. Ibu saya berumur 45 tahun. Ibu dan bapa saya telah melangsungkan perkahwinan pada 13 Oktober 1984. Hasil perkahwinan ibu dan bapa saya, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan. Abang saya iaitu Ahmad Naem Bin Noh merupakan anak sulung dalam keluarga kami. Abang saya berumur 25 tahun dan bekerja di Northport, Klang, Selangor. Kakak saya Masyitah Binti Noh merupakan anak kedua dalam keluarga saya dan dia berumur 21 tahun. Saya juga mempunyai seorang lagi kakak iaitu

Mastura Binti Noh dan dia sedang menuntut di Kolej Komuniti Baling, Kedah dalam bidang Bakeri dan Konfeksionari. Dia berumur 18 tahun. Saya pula merupakan anak keempat dalam keluarga saya. Saya sedang menuntut di SMK. Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Saya mempunyai seorang adik lelaki iaitu Ahmad Danish Bin Noh dan dia berumur 5 tahun dan dia bersekolah di Tabika Kemas Bota Kanan. Setiap individu pastinya mempunyai idola tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya menjadikan ibu bapa sebagai idola saya. Ibu bapa merupakan idola saya sejak saya kecil lagi. Ibu bapa merupakan role model atau idola yang paling baik kerana setiap ibu bapa pastinya akan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Bagi kajian saya untuk satu pengalaman yang bersejarah bagi diri saya ialah semasa menyertai pertandingan mewarna semasa saya belajar di Tabika Kemas, Ipoh. Saya telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kemenangan saya telah menjadi sejarah dalam hidup saya dan yang paling penting telah menjadi pendorong saya untuk lebih berjaya dalam hidup. Semua ini akan menjadi pendorong untuk saya terus berjaya dan menempatkan diri saya yang terbaik di antara yang terbaik.

RUMUSAN Kajian yang saya jalankan telah banyak memberi pengetahuan kepada saya. Saya mendapati bahawa melalui kajian yang telah saya jalankan saya dapat menimba pengalaman yang bermakna. Semasa saya menjalankan kajian, saya dapat membaiki kemahiran komunikasi saya dan cara-cara menemubual yang betul. Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam seseorang individu kerana apabila kita memohon pekerjaan pastinya kita akan melalui proses temuduga dan pengalaman yang ada mampu membantu kita semasa temuduga kelak. Nilai yang dapat dipupuk semasa menyiapkan tugasan kajian ini ialah kita dapat memupuk nilai kasih sayang kerana semasa temubual dijalankan saya akan berkunjung ke rumah saudara mara untuk mendapatkan informasi dan maklumat mengenai salahsilah keluarga. Selain itu juga terdapat juga cadangan untuk mengeratkan tali silaturrahim dan hubungan persaudaraan di antara ahli keluarga iaitu kita boleh mengadakan Hari Keluarga pada hujung minggu atau mungkin dua kali dalam satu bulan. Perjumpaan yang diadakan mampu memupuk kasih sayang di kalangan ahli keluarga kerana mereka akan berkenalan di antara satu sama lain bak kata pepatah yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan.

LAMPIRAN

10

11

12

13

14

RUJUKAN

15

You might also like